sila klik dan berikan ikan saya makan...kesian dia lapar =p

SUKA BLOG INI?

Who's Read..?

online counter

nuffnang

30 November 2010

Pengajaran Dari Cara Membawa Kereta

Pengajaran Dari Cara Membawa Kereta


tik tok..tik tok...

chehhhwaahhh.. macam menunggu bulan datang ke riba jek cik ziela kita ni...?? huhu..
hahaha.. yela.. yes..! minggu depan bawak kereta baru ke Jb.. senang ckit.. lagipun minggu depan seminggu kawan serumah tak ada... tapi disini persoalannya....

ialah

"kau berani ke nak bawak kereta sorang2 dari rumah ke tempat kerja??""

teng..teng..teng...!!


macam mana ni..macam mana ni...?? risau dan takut lah.. walaupun dekat jek dari rumah aku ke pejabat tak sampai 10 minit, TAPI.... halangan-halangan kereta-kereta yang perlu utk aku tempuh tu.. beranikah aku...?? bagi ke enchik ayah nak bagi aku drive sorang-sorang???
ohhhh tidak... pliz pray for me... ermmm.. harap enchik pakwe dapat membantu...hehehehe

24 November 2010

Yakinkan aku…..

I want drive alone…! Trust me, I can do it…! Huh… kereta dah lama keluar.. dah sebulan terperap kat rumah.. tapi bawak pun setakat di Bandar kluang.. erkkk.. ape kejadahnya..? halnya..? ayah..tolonglah percaya bahawasanya anakmu ini sudah pandai berdikari di Bandar raya ni… ye aku tahu perasaan seorang ayah merisaukan anaknya drive sorang-sorang di Johor Bahru.. tapi belum cuba manalah tahu keupayaanku..? pliz let me go…

To my baby lion… dikau jagalah diri baik-baik.. jangan buat hal, rosak-rosak lak.. huh.. nanti aku akan service dikau kalau dah sampai 1000km.. tengokkkk tu…! Seribu kilomiter pon tak sampai aku bawak jalan2 kat kluang.. huhu..

Aku bukan apa.. masalah ekonomi aku sekarang tak berapa nak stabil..huhu… nak bayar rumah, bla..bla..bla..bla..bla… ni belum termasuk nak bayar baby lion aku lg.. aissshhhh… so aku ingat kalau bawak kereta, savelah sikit budjet aku ni.. walaupun aku tahu kena bayar minyak and service.. tp senang la… tak payah nak naik teksi hari2 kalau kawan aku tak ada.. seksa tau tunggu teksi…! Seminggu naik tek si RM100.00…! kannnzzz..? macam tak kaya pulak aku ek…??


Hukhukhuk….. (sad now…)

rupanya banyak betul kasut aku....!


ermmm..malam ni terasa bosan sangat.. tak ada teman nak berborak... so aku pun merajinkan diri, buat apa yang patot kat umah ni sementara penghuni yang lain tiada dirumah.. mula2 aku buka tv.. ermmm..berita pulak..boring! tibe-tibe terasa rajin pula nak mengosok baju.. boring punya pasal, semua baju aku gosok.. huh.. adelah dalam 10helai... senang..esok pagi2 gi keja teros sarung je kat badan..tak payah sibuk nak meng-ion-kan baju.. tengah2 syok mengion baju, mataku terpandang timbunan kotak kasut..ermm..niat dihati nak kemas, tapi..arggghhh.. abeskan gosok baju ni dulu..! yeahhh..! akhirnya siap gosok baju..!! aku pun ape lagi, teros ke dapur mengambil beg plastik, kot-kot manalah tahu ade kasut nak buang..sebab rasanya mata aku dah sakit sangat tengok timbunan kotak kasut yang berlungun-lunggun.. satu demi satu kotak kasut aku buka..separuh darinya adalah kepunyaanku.. ermmm.. kotak pertama aku buka, aku terpandang kasut polo ku berwarna merah... aggggghhh..rindunya kasut ni..kasut ni lah aku bawak masa belajar memandu.. kotak kedua, kasut tumit rata berwarna putih... ahhhhh..warna kegemaran ku..ianya nampak baru..macam baru pakai sekali..aku ingatkan kembali nostalgia kasut ini....ohhhh ye..kasut ni beli kat catalog.. beli saiz 5, tapi sayang, besarlah pula.. ermmm...so aku simpankan niat aku simpan kembali kasut tu didalam kotak..kot22 manalah tahu boleh buat pekasam (tipu...).. ok sambung balik...

