sila klik dan berikan ikan saya makan...kesian dia lapar =p

SUKA BLOG INI?

Who's Read..?

online counter

nuffnang

31 Januari 2011

Hospital and Trip To Kukup...






entry kali ini nak menceritakan dua kesah yang amat sadis..! hahahaha... ada yang bad story.. ada juga yang melucukan dan ada juga kesah penuh kehampaan.. hahaha..

jom baca kisah pertama..

di Hospital ::

semalam 31/01 aku ada appointmen dengan doktor.. hari Isnin pulak.. dahlah hari tersebut aku ada meeting.. so berkejaranlah aku dah macam cerita Hindustan..hahhaha

nasib baik aku dihantar oleh my beloved mak n ayah aku =) so save bajet tak payah naik teksi lagi.. aku bertolak awal dari Kluang kerana memikirkan keadaan sekarang yang hujan tidak henti-henti.. takut pula jem di JB.. tahu-tahu jela JB ni dah macam KL dah..

owh...tempat persingahan pertama aku di BBU, yelah senang..letak barang segala kat rumah dulu... aku sempat mengambil sebiji kuih baulu untuk alas perut..

ok..perjalanan diteruskan ke Hospital Sultanah Aminah.. aku sempat lagi mengeluarkan 2 biji gulu-gula sementara perjalanan diteruskan..owhh..dah sampai rupanya.. sekejapnya.. mana warga abang motor Singapore dan pakcik-pakcik van semasa di jalan raya tadi.. aku tak nampak kelibat mereka pun??

owhhh.. lupa.. arini kan cuti sekolah.. dan mungkin warga Singapore dah start cuti kot.. tu pasal jalan legang.. =)

bagus..!

macam biasa aku lebih suka menguruskan diri sendiri berbanding ditemani oleh kedua ibu bapa aku.. yelah.. Mak, yah dah besar.. nanti kawan-kawan yah ejek yah anak manja... (cehh..macam budak tadika pulak..) hahahaha...

so, ambil nombor..tunggu sehingga nombor di panggil.. nasib baik hari ini tak ramai orang sakit. so prosesnya pun amat cepat sekali..

bangga aku jadi rakyat Malaysia.. hahaha

upppsss.. 0115 nombor aku dah dipanggil.. macam biasa aku serahkan segala kepada 'kak kaunter'..

"ok cik, pergi ke D6 untuk timbang dulu ye..lepastu baru jumpa doktor di D7"

"ok" jawapan ringkas ku =)

tanpa berlengah lagi, aku pergi ke D6 seperti yang dikatakan oleh 'kak kaunter' tersebut..

seorang doktor India menegur aku... :

"ok..ambil timbang ya..?"

"65 kilo...!"

"ok, duduk sini, saya nak check tekanan darah dan gula..."

"yelah doktor.." aku dah start boring..

"tekanan darah awak 130/80.. ok kita check gula pula.. pagi tadi ada makan pape tak? malam tadi last makan pukul berapa..?"

"saya tak makan pape pun pagi ni..last makan pukul 7 malam tadi.."

kenapa aku tipu ye..? kan aku dah ngupp seketul baulu dan 2 biji gula-gula.. ishh..tak beri efek kot kalau aku tak cakap..

"11...!! awak makan apa malam tadi ye..? awak tahu tak 11 ni dah tinggi..?"

adoiii..kena marah..

"malam tadi ada kerja kawin kat rumah jiran, saya melantaklah nasi minyak dan 2 kotak air teh dan soya =)"

"lain kali jaga makan ok, ok sekarang ni pergi ke bilik D8 untuk buat ujian dinesis(betul ke aku eja)"

yelah..leceh betul.. berapa doktor aku kena jumpa hari ni..

aku pun mengetuk pintu ala-ala sopan gituew.. owhh..doktor perempuan..

"doktor, doktor kat D6 suruh datang sini..dia kata suruh buat ujian dinesis.."

doktor tersebut menyemak rekod perubatan aku..lama jugak dia membelek...

"macam ni lah, saya tak boleh nak cakap awak ni ada kencing manis..lagi pun rekod sebelum ni pun tak ada mengatakan awak kencing manis.. pagi tadi awak ada makan tak.."

"sebenarnya, pagi tadi saya dah makan 2 biji gula-gula dan sebijik baulu..malam tadi pula saya minum 2 kotak air soya dan teh.."

"owhh..lain kali kalau nak check jangan makan ye..puasa.. saya tak boleh nak buat ujian minum air gula kat awak sebab tak valid.. so saya akan tulis dalam laporan ni awak tak ada kencing manis ok.. tapi lepasni pasti kan awak makan 3 kali sehari..jangan skip makan.. makan kena jaga.. kalau boleh makan oat.. air manis ambil seminggu sekali je.. ini untuk langkah berjaga-jaga je.."

"ohh..ok doktor..terima kasih.."

aku pun keluar dengan perasaan hampa + gembira..?? gilerrrr aperrr..??

ok..sekarang time untuk jumpa doktor yang ketiga pula..nasib baik aku kenal doktor tersebut.. so tak adalah gabra semacam..!!

hahahaha...!!

aku pun berlalu masuk ke bilik D7.. dan terus di sapa oleh doktor tersebut..

"ok azila..so macam mana rasa..? ada rasa sakit lagi.. leher ada bengkak tak..? aritu ada ambil ujian darah kan?"

"ok je doktor, dah tak rasa sakit lagi, leher tak ada bengkak.. minggu lepas ada ambil darah..kata hari ni result.."

doktor tersebut pun mengeluarkan satu fail..mencari-cari kertas yang ada nama aku..

"ok..darah awak to back normal.. good condition.. hormon awak pun dah stabil.. gula pun rendah.. bagus..! tapi kolestrol awak ada naik dengan mendadak lah.. tapi so far ok.. lepasni tolonglah jangan skip makan ubat.. takut efek lagi kat jantung awak... so 12hb Mei jangan lupa appointment dengan doktor jantung ok.. lepasni appointmen awak dengan saya dari 6 minggu dari sekarang ok.."
wahh..senyum sampai ke telinga aku bila doktor katakan begitu.. insyallah lepas ni aku tak skip makan ubat.. =)

wahh..aku tengok kertas appointmen, wah..

"PLEASE DO ECG FOR THIS PATIENT..."

wahhh..kena buat ECG.. tak suka..! tak suka..!!

dan..

TAK SUKA........!!

****** tamat sudah cerita di hospital**********


cerita kedua ialah cerita trip to Kukup =)

malam tadi adalah perjalanan yang tak dirancang nak ke sana.. mulanya kami hanya mahu makan di perling, JB je untuk menikmati meehun sup.. tapi ntah ape la pulak tetibe dia tukar fikiran..

katanya nak makan kat kukup..katanya kat sana udang besar..ketam besar..semua makanan laut ada..murah lak tu.. ishhh..kenapa tak bagitahu nak makan kat sana..bolehlah aku pakai bergaya sikit.. ni macam nak ke pasar jek stail aku..

ahahahahaha....!!

ok..kami pun terus menuju ke destinasi... macam lagu ct pulokkkk.. (*,-) perjalanan pergi kami mengambil masa 1 jam 1/2.. fuhhhh.. lama jugak..

rasanya macam malang jugak lah nasib kami ni.. menapak jauh-jauh tapi akhirnya kedai TUTUP..!! tak macam sakit hati pulak ye..??

sabar..sabar..

kami pergi ke kedai sebelahnya..nampak kedainya macam besar juga.. takpe lah pergi jela..kot-kot manalah tahu ada ketam dan udang juga..

