sila klik dan berikan ikan saya makan...kesian dia lapar =p

SUKA BLOG INI?

Who's Read..?

online counter

nuffnang

31 Disember 2013

Belajar menjahit manik dari asas hingga pandai di Johor Bahru secara perseorangan atau beramai

Assalammualaikum wbt.

berita baik kepada warga Johor mahupun di Singapura.. Saya Nur Hazielah Beads akan mengadakan pembukaan kelas belajar teori dan teknik2 menjahit manik dari asas hingga pandai secara personal ataupun kumpulan bertempat di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.. Peluang ini terbuka kepada mereka yang berminat terhadap seni jahitan manik. Jangan risau kepada mereka yang tiada asas dalam menjahit manik, kerana saya akan mengajar anda dari teknik ke teknik. kepada warga Johor dan Singapura jom belajar manik dengan saya dengan harga yuran yang berpatutan. Kelas akan dibuka bermula bulan Februari 2014. sebarang pertanyaan boleh hubungi saya  Azila : 017-2737750.


Kelas Asas Manik
Yuran : RM70.00 SEORANG
Masa : 3-4 jam (bergantung kepada tahap peserta)
 Hari :  Jumaat atau Sabtu

-di ajar sehingga pandai.. dan Bonus 1 design
-makan disediakan
-peralatan menjahit dan manik disediakan. (dapat bawa pulang dengan manik lebihan dari sesi pembelajaran)




Kelas Manik pertengahan.

- Jentayu
-shiming floral
-roses
-bola2 chinta
-bunga reflesia
-teknik menjahit lace

Yuran : RM130.00 SEORANG
Masa : 4-5 jam (bergantung kepada tahap peserta)
Hari : Jumaat atau sabtu

-di ajar sehingga pandai.. dan Bonus 1 design
-makan disediakan
-peralatan menjahit dan manik disediakan. (dapat bawa pulang dengan manik lebihan dari sesi pembelajaran)




Kelas Manik Expert

-Pelbagai jenis Crumble
-Lace crumble
-rainbow crumble
-buble crumble
-teknik renjisan
-crumble roses (S)
-dan banyak lagi jenis2 crumble..

Yuran : RM170.00 SEORANG
Masa : 6-7 jam (bergantung kepada tahap peserta)
Hari : Jumaat atau sabtu

-di ajar sehingga pandai.. dan Bonus 1 design
-makan disediakan
-peralatan menjahit dan manik disediakan. (dapat bawa pulang dengan manik lebihan dari sesi pembelajaran)




** maksimum kelas beramai-ramai 3 orang peserta sahaja untuk satu sesi.

** jika anda membawa rakan seramai 3 orang peserta, anda berpeluang mendapat discount RM30.00

***alamat akan dimaklumkan kemudian selepas deposit diterima (deposit hendaklah dibayar separuh dari harga yuran).

***pemakluman kehadiran mestilah dilakukan seminggu awal.


berminat SMS KE  017-2737750

30 Oktober 2013

Puan Azila..!

Alhamdulillah...

pada tanggal 8 September 2013 / Ahad, aku selamat bergelar isteri yang sah kepada suami ku.. syukur.. segala penat lelah mencarik duit.. mencungkil idea untuk majlis perkhahwinan kami.. terima kasih pada kawan2 merangkap BFF yang sudi penat lelah bersama.. edy, juliza, fifi dan nizam.. thanks a lot..

naw..naw..

tunggu giliran edy... fifi.. dan nizam.. who is next..? alamak debo pulak kita wak.. cepat2 la korang kawin.. senang ati aku jugak.. hihi... mesti meletop wedding korang ek...

ok di ringkaskan cerita :

Andaman baju sanding dan mekap :
Raudhah Kasih, Taman Sri Kluang ( sebelah dengan Giant)

Mini Pelamin, Pelamin, hiasan bilik tidur dan meja makan damai :
Hairul Azuan (abang ipo...)