kotak yang ketiga pula, aku jumpa kasut sendel ungu... ermm cantiknya..tapi kenapa jarang beno aku pakai..ishhh..tak nampak kot..aku pun keluarkan ia dari kotak supaya aku nampak bila nak keluar dan memakai ia...

kotak yang keempat pula, aku jumpa kasut heel kaler puteh... yeahhh.. i love high heels... adalah dalam 4inchi.. ermm..kasut tu beli masa wedding akak..kon0nnya nak nampak cun la pkai high heels... ahahahakk..

kotak kelima, ku jumpa heels lagi..kali ni tak berapa nak tinggi rasanya..adalah dalam 3inchi.. kaler kuning lagi..meriah nyahh oiii....hahaha..masih elok lagi.. seingat aku beli tahun lepas..wahhh dah setahun usia mu..namun masih elok dan sikit pun tak terkoyak..!

kotak keenam, sendel lagi ku jumpa..tapi kali ini berwarna hitam... cantik kalau buat keluar dating..hahahha.. tapi tapak dia dah tercabut.. huh..tak apa, masih boleh dibaiki kerana kualiti kasut masih dalam keadaan baik... 89%.00 hahahha...

banyak pulak nak cite...

(*,*'')

kotak ketujuh, aku jumpa kasut wages kaler hitam.. brand sentini jek.. but still gud condition.. buttttt.. why i not used this shoes...??(learn to english) masih baik lagi kasut tu...ishhh...tu lah dulu..tamak haloba beli kasut..sampai tak terpakai... isk..isk..isk..

kotak kelapan, kasut ni aku tak tahu nak panggil ape ...alah..kasut yang budak-budak suka pakai tu..kasut leper..dia ade lubang sikit kat depan, nampak ibu jari... hihihi.. gamaknya macam tulah.. huh.. kaler BIRU..! what?? bodohnya beli kasot kaler biru.. ko ingat ko artis, nak pakai sedondon..? gilerr... kenapa aku beli ye..? ntah, aku pun tak pasti..

kotak kesembilan kasut yang mcm kotak kelapan juga.. but kaler cream... yeahhhh.. cantik and cute sangat.. tapi kenapa aku jarang pakai dan sering melupakannya..? ohhh..aku pun mengetest... jalan 2-3 tapak.. ooohhh..patotlah aku tak pakai, bila berjalan, kasutnya asek terbuka-bukak jek..ermmm..melecehkan betul.. tapi sayang nak bagi orang..(punyalah kedekut..)

kotak kesepuluh..ahahaha..akhirnya...kotak terakhir..! kasut wages pokodot..hahah..kaler hitam sial..! LAWA giler.... tapi kenapa dan why aku tak pakai.. ermm.. cuba ingatkan kembali..tapi macam tak kuasa nak ingat balik..hahahha...

ermmmm..so mulai hari ini, wahai kasut-kasut ku.. walau dikau buruk atau lama, aku takkan sekali-kali melupakan mu..kerana mu lah aku mengenal dunia.. kerana mu lah aku berani menjalani kehidupan disini.. kerana mu lah aku mampu berjalan..!! ahahaha.. gerek tak ayat aku..?

so start bulan ni, dah tak boleh nak jadik orang kaya tiap2 bulan beli 2 pasang kasut.. so kena habeskan 10 kasut tadi.. dan start harini, bertukar2 kasutlah aku pergi tempat kerja..hahahha...wahhh.. kalah cik kiah..

