sila klik dan berikan ikan saya makan...kesian dia lapar =p

SUKA BLOG INI?

Who's Read..?

online counter

nuffnang

19 November 2012

Bajet Kahwin ..

Assalammualaikum wbt...

ketika usia keremajaan yang semakin meningkat (dah tua rasanya..) haruslah memikirkan soal masa depan.. hikhukhik.. wahh ghase macam dah orang tua pulok.. tak salah kannnn..?

Alhamdulillah...

bila kita pergi wedding orang kita sebok nak macam gitu gak.. bila wedding sedara mara sibok jugak kita macam tu.. kiranya pendirian tu sentiasa berubah-ubah -,-" biasalah rambang mata.. hikhik

korang yang dah ada pengalaman tu sila2 la share yer.. saya budak baru belajar.. boleh gitu..

setakat ni aku dok servey2.. tapi tak tahulah harga ni valid lagi ke tak ..




pakej pelamin dan sewaktu dengannya - RM2300.00

pakej kamera indoor dan outdoor - **tak tahu harga terkini

upah/kos beli baju time nikah lelaki dan perempuan -

--lelaki RM80.00 (kain dah beli)

--perempuan (kain) - RM100.00
--lace - RM100.00
--manik - RM50.00
--upah - RM150

hantaran lelaki + perempuan -

--sirih junjung 2x - RM100
--gelang emas - RM1000 (bergantung pd harga emas)
--kamera impian - RM600
--al-Quran - FREE
--GPS - RM250.00
--Buah/Kek - RM30.00
--Jam tangan - RM300.00

kos gubahan hantaran - RM250.00 (buat sendiri..dah kira murah tuuu..)

TOTAL : RM5,310.00 (belum masuk photographer lagi tu..)

mak oiii... 5 ribu lebih tu.. tu belum lg nk tokok tambah.. giler2x.. mokcik kene kerja keras la kalau macam ni... OT menjahit sampai lebam.. hahaha..

ini dimaklumkan ini bajet jek... lebih atau kurang belakang cerita OK..??

04 November 2012

Indahnya Hidup jika......

Asslammualaikum wbt.

lama betul tak mengapdet belok.. busy u allz.. almaklumlah, hujung2 tahun.. banya perancangan harus dibuat sebaik mungkin. Alhamdulillah event peringkat kebangsaan dah selesai.. lepas ni boleh lah kak peah berehat dari membuat surat 10-20 surat sehari.. nak macam mana.. inilah rutin kerja seorang kerani =) tak gitu awok...


berpatah balik dari tajuk sebenarnya, "Indahnya Hidup jika.." ni nak mintak tolong sambungkan ayat senikata yang tak lengkap..

ok.. "Indahnya Hidup jika...."


  1. Dapat menjahit manik Full-Time
- best tau.. tak tahu nak describekan macam mana perasaan ni kalau bagi aku masa 7 hari 7 malam TANPA menjahit sehelai pun baju kasteme.. kiranya dalam masa 7 hari 7 malam tu aku nak tumpukan perhatian sepenuhnya tanpa berbelah-bagi dalam 3D..  design 3D ni cukuplah kita pandai dalam 1 design.. yang nak design pelik2 macam netting, peyote semua tu bergantung pada kreativiti kita dan cara kita mengaplikasikan teknik 3D yang dipelajari.. betul tak ape yg saya cakap ni cekgu...??
- sebagai contoh, teknik peyote.. kalau korang tak pernah cuba, pergi la cuba sekarang.. senang giler tau..!! ok. dengan teknik peyote tu korang macam2 boleh buat. tu semua bergantung pada kepandaian dan kelambatan seseorang dalam mengaplikasikan another design. dengan design peyote tu, korang akan tahu nak buat netting flower, bracelet and etc. nampak tak keindahan hidup jika aku dapat jahit manik full time kan..? tapi aku sayang giler dengan kerja gomen.. tup tup.. dapat bonus.. sape nak bagi kan..??

2. Dapat tidur time2 hujan

- ish.. tak tau nak cakap macam mana.. sekarang ni dekat Johor musim hujan.. celik je mata hujan.. pejam je mata hujan.. kene2 pulak time hujan ni nak kene kerja.. alahaiiii.. ghase macam nak tarik selimut balik. tapi apakah daya, tuntutan sebagai penjawat awam mengatasi segalanya =)
- time hujan, tido... lepas bagun tido pekena pulak ubi rebut cicah sambal tumis.. korang nampak tak kenikmatan kehidupan tu.. itu lah Indahnya hidup.... hehehehe

3. Dapat mengapdet belok dengan rasa semangat yang menebal

- agak panjang intro nya kan... yelah. bila nak apdet belok, masa tu la kerja sampai.. masa tu la nak menjahit.. sebagai blogger yang tak berapa nak tegar, amat menjadi kesalahan jika tak mengapdet belok dalam tempoh 48 jam.. tapi aku selalu derhaka dengan rules yang aku buat.. hehe.. 

4. Dapat duit berbilion-lion

- ni juga salah satu keindahan hidup yang tak putus-putus.. almaklumlah, 90% masalah datangnya dari kewangan.. heheh.. salah sorangnya aku la tu.. bershopping tak ingat dunia.. bila hujung bulan geget jari.. eleh..! tak payah nak cakap lebih la, korang pun sama kan..?? 
- korang pernah berfantasi tak, bagun dari tidur dah ternampak satu guni beras 50kilo berisi duit.. best woo.. time tu nak shopping tak ingat dunia pn takpe.. ishh... indahnya hidup kalau duit berkepok2..


dahlah..makin lama makin mengarut pulak entry ni.. hahah.. tapi responden menyatakan 95% kenyataan di atas adalah benar dan jitu.. hehehe

p/s : respondennya tu aku sendiri la.. hhihihihi

LinkWithin

Eh, ada entri berkaitan rupanya..

Snag a button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...