Kek :
Juju cup cakes

Candy Corner : aku ler..!

Catering :
Apandy Catering (Batu Pahat) tip toppp...!!

Gubahan hantaran :
Atiqah (My sista..!)

Photographer:
Kedai Kahwin Kami

alhamdulillah segalanya memenuhi bajet yang telah di susun.. bak kata orang.. lebih tiada.. kurang pun tiada.. semuanya menepati keperluan dan kehendak.. hihi

ok nak kongsi beberapa pic kawin yang tak seberapa...

ko tak tahu aku punya nak bergambo sangat di stesen ketapi kluang kemain seksanya.. dah la panas rentong masa tu.. naseb baik mekap mak andam tak cair ko..!! dengan nyamuk dengan mak jandanya banyak kan.. ko tahu la kan, seksanya bagaimana.. nak sangat berposing bagai mcm retis kan.. rasakan..!!


p/s: aku dah try berdiet .. tapi beso jugak badan ni.. aishh ape lah naseb..  takpe janji impian mak aku nak tengok aku sanding pakai baju merah tercapai...! aku suka bajunya..! macam retis ko..!!
















22 Julai 2013

persediaan nikah: contoh surat akuan bujang, kerja dan bermastautin bagi yg nak kawin

Assalamualaikum. .

Sejak2 akhir ni rajin bebenor mengapdate belok. . Nampok noh malehh  nak buat kerja kann?? Kan.. hihi

Ok la x nak citer banyak.. dibawah adalah contoh surat akuan bujang, pekerjaan dan bermastautin bagi mereka yang bekerja kerajaan..

Ok..

Selamat membuat surat..

Sempoii jek surat aku...


17 Julai 2013

BAJET KAHWIN : kira-kira bajet kahwin... final..!!

ok.. ini muktamad rasanya.. ecehh cehh.. ntah2 ade tokok tambah tak..?? hihi.. duit dah banyak pehabis dah 'demi' nak kahwin.. hahahah

baru nak kahwin.. belum lagi kehidupan selepas kahwin.. kalau selepas kahwin kemana pulak bajetnya eik....??

wallahuallam... mohon dipermudahkan segala urusanku ;)

berikutan adalah list yang aku dah bayar untuk majlis perkahwinan aku.. bayar sikit2..senang sikit.. kalau sekali harung, mau botak kepala aku...

 antara barang hantaran yg dah settle.. sila abaikan tulisan aku yg buruk -,-"

- kain baju nikah perempuan ---- settle
- pakej pelamin + baju sanding --- settle
- kad kahwin ---- settle
- doorgift --- settle
- hantaran L+P ---- settle
- baju kawin lelaki --- settle
- banner --- settle
- PA system --- settle

giler tak banyak perbelanjaan..

berikut pulak balance yang belum settle =p

- photographer --- balance lagik rm500
-  upah baju nikah perempuan --- rm150++
- kek kahwin --- rm300
- duit botton - rm80
 candy coner katanyaaa --- rm150

 tu diaaa..candy coner bajet ciput..!!

uawaaaa.... total rm1,180.00 mano eh den nok cokau duit ni... dah la nak raya.. beli kueh raya tak hengat duniawi,,,

insyallah.. simpan sana..simpan situ.. bila dikumpulkan cukup lah tu.. hihi

ok aku nak kongsikan botton badge untuk kendarat org kahwin.. memang sweet dan oshemmm... murah jer rm1.70 seketol.... minimum order 50 pcs.. hihi.. nak jugak buat sebab dia nampok sweet like me...

tolong jgn muntah..!!
sila tepuk tangan sebab korang terpilih dapat button badge... lompat tinggi2..

 aku nak design ni jugak..!!

aku jugak selalu lah berbincang nak itu ini masa kahwin dengan enchek tunang.. tapi ko tahu dia jawap apeee....

