sila klik dan berikan ikan saya makan...kesian dia lapar =p

SUKA BLOG INI?

Who's Read..?

online counter

nuffnang

09 Januari 2011

erti sebuah KEHILANGAN


this week aku teramat terasa sekali KEHILANGAN.. aku kehilangan dia.. dia yang selalu menghiburkan hati aku.. kadang-kadang nak balik kampung (Kluang) pun terasa teruja sebab nak jenguk dia..

terasa amat sayu sekali bila tahu yang dia telah tiada...

sedih..

=(

='(

kucinggggg aku...!!

akceli kucing tu adalah kucing datang.. kaler itam putih bulunya.. dan bukan calang-calang kucing datang sebab kali ni aku dapat berbulu agak tebal.. macam kucing parsi.. aku tak tahu dari mana kau datang.. siapa tuan kau sebelumnya..

tapi kau amat sweet dan manja..!!

first aku jumpa kau, bila kau datang rumah.. ku sangkakan kau adalah kucing garang.. ini kerana aku melihat dari segi badannya yang besar akibat bulu yang tebal..

esoknya...kau datang lagi sekali..tapi kali ni kau mengesot-ngesot muka kau di kaki ku.. aku terasa kau amat manja masa tu...!

aku dah start sayang kau..!

dan hari-hari berikutnya kau datang seperti biasa.. kau amat manja apabila meminta dibelai.. dalam hati aku, siapalah yang membuang kau.. sebab aku rasa ini bukanlah kucing datang semata-mata kerana keadaan kau yang amat manja.. mesti kucing orang bela ni..!

ayah aku puas menanya jiran-jiran, kot-kot kucing mereka yang terlepas dari kandang.. tapi sorang pun tak mengaku.. so aku mengambil keputusan untuk membela kucing tersebut.. dan ternya ibu dan ayah aku amat menyukai kehadirannya..

setiap hari kami menanti kehadirannya.. kadangkala tingkahlakunya membuatkan kami sekeluarga ketawa..

dia gemuk..kaki pendek...bulu tebal..!!

comel sangat..!!

lalu aku cepat-cepat memanggil nama 'gemuk'

nama 'gemuk' terus lekat dihati kami sekeluarga..

=)

mula-mula aku sangkakan gemuk adalah betina oleh kerana kemaluannya seperti kucing betina..

lalu aku perhatikan apabila ia dekat dengan kucing betina ia seperti marah, dan macam nak gaduh jek.. bila jumpa kucing jantan bukan main lagi kau meleset ek..

lastly aku membelek betul-betul, uawaaa...!! JANTAN..!! kau jantan gemok..! lepasni boleh jadi bapak orang.. hehehehe

aku dah mula menyanyanginya.. aku memandikannya..lepas mandi baru boleh letak kat rumah.. tidur atas katil aku.. kadang-kadang tidur dengan aku sekali =) sebab dia tak banyak ragam.. tak macam kucing lain..

one day hari tu, aku sedari dia demam dan selsema.. ya..! badan gemuk panas..! hidung berair..! nak bawa ke klinik dah malam.. esok pula hari sabtu..tutup..esoknya ahad..tutup juga..

aku nekad merawat sendiri..

3 hari 2 malam dia tidur di sisi aku..badan dia panas.. aku pun selimutkan.. satu hari dia tidur.. makan pun tak berapa nak lalu.. lepas menjamah sedikit makanan, gemuk panjat atas katil dan terus tidur.. maklumlah tengah sakit..

mula-mulanya aku naik risau jugak dia tidur di bilik aku 24 jam.. mana dia kencing.. bila dia berak..??

(^,^)''

aku tak menyangka gemuk begitu pintar..!!

aku baru bela 3 bulan.. dan sebelum ni pun hanya beri makan dan membelai, and then terus keluarkan dia.. so memang tak simpan dalam rumahlah..!

tapi sejak-sejak dia demam hari tu, memang aku tak bagi dia keluar.. sebab time tu cuaca kat luar sana hujan-mendung.. risau pula keadaannya makin teruk..

ok...sambung balik citer tadi.. satu hari tu memang dia tidur kat bilik.. keesokkannya barulah dia lepak kat ruang tamu.. mulanya ayah bising juga, takut si gemuk ni berak kat kerusi ke..tilam ke.. tapi sangkaan aku meleset apabila aku melihat dia dengan sendirinya pergi ke toilet, lalu gemuk kencing.. dalam hati aku.. uaawaaa..!! pandainya kau..! aku belum ajar lagi..! mana kau belajar..? baguslah nak oiiii...!

memang paing la bau kencing kucing.. paham-paham aje la.. tapi tak apa, nasib baik kau kencing betul-betul kat lubang tandas..! so jirus aje..

ayah pun dah start beli ikan mentah, ikan selar kuning 2-3 kilo untuk makanan harian si gemuk.. dalam sehari ayah merebus ikan 8 ekor khas untuk si gemuk..!

pagi - 2 ekor..
tengahari - 2 ekor..
petang - 2 ekor..
malam - 2 ekor..

ok.. cukup 8 ekor semua.. tapi kadang2 memang tak cukup 8 ekor tu..

yang peliknya, si gemuk hanya nak makan ikan yang direbus.. ikan goreng dia tak nak.. very the mengada kan..?

tak apalah..nasib baik gemuk ni kucing yang dengar kata.. so kalau dia naik atas dapur, bila kita suruh turun, dia akan turun.. kalau makanan atas meja dia tak akan ambil kalau kita marah dia dulu la.. hahahha

hari demi hari... beginilah cara kehidupan gemuk.. makan tidur..makan tidur jek..

sampai lah pada 2 januari 2011..

tiada lagi dengar suaranyanya miaawwww...mieeooowww...

pada hari jumaat yang lepas, sampai dirumah je aku terus memanggil namanya...

"gemukk...gemukk... mami datangg.."

aku mengetuk-ngetuk pinggan makanannya.. selalunya ketuk sekali je, dia dah datang.. tapi kali ni aku rasa pelik apabila dia tak datang-datang..aku rasa lain.. dan angin yang tiup seperti ingin memberitahu sesuatu...

adik aku pun lekas mengatakan yang si gemuk telah mati akibat dilanggar motor..

hati aku berderau kesayuan mendengar kabar buruk.. mata aku mula berkaca menahan tangis...

tak mampu lagi aku menahan...air mata aku gugur juga akhirnya... kini aku tak mampu mencari penganti gemuk..

mungkin tuhan lebih sayangnyakan ia..

cuma aku terkilan sebab aku tahu berita kematianya seminggu selepas dia mati.. tapi aku rasa lega apabila bukan dua biji mata aku melihat eksident dramatik itu..

aku tetap rindukan dia.. aku ingin gemuk kembali...!!

miss my cat..~~

satu-satunya kucing yang amat manja yang pernah aku bela... =)

p/s : sebenarnya banyak benda lagi yang aku nak ceritakan.. tapi hati ku tak sampai...terkenang pula kenangan aku bersama si gemok.. akceli ingat baru minggu ni nak buatkan dia topi.. tapi apakah daya..dia telah pergi buat selama-lamanya.. miss u =(

Tiada ulasan:

LinkWithin

Eh, ada entri berkaitan rupanya..

Snag a button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...