"kak, kat sini ada ketam tak? udang?"

"tak adalah kak.. ketam habis...udang pun habis.."

"abestu makanan laut apa yang ada?"

"sorylah kak..semua habis.."

perghhh..! tak macam menyirap pulak kan?? takpe kasi tenang dulu..

"habes apa yang ada..?" aku tanya dengan nada controlnya...

"ada goreng-goreng jek.. tapi nasi habis.. yang ada mee-mee je lah.."

perghhh..kalau semua habis baik ko tak payah bukak kedai..! bagi tutup jek terus kedai ko tu..!!

"takpelah..bagi saya mee bandung satu dengan tomyam campur satu..letak daging dengan ayam ye..."

"ok kak.."

dalam hati aku HAMPA betul..!! dahla datang jauh-jauh tapi makan mee bandung..! perghh.. baik aku masak sendiri kat rumah letak segala khazanah laut..! lagi puas hati..! takpe kita lihat hasil masakan akak tu tadi..gempak ke tidak..!

"kak..minta maaf banyak-banyak, daging habis la..........."

ko rasa macam nak bagi akak ni makan kasut saiz ape ye..??

"abistu apa yang ada? ayam je la..? takpe la letak ayam je la"

sengal punya kedai..! datang jauh-jauh nk makan macam makan kat kedai kaki lima jek ek??

lama juga kitorang tunggu.. 15 minit.. hati dah panas..bertambah pulak dengan kepanasan air ni..ok.. akhirnya sampai juga makanan yang kitorang order..

perghhh..rasa macam tak boleh blah.. geram pulak aku... aku makan sesudu dua jek... lepastu aku blah dari kedai tu dek kerana geram menimbul..!

takpe lain kali tak akan ku jejak lagi ke gerai ini.. huh..sakit hati.. bukan apa.. kalau kau dah tahu stock makanan mentah kau dah habis, tutup jela kedai tu awal.. kenapa nak kejar untung sangat? sedangkan bahan-bahan kau tak ada kat gerai kau.. kau bagi orang makan 'alar kadar' jek.. berdosa tahu tak..!!

orang datang ke kedai kau nak makan..berilah la layanan elok.. persekitaran tu biarlah bersih..kan tempat pelancongan... isshhh.. tak pahamlah aku.. tapi aku memang SERIKKKKKK dah nak makan kat sana..!!

mood : tension/ marah/ hampa/ sedih.... =(


29 Januari 2011

scrambled eggs OR crumble beads...?

ok.. yang ini Scrumbled Eggs

(wahhh..sedapnyer.. kecur air liuq melihatnya..sesiapa yang rajin mai lah hantar sepiring dua kat saya..heheh)

ok... ini pulak Crumble Beads...

(design sendiri..manik sendiri..buat sendiri..baju sendiri..semua sendiri...huhuhu)

ok... sebenarnya tak ada beza pape pun antara dua benda ni.. nama je maybe seakan-akan.. dulu aku sendiri terfikir kenapa corak manik di atas dipanggil crumble..? bila dah buat sendiri, tengok dan berfikir... ohh...mungkin coraknya yang agak berserabut sikit sebab tu dipanggil crumble..

tetiba perut ni teringin nak makan scrambled eggs..wahh..sedapnya dengan limpahan susu segar dan sayur.. emmm..sedap.. ok.. siap satu scrambled eggs.. kalau orang melayu kata telur hancur.. hehehe.. kalau orang putih kata 'srambled eggs' sebab bezanya hanya campur susu segar..

kalau kita orang melayu kacik-kacik kan bawang lepastu pukul sampai kembang..pastu goreng hancurkan.. makan dengan roti pun dah boleh layan.. hahahha

tapi sekarang semenjak-menjak iklan Sheila Rusli yang kat TV tu, selera orang ramai pun dah bertukar..termasuk aku =)

hehehe.. letak telur 2 biji, letak bawang, letak mayonis 2 sudu.. pukul sampai tangan naik kebas..hahahha..!

pastu GORENNNNGGGG...!!

wahhh..! memang kembang gebu setamanlah senang citer.. kenapa ye gebu semacam..maybe moyonis kot.. hahahah..

aku tengok telur goreng sheila rusli cantik semacam jek... bulat dia pun cantik jek.. tebal pulak tu.. agaknya entah berapa biji telur dia letak.. hahahah

tapikan.. kalau pakai mayonis ni telur kita memang cantik..tak pecah..nak palingkan pun mudah..taklah terkoyak rabak bila nak hidangkan kat mak mertua.. heheheh

apa lah aku ni cerita pasal telur pulak...!!!

^,^

sebenarnya nak cerita manik yang kat atas yang aku buat tu..heheh.. malu nak cerita sebab tu melencong sampai resepi telur..

*,*"

sebenarnya tak terlintas pun nak buat corak crumble beads ni.. tapi sejak akhir ni corak crumble lah yang menjadi tumpuan di kedai-kedai jahit.. aku pun tak ketinggalan nak buat benda ni.. ok first time tau..!!

aku servey-servey juga kat internet, kot-kot ada tutorial FREE crumble beads design.. tapi tak jumpa lak.. yelah.. benda free jek aku nak.. hahahaha..

takpe..takpe.. kak kiah belajar sendiri..!!

hahahah..kat internet pun tak ada tunjuk cara menjahit.. yang ada hanya design jek..

hampa (-,-")

arghhh..takpe kita mulakan version cik ziela pulak ye..

step 1: [step suka suki susun manik]

(susunkan segala manik berbentuk pearl, dari saiz kecil hingga sederhana besar..boleh juga campurkan diomand berbentuk daun kalau nak tambah cantik..macam saya buat tu..susun tu tengok lah kesesuaian dulu..jgn sedap main letak je ye..)

Step 2 :

(teruskan jelah jahitan korang.. buatlah tindih-tindih biar nampak pearl tu timbul.. macam dalam gambar ni..)

(tengok tu..sekejap jek dah jadi banyak..)

(posing dulu..)

(kilauan pearl... tidak boleh disangkal lagi..)

(pearl yang saya guna ni adalah dari Apple Beads..kilauannya yang berkilauan..)

hahahah..sebenarnya gambar yang aku tunjuk tu hanya sebelah tangan jek.. sebelah lagi belum siap sebab manik habis..!!

hahahah..

kalau mak aku kata, kalau buat kerja separuh jalan itu namanya 'tak senonoh' heheheh.. so apakah daya... isnin baru boleh dapatkan stok manik.. itupun kalau kedai masih buka.. aku lupa minggu depan kan CNY..?

ohhh..tidak...!! minta-mintalah kedai tersebut buka..! janganlah tutup..satlagi aku pakai baju bermanik sebelah tangan je la.. =(

p/s: visitor blog saya dah mencapai angka 2,990.. so siapa agaknya orang yang ke 3,000 ye..? i waiting for u dear =) thanks visit my blog..!!