p/s: tips menjaga kasut.. klik sini www.youtube.com/watch?v=x_BeY98EMA8

23 November 2010

ermmm...

takada apa nak tulis.. idea ngak ada.. sbb tengah kusut memikirkan sesuatu... help me...!!

kum kum

ni cerita semalam punya sebenarnya...hihihihi

wahhh "cinta kirana" dah start.....!! ewahhh.. enchek ayah bersorak gembira (tipu..) ahahaha... time nengok sinetron indon...ggggrrrr... dah macam punggung wayang lak.. tibe-tibe time iklan cerita hantu lak.. tajuknya : "kum kum" .... ishhh.. ape tuh?

ntah aku ponggg tak tahu... (--,--")

wahhh treller dia mengancam abes..macam seram jek..huh..harus nengok kat astro ria ari khamis(tembak aje..) ahahhaah

tapi... dalam hatiku berbisik (cehhwah) kenapa tajuk dia kum kum??? ade ke hantu kum kum? yang aku tau pocong, pontianak, toyol, hantu cina/india, dan sebagainya..(nak sebut banyak sgt..) ermmmm....

tibe-tibe hadek aku nanya kat bonda ku :

"ibu, ada ke hantu kum-kum?" kum-kum tu ape??"

sengal...!!

bonda ku pun lekas menjawab :

"dulu memang ada orang cite pasal hantu kum kum ni... dulu masa mak kecik-kecik memang femes la hantu kum-kum ni... bila budak-budak ni dok mengata '''''baik korang sembahyang, nanti hantu kum-kum kejar korang....'''''' bedesuuuuppppp... budak-budak ni lari pegi sembahyang...bla..bla..bla..bla.."

aku pula menyampuk :

" yela mak, dulu masa mengaji kat rumah ustaz pun dorang ada cakap tentang hantu kum-kum, tapi tak tahulah pula nama dia kum-kum.. orang kata, kalau orang ketuk pintu, bagi salam jangan dijawap...."

huhuhu...

hadek aku pula berbicara:

"habes kalau buka, nampak hantu kum-kum tak......???"

sengal kuasa tuga betol...!!

"siapa yang berani nak bukak pintu, kalau dah tahu hantu.. ko sangup ke nengok wajah enchek kum-kum tu..?" aku membentak marah ..(teremosi pula..)

perbincangan kami tamat di sini jek menceritakan hantu kum-kum.. ni tengah mencari informasi kat orang-orang yang lebih senior..nak temuramah tentang hantu kum kum.. huuhuhuh

SEMANGAT........!!

21 November 2010

preloved items.... urgent to sale...

(this is not real picture coz i punya fully sauna simpan kat atas loteng.. so tak ada masa nak pegi ambil...hihihi..)

hello...

i ade nak jual barang yang i baru pkai baru 3 kali.. iaitu Set Diva Sauna.. masa beli RM480 but not include herba for sauna (1pcs=RM10) now.. i nak jual semula my fully set diva sauna dengan harga yang sangat berpatutann dan murah sangat RM390.. harga boleh nego..

include item with diva sauna
- kerusi
- pengurut kaki
- port (periuk)
- paip penyambung
- 7pcs herba
- beg sauna
- sauna

jom lah beli..boleh tengok2 dulu pun tak apa..saya duduk di kluang.. penghantaran di kluang free of charge ok.. but tempat lain kene charge postage laa.. tapi boleh runding ok..tengok keadaan dan masa.. lupa nak bagi tahu.. i punya sauna tu siap ada kotak dan beg lagi.. so senang je nak simpan selepas digunakan..
kebaikan bersauna :

Mempunyai set sauna sendiri di rumah memang memberi banyak kemudahan dan manfaat kepada kita. Dengan adanya set sauna sendiri anda boleh melakukan sauna pada bila-bila masa dengan privasi. Mengapa kita perlu bersauna?