"sayang, majlis kawin tu sehari, u dah habiskan beribu raban... yg selepas kawin tu u nak berapa raban lagik.."

ok mak sentap ok..!!

betul lah ape yg dikatakan beliau (eh beliau pulak) tapi nak buat macam mana.. memang naluri seorang bakal pengantin perempuan selalunya begitu... berangan mengalahkan bajet... berangan mengalahkan retis.. berangan mengalahkan org kayo...!!

lainlah mak jemah, dia memang dah kaya... hihihi

ok la.. aku pun memang terpikir gak kos selepas kawin macam mana.. nak sewa rumah.. nak beli barang elektrik.. nak beli sofa la.. beli meja makan la.. dan yang paling penting adalah katil.. hihi itu aset penting...

berikut merupakan perbelanjaan kami (eh kami ke) untuk bajet selepas kahwin :

sofa : rm500 (beli yang murah jerrrrrrr..asal tak patah sudah)
meja makan : rm300 (jugak yang hok murah.. kerusi ade 4.. cukuplah tu..esok dah beranak pinak beli yg kerusi 8 punya)
kabinet dapur : rm300 ( ini penting bagi aku sebab tugas seorang isteri salah satunya adalah di dapur...)
set bilik tidur : rm900 ( ini juga penting.. hihi... takyah cerita banyak korang pun tahu kan)
tilam : rm1500 (beli yang mahal sikit..boleh tahan lama.. hihi...)

total : rm3500.00 (enchek tunang sila bahagikan dua.. berat sama dijinjing.. ringan sama dipikul)

 berikut adalah perabot yang bakal nak beli... oshemmm..!!

 perancangan awal selalunya ditokok tambah..

setakat itu, ini je la.. sebab peti ais, mesin basuh memang aku dah ade.. nasib baik jugak la aku dah ade rumah sewa... so tak payah nak pening kepala nak pikir nak duduk mana lepas kawin,,, (aku kene 'halau' budak umah aku) sewa rm400 sebulan.. ok la.. rumah kecik.. so takyah nak letak perabot banyak sangat.. nanti nak lalu pun terpeleok..

aku rasa itu je kot..cukup lah.. tak mampu dah aku nak mengorek duit ASB tiap2 bulan.. masuknya tak pernah,,, asek keluarrr ajek.. sedih kalau mak aku dengar ni..

 contoh kad kawin yang dah siap... tarikh terpaksa dirahsiakan atas sebab tertentu.. feeling diva ok!

p/s: semasal 17.7.2013 dapat anak buah lagi sorang.. sweet...

comel tak anak buah ku.. Ghaisan ihsanul Hail... klu nak menyebut tu kene 3 harkat ok...


ok tammaaatttt...



16 Julai 2013

cara dapatkan full nyawa untuk candy crush saga

kredit untuk belok http://cikepal06.blogspot.com/

Harus cuba..diulangi... cuba.. makanya lepas ni Bong Moktar  boleh main candy crush tanpa minta nyawa tak...???

Hehe..gurau je...

Aku tak pasti tsunami apakah yg melanda remaja, mak org, bapak org dok main benda ni.. ade ke best nya ke??

Aku dah hampir terjebak 2 bulan main candy crush ni... asal tgh feeling kuat, masa tu nyawa habes sampai aku terpaksa menjaja kat pesbuk suruh dorang bg nyawa.. hahaha..

Gilerr tak ko rasa candy crush ni.. sampai ade yg bergado sbb org tu x tolong2 dia bg nyawa or tiket..

So dihari yg mulia lg barakah.. aku nk share mcm  mana nak dapat nyawa  yg full lg penuh.. so lepasni pastikan anda tidak kehilangan nyawa sebab dok hadap sgt main benda ni, so mati kerassss...

awassss yer adik2...!!
untuk korang yang guna version android.. pergi bahagian setting, lepastu kelik date n time...

lepas tu unclick kan automatic date time.. kalau tak paham sila rujuk gambar rajah di atas

lepas tu pergi bahagian tarikh.. perawalkan tarikh sehari.. contoh tarikh hari ini adalah 17hb.. so ditukarkan kepada 18hb.. sila buat ikut tarikh anda memasing..!!


tadaaa... megik..megikk.. nyawa dah full... hihi.. aku ade setok nyawa 34 lagi.. korang hado....?? lepasni boleh tak yah aku nak sebok2 minta kat orang mintak nyawa..hahaha... mak kaya..mak kaya...

p/s: aku baru level 135... tolong jangan gelak...!!!