27 Januari 2011

entry tidak bertajuk..?

hahahah..terasa kali ini nak bercerita macam-macam..nak letak tajuk entry pun rasa nak letak macam-macam..so tak tahu mana tajuk yang sesuai nak letak kat this entry..so tetibe nak letak "entry tidak bertajuk.." hahaha..senang citerr...!

hari ini hari Jumaat.. nyaman dan indah...............................

tapi tetiba darah aku menyirap tetiba bila orang kat opis bising-bising cakap aku tak buat surat itu ini, oittt..! tengoklah dulu dalam fail..!!

dahlah tak nak cerita pasal opis..! aku tak nak mencemarkan blog aku dengan kutukan aku kepada seorang 'makcik'.. lagi pun tak ada faedah pun nak letak nama kau kat blog aku..!!

hahahah...garang juga aku ni ye...??


*************

ok nak cerita.. minggu lepas macam biasalah aku balik kluang naik bas segala.. macam biasa my baby lion aku terpaksa tinggalkan di office sambil memberi mandat kepada pakcik guard untuk tengok-tengokkan baby lion aku tu..

^,^"

ooo..hampir lupa aku telah berjanji dengan kak jun untuk naik teksi bersama-sama untuk ke bustand Larkin..baguslah.. tambang boleh bahagi dua..sebelum ni aku naik teksi seorang diri so kali ini boleh save bajet.. =)

sampai saja di larkin kami mengambil haluan masing-masing kerana berlainan destinasi.. macam biasa aku terus menuju kaunter jualan tiket.. dan seterusnya aku menuju ke 'daily fresh' untuk mengisi perut..hehehe..

"kak waffer yang biasa satu..! coklat and peanut ye..!!"

"dik, sekarang kita ada buat promosi, tambah lagi RM1 dapat air guava.."

"takpelah kak..tak berminat..! saya nak beli waffer jek.." hahahha

mesti menyirap jek hakak tadi.. penjual tak boleh marah pelanggan ok.. customer always right..!!

aku melihat jam, ohh..sudah hampir jam 5.30 p.m.. bus pun nampaknya dah ada.. bolehlah makan dalam bas..

tiba saja aku didalam bas aku terus melihat tiket ku untuk memastikan nombor seat yang patut aku duduki.. ohh.. no. 17...

cittt...!! dah ada orang duduk.. orang warga emas..tak kan lah pulak aku yang sopan ni nak membiadapkan diri untuk suruh warga emas tersebut duduk ditempat lain.. terasa tak tegar pula..

takpe..aku mengalah.. kak kiah tak kesahhh dik..! hahahahahah..!!

duduk belakanglah..rungut hatiku..lega betul dapat merebahkan diri di seat yang empuk..

tetiba aku ditegur oleh seseorang yang duduk sebaris dengan seat aku.. :

"hai awak.."

erkkk..?aku tetiba jadi terpinga-pinga..bila masa aku kenal kau wahai abang guard..?

aku hanya melemparkan senyuman manis =)

abang guard tersebut menyusun ayat :

"eh, mana kawan awak lagi sorang, kan tadi dia jalan dengan awak.."

aku tetiba rasa pelik, bila masa pulak dia nampak aku jalan dengan kak jun? ke aku yang tak perasan diperhatikan..???

"kawan saya naik bas lain.. bas ke KL.."

"ohhh...ye ke..? awak nak tahu tak dari tadi saya perhatikan awak masa awak turun teksi, saya tengok dari jauh jek, dalam hati, saya rasa macam kenal awak.. terdetik juga dalam hati, awak ni mesti orang kluang.. sebab macam pernah nampak awaklah..tak sangka pula memang betul.."

ehhh..gila bayang ke ape kau ni.. bila masa aku kenal kau..? kalau hensem tak apalah juga... tetiba nak cakap segala macam tu kat aku.. sengal...!

"ye..saya memang orang Kluang, tapi maaf, saya tak kenal awak..!!"

aku paling menyampah betul kalau dalam bas ada orang ajak berbual..tak tahu ke aku ni penat.. dah tu aku ni jenis mabuk dalam kenderaan pulak tu.. nasib baik kau tak menempah muntah aku..!!

abang guard menyambung lagi:

"sebenarnya saya first time naik bas..sebelum ni tak pernah naik bas..takut juga tersalah naik bas, saya ni sebenarnya memang orang kluang.. datang JB sebab ada orang call untuk pantau bank kat JB ni..."

sengal..!! ada aku tanya ke..??

"ohh..yeke..emm.. ok" haahahha.. aku jawab sekerat macam ni jek...

"pagi tadi saya naik kereta saya.. kereta saya kereta HILUK.... tu lah... tadi pagi ok je masa bawak.. ni masa nak balik tadi tak boleh nak strat pulak...terpaksa bawak gi bengkel.. tu lah kereta saya hiluk.."

perggghhh..!! menyirap pulak aku dengar kau sebut 10 kali kau punya kereta hiluk tu ek?? macam orang lain tak ada kereta..

"saya pun ada kereta juga..kereta saya kereta viva jek..kecik jek tak macam Hiluk..."

aku jawab selambernya kat abang guard tadi.. mesti sentap giler..

"oo..kenapa tak drive jek..naik bas kan susah.."

"malas" ringkas dan padat jawapan aku..hahaha

"saya ni memang orang kluang awak..mula-mula takut nak naik bas ni..dulu tambang ke kluang kan rm5 jek ek? sekarang dah naik...bla..bla..bla..bla..bla..bla......................."

aku rasa macam dah mengantuklah dengar cerita kau.. macam aku ni tak tahu kluang tu ada apa ek? abes aku ni bukan orang kluang ke..? tambang naik bas pun berkira, kata pakai kereta besar..tak kan tambang rm10 kau dah merunggut seratus kali..aku pulak jadi mangsa..

aku rasakan macam nak..nak je aku sumbat stokin busuk kat mulut kau..! agaknya baru kau reti senyap kot?

aiiii..bilalah aku nak ngup waffer aku ni..dah naik sejuk dah...dari tadi si abang guard tu bercerita jek.. abang oii..lebih baik kau masuk pertandingan berceritalah.. kompem kak kiah bagi JUARA..!! hahahahahah

tetibe terlintas idea aku nak menyestopkan mulut abang guard yang tadi tak henti-henti bercakap..

aku mengeluarkan henset..dah berpura-pura mendail nombor.. aku pun apa lagi.. "hello..abang kat mana..ayang dah naik bas ni..nanti ayang berenti kat depan..bang jangan lupa amek ye..? ok abang.. i love u..."

hahahahaha..! nak terpecah perut aku menahan ketawa..!!

abang guard tadi pun terus senyap bila dengar aku cakap macam tu.. hahaha...

perbualan kami pun stop sampai situ jek..

kenapa ye aku tak terfikir dari tadi ek? hahahah....

