sila klik dan berikan ikan saya makan...kesian dia lapar =p

SUKA BLOG INI?

Who's Read..?

online counter

nuffnang

12 Disember 2012

khecentaan pada kain felt..!! oshemm..!!

Assalammualaikum...

setelah mengodek2 internet, dapat jugak merembat dari ihsan gugel beberapa step untuk dekorasi felt.. memang oshem kain felt ni..! i like..!!

sekarang ni rasa semuanya aku nak buat.. ecehh..cehh.. macam sempat je kan dik non.. baju membukit tu sape nak jahit -,-"



























gigih ek menkopi n paste.. hihi.. ok la selamat korang mencuba..kalau dah jadi share2 la yer..

11 Disember 2012

Dan Sebenarnya... bajet kahwin part II

Asslamualaikum

sebelum ni aku ada membebel pasal bajet kahwin di entry sebelum ni.. ye memang tak berapa nak lengkap sangat bajet tu.. almaklumlah aku ni belum ade pengalaman.. hihi.. masa tu tak servey kat internet apa yang patut.. main hentam sesedap rasa je tulis...

ok.. sekarang ni aku rasa dah 85% dah aku jumpe ape yang sepatutnya aku perlu jumpe... selebihnya aku tak berapa nak tahu ape yang patut dan tidak..

memang pening ek bila memikirkan bajet kawin sekarang ni.. zaman dahulu kala dalam tangan ade 500 ratus pun dah boleh buat grand 2 hari tiga malam.. tapi zaman ni rm500 tu boleh pergi ke bunga telur jek.. huhu.. sadisss.. zaman duit ko...


ok disini aku akan list kan ape yang aku tahu je.. kalau terkurang or terlebih, sila tunjukkan.. hahahah

ekceli aku tak berapa nak arif sangan pasal harga semasa.. so aku main hentam jela.. hihi...

ok..sekarang di umumkan ...
  1. Baju Nikah Perempuan (Handmade) - RM350
  2. Baju Nikah Lelaki (Upah) - RM80
  3. Kek Kahwin - RM250
  4. Guess Book dan deko - RM70
  5. Hiasan Bilik + Lilin (Handmade) - RM100
  6. Photographer - RM1300 (tak sure harga terkini)
  7. Pakej baju sanding + pelamin + meja damai dll - RM2400
  8. Kad Kahwin - RM500 (Dengar macam ada orang nak sponsor) **
  9. Gelang Kahwin (duit hubby) - RM2,000 (tak sure harga emas) **
  10. PA System - RM400
  11. Banner/Bunting - RM70 (bergantung pd bajet cukup ke tak.. rasa benda ni boleh eliminate kan)
  12. Doorgift 1000 x rm1.50=RM1500 - RM500 ( selebihnya ada orang sponser)
  13. Duit upah jadi pegapit RM50x2 - RM100
  14. Upah anak buah RM10x 10 org - RM100
  15. Honeymoon - RM?? (Hadiah) rahsia.. haha
  16. Untilities - RM100++ (lebih atau kurang)
  17. Aksesori -RM70 (bergantung kepada keperluan)

jom..! mari kita total kan..hhuhuh

ok.. RM5,890.00 (tolak duit gelang, kad kahwin)

perbelanjaan ni tak termasuk duit makan dan seangkatan dengannya.. mak aihh..! duit sekarang ek..

ok 5 ribu lebih tu belum masuk barang hantaran lagi.. ko ghase..?? 

hantaran masa tunang :

Dari pihak perempuan :

- Sirih Junjung - rm50
- Set Perfume Hugo - rm270
- Samping - rm200
- Kain - rm60
- Coklat - rm40
- Kasut Polo - rm190
- Wallet + Belt - rm80
- t-shirt - rm100
- Buah - rm30

-Kos barang hiasan hantaran - RM150.00

A total : RM1,170.00

Dari Pihak Lelaki :

-Sirih junjung - rm50
- cincin batu - rm700
- set perfume Britney Spears - rm210
- batik - rm200
- handbeg - rm130
- telekong - free 
- Buah - rm30

-Kos barang hiasan hantaran + upah - RM400.00

B total : RM1,720.00 

C mini pelamin - RM150.00

A+B+C = RM3,040.00

perghhh..tunang je tu.. ko ghase tak pembaziran yang amat ketara di situ..

aku ni tak berapa nak kreatif dan inovasi sgt.. bab2 mengubah memang kayu.. tapi kalau bab memanik aku blh pejam mata je.. cehh cehh.. belagak la pulak kan.. puiiii

kalau boleh kos mase kahwin selagi boleh cut, aku nak cut jek.. hehehe... yang penting kene memikirkan selapas kahwin nak makan ape.. duduk kat mana.. barang2 rumah nak kene pikirkan jugak.. puiii

cadangan hantaran kawin :

5 berbalas 4.. (ni cara aku,.. jangan pertikaikan.. puii..)