Terdapat banyak kebaikan dari segi kesihatan apabila kita bersauna. Tahukah anda mengapa bersauna baik untuk kesihatan kita?

Semasa bersauna, kadar pernafasan dan denyut nadi akan meningkat daripada 75 denyut seminit kepada 100-150 seminit semasa lebih kurang 15-20 minit mandi wap. Apabila ini berlaku, ia akan meningkatkan kadar peredaran (bukan tekanan darah) kerana haba dari wap air akan mengembangkan saluran darah untuk menampung peningkatan pengaliran darah ke seluruh badan.

Prosess ini akan membolehkan badan mengagihkan lebih banyak zat/ nutrient terutamanya kepada bahagian kulit dan menggantikan sel-sel yang telah mati. Oleh itu, kesan yang amat ketara sekali adalah anda akan kelihatan lebih segar / muda selama beberapa jam setelah anda mandi wap.

Dengan bersauna, kesan panasnya akan melegakan otot-otot yang boleh menghilangkan sengal-sengal, bisa dan kebas-kebas tubuh badan.

Antara kebaikan sauna yang lain adalah sauna dapat membuka rongga roma, mengeluarkan segala kekotoran atau toksin dalam kulit, menjadikan kulit anda lebih sihat dan menjadikan rambut bertambah segar, lebat dan berupaya untuk menghilangkan kelemumur.

Wap juga akan masuk ke rongga pernafasan dan terus ke system perjalanan darah atau fungsi organ memberi kesan yang baik kepada badan. Dari aspek perubatan, wap yang masuk melalui rongga pernafasan ini amat baik untuk rawatan resdung (sinus), bronchitis (radang paru-paru) alahan dan asma (lelah).

Khasiat – kasiat lain adalah

1) Melancarkan perjalanan darah dan menguatkan system imunisasi badan .

2) Baik untuk bertangas selepas bersalin, mengembalikan bentuk tubuh badan dan menambah susu badan serta mencairkan lemak.

3) Menggantikan sel-sel yang telah mati dan memberi kesegaran kepada kulit.

4) Terbaik ialah menghilangkan stress dan menjadikan anda sentiasa kelihatan segar dan muda.

KEHEBATAN Mandi Wap Panas di rumah../ sauna

Adakah anda prihatin tentang berat badan dan kesihatan anda?

Sila perhatikan manfaat bersauna dan bandingkan dengan kegiatan aktiviti bersukan yang lain:

1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.
4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori


jom sama-sama kita turunkan berat badan... anda bila lagi......??

16 November 2010

jangan buat terkejut-terkejut.. saya tak boleh..!!


huh..! sekarang ini aku kena control diri aku supaya jgn kalut @ panik @ bimbang @ tension @ dan sewaktu dengannya.. huh..menda tu semua tak boleh untuk aku.. tapi sekarang aku dah pandai sikit la control perasaan tu..

antara yang telah membuatkan saya kalut @ panik @ bimbang @ tension @ dan sewaktu dengannya ialah ::

  • kalau pergi/balik kerja tengah tunggu teksi.. macam2 fikiran dlm benak aku ni..
  • di stesen bas larkin, Johor Bahru.. bila sampai sini je, memang aku tak boleh control perasaan aku tu..
  • bila mengadap bos (abe mie dll)... jantung aku dup dap..dup dap..tak tahu lah kenapa..
  • bila melakukan kesalahan di tempat kerja... contohnya: aku lambat buat pesanan kerajaan (LO)
  • bila aku penat sangat2, orang suruh aku buat itu ini... ini boleh menyebabkan aku tak boleh control perasaan aku tu..
erm.... korang ada ke perasaan pelik macam aku ni..???