22 Januari 2011

NGILU...!

kenapa sejak akhir-akhir ni aku rasa 'NGILU'... ???

ntah..aku pun tak tahu.. masa dulu, tak ada istilah ngilu dalam kamus hidup aku.. korang buat apa aje..aku tetap kebal beb.. tapi itu dulu.. ahhahahaha..!!

sekarang.........

telinga ni dah macam sensitif je bila bunyi besi/aluminium/kuprum/ape-ape aje.. tak tahu kenapa..? asal kacau air dalam cawan dengan sudu macam tu pun boleh berdesing telinga aku ngilu... erkk....!!

tak cukup dengan itu, kalau bab-bab mengasah pisau pun sekarang dah tak boleh dengar.. dulu aku pro jugak lah bab-bab mengasah pisau di opis.. tajam semua pisau-pisau aku di opis..hahahhaha.. tapi sory beb sekarang ni.. aku dah tak boleh buat benda tu semua.. tu semua sebab NGILU..!

lepas tu, kalau budak-budak naik buaian kat taman permainan, kan ada bunyi ala-ala besi karat.. ngeekkk..nggokk..ngeekk..ngokkk.. bunyi macam tu pun telinga aku dah pedas mendengarnya..!

kadang-kadang kalau aku membasuh periuk dengan menggunakan berus periuk pun boleh jadi.. aaiissshhhh..!! tak tahulah nak kata apa..!

apa lagi ek....

hah..!!


ni 'spesel' sikit.. aku selalu terbayangkan kuku tercabut.. macam mana agaknya rasa kegiluan kesakitan tu ye..?? tak tahulah kenapa fikiran aku boleh terbang ke arah itu..!!

hahahahaha..!! gilerrr...!!

kalau makan pun kadang-kadang boleh rasa ngilu..kalau gigi bertemu gigi.. alah korang tahulah macam mana bunyinya kan..?? ohhh.. ngilu sungguh!!

dulu kucing aku, aku beri mainan sudu besi kat umah yang tak pakai.. bermainlah dia dengan menguet-guet sudu tersebut.. aku bagi mainan tersebut malam..sampai ke subuhlah sudu tu bunyi tang ting tong..!! hahaha.. ok ini cerita lama..

ok..yang jadi persoalannya sekarang.. kenapa aku ada rasa ngilu..?? aku dah serve internet, kenapa boleh terjadi ngilu.. tapi 'ngilu' lain pulak aku jumpa..tak jadi nak buat reseach..!!

siapa boleh tolong shayeee...???

20 Januari 2011

siapa mau beli...? 100% Original




ok..direct kepada matlamat entry ni.. aku jual barang..

ini barangnya yang aku mo jual:

(masih baru..belum pernah pakai..!)

ok ni aku nak terangkan apa benda ni.. ni adalah SHIMMER POWDER.. ok apa itu shimmer powder..? ok yang aku tau ini adalah bedak serbuk berkilat..

(100% bukti original)

apa yang best tentang product ini??
  • product ini adalah 100% original from USA.
  • belum pernah pakai dan buka sebab tu aku nak jual.
  • sesuai dipakai untuk malam or show... hanya sapukan di sekitar leher atau dada bagi untuk kilauan magic..!
  • aroma yang harum dari Britney Spears 'Believe'
  • lebih tahan lama dari product yang lain.
  • tak tau nak cakap macam mana.. yang aku nak sampaikan product ni memang best sangat! rugi kepada sesiapa yang tak cuba...
(gambar dalam..)

akceli dulu beli dengan harga hampir RM50.00..

(pelekat yang masih belum dibuka)

Now saya jual dengan harga.........::

RM35.00 (without postage)

19 Januari 2011

Minggu Episod Duka

entry yang lepas-lepas aku rasa belum lagi aku menulis cerita cinta aku.. sebab aku rasa tak perlu diceritakan kot..itu hal peribadi.. hukhukhuk

tapi kali ni..

minggu duka bagi cik kiahhh kita ni..

(/,\)" tak mo citer..

cukuplah, this week teramat sedih..tak tahu sebab apa.. maybe minggu ni Internet di rumah aku terlalu laju, dan aku menonton video sinetron yang meruntuh jiwa..!!

ye.. aku ulangi.. amat sedih bangat..



minggu ni cerita terakhir sinetron "Bukan Diriku" oleh kerana rumah sewa aku tiada astro, aku hanya melayan di Youtube jek..



aduiiii..sedih..sampai menangis teresak-esak aku melihat ceritanya.. walaupun ceritanya berbeda dari kisah cinta aku, tapi aku suka menontonya.. ala-ala emo gituew...

emmm..tapi minggu ni memang minggu bad mood bagi aku.. semua kerja tak kena dibuat.. mandi tak basah (sebenarnya tak mandik..!), makan pantang nampak, tidur pantang nampak bantal... hehehehe..

simptom apakah itu..?

adakah itu salah satu 'penyakit'........

MALAS.......??

ohhh..tidakkkkk..! aku rajin...! aku kemas rumah..itu ini..kemas peti ais bagai..! tak kan itu adalah simptom malas..?? gggrrrrr...!!

mungkin anda ada jawapan untuk saya...??

kisah 2 pagi dan Noodles Black Papper Crab



kenapa tajuk entry aku kali ni macam tu ye..? ntah.. tak ada idea la bro..!! hahaha.. cuba-cubalah korang bagi idea sikit.. penulis dah kering otak dah..!!

hahahahahaha...!! gilerrrr..!!

ok..hari ini hari Rabu.. esok hari Khamis..!!

yeaaahhh..!! CUTI...!!

I LIKE..!!

ok lah.. lepas balik kerja aku terus menuju ke rumah.. basuh baju segala.. dan hampir aku terlupa tengahari tadi my mum datang ke opis membekalkan langsir, alas meja dan kain buruk ^,^

aku apa lagi..punyalah bersemangat nak pasang langsir di pintu bilik.. ok..berjaya dengan memanjat bangku.. tinggi juga aku ni..

muehehehehe.... (gelak bangga..)

ok..ada 2 lagi langsir aku nak pasang di tingkap ruang tamu.. aku mendonggak ke atas.. aku mula mengeluh.. aishhhhh..tinggi benoo....!! ni kalau panjat bangku tadi pun belum tentu aku sampai.. silap-silap aku terjatuh macam pisang hangus..!!

hurmmm.. cuba jela dulu.. (*,*)

arggghhhhh...!! tak sampai..!! adakah ketinggian aku tak cukup walaupun dengan bantuan bangku ini..??

ye...memang tak sampai..tinggi sangat..!!

detik hatiku :: kenapalah orang ni pergi cipta pasang tingkap ni tinggi-tinggi.. tak tahu ke rakyat malaysia ada juga yang comel-comel (cthnya macam akulah..hahah..).. pakpeee laaa...

puas aku membelek tingkap tu..berfikir bagaimana aku nak memasang langsir di situ.. aku lihat ada grill besi (betul ke eja).. aku menepuk-nepuk..memastikan ia kukuh jika aku memanjat.. huh..

aku kuatkan semangat, aku panjat bangku, lalu aku memanjat grill yang ada di tingkat tersebut..

berserahhh je kalau jatuh ala-ala princces..!!

yeahhh..!!

aku berjaya..walaupun aku tidak dapat mengimbangkan badan aku kerana tangan aku berpaut pada grill tersebut.. kononnya macam Tarzan lerr...

aduhhhh..!! lenguh betul.. baru cangkuk ke 4 aku sudah berpeluh-peluh dan menahan sakit tangan.. aku mengalah kali ni..

arggghhhh..!! tak kuasa aku nak pasang ko langsir.. adooiiii..! gimana caranya nak pasang langsir ni..

buntu.. ^,^"

dahlah sambunglah esok..manalah tau esok dapat energy luar biasa.. hehehe

akibat kepenatan..dalam pukul 6 petang aku terus merebahkan diri di tilam blanket yang empuk sambil melayan cerita sutera maya di TV3..