Dari pihak perempuan
- sirih jungjung
- Jam limited edition -RM1090.00 (si dia mmg suka sgt jam tu..takpe..aku akan usahakan)
- al-Quran
- buah/kek
- gajet (masih belum fikir, maybe tab, kamera or gps)

Dari Pihak Lelaki
- sirih jungjung
- enset sonny idaman kalbu ku..
- gelang emas
- mas kakwin RM22.50

ok.. angaran total semuanya termasuk kos upah = RM4,252.50

hantaran jek dah 4 ribu lebih.. alamak nak cut mana satu ni.. mungkin gajet tu aku boleh tukarkan menjadi makanan.. (macam gopal boboiboi) dan paling sedih mungkin enset idaman kalbu aku tu aku tukarkan menjadi.... baju kot.. kalau aku buat macam tu mungkin kos dalam RM3 ribu jek.. jimat2x kan...??

takpelah kene berkorban sikit, tak dapat enset idaman kalbu pun takpe.. janji cukup makan dan yang paling penting tidak berhutang..!! itu lebih selamat dan bahagia.. cehh ayat ko...

** aku ingat nak D.I.Y (Do It Yourself) guessbokk, rossert, deko, hiasan bilik pengantin, dan mini pelamin nikah... mungkin aku dah boleh jimat dalam tiga empat ratus.. huhu..  tp masalahnya aku tak berapa nk kreatif dan inovasi sangat.. korang kalau ada idea2 bernas or link yang oshem boleh la share yer.. tak salah berkongsi.. bukan nak tiru bulat2.. 

mungkin aku kene pertingkatkan speed jahitan aku.. nak kumpul duit lebih... heheh alhamdulillah.. tempahan semakin membukit.. tapi aku risau takut tak sempat nak gapai.. dek kerana memikirkan kumpul duit.. no..no.. kasteme first..!

mungkin sekarang ni aku dah boleh berjinak2 buat rossert.. buat dalam 20 kuntuk.. sebab pakai katering.. so tak ramai kendarat.. huhu

sangat comel kan..? boleh dipertimbangkan untuk penambahan doorgift kawan2 baik

Frame gambar letak kat meja guessbook.. oshemm..!! 


Rossert.... dari kain felt.. jjimat dan oshem..!!

guessbokk...sangat2 oshem..! simple but very2 nice.. love it..!


cupcake felt..! oshem jugak.! blh letak kat bilik pengantin dan meja damai..! oshemm..!!

beg goodies kendarat.. oshem..! boleh letak lauk pauk banyak ni..! haha

bantal yang oshem jugak..! boleh letak deko kat bilik pengantin..!

wallpaper frame.. gantung kat dinding.. oshemm jugak..!

dala.. semuanya oshem2 tak habes.. ekceli aku dah jatuh cinta terhadap kesenian kain felt.. ok..! petang ni jugak aku borong.. jom mami ju..! hahaha..

19 November 2012

Bajet Kahwin ..

Assalammualaikum wbt...

ketika usia keremajaan yang semakin meningkat (dah tua rasanya..) haruslah memikirkan soal masa depan.. hikhukhik.. wahh ghase macam dah orang tua pulok.. tak salah kannnn..?