15 Julai 2013

BAJET KAHWIN PART 3: candy coner.. perlu ker???

handmade...decoration..hihi

Candy coner? Perlu ke u ollz..? Perlu jika duit ko kepok.. klu duit tak bape nak kepok, ko jgn bermimpi di malam buta dikkk....

Dulu aku selalu rasa bdk2 yg wat CC ni mcm membazir.. naw..naw..naw aku dah Terjebak. .. mcm mana nak citerrr ni???

Senang kata aku dah terjebak....!!

Makanya wedding aku tu meriah tak dgn kanak3?? Oshemmn.. I loike.. !!

Aku selalu berangan dan mengidamkan CC yg english style.. ala2 vantage kan.. maklomlah lahir kat obersea.. darah camporan tetap ade (ok ni aku tipu) ...

Dimeriahkan lg dgn adanya chocolate fondue fountain. .. coklat dicairkan....jatuh2 di dlm mulut.. ermm..sedapnyer.  di tambah pula dgn marshmallows dan strowbri segar dari ladang cameron hingland    wahh..suke2...
ini lah bendanya...coklat cair di dalam mulut...

Di tokok tambah lagi dengan cekedis2.. gula2 yg merosakkan gigi bebudak..hihi...

Lagi satu yg aku tertarik adlh mesin ABC... panas2 ni mmg sedap pekena abc  ek.. mesin tu murah je rm59.90 je... buat2 ade je kan. Buat2 nak galamer... katanyerrrr.

winkkk.. ini la mesinnya.. oshem tak..??



Tapi kalu ade mesin buat popcorn pon oshem jugak kan?? Kan?? Kan... hihi

Tp tak pyh la nak diva sgt nk berpopcorn bagai dikkk... duit secipot berfeeling bagai!!!!

 inilah mesinnya.. sangat comel...

Ok la ni adalah shortlist aku untuj decoration candy corner::

● cup cake red velvet or coklat (handmade)
● smarties (utk colorfull)
● strowbery (klu dompet kepok)
● marshmallows ( skrg musim org wat kueh, mayb blh dpt murah)
● chocolate fondue fountain (rm79.90 nak beli teros..lps blh menyewa balik..dpt balik modal ckup la)
● dadih
●machines ABC (saje nak mengedik)
● biskut aiskrim/butang
● dan lain2 yg difikirkan perlu***

Siap ade bintang koo...tu bermakna kalau dompet kepokkk..

so sekarang ni nak pilih tema apa untuk candy corner? nak tema rimba safari ke? ke tema kalerfull... hahaha

08 Julai 2013

BAJET KAHWIN PART 2: 2 bulan lagi.. (saya nak kahwin)

assalammualaikum..

dulu masa awal fasa pertunangan dok menghitung hari bila ler nak kawin.. gila gatal kan.. kan.. duduk berfeeling bagai mak jemah memikir..hahaha

tapi bila dah tinggal lagi 2 bulan, tetibe terdetik, "eh asal cepat sgt ni..belum puas enjoy lg..belum puas kumpul rete la..:" hahaha

^
^
tula..manusia ni kan.. bila diberi nak tolak..bila tak diberi, mencarik pulak kan.. pening kepala beta memikirkan soal kawin.... argghhh.. kene ade perunding imej dan perunding perkahwinan ni.. ala macam la ko ni anak orang kaya nak perunding2 bagai ni kan...???

kelas ko..

lg 2 bulan tapi banyak bab lagi belum settle... gemble tak aku? koboi la jawapnyer... hahaha