aku tak sedar aku telah dibuai mimpi..bestnyerr tidur.. tapi diri ini belum mandi lagi.. nantilah..tidur dulu.. nanti pukul 9mlm aku bagun lerr mandi.. kecohh la lu..!!

hahahahaha..!!

tersedar pukul 9 mlm..arghhh.. mata mengantuk.. gud bye dulu la..dan mengambil keputusan tak mo mandik..!! lagipun tadi kat opis tak berpeluh, bukannya aku kena panas.. bukannya aku kena hantar surat.. so masih 'wangi' lagi.. so esok pagi jela aku mandi..

teruk betul minah sorang ni..!!

tiba-tiba tersedar pada jam 1 pagi.. uisshhh..dah pagi ke..? ehh..aku dah mandi ke belum ni ek..? aku mengingatkan balik kejadian petang tadi..

ye..! aku belum mandi lagi..!!!!!!!!!!!

nak mandi ke? orang tua kata, tak elok mandi malam-malam.. heheheh.. so aku tak mandilah.. just basuh muka je...

ok..mata ni terus tak mo tidur lagi..ngada-ngada eh..! apa nak buat ni.. perut dah main lagu rock dah.. ini bermakna aku sedang KELAPARAN...!!

lalu.. aku mengeledah (sesuai tak guna ayat ni..) di dapur kot-kot ada masakan ready made..

yes..! terjumpa "Noodles Black Papper Crab" nampak macam sedap jek.. tengok gambar pun sudah mengiurkan...!!
(puan-puan,makcik-makcik silalah lihat gambar mee ni.. sungguh amat sedap sekali.. rugi kalau tak men-try..)

dengan laparnya..aku makan..hahaha..sedap..ditambah lagi dengan cili padi extra...!! memang mantopp..tipp topp..!!

hehehehe.. habes satu cerita =)

UPDATE..!!


Gambar selepas telah berjaya memasang langsir.. tu lah hasilnya tidur banyak.. energy pun dapat banyak.. hehehe...

(punyalah tinggi aku memanjat.. heheh.nasib baik tak cepat putus asa =)

16 Januari 2011

Prosperity and The Tourist



Model Wayang

kalau hari Rabu je, mesti dalam kepala otak 'wayang' 'wayang' 'wayang'

dan

'WAYANG'
Model lagi..

tak ada benda lain ke kau nak ingat...??

hahahhaha...! suka hati aku lah..! ada aku kesah..?

kenapa ye wayang murah setiap hari Rabu ye..? kenapa tak hari Isnin ke, Selasa ke, Khamis ke, Jumaat ke, hari minggu ke..? korang tahu tak kenapa..?

ni aku nak bagi tahu...

yang aku pun TAK TAHU sebab apa depa letak harga murah setiap hari Rabu.. hahahah.. maybe sesaje nak buat amal jariah kot..? lantak depa lah..! yang penting, kalau ada duit, pergi.. kalau tak ada duit, tengok wayang kat tv jela ye kiah oiii...?

hahahhaha...!

ok.. minggu lepas aku, Eddy dan Zaf, kami bertiga.. aku sorang perempuan.. yang lain 'Jantan'.. kan... ni lah geng aku melihat, melantak, melencong, dan apa-apa jek kami buat bertiga.. kadang-kadang ada juga berdua..maknanya salah sorang tak ada..selalunya aku.huhuhu..

ok..sambung balik cerita tadi, ok..kami bertiga makan Prosperity Burger (cehhh..tu pun nak bagitahu ke..?) kat City Square (CS) dibelanja oleh Encik Eddy.. diulangi..

ENCHEK EDDY...!
(kau patut rasa bangga sebab aku publish nama kau tau..!)

terima kasih Eddy kerana membelanjakan duit kau untuk kitorang.. next time boleh belanja Burger King pulak eh..? aku nak hok yang burger yang bertingkat-tingkat tu.. heheheh..

ok..tengah-tengah kitorang sedap menikmati kepedasan lada hitam Prosperity, boleh plak si Zaf ni berkata-kata:

"Eddy, ni lah pertama kali aku makan PROSPERITY BURGER dari mcD... sebelum ni tak pernah nak merasa..."


ohhh..zaf.. begitu sadis dan dramatik sekali cerita kau..tak apalah..sekurang-kurangnya, Eddy patut merasa 'bangga' kerana Eddy jadi orang pertama yang membelanja si Zaf ni merasa/menikmati/menghayati Prosperity Burger ni..!! hahaha...

SYABAS............!!
teruskan usaha anda..!!

aku? aku pula.. kali ke 3-4 kali kot makan Prosperity ni.. so tak adalah teruja mana pun.. cuma teruja bila Eddy belanja..kannzz.. sesekali kau 'open table' apa salahnya ye eddy.. so next time kau open lagi ye..

aku pelik, kenapa si Zaf ni tak nak pulak bawak balik kotak Burger Prosperity ni..? kata pestime makan.. so apa salahnya amek satu bekas kotak Burger ko Prem kan bangai..!! hahaha.. pastu tulis : "dengan ingatan tulus ikhlas, dibelanja oleh Eddy"
Model bangku

kelassss nok...!! uppppssss..!!

**********ok.. tamat sudah cerita makan Prosperity Burger********

memang kebetulan hari tu jatuh pada hari Rabu.. so aku telah diingatkan awal-awal oleh 'jantan' ni supaya open table untuk wayang pula.. ikut turn.. wahhh.. kelas kau mariah..!!

cadangnya nak tengok movie Paranormal 2, cerita seram yang TERBAEEEKKK...!! yes..! terbaikk beb..! cehh..belum tengok dah cakap terbaek..? tak adalah, dulu masa siri pertama aku dah tengok memang seram gila kentang lah..! kalah cerita hantu cina loncat-loncat.. cerita Paranormal siri 1 memang SERAM tak hengat..! sampai termimpi-mimpi beb..! aku perlu mengambil masa 2 minggu juga untuk melupakan kesah seram dalam movie kerana sampai terbawa-bawa dalam mimpi.. ishh..ish..ish.. dasaaaatttt.....!!

nak jadikan cerita, cerita Paranormal 2 tu jam 8:00 malam, so rasa macam tak sempat pula nak berkejar-kejaran, nak makan lah, nak menangkap gambar segala macam diva.. so memang tak cukup dengan 1 jam..!!

so, kami bertiga sepakat membawa berkat telah memilih movie "The Tourist" dilakonkan oleh Angelina dan Johny Deep.. mulanya aku menyangkakan cerita ni mengisahkan percintaan romantik bagai...

tetapi....

jom.. baca sipnopsis cerita ni dulu:
Model Poster
"American tourist Frank (Johnny Depp) meets a mysterious beauty who drags him into a dangerous world of intrigue and espionage while traveling through Europe in director Florian Henckel von Donnersmarck's paranoid thriller. When Frank met Elise (Angelina Jolie) on the train, he thought it was a chance encounter. Little did Frank realize it was all part of a much bigger plan, one that would soon find him dodging bullets through both the historic streets of Paris and the winding canals of Venice. Now, the faster Frank and Elise run, the more intense their romance grows. Jason Buchanan, Rovi"


terbaekkkk...!! aku bagi 4 bintang..!! **wink..wink..**

ingatkan cerita ni tangkap jiwang.. ok lah cerita ni.. penuh persoalan.. penuh tanda tanya.. aku suka..!

so kepada sesiapa yang belum tengok cerita ini, i suggest untuk u allz, pergi cepat-cepat book tiket tengok cerita ni..

aku jeles benar tengok bibir Angelina Jolie ni.. cannntikkk siiuuuttt..! mungel..! baju dia pulak cantik-cantik pula.. memang jeles tahap cipan lah..!! tapikan.. susah pula kalau bibir aku macam Angelina Jolie ni, kanggg semua Produser filem nak ambil aku berlakon.. daassaaaattttttttttttttt........!!

hahaha..!

ok..aku nak kongsikan beberapa kekepingan gambar untuk tatapan umum.. wahhh...!! kenapa gambar kau lebih banyak dari gambar aku..? kelas ko diva..!!