Alhamdulillah...

bila kita pergi wedding orang kita sebok nak macam gitu gak.. bila wedding sedara mara sibok jugak kita macam tu.. kiranya pendirian tu sentiasa berubah-ubah -,-" biasalah rambang mata.. hikhik

korang yang dah ada pengalaman tu sila2 la share yer.. saya budak baru belajar.. boleh gitu..

setakat ni aku dok servey2.. tapi tak tahulah harga ni valid lagi ke tak ..




pakej pelamin dan sewaktu dengannya - RM2300.00

pakej kamera indoor dan outdoor - **tak tahu harga terkini

upah/kos beli baju time nikah lelaki dan perempuan -

--lelaki RM80.00 (kain dah beli)

--perempuan (kain) - RM100.00
--lace - RM100.00
--manik - RM50.00
--upah - RM150

hantaran lelaki + perempuan -

--sirih junjung 2x - RM100
--gelang emas - RM1000 (bergantung pd harga emas)
--kamera impian - RM600
--al-Quran - FREE
--GPS - RM250.00
--Buah/Kek - RM30.00
--Jam tangan - RM300.00

kos gubahan hantaran - RM250.00 (buat sendiri..dah kira murah tuuu..)

TOTAL : RM5,310.00 (belum masuk photographer lagi tu..)

mak oiii... 5 ribu lebih tu.. tu belum lg nk tokok tambah.. giler2x.. mokcik kene kerja keras la kalau macam ni... OT menjahit sampai lebam.. hahaha..

ini dimaklumkan ini bajet jek... lebih atau kurang belakang cerita OK..??

04 November 2012

Indahnya Hidup jika......

Asslammualaikum wbt.

lama betul tak mengapdet belok.. busy u allz.. almaklumlah, hujung2 tahun.. banya perancangan harus dibuat sebaik mungkin. Alhamdulillah event peringkat kebangsaan dah selesai.. lepas ni boleh lah kak peah berehat dari membuat surat 10-20 surat sehari.. nak macam mana.. inilah rutin kerja seorang kerani =) tak gitu awok...


berpatah balik dari tajuk sebenarnya, "Indahnya Hidup jika.." ni nak mintak tolong sambungkan ayat senikata yang tak lengkap..

ok.. "Indahnya Hidup jika...."


  1. Dapat menjahit manik Full-Time
- best tau.. tak tahu nak describekan macam mana perasaan ni kalau bagi aku masa 7 hari 7 malam TANPA menjahit sehelai pun baju kasteme.. kiranya dalam masa 7 hari 7 malam tu aku nak tumpukan perhatian sepenuhnya tanpa berbelah-bagi dalam 3D..  design 3D ni cukuplah kita pandai dalam 1 design.. yang nak design pelik2 macam netting, peyote semua tu bergantung pada kreativiti kita dan cara kita mengaplikasikan teknik 3D yang dipelajari.. betul tak ape yg saya cakap ni cekgu...??
- sebagai contoh, teknik peyote.. kalau korang tak pernah cuba, pergi la cuba sekarang.. senang giler tau..!! ok. dengan teknik peyote tu korang macam2 boleh buat. tu semua bergantung pada kepandaian dan kelambatan seseorang dalam mengaplikasikan another design. dengan design peyote tu, korang akan tahu nak buat netting flower, bracelet and etc. nampak tak keindahan hidup jika aku dapat jahit manik full time kan..? tapi aku sayang giler dengan kerja gomen.. tup tup.. dapat bonus.. sape nak bagi kan..??

2. Dapat tidur time2 hujan

- ish.. tak tau nak cakap macam mana.. sekarang ni dekat Johor musim hujan.. celik je mata hujan.. pejam je mata hujan.. kene2 pulak time hujan ni nak kene kerja.. alahaiiii.. ghase macam nak tarik selimut balik. tapi apakah daya, tuntutan sebagai penjawat awam mengatasi segalanya =)
- time hujan, tido... lepas bagun tido pekena pulak ubi rebut cicah sambal tumis.. korang nampak tak kenikmatan kehidupan tu.. itu lah Indahnya hidup.... hehehehe

3. Dapat mengapdet belok dengan rasa semangat yang menebal

- agak panjang intro nya kan... yelah. bila nak apdet belok, masa tu la kerja sampai.. masa tu la nak menjahit.. sebagai blogger yang tak berapa nak tegar, amat menjadi kesalahan jika tak mengapdet belok dalam tempoh 48 jam.. tapi aku selalu derhaka dengan rules yang aku buat.. hehe.. 