15 November 2010

kini lebih matang menerima teguran..

salah siapa?? siapa yang patut salah?? ya..ya.. aku salahkan diri sendiri.. aku akan cuba yang terbaik dalam kerja aku seharian di pejabat.. ntah lah.. bila kita khusyuk dan tawaduq (cehh ayat tak boleh blah) orang sangkakan kita kerja untuk markah tinggi.. tapi aku tak penah nak buat semua tu sebab nak markah tinggi.. for what..?? suka hati bos aku lah nak bagi aku markah rendah.. sikit pun aku tak kecil hati (kadang2 la..) kalau dia bagi aku markah tinggi dengan syukurnya aku ucapkan "Alhamdulillah"... nak dapat anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pun tak pernah terlintas 1% pun difikiran aku..(so kerja kerana ikhlas la kononnyer..)
apa motif mereka kepada mereka memerli aku??? aku sentap tau, orang perli aku.. "cehh ziela rajin..sebab tu dapat markah tinggi" itu pujian atau ke-per-lian?? **think positive baby** so aku anggap itu satu PUJIAN supaya aku lebih maju dalam pekerjaan aku akan datang.. =) (ckit tak kecil ati pongggg...)

kadang-kadang sikit telinga aku rasa bernanah lah juga bila orang yang tidak berpuas hati dengan markah aku.. "ziela pandai masak..sebab tu lah dapat markah tinggi"

?????

hah..! ape kena mengena dengan pandai memasak dengar markah SKT aku?? jadi mengong lah kepala aku.. takpe..takpe.. dorang saja nak menduga aku.. huh..!!
so sekarang ni, bila kita dapat markah tinggi pun orang pertikaikan kerja kita.. dapat markah rendah pun orang akan kata kita tak buat kerja..!

***FADE-UP***lah nak mengadap menda ni..! tak cukup lagi dengan orang yang suka mendengki..dan tak cukup pula dengan mesyuarat SKT yang akan dijalankan nanti..

****aku macam nak cakap je dengan Bos aku.. "Bos bagi jela saya markah rendah2..kalu tinggi noh orang mengata" =(

huh..!

K.A.D.A.N.G -- K.A.D.A.N.G

KADANG kala kita perlu menangis untuk menghargai saat bahagia

Dan


KADANG kala kita perlu bergembira bagi setitis air mata

saya nak kawin......!!

♥♥♥

share jom..

s.e.l.a.m.a.t m.e.n.y.a.m.b.u.t a.i.d.i.l.a.d.h.a


wahhh..
pejam celik..pejam celik, rupanya kita umah islam akan meraikan hari raya aidiladha.. erm.. kalau sebut saje hari raya adha mesti fikiran kite memikirkan qurban? qurban ape? qurban lembu dll..

TAPI...

bagi aku hari raya ini bukan sekadar qurban lembu dll saje.. mungkin kite boleh luaskan fikiran kita dan fikir dan hayati ape itu korban.. ???

FIKIR-FIKIRKAN DAN SELAMAT BERAMAL...

be-lang-kas buat pertama kalinyer... gggrrr



NGERI.........itulah reaksi aku first mengadap menatang tu.. mana tak nya.. aku tertanya2 gak mcm mana nak mkn belangkas ni?? sbb nampak isinya yg keras.. ohhh.. rupanya isinya berada didalam.. telur dia dan daging.. emmm... first time nengok menda ni mcm JIJIK pulak.. gggrrr..

tapi

bila dah start makan, macam dah tak hingat dunia..huhuh.. org kate "non stop!!"

hahahaha..makan 2 pinggan.. perut pon dah kenyang..ermm.. tibe2 tekak aku rase loya pulak melantak menatang tu byk ssangat..mcm dah nak terkeluar isi anak-anak, bapak, mak belangkas yang aku telan td.. cepat2 aku telan gula-gula berangin..huh.. lega..

kepada yang sesiapa yang tak pernah makan belangkas, jgn lupa makan ye.. rugi kalau tak mencuba walaupun rasanyaaaa......(emmm..tak nak cakap la..try lah dulu) hahahha.. (^,^'')


LinkWithin

Eh, ada entri berkaitan rupanya..

Snag a button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...