10 Januari 2011

resepi apam mekar tak setaman



(agak mekarlah juga, tapi tak bape nak setaman la..)


i like masak-masak... sluuuuuurrrppppp

jangan tekejut pulak tengok tajuk resepi aku cam tu.. yelah.. nak buat macam mana.. buat punyalah bersungguh-sungguh.. punyalah berpeluh-peluh buat.. punyalah bersemangat..

tapi...

tak berapa nak mekar setaman..!

frust..!!

apa-apa pun gebu beb.. sekali nnguuppp jek dalam mulut.. dan yang penting tak berapa manis.. macam manis-manis buah gitu...

ok..let's see my resepi.. :

2 biji telur
1 sk esen vanilla
200 gm gula pasir
250 ml susu segar
2 sk ovalatte
300 gm tepung gandum
papper cup secukupnya
pewarna secukupnya

cara buatnya:

  1. pukul telur dan gula pasir sehingga kembang setaman..
  2. masukkan ovallete dan esen vanilla.. pukul lagi sampai bertanduk..
  3. masukkan tepung gandum berselang-seli dengan susu..
  4. pastu bagikan beberapa bahagian di dalam bekas yang lain (bergantung pd anda nak bape kaler nak letak) - sy letak 2 kaler je.. hijau, pink dan kaler asal adunan..
  5. selepas di kalerkan adunanya, masukkan dalam piping plastik..
  6. kukus selama 10-15 minit bergantung pada saiz paper cup anda..
huaaa.... senangnya...!!

jangan lupa panaskan pengukus dulu ye cik kiahh oiiii..

so...apa lagi.. paip kan lah korang punya adunan dalam paper cup tu.. ikut korang lah nak berselang seli dengan kaler apa.. hahahah...

ok..kak limah nak bagi tips sikit..(tetibe jadi kak limah pe hal..)
  • kalau apam nak jadi cantik dan mekar setaman, balutkan tuala di tudung periuk pengukus, supaya air tidak jatuh terkena apam..
  • semasa pukul telur dengan gula, pastikan sampai bertanduk.. means gula tu larut lah..
  • ayak tepung untuk hasil yang lebih gebu..
  • jangan guna telur atau susu segar yang baru keluar dari peti ais.. senang cerita jangan bagi sejuk.. mestilah pada suhu bilik.
  • tanamkan kesabaran supaya tidak membuka tudung periuk pengukus berkali-kali. ini kerana jika anda buat sebegini, apam anda akan bentan.. ahahhahah
tapi walaupun tak mekar setaman, apam aku gebu dan lembut sangat.. dan yang aku suka HABISSS...!! dimakan oleh manusia di dalam rumah ini.. hahah.. enchik ayah siap bagi kredit lagi..!!

(ni saje letak filling coklat.. bagi terliur sikit sapa yang nengok =p)

yes..! yes..!

kira berjayalah juga walaupun terselit kegagalan akibat tak mekar setaman.. hukhukhuk

09 Januari 2011

dalam hati ada taman tau...!

tibe-tibe sifat keperempuanan aku terserlah apabila melihat baju pengantin... ye.. di ulangi.. baju pengantin..


upppssss...

bukan aku yang nak kahwin ok..

akceli, hari sabtu yang lepas aku menemankan akak aku pergi tempah make-up and accesories untuk majlis pertunangan beliau tak lama lagi.. kami pergi ke comel Bridal di Kluang.. not bad.. harga pun perpatutan..

upah make-up berserta asesori segala hanya RM100.00 ok la tu kalau buat tunang.. boleh save bajet kiahh oii... nanti dah nak pikir pasal kawin lagilah lebur duit hampa semua.. hahaha

ok..kitaorang pun melangkah lah ke kedai hakak comel tersebut.. uawaaaa...banyaknya baju.. semua berkelip-melip.. cantik sangat..!

dalam masa yang sama hakak comel pun berceritalah serba sedikit dari mana tapak dia bermula sehinggalah sekarang..

aku agak kagum dengar cerita beliau..

semuanya beliau buat sendiri, dari pelamin, jahit baju, korset, manik, kasut, aksesori.. pendek kata segala lah..!! hahaha..

tetiba naluri keperempuanan aku berkata-kata......

uawaaa..bestnyerr..kan best kalau aku reti bagai macam hakak comel ni.. boleh buat duit.. ishh... mesti beriban ni..

**makkk oiii.. ko pikir duittt je ke kiah oiiii....**

eh..eh...tak lah.. saje je verangankan diri ok.. kot-kot manalah tahu menjadikannnzzz.. jeles pulok korang ni..!!

buwwweeeekkk...!!

**ok tamat sudah cerita ni**

hari ni aku terjumpa fesbuk baju kebaya pengantin.. wahhh..! memang meletop dek non... kalau tak percaya cuba korang tengok fesbuk ni baju pengantin kebaya sulam .. harga pun boleh tahan.. kira murahlah senang cerita..! yelah cuba korang teliti satu persatu bajunya.. kain less..siap berlabuci, siap bermanik bagai.. rates harga pun dalam RM200 keatas je.. so memang perpatutan dan berbaloi sangat-sangat..

tetibe terasa nak beli baju kat situ sehelai dua.. untuk saje-saje.. boleh tak..??

motiiippppp...???!

tak lah..saje je nak kumpul koleksi.. bulan ni sepasang.. bulan depan dua pasang.. huhuh.. pastu bergambo bagai la ala-ala pengantin wedding of the year gitu.. pastu masukkan dalam fesbuk.. kot-kot manalah tahu kawan-kawan, jiran terdekat berkenan nak pinjam...

**hello..takkan pinjam je kot..?? so..paham-paham je lah..

istilah pinjam tak ada ok..! sebab aku rasa aku dah modal dulu.. so kira SEWA lah kalau korang nak pinjam untuk majlis korang.. ok tak..?? istilah kawan baik, jiran terbaik tidak akan dilayan.. tetap kira harga sama..

wahhh..very the kedekut cik kiahh kita ni..!!

kira bisnes la jugak kan..
mesti lumayan.. =)

ok kat sini aku uploadkan pic baju kebaya sulam dari fesbuk akak tu.. rugi tau kalau tak beli.. aku ni yang tak tunang/kawin pun tetibe rasa macam nak beli buat stok kawin.. hehehe..


(RM250)
(RM270)
(RM320)
(RM320)
(RM270)
VEIL ni hanya RM150 je..