1- baju nikah (cc : Juliza akaperah sila ambil perhatian yer....) - designer aku.... *rekemen
2- kek wedding belum tempah
3- ambil darah untuk untuk test HIV
4- temuduga kawin
5- button (untuk kendarat dan bff)
6- benda kecik2 macam deko-deko.. nak jugakkk kan..walaupun bajet ciput
7-duit....!!! makanya....?? tak payah nak berfeeling bagai macam diva ok!
8- masih belum menghalau budak umah sewa lagi.. (sedih!..)
9- belum fitting baju bersanding..
10- belum fikir tema warna ape.. (warna warni je senang u ollz)


hahaha... boleh macam tu...?? boleh jerr... sendirik tanggung..

dengan maka itu, bulan 7 ni bulan mengapply cuti  ok.. makanya cuti kawin pun terpaksa di cut-cut.. diulangi lagi... cut ok.. sebab nak kaber balik yang aku cuti bulan 7 kan...

bulan 8 nak raya.. makanya keneee cuti lagi tak..?? omaigudddd...

dan cuti kawin makanya kene amek 2 hari je tak..???

hahaha.. aku ok jer.. pengantin bukan banyak buat kerja pun.. duduk atas pelamin feeling2 diva jer... hahaha.. sentap tak..??

insyallah.. bulan 7 ni aku akan settle kan mana yang patut... macam temuduga kawin, cek darah, tempah kek kawin, fitting baju...

yang baju nikah tu ape cerita ek..? kena tak datang berkayuh rumah my designer.. hihi.. jgn marah ye puan besar juliza...

nasib baik la aku ni boleh jahit manik sendirik..so boleh la save budjet ckit..sbenarnya tak ade la save mana pun..samo ajo lah...


ahhh..tetibe takut dan tak bersedia pulak nak menumpuh alam berumah tangga.. nebesss kita tau... hihi.. seriusly i very2 nebes ok!

16 Jun 2013

hari minggu yang menghiburkan.. tetapi sedikit penat..

Assalammualaikum wbt

salah 1 malaysia..!! wahh.. macam iklan karan sing walia jek.. hehe.. ape kelas jah oi..!! ok la.. lama kan aku tak apdet belok..

korang mesti rindu kannnn...??

itu kapala kasi jatuh....!!


aaaa'ahh rindu la tu.. aku tahu.. kahkahkah...

sekarang kije bukan macam sekarang.. dulu boleh cilok2 tulis belok.. sekarang ni, nak cilok2 tulis belok pun belum tentu dapat.. kene pasang cctv kiri kanan... hihi.. punya keketaat(ketat) kan..?? giturr lerr kesahnya jah oi..

ok.. chapter lain pulak..

^,^"

Alhamdulillah. kasih sayang kami semakin erat.. ehh.. nak berpiling (feeling) bagai pulak kan.. ahh bior la.. dia kesayangan patik... bagai menatang minyak yang penuh, begitulah kasihku padanya.. hahaha..

terima kasih kepada enhek tunang kerana membuatkan hari2ku semakin hepi, hepi dan sedikit sebanyak menambahkan lagi berat makan aku... ye.. aku suka.. tapi aku tak suka gemok.. ari2 kene ejek dgn enchek tunang..!

>>benci..!<<

tapi sayang maaa...

minggu ni kami jalan2 cari makan.. manyak syok lor... benti sini, makan... benti sana,  makan lagi... asal benti jek nak makan.. asal makan jek benti.. sebab perut dah penuh.. masa untuk membuang ok!!

first tempat kami makan belangkas kat Mahkota, Kota Tinggi.. banyak sedap.. ini kali ke 3 aku sampai di sini.. dan kali ke-2 pergi bersama enchek tunang.. menu utama biasa lerr,,

>>belangkas asam pedas...
>>kepala ikan semilang masak asam pedas..
>>sipot gong gong rebut.. enak!
>>lokan black paper
>>air suam..