4. Dapat duit berbilion-lion

- ni juga salah satu keindahan hidup yang tak putus-putus.. almaklumlah, 90% masalah datangnya dari kewangan.. heheh.. salah sorangnya aku la tu.. bershopping tak ingat dunia.. bila hujung bulan geget jari.. eleh..! tak payah nak cakap lebih la, korang pun sama kan..?? 
- korang pernah berfantasi tak, bagun dari tidur dah ternampak satu guni beras 50kilo berisi duit.. best woo.. time tu nak shopping tak ingat dunia pn takpe.. ishh... indahnya hidup kalau duit berkepok2..


dahlah..makin lama makin mengarut pulak entry ni.. hahah.. tapi responden menyatakan 95% kenyataan di atas adalah benar dan jitu.. hehehe

p/s : respondennya tu aku sendiri la.. hhihihihi

27 September 2012

DOA DHUHA

Asslamualaikum,

sejak beberapa minggu yang lepas halwa telinga ni acap kali mendengar radio ikim.fm ... alhamdulillah.. sejuak hati mendengar..

lagi sejuk bila terdengar dendangan do dhuha yang dilagukan.. masyallah.. indahnya.. puas mencari di internet siapa penyanyinya.. dengar suara macam kumpulan hujazz.. cari punya cari rupanya UNIC.. kumpulan nasyid yang paling diminati masa sekolah.. dorang dulu pemes dengan lagu see u di IPT.. remaja.. makam bonda.. dan banyak lagi.. siap beli keset lagi..

sesungguhnya kita manusia memang banyak dosa... tak tahu dosa kita ni seluas dunia mana.. masyallah.. Ya-Allah ampunilah dosa hambamu ini yang banyak melakukan kesilapan..



Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh


insyallah..~~

25 September 2012

Antara kena dan tak kena..

Assalammualaikum,

kali ni nak bercerita pasal match dan tak match dan kurang match.. eh korang tahu tak (tahu..tahu...) kan sebelum ni aku ada bercerita pasal yang pergi Jakel tu.. aku ada beli kain sipon dan lace..

kain tu kaler kuning air.. dan lace tu kaler puteh.. adakah korang rasa sepadan lace tu diletakkan di atas kain sipon yang berwarna kuning air tu...?? tak rasa kecacatan ke? kalau tak pakai lace tu rasa sayang sangat sebab beli dahlah mahal (bagi aku la..) pastu takan nak buang ke tepi je pastu lagi membazir beli lagi lace.. ohmaigottt.. aku bukan raya raya pun asek nak bershopping walaupun sayer kaki shopping.. hahaha

tengah buntu.. tolong bantu kawan2.. bagi la idea fresh2..

ada beader lain beri pendapat, guna je la lace tu.. nanti letakkan manik kuning banyak sikit. so tak ade la nampak kecacatannya..

=.="

sesuai ker..........????

tak rasa pelik.......????

abes nak buat macam mana.......???

takpelah kita try test error jela.. berserah dan pasrah jikalau hasilnya tak cantik.. ermmm.. tapi dalam hati aku tetap ada rasa 'kekurangan'

rasa menyesal tak suda pulak beli lace kaler putih berseri tu.. kalau lace warna cream ok lagi.. ni putihhh...?? ko jawaplah sendiri...!!


beginilah situasi aku sekarang... -,-"

aahahahahahaha...

23 September 2012

keminatan kasut GUESS yang teramat sangat pada abad ini..

Assalamualaikum..

mukadimah untuk entry kali ini ialah perbincangan kasut GUESS.. heheh.. skema giler..

ok la..sejak kebelakangan ini keminatan yang amat mendalam ingin mempunyai kasut branded.. tak dapat 3 pasang, sepasang pun jadi la ^,^"

tapi orang kata, kalau kita tak mampu, buat cara tak mampu.. aku separoh mampu.. antara rela tak rela nak menabur duit beratus2 hanya membeli kasut GUESS yang di idamkan lagi yang di dambarkan.. hahah

to me, kalau benda tu aku nak, harus dan harus dan harus juga aku akan mendapatkannya. tak kiralah dengan cara apa pun. tapi yang penting cara yang munasabah dan halal hokek.. jangan pikir aku nak mencuri pulak.. no..no.. itu bukan aku.. hehehe

satu hari di hujung2 bulan ni, aku ternampak la orang post gambar kasut GUESS kat pesbuk.. lawo.. tetibe berkenan pulak dihati sanubari ini.. kan.. hujung2 bulan.. gamaknya pahamkan jela.. duit dihujung tanduk la kiranya.. tapi dengan semangat yang kental aku 'nak' jugak kasut tu.. mula la aku open menjahit manik semula, walhal sebelum ni aku dah umumkan tempahan jahit ditutup ketat-ketat.. haha..