(RM250)
( korset - RM30)

ok..sebenarnya banyak lagi pettern.. tapi aku ak tahu nak upload mana satu.. rambang mata dek non.. kalau nak tengok gambar baju pengantin yang meletop tak hengat, rajin-rajinlah pergi ke fesbuk Baju Pengatin Kebaya Sulam.. best sangat tau.. baik korang pergi beli cepat, sebab aku tengok kebanyakkan semua dah SOLD OUT dear...

zassssssss~~~

semangat baru.. minta-mintalah menjadi =)


lihat cerita dan foto sebelum ini...

ok... terasa hari ni timbul mood rajin sesangat..!!

walaupun...

masih dalam mood sedih akibat kematian si gemok.. well.. hidup masih perlu diteruskan...

ok hari ni nak buat apam la.. nama apam ni apam mekar... dulu pernah buat sekali.. tak berapa nak mekar.. pastu keras pulak... akhirnya bagi makan kat cik bakul sampah.. hukhukhuk.. sedih..!!

akceli.. selepas dari pengajaran dan pembelajaran, aku kuatkan semangat untuk buat sekali lagi.. tak apalah kalau kali ni tak nak mekar.. kita dah cuba yg terbaik kan...??

kali ni, aku nak lebihkan overllet.. biar dia kembang setaman... pastu nak lebihkan sikit susu segar supaya tak keras macam hari tu aku buat.. pastu aku nak tambah kesabaran sikit supaya tidak membuka tudung periuk pengukus..

ni lah masalah aku bila buat kek/apam/pau sifat tak sabar ni sentiasa menghantui aku.. baru 10 minit letak, aku dah tak sabar-sabar nak bukak tengok kembang setaman atau tak... kalau kembang setaman tak apa.. terus angkat and boleh terus makan..

tapi..

kalau belum kembang setaman means belum masak lagi, kan air kukus dah meleleh terkena makanan yang dikukus tu.. dah bentan jadinya.. tapi kali ni.. HARUS..

HARUS.. HARUS

SABAR sikit jek... hehehhe

dulu masa first time buat, aku letak filling bluebery.. perggghhh..!! memang terbaik dari ladang la...! tapi bila dah letak filling kita kena kukus lama sikit.. yelah sebab dah ada filling akan memberatkan apam tu nak mekar setaman.. itu pendapat aku.. tak tahu pula pendapat tukang masak macam mana kan...?

hahahaha..

ziela...!!

cayok...!! cayokk..!

petang ni nak buat...!!

gggrrrrr....!! tak sabarnya..

kita lihat hasilnya..!!

erti sebuah KEHILANGAN


this week aku teramat terasa sekali KEHILANGAN.. aku kehilangan dia.. dia yang selalu menghiburkan hati aku.. kadang-kadang nak balik kampung (Kluang) pun terasa teruja sebab nak jenguk dia..

terasa amat sayu sekali bila tahu yang dia telah tiada...

sedih..

=(

='(

kucinggggg aku...!!

akceli kucing tu adalah kucing datang.. kaler itam putih bulunya.. dan bukan calang-calang kucing datang sebab kali ni aku dapat berbulu agak tebal.. macam kucing parsi.. aku tak tahu dari mana kau datang.. siapa tuan kau sebelumnya..

tapi kau amat sweet dan manja..!!

first aku jumpa kau, bila kau datang rumah.. ku sangkakan kau adalah kucing garang.. ini kerana aku melihat dari segi badannya yang besar akibat bulu yang tebal..

esoknya...kau datang lagi sekali..tapi kali ni kau mengesot-ngesot muka kau di kaki ku.. aku terasa kau amat manja masa tu...!

aku dah start sayang kau..!

dan hari-hari berikutnya kau datang seperti biasa.. kau amat manja apabila meminta dibelai.. dalam hati aku, siapalah yang membuang kau.. sebab aku rasa ini bukanlah kucing datang semata-mata kerana keadaan kau yang amat manja.. mesti kucing orang bela ni..!

ayah aku puas menanya jiran-jiran, kot-kot kucing mereka yang terlepas dari kandang.. tapi sorang pun tak mengaku.. so aku mengambil keputusan untuk membela kucing tersebut.. dan ternya ibu dan ayah aku amat menyukai kehadirannya..

setiap hari kami menanti kehadirannya.. kadangkala tingkahlakunya membuatkan kami sekeluarga ketawa..

dia gemuk..kaki pendek...bulu tebal..!!

comel sangat..!!

lalu aku cepat-cepat memanggil nama 'gemuk'

nama 'gemuk' terus lekat dihati kami sekeluarga..

=)

mula-mula aku sangkakan gemuk adalah betina oleh kerana kemaluannya seperti kucing betina..

lalu aku perhatikan apabila ia dekat dengan kucing betina ia seperti marah, dan macam nak gaduh jek.. bila jumpa kucing jantan bukan main lagi kau meleset ek..

lastly aku membelek betul-betul, uawaaa...!! JANTAN..!! kau jantan gemok..! lepasni boleh jadi bapak orang.. hehehehe

aku dah mula menyanyanginya.. aku memandikannya..lepas mandi baru boleh letak kat rumah.. tidur atas katil aku.. kadang-kadang tidur dengan aku sekali =) sebab dia tak banyak ragam.. tak macam kucing lain..

one day hari tu, aku sedari dia demam dan selsema.. ya..! badan gemuk panas..! hidung berair..! nak bawa ke klinik dah malam.. esok pula hari sabtu..tutup..esoknya ahad..tutup juga..

aku nekad merawat sendiri..

3 hari 2 malam dia tidur di sisi aku..badan dia panas.. aku pun selimutkan.. satu hari dia tidur.. makan pun tak berapa nak lalu.. lepas menjamah sedikit makanan, gemuk panjat atas katil dan terus tidur.. maklumlah tengah sakit..

mula-mulanya aku naik risau jugak dia tidur di bilik aku 24 jam.. mana dia kencing.. bila dia berak..??

(^,^)''

aku tak menyangka gemuk begitu pintar..!!

aku baru bela 3 bulan.. dan sebelum ni pun hanya beri makan dan membelai, and then terus keluarkan dia.. so memang tak simpan dalam rumahlah..!

tapi sejak-sejak dia demam hari tu, memang aku tak bagi dia keluar.. sebab time tu cuaca kat luar sana hujan-mendung.. risau pula keadaannya makin teruk..

ok...sambung balik citer tadi.. satu hari tu memang dia tidur kat bilik.. keesokkannya barulah dia lepak kat ruang tamu.. mulanya ayah bising juga, takut si gemuk ni berak kat kerusi ke..tilam ke.. tapi sangkaan aku meleset apabila aku melihat dia dengan sendirinya pergi ke toilet, lalu gemuk kencing.. dalam hati aku.. uaawaaa..!! pandainya kau..! aku belum ajar lagi..! mana kau belajar..? baguslah nak oiiii...!

memang paing la bau kencing kucing.. paham-paham aje la.. tapi tak apa, nasib baik kau kencing betul-betul kat lubang tandas..! so jirus aje..

ayah pun dah start beli ikan mentah, ikan selar kuning 2-3 kilo untuk makanan harian si gemuk.. dalam sehari ayah merebus ikan 8 ekor khas untuk si gemuk..!

pagi - 2 ekor..
tengahari - 2 ekor..
petang - 2 ekor..
malam - 2 ekor..

ok.. cukup 8 ekor semua.. tapi kadang2 memang tak cukup 8 ekor tu..

yang peliknya, si gemuk hanya nak makan ikan yang direbus.. ikan goreng dia tak nak.. very the mengada kan..?

tak apalah..nasib baik gemuk ni kucing yang dengar kata.. so kalau dia naik atas dapur, bila kita suruh turun, dia akan turun.. kalau makanan atas meja dia tak akan ambil kalau kita marah dia dulu la.. hahahha

hari demi hari... beginilah cara kehidupan gemuk.. makan tidur..makan tidur jek..

sampai lah pada 2 januari 2011..

tiada lagi dengar suaranyanya miaawwww...mieeooowww...

pada hari jumaat yang lepas, sampai dirumah je aku terus memanggil namanya...