(balangkas dan sipot gonggong..enak..)

semua enak kan... hacur dietku..!! 3 minggu punyalah aku berpantang tak makan nasik bagai.. tapi dek kerana belangkas, aku terpaksa melalui saat2 memakan nasik dgn byk...!

omak kauuu...

hari keduanya pulak ke Senibong pulak.. antara menu tragis dan eksotik ialah..

>>ketam bangkah masak sambal teloooo..
>>ikan siakap stim limau..
>>sipot buluh sambal.. lazat..!

 sipot buluh... lazat..enak..!!

semuanya lazat ok.. bertambah lagi 2 kilo berat aku.. sbb time tu aku makan mmg tak pandang kiri dan kanan.. sepertinya itu semua aku makan..

ok terima kasih kerana menspend kan duit hampir 1k lebih belanje itu ini.. ok..nanti kita pulak yang belanje ok.. sayang kamoo enchek tunang..

alolo..malu la nak berpiling2(feeling) bagai ni... ^,^ ahakkksss..!!

ok sekian terima kasih kerana membanca berita dari tv3..

p/s: ok gerai makan kat senibong tu sumpah tak sedap..! sedap lg aku masak tak.. harap mahal dan cekik darah.. putus selera nak melantak..! hasilnya, enchek tunang menapau lagi sekilo ketam bunga mentah untuk bawak balik masak.. dasyat kan..?

ok bye!

 gambar semua hasil enchek gugel ok.. gambar ori boleh follow kat pesuk aku.. kang korang cakap aku tipu pulak..




02 Januari 2013

4 tahun yang terpadam

Asslammualaikum,

rasanya dah hilang taring nak berbelok ni.. maklumlah dah lama tak keluar post baru.. hihi.. hihi (ketawa lagi..)

ok stop..!

ok nak cerita kisah 4 tahun yang lalu.. ceritanya bermula begini dan begitu..

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, walaupun banyak sangat dugaan yang harus ditempuhi.. sekadar mengingat kembali.. yelah kita ni sedar diri jugak kita ni datang dari mana.. kita ni tak punya kelulusan pape pun..cehh merendah diri pulok...

banyak dugaan, teguran, nasihat dan kene marah.. biasa la tuh.. tapi sampai sekarang yang sampai sekarang tak boleh dilupa kan dimana situasinya seorang pegawai marah dah menghempas fail.. what..? ko hengat ni keje swasta ke nk hempas2 fail.. masalah rumahtangga ko, nak bawah kemari pulak.. aku start dari tu aku bermasam muka... kecik ati beb..! sampailah suatu hari dia baru sedar perubahan aku.. padan muka ko!.. ok.. dia minta maaf.. sebenarnya itu jek yang aku nak dengar..

memang la selama 4 tahun ni aku tak ada menyumbangkan pape yang besar pun.. yelah aku pun sedar jugak aku hanya 'balaci' jerk..
#cehh..ayat nak sadis jek..

nak katakan memang banyak la hati terluka semasa di sini... yelah macam2 diterima.. kadang2 kita rasa kita banyak memberi.. tapi ape yang kita dapat tak setimpal dengan ape yang kita beri..

ok sebagai contoh.. seorang pekerja bawahan tidak meminta pape wang ringgit or barangan berhargaa untuk keikhlasan bekerja.. just say 'terima kasih' dah cukup menghargai kerja yang kita buat.. simple right..??

tapi di sini lain... dah la penat lelah tidak dihargai.. malah di kutuk pulak.. tak tahu nak kata ape.. ok terima je la..

orang kata harimau mati meninggalkan belang, manusia mati menerima kutukan.. =)

wahh..dah jadi macam karam sigh walia daaa..

ok la..tak nak cerita lagi..cukup la suka duka di sini.. nak mulakan tempat baru.. berharap  dapat menyesuaikan di tempat baru.. harap dapat belajar lagi..

alhamdulillah.. thanks Allah =)

LinkWithin

Eh, ada entri berkaitan rupanya..

Snag a button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...