oleh kerana kasut GUESS punya pasal, aku rela bersusah dan payah mengorbankan masa tidurku untuk menjahit... dalam masa 2 minggu aku dah berjaya collect RM350.00 upah menjahit manik untuk 3 pasang baju.. kayo makcik..!!

lebih kurang beginilah rupanya kasut dambaan hati.. glamer kan...??

bila duit ada di tangan, tetibe terselit juga rasa kekeliruan.. antara nak beli atau tidak... aku ambil sekeping kertas putih berseri.. aku senaraikan antara pron dan cont..



lukisan yang tercantik pada abad ini...

korang nampak tak ape bezanya antara beli dan tak beli.. hahah.. kalau aku beli, duit 300+ tu keluar macam gituew jek.. dan kalau aku tak beli duit tu boleh pergi joli.. barangnya dapat banyak..

ermm.. pokoknya sama.. ke arah keboroson melanda.. hahah.. nak buat macam mana.. saya kaki shopping..!!

last in the story, aku tak beli pun.. duit tu pergi beli kain sipon dan lace kat Jakel tempoh ari tu.. kan... tak ada motip tetibe beralih arah hobi ini.. nak buat macam mana, saya kan suka shopping..!!

hahahaha

20 September 2012

[STRESS] minggu stress bermula

Assalamualaikum,

kali ni taknak beri ucapan alu-aluan.. malas.. heheh.. boleh gitu..? nak straight the point jek.. tak nak mukadimah bagai =)

tak tahu la kenapa dengan aku dengan minggu ni.. banyak yang menganggu.. stress juga -,-" hati banyak sakit.. badan sakit-sakit.. kepala banyak pikir.. inilah simptom stress.. ye.. memang teramat stress =( kesian kat kite..

nak cerita semalam punya cerita.. ingatkan nak tulis semalam, tapi rasa macam tak sesuai sebab hati tengah panas bak mentari.. hihihi.. kalau menulis time sakit hati, adanya karang entry ni tunggang terbalik dengan caciaan dan kehinaan.. hahaha

ok la.. sambung cerita..

semalam aku ade appoinment doktor.. pergi awal tau..! 6.30 pagi dah keluar dari rumah.. pukul 6.50 pagi dah sampai hospital.. berator panjang walaupun kaunter belum buka.. dapat nombor "8".. kira tak berapa nak corot la.. ok la.. orang kata top 10.. hehehe

nak jadikan cerita.. hari semalam banyak stress.. stress dengan doktor.. sebelum ni ada jumpe doktor berkenaan dengan penyakit aku tu.. bagus doktor tu.. penerangan pun bagus.. tapi semalam jumpe doktor lain, dia beri penerangan lain pulak.. ape ni?? mana nak ikut..?? dah la kene membebel dengan doktor.. tak cukup dengan tu asek kene warning "jangan lupa makan ubat!".. sekarang ni konpius samada aku nak ikut nasihat doktor yg pertama atau doktor yang semalam baru jumpa.. 80% kenyataan tidak sama..  mungkin pensyarah dorang lain2.. mungkin buku dorang study tu juga lain.. abes ape jadi pada pesakit..? mati kene tipu...??? stressss....

gua rileks jek kalau setakat 3 tabung.. dalam hati kecut..!

abes check-up pukul 8.40 pagi.. dah siap amek ubat bagai kat farmasi.. dalam perjalanan ke kereta, aku tengok ramai betul raksasa parking dan block kereta sesuka hati dorang..! berharap kereta aku tak di block..!

omaigotttttt... kereta aku kene block.. gila2x.. rasa macam nak maki hamun jek.. naik geram..! pergi buat annaouce 2 kali.. tapi tak ade pulak raksasa nak mengaku empunya kereta.. adanya karang aku buat macam iklan kat tb.. panggil truck ngangkut..

Gambar keteta yang suka-suki block kete orang lain.. i hate u...!!

