sila klik dan berikan ikan saya makan...kesian dia lapar =p

SUKA BLOG INI?

Who's Read..?

online counter

nuffnang

27 Januari 2011

entry tidak bertajuk..?

hahahah..terasa kali ini nak bercerita macam-macam..nak letak tajuk entry pun rasa nak letak macam-macam..so tak tahu mana tajuk yang sesuai nak letak kat this entry..so tetibe nak letak "entry tidak bertajuk.." hahaha..senang citerr...!

hari ini hari Jumaat.. nyaman dan indah...............................

tapi tetiba darah aku menyirap tetiba bila orang kat opis bising-bising cakap aku tak buat surat itu ini, oittt..! tengoklah dulu dalam fail..!!

dahlah tak nak cerita pasal opis..! aku tak nak mencemarkan blog aku dengan kutukan aku kepada seorang 'makcik'.. lagi pun tak ada faedah pun nak letak nama kau kat blog aku..!!

hahahah...garang juga aku ni ye...??


*************

ok nak cerita.. minggu lepas macam biasalah aku balik kluang naik bas segala.. macam biasa my baby lion aku terpaksa tinggalkan di office sambil memberi mandat kepada pakcik guard untuk tengok-tengokkan baby lion aku tu..

^,^"

ooo..hampir lupa aku telah berjanji dengan kak jun untuk naik teksi bersama-sama untuk ke bustand Larkin..baguslah.. tambang boleh bahagi dua..sebelum ni aku naik teksi seorang diri so kali ini boleh save bajet.. =)

sampai saja di larkin kami mengambil haluan masing-masing kerana berlainan destinasi.. macam biasa aku terus menuju kaunter jualan tiket.. dan seterusnya aku menuju ke 'daily fresh' untuk mengisi perut..hehehe..

"kak waffer yang biasa satu..! coklat and peanut ye..!!"

"dik, sekarang kita ada buat promosi, tambah lagi RM1 dapat air guava.."

"takpelah kak..tak berminat..! saya nak beli waffer jek.." hahahha

mesti menyirap jek hakak tadi.. penjual tak boleh marah pelanggan ok.. customer always right..!!

aku melihat jam, ohh..sudah hampir jam 5.30 p.m.. bus pun nampaknya dah ada.. bolehlah makan dalam bas..

tiba saja aku didalam bas aku terus melihat tiket ku untuk memastikan nombor seat yang patut aku duduki.. ohh.. no. 17...

cittt...!! dah ada orang duduk.. orang warga emas..tak kan lah pulak aku yang sopan ni nak membiadapkan diri untuk suruh warga emas tersebut duduk ditempat lain.. terasa tak tegar pula..

takpe..aku mengalah.. kak kiah tak kesahhh dik..! hahahahahah..!!

duduk belakanglah..rungut hatiku..lega betul dapat merebahkan diri di seat yang empuk..

tetiba aku ditegur oleh seseorang yang duduk sebaris dengan seat aku.. :

"hai awak.."

erkkk..?aku tetiba jadi terpinga-pinga..bila masa aku kenal kau wahai abang guard..?

aku hanya melemparkan senyuman manis =)

abang guard tersebut menyusun ayat :

"eh, mana kawan awak lagi sorang, kan tadi dia jalan dengan awak.."

aku tetiba rasa pelik, bila masa pulak dia nampak aku jalan dengan kak jun? ke aku yang tak perasan diperhatikan..???

"kawan saya naik bas lain.. bas ke KL.."

"ohhh...ye ke..? awak nak tahu tak dari tadi saya perhatikan awak masa awak turun teksi, saya tengok dari jauh jek, dalam hati, saya rasa macam kenal awak.. terdetik juga dalam hati, awak ni mesti orang kluang.. sebab macam pernah nampak awaklah..tak sangka pula memang betul.."

ehhh..gila bayang ke ape kau ni.. bila masa aku kenal kau..? kalau hensem tak apalah juga... tetiba nak cakap segala macam tu kat aku.. sengal...!

"ye..saya memang orang Kluang, tapi maaf, saya tak kenal awak..!!"

aku paling menyampah betul kalau dalam bas ada orang ajak berbual..tak tahu ke aku ni penat.. dah tu aku ni jenis mabuk dalam kenderaan pulak tu.. nasib baik kau tak menempah muntah aku..!!

abang guard menyambung lagi:

"sebenarnya saya first time naik bas..sebelum ni tak pernah naik bas..takut juga tersalah naik bas, saya ni sebenarnya memang orang kluang.. datang JB sebab ada orang call untuk pantau bank kat JB ni..."

sengal..!! ada aku tanya ke..??

"ohh..yeke..emm.. ok" haahahha.. aku jawab sekerat macam ni jek...

"pagi tadi saya naik kereta saya.. kereta saya kereta HILUK.... tu lah... tadi pagi ok je masa bawak.. ni masa nak balik tadi tak boleh nak strat pulak...terpaksa bawak gi bengkel.. tu lah kereta saya hiluk.."

perggghhh..!! menyirap pulak aku dengar kau sebut 10 kali kau punya kereta hiluk tu ek?? macam orang lain tak ada kereta..

"saya pun ada kereta juga..kereta saya kereta viva jek..kecik jek tak macam Hiluk..."

aku jawab selambernya kat abang guard tadi.. mesti sentap giler..

"oo..kenapa tak drive jek..naik bas kan susah.."

"malas" ringkas dan padat jawapan aku..hahaha

"saya ni memang orang kluang awak..mula-mula takut nak naik bas ni..dulu tambang ke kluang kan rm5 jek ek? sekarang dah naik...bla..bla..bla..bla..bla..bla......................."

aku rasa macam dah mengantuklah dengar cerita kau.. macam aku ni tak tahu kluang tu ada apa ek? abes aku ni bukan orang kluang ke..? tambang naik bas pun berkira, kata pakai kereta besar..tak kan tambang rm10 kau dah merunggut seratus kali..aku pulak jadi mangsa..

aku rasakan macam nak..nak je aku sumbat stokin busuk kat mulut kau..! agaknya baru kau reti senyap kot?

aiiii..bilalah aku nak ngup waffer aku ni..dah naik sejuk dah...dari tadi si abang guard tu bercerita jek.. abang oii..lebih baik kau masuk pertandingan berceritalah.. kompem kak kiah bagi JUARA..!! hahahahahah

tetibe terlintas idea aku nak menyestopkan mulut abang guard yang tadi tak henti-henti bercakap..

aku mengeluarkan henset..dah berpura-pura mendail nombor.. aku pun apa lagi.. "hello..abang kat mana..ayang dah naik bas ni..nanti ayang berenti kat depan..bang jangan lupa amek ye..? ok abang.. i love u..."

hahahahaha..! nak terpecah perut aku menahan ketawa..!!

abang guard tadi pun terus senyap bila dengar aku cakap macam tu.. hahaha...

perbualan kami pun stop sampai situ jek..

kenapa ye aku tak terfikir dari tadi ek? hahahah....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Eh, ada entri berkaitan rupanya..

Snag a button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...