"gemukk...gemukk... mami datangg.."

aku mengetuk-ngetuk pinggan makanannya.. selalunya ketuk sekali je, dia dah datang.. tapi kali ni aku rasa pelik apabila dia tak datang-datang..aku rasa lain.. dan angin yang tiup seperti ingin memberitahu sesuatu...

adik aku pun lekas mengatakan yang si gemuk telah mati akibat dilanggar motor..

hati aku berderau kesayuan mendengar kabar buruk.. mata aku mula berkaca menahan tangis...

tak mampu lagi aku menahan...air mata aku gugur juga akhirnya... kini aku tak mampu mencari penganti gemuk..

mungkin tuhan lebih sayangnyakan ia..

cuma aku terkilan sebab aku tahu berita kematianya seminggu selepas dia mati.. tapi aku rasa lega apabila bukan dua biji mata aku melihat eksident dramatik itu..

aku tetap rindukan dia.. aku ingin gemuk kembali...!!

miss my cat..~~

satu-satunya kucing yang amat manja yang pernah aku bela... =)

p/s : sebenarnya banyak benda lagi yang aku nak ceritakan.. tapi hati ku tak sampai...terkenang pula kenangan aku bersama si gemok.. akceli ingat baru minggu ni nak buatkan dia topi.. tapi apakah daya..dia telah pergi buat selama-lamanya.. miss u =(

06 Januari 2011

BOSAN...!!! GGGGGRRRRRR...!

apa nak buat ni..? tak tahulah nak buat apa..
korek hidung..?? NAMAU..!
jalan-jalan...? NAMAU..!
berpoya-poya...? NAMAU..!

abes nak buat apa ni...??

MAKAN...?!

ohh..! tidak...!! itu adalah salah satu proses mengemukkan badan dan menambah kuantiti lemak jek dalam badan..

aduiii.. KEBOSANAN TAHAB GABAN...!!

kalau line internet broadband Maxis aku lancar dan deras seperti air terjun mengalir tak pe jugak... ini tidak.. alahaiii.. sopan betul dia jalan tergedik-gedik..

uhhuuu..! tu yang menyebabkan aku terasa BOSAN sekarang..

kalau line Internet ok, apa yang aku akan tengok..??

Blue..? BODOH..MENGARUT...!

BUKAN..BUKAN..! TIDAKKKK SAMA SEKALI..!!!

aku akan buka youtube dan melayan sinetron 'Bukan Diriku' dan cerita 'Safa dan Marwah'... aduiii.. dah beberapa episod dah terlepas akibat kesopanan broadband aku menyalurkan kuasa energynya.. gamaknyerrr...! rindu betul dekat Toki sama Ayla..(pelakon)

pastu aku akan main game, Fashion World... buat baju.. design baju cantik-cantik.. beli mesin jahit.. uaawaaa..!! seronok betul dapat main game kalau Broadband bekerjasama dengan ikhlasnya kan..??


lepastu, aku akan update blog tersayang ni lah..!! hahaha.. bolehlah menokok tambah apa yg kurang.. tambah itu ini.. letak itu ini.. wahh..! meriah blog aku.. ini dilakukan jika Broadband tercintak' pantas sepantas dihujung jari...

lepas tu, aku bolehlah melayari fesbuk dengan senang hatinya.. buka profil orang.. tengok gambar makcik-makcik, kawan-kawan dan sebagainya =)

ermmm..itu je kot aku rasa jika broadband aku laju bagai petir sambar menyamboo... sebab itulah aktiviti harian aku selepas pulang dari kerja..

fesbuk..

fesbuk..

fesbuk..

game..

blog..

youtube..!!

itu saja..~~ aku tak pandailah nak bukak laman sosial yang lain.. paling tidak pun aku on kan chatting di Yahoo Masenger jek.. dapatlah mengechat kenalan lama..

heheheh..~

ok.. siap satu entry...

kita jumpa lagi.. bye..~~

03 Januari 2011

LALANG...?

LALANGkah aku...?

sekejap dikiri dan sekejap di kanan..??

LALANG....??

Ya Allah kau tetapkanlah hatiku ini supaya tidak menjadi LALANG dan tidak menyakiti hati kawan-kawanku dan Enchek Pakwe..

Ya Allah kau jauhkan aku dari prasangka buruk kepada kawanku dan Enchek Pakwe

Ya Allah kau tetapkanlah pendirian ku dengan SATU jawapan agar TIDAK menjadi LALANG selamanya..

Ya Allah kau berikanlah KEREDHAAN untuk aku menhadapi hari-hari berikutnya =)

Ya Allah kau berikanlah aku jalan dan petunjuk yang kau redhai..

Aku Tak Nak Jadi LALANG..!!!

02 Januari 2011

Beza Sebelum dan Selepas... =)

S.E.B.E.L.U.M

vs

S.E.L.E.P.A.S

ok.. tak ada apa bezanya.. cuma perkataan memisahkan perbezaannya..

=)

kalau kita sendiri yang tak baiki cara kita, perbezaan sebelum dan selepas memang tak akan ada bezanya..!!

begitu juga kalau tiap tahun berazam nak jadi yang terbaik.. nak jadi yang terbest tapi korang penah buat ke cara nak jadi lebih baik..? ke korang lebih kurang atau alar kadar sekadar memenuhkan azam..??

semua tu perlu la disulami hati yang bersih, tenang dan sentiasa menerima baik atau buruk.. tapi bukan TAK USAHA..!

usaha tu yang penting.. doa.. tawakal =)

percayalah dimana ada kemahuan disitu ada jalannya..

tak perlu menjadi yang paling TERBAIK, jika yang baik pun kita tak dapat buat..

tak perlu menjadi yang paling BAGUS, jika yang peluang pun kita sia-siakan...

so apa nak buat..??

JADILAH DIRI SENDIRI..!!

dari yang baik menjadi yang TERBAIK dan dari yang BAGUS menjadi yang TERBAGUS =)

erkkk... tak pernah.. pernah..!


kenapa ni..? apa kena dengan perasaan saya hari ini..??

saya..? (buang tebiat ke membahasakan 'saya'..)

NTAHHH..!!

perasaan ni...

perasaan ni, bercampur baur..





RISAU

TAKUT

GUNDAH

RINDU

MARAH

SAKIT

..........


ermmm..ntah.. yang saya tahu PERASAAN tu sedang muncul di benak fikiranku...

LinkWithin

Eh, ada entri berkaitan rupanya..

Snag a button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...