10 minit, 30 minit, 45 minit, 1 jam... 1 jam 30 minit aku tunggu..! mak aihhh tak alih lagi kereta kau tu...?  betul2 menyusahkan orang.. dahlah  panas,. mandi peluh aritu.. pagi tu jugak dah lah aku kene attend meeting penting.. sekarang dah jam 10.00 pagi.. dah lambat 1 jam untuk attend meeting..? ohh.. stressnya..

enset ni jangan cakap la, berapa banyak kol dan mesej masuk dari bos.. yang bos ni pun tak reti bahasa aku dah royak awal2.. "kereta saya kene block, saya akan sampai pejabat bila kereta tak di block lagi.." gila skema ayat aku kan..??

kol lagi.. mesej lagi... omaigott.. tak paham2 lagi dia ni.. malas nak angkat dah.. lepastu terima lagi satu mesej:

kringgg...kringgg...!! (konon2 ringtone mesej begini..) hahahak..!

"naik teksi, nanti duit tambang boleh claim dekat saya. moga Allah permudahkan urusan.."

oh.. ok.. naik teksi.. selamat dengan jayanya sampai di opis.. tapi sadis sebab teksi tu panas.. bahang.. pakcik teksi kedekot nak bukak aircond.. dahtu aircond mengala dia sorang jek !@#$%^&

dah ler masuk opis lewat.. so semua jadi kelam dan kabut.. tangan dah jadi macam sotong.. kaki dah jadi macam lipas..  cer bayangkan..~~

masuk meeting pukul 11.00 pagi.. abes meeting pukul 12.45 tgh hari.. so inputnya hanya dapat 30% jek... bak kata pepatah masuk telinga kiri, keluarlah kau jua di telinga kanan..!

kehkehkeh... (ketawa paling manisss pada abad ini..)

lepas balik keje, pergi menyinggah JAKEL.. oh ini adalah perkara yang tidak disukai.. tapi keterpaksaan jua.. pergi juga mengadap pekerja yang hampir separoh menyombong...

pergi ke second floor.. biasa la tempat kain yang mahal.. aku tunjuk eksen konon2 banyak duit la.. padahal nak beli kan sipon jek.. takpe.. kalau pergi ke tingkat dua haruslah berlagak  macam orang kaya, barulah anda dilayan seperti pemaisuri.. hokek..!!

nasib tak baik hari tu dapat la pelayan perempuan yang belagak lagi sombong..!! minta kurang tak bagi.. bila tanya kat budak lelaki boleh jek.. eleh itu kes nak percent tinggi la tu..

"saya nak paling lace paling murah.. ada tak jual...?" dalam hati macam kecut jugak, baknya budak pompuan tu tunjuk kain lace yang beratus2 tu, mampoooo..?

"ni yang paling murah, RM80.00"

"kurang lagi tak boleh ke dik..." ~~ diwajah penuh dengan meminta simpati

"dop leh kak, kita bagi harga muroh doh.. kalu tok harga RM160.00 ni.. ni paling muroh kita wi.."

ooomaigottt.. ore kelate rupanya.. !@#$%

"saya nak beli 1/2 meter je.."

"kok amek la 1 meter, kalu 1/2 meter dop cukup nok wak tampal kat baju.."

eh..eh ko ni.. itu suka hati aku la.. aku yang memikirkannya nanti..

"ok, 1 meter..!!...""

terpaksa mengalah dalam teralah.. motippp..??

bila sampai rumah yang hanya menggunakan lampu kalimantan yg murah, aku macth kan dengan lace dan sipon yang dibeli..

omaigottt.. tak sepadan.. tak kene.. perghhh.. macam mana ni..? hodoh pun ada jugak.. aku pun publish di facebook minta pandangan beader2 yang lain.. sorang kata kene tambah manik kuning banyak sikit. yelah nak beli yang lain buang duit dan masa.. lagi pun lace tu rm80.. mahal tu.. boleh beli kasut apeeee... hahaha

takpelah..berserah dan pasrah je ape yang akan terjadi.. must be go on and on... on the floor.. hahaha..

insyallah, kot2 kalau cantik lace tu dimandikan dengan manik, aku share la dengan korang.. kalau tak, korang paham2 jela..

ok la sampai disini.. entry ni aku draf selama 3 hari.. mak oiii.. lamanya menyimpan.. maklumlah kerja banyak tertunggak tonggeng.. hehehe...

selamat membaca =)

13 September 2012

tolong bagi cik Ziela mood menulis belok..!!

