sila klik dan berikan ikan saya makan...kesian dia lapar =p

SUKA BLOG INI?

Who's Read..?

online counter

nuffnang

23 April 2011

tenangkah aku dengan cerita yang tak betul...?

Hari ini Sabtu, 23 April 2011... perasaan ni terasa sama macam hari Jumaat (semalam..).. perasaan marah, dendam sedikit tidak berkurang malah makin menebal..

ok..sebelum aku menulis entry ini, aku telah memakan 3 bar coklat 'cadbury' untuk mengelakkan hati aku ni 'panas' berterusan..

orang kata, kalau kita makan coklat, marah kita akan reda... yeke..? saje lah tu nak bagi aku gemok lagi...

terima kasih sang pakwe kerana membeli coklat cadbury sekotak untuk saya... heheheh.. (walaupun tak suka coklat..)

ok..bukan nak citer pasal coklat arini.. tak ada kena mengena pun..hahahah

selain dari memakan coklat, aku juga telah ketawa selama 5 minit sepuas-puasnya.. dan menangis selama 30 minit..hehehe

ini untuk buat aku rasa tenang apabila menulis entry ini.. hahaha

aku rasa tak perlu aku ceritakan balik apa yang berlaku pada hari keramat Jumaat, 22 April 2011.. sungguh sadis...!

perasaan marah ini muncul apabila:
  • di kata kan buat, tetapi sebenarnya perkara itu kita tidak lakukan..
  • apabila tiada sedikit ruang menjelaskan perkara sebenar..
  • apabila di tuduh 'bertubi-tubi'... (macam latihan tubi kat sekolah tu...)
bila 3 perkara ni berlaku kat aku, mestilah aku marah.. ditambah-tambah pulak hasutan iblis di telinga kiri.. memang tidak dinafikan iblis ni memang selalu mengganggu umat adam/hawa.. itu memang tidak dinafikan.. walaupun awak tu alim macam mana pun, belajar di Mesir jauh mana pun, hasutan iblis itu pasti ada..!!

hanya DIRI sendiri sahaja yang mampu menepis segala hasutan-hasutan itu.. tepuk dada tanyalah iman.. janganlah tepuk dada, tanya selera.. lain pulak jadinya..

bila tepuk dada, tanyalah selera.. macam ini lah jadinya.. benda salah di katakan betul.. benda betul dikatakan salah..

aku kesal sangat-sangat, bila benda ni jadi kat aku.. aku rasa mereka ketawa terbahak-lahak melihat aku jatuh hari ini..

rasa macam kena APRIL FOOL pun ada gak... ;P

kesal dengan orang pembawa cerita dan penyampai cerita.. mereka-mereka ini lah penyampai CERITA yang pantas dari BERITA..

nak salah kan mereka pun tak boleh..mungkin minat mendalam mereka membawa cerita orang dan melaga-lagakan orang..

aku ni simple je orangnya... nak kenal ke??:
  1. kalau orang cuit aku sekali, aku akan cuit mereka berkali-kali.
  2. pendendam
  3. kalau anda bergurau dengan saya..awas..!! mungkin gurauan itu yang akan saya ambil serius.. so bergurau ada batasnya..
  4. kalau cakap dengan aku, sekali je lah.. tak perlu cakap 3-4 kali.. sebab orang yang cakap 4-5 kali ini lah aku tak akan buat benda yang dia suruh.. muktamad..!
ermmm..simple right..??

orang kalau nak jatuhkan kita memang sekelip mata ajer.. bila di tuduh aku ni cakap belakang.. ye..! SUMPAH dan DEMI ALLAH aku ada cakap belakang.. hahahah.. (pengakuan ikhlas beb..!)

tapi pelik... kenapa aku pulak yang dia NAMPAK... dan orang lain yang mengutuk/cakap belakang lagi hebat dari aku ni, sedikit pun dia tak nampak..

alah..lumrah alam..orang bawah memang selalu...........

tu lah.. dulu mak aku suruh belajar tinggi-tinggi, masuk universiti ko tak nak ziela oiii... kalau tak, dah lama kau berjawatan tinggi dan tidak dijatuhkan sampai macam ni...!! hahahah...

ada sorang kawan aku ni, dia bagitahu dulu dia amat rapat dengan seseorang ni(agak berjawatan tinggi la jugak..).. tup..tup sekarang ni orang yang berjawatan tinggi ni dah tak pandang dia, dengan hanya satu hasutan...

"kita ni pegawai..ape kelas keluar makan dengan orang bawahan ajer.."