Assalamualaikum,

sekarang ni banyak betul kerja.. kadang2 memang tak sempat nak jengah belok ni.. tian belok kita.. agaknya dah hampir berkulat kot ^,^
.
.
.
.
.
bukan ape, kadang2 memang kekurangan idea dan masa.. mood pulak tak mahu muncul2.. nyampah tau..!! kadang2 memang tak dapat dielakkan..

- bila ada mood nak menulis TAPI idea tak ada..??

idea ni kadang2 tak boleh nak perah kuat2 sangat.. bahaya..! karang terkeluar yg lain pulak kan...

- bila ada idea TAPI mood nak menulis tak ade...??

ni situasi yang paling kerap dan kerap dan kerap berlaku.. biasalah kita orang pompuan.. mood tu kene ada tempatnya.. heheh tahu2 je la.. <3

- bila mood ada, idea ada, TAPI masa tak ada..??

biasalah, saya ni kerja makan gaji.. kerja gomen ajer.. so semuanya "SAYA YANG MENURUT PERINTAH"

- bila semuanya 'tak ada'

ni tak boleh nak bantu.. kasi penyepak jek..!!

hahahah..

memang malas kan sayer...???

tapi tengah rajin mencarik duit.. boleh gituew...?? jom carik duit..


eh! tetibe ek..



10 September 2012

Kisah LEGOLAND Theme Park dan Sesat




















Assalamualaikum,

sebelum memulakan cerita ni, nak hulur 10 jari minta maap pada Puan Juliza sebab 'terlupa'kan ko.. terlupa jek tau.. bukan lupa teros.. minta maap tak teringat nak ajak ko pergi LEGOLAND... forgive me dear... ecehheceehhh..

pissss for Puan Juliza.. **wink..wink..

ini pic untuk puan juliza untuk ubat ilang rindu pada LEGOLAND...

ok tutup cerita sedih ni.. nak cerita pasal kisah LEGOLAND dan sesat..!

dengan konfiden tanpa encik papago, aku drive seorang diri menuju ke Nusajaya.. huh.. ekceli baru first time drive sendiri ke sana.. tawakal je la masa tu kalau tersesat... orang kata jalan tegak jek.. jumpa simpang LEGOLAND baru belok kiri.. ok aku ikut jek..

Alhamdulillah.. sampai jua di LEGOLANNNDDDDDD...!!!

muka riang ria sebab dapat masuk percuma.. well.. eksaited..!!

excited giler.. sebab dapat pass percuma kan.. nak masuk berbayar memang tak mampu la aku kan.. membazir..! tapi kalau free aku ok jerrr.. hehehe


pura-pura ayu gitu...

nasib baik ade partner.. sakila la jadi peneman bersiar2 di LEGOLAND.. hehehe.. cehh sebelum masuk dengan eksennyakan suruh aku main semua permainan yang terbang2 tu kan..

Pemainan terbang-terbang yang terhebat di abad ini.. hahaha.. iot..! ni replika jek..!

ok.. kita tengok apa kesudahannya nanti..!

first kami melawat tapak (ayat tak bole blah..) miniland.. so banyak la bangunan2 di lego-kan.. comel2 belaka.. ade stesen kereta api.. ade kapal terbang.. KLCC pun ada.. bak kata orang yang fofularrr jerrr... puas bergambar..!!

KLCC.. tak payah nak terbang jauh pegi KL.. replika pun jadik la -,-"

hati pun sangat riang..!!

muka tahan napas..supaya nampak selim.. kembang kempis hidung..! huh..

rasanya kalau nak melawat tapak dan snap picture satu persatu makan masa jugak kan.. so kami pun naik jela keretapi yang disediakan.. boleh rehatkan kaki sikit.. keretapi kami ni mensusuri hampir kesebuanya 'bandar LEGOLAND' ini.. so kira dah tahu la port mana nak pergi lepas ni... 15 minit jek naik kereta api tu.....
.
.
.
** minta maap..! gambar kereta api tak sempat nak snap..!


sorok belakang patung.. biar badan nampak kecik.. tektik tu..!!

lepas tu si sakila dengan eksennya mengajak aku naik NAGA kan.. macam roller coster la.. naga ni ada 2.. satu yang kurang extreem lagi satu terlebih ekstreem.. heheh.. kami naik yang kureeennggg ekstreem jek... nak rasa-rasa jek.. ok la.. tak beratur lama nak naik NAGA tu.. agak kurang best sebab kitorang dapat tempat paling belakang sekali..

naga yang comel.. cute kan..? macam nak cubit pipi si naga ni ~,~"

***tak best tempat belakang.... (sebenarnya takut kannn...)


tempat duduk yang paling mengerikan pada abad ini..!!

sepanjang roller coster tu bergerak aku pejam mata jek.. dah la tempat pemegangnya jauh.. macam nak suruh aku melepaskan tangan ala2 superwoman ek... naga tu berpusing 2 kali jek.. aku ingat sekali jek.. lepaslah azab.. lepastu dia pusing lagi sekali.. kan.. macam tak rasa perut ni bernapas tau..! naseb baik tak weeekkkk..! ok la.. pening2 lalat jek..


walau kurang tinggi, tapi bagi aku, itulah yang paling tinggi.. hihi

amacam kila..? nak naik lagi... tadi punyalah eksen.. hehe..

mula2 kitorang taknak naik.. tapi terasa tercabar pulak bila nenek yang berumur 50++ join naik naga tu skali.. kalau korang, rasa tak kecabaran itu?? nenek tu depan kitorang jek..!!

hai...! ni pakwe baru saya.. omel kan...? kan... ~giler..~

ekceli banyak tempat yang best kat sana.. pergi lah kepada yang belum pergi.. tak rugi pun tau.. kitorang dah terlepas peluang melihat wayang 3D kat sana.. sebab tempat tu kat belakang sekali.. so tak perasan.. orang bercerita, baru tahu.. tapi masa tu nak balik dah..

kepada yang kurang berkeyakinan tinggi, korang jangan risau.. ade jugak permainan ala2 untuk korang.. ada keretapi, ada keretapi berpusing.. eh! banyak la..

pastu ada tempat yang lagi best.. tapi sian... untuk budak2 jer.. nama tempat tu driving school.. macam best jek bawak kereta LEGO tu..

ada jugak tempat tembak2 air.. kitorang nak naik, tapi risau baju lencun dibasahi air.. kan, hujan tak ade, ribut tak ade.. basah kuyup.. nak balik macam mana kan..??


rasalah kenikmatan baju dibasahi air....


ok.. tepat jam 5.00 petang kitorang pun bergerak balik.. lagi satu masalah datang...!!


muka orang kepenatan.. =_-"

tak tahu jalan balik..!!!!

pergi reti... balik tak reti...!!

masa tu tawakal aje la.. aku risau kalau termasuk jalan nak ke singapore, gelang patah, pasir gudang.. aku memang tak tahu jalan ke sana 100% pun..

masa tu aku ikut naluri keremajaan aku jek.. ikut signboard balik ke skudai , hospital HSA tak ada pulak.. so aku ikut signboard highway ke Senai/Kulaijaya/Indahpura jela.. mak oiii... jauhnyerr mak Jemahh oii.. jauh 5 kali ganda.. ko bayangkan.. pergi amek masa baru 20 minit jek.. nak balik 1 jam perjalanan..

tibe pulak kat tol senai (S) aku tak tahu macam mana abang tol tu tahu nama aku.. pastu tahu pulak aku ni macam dah tersalah jalan...

siap boleh menanya, "zila dari mana ni.."

agaknya nampak sangat muka aku ni muka sesat jalan ek..

"saya dari Nusajaya.. nak balik JB.. ikut mana ek? dah tersesat ni.."

aku rasa kereta yg kat belakang aku tu dah berduyung2 menunggu nak bayar tol ek.. boleh pulak abang tu bersembang bagai dengan aku..

"takpe.. zila teros jek.. keluar senai, lepastu amek kanan ke skudai.. pastu jumpa la jalan balik..""

"oh... ok terima kasih.."


terima kasih abang tol.. semoga ketemu lagi...!

ingatkan dapat la bayo tol free ke.. ok gak ek.. takpelah.. janji selamat.. ishh.. masa tu tawakal je la kalau tersesat.. alhamdulillah.. betul apa yang dikatakan oleh abang tol.. dia tak tipu..
keluar senai, aku dah lega sesangat lega...!! syukur.. sampai rumah pukul 6.30 petang.. aduhh..

LinkWithin

Eh, ada entri berkaitan rupanya..

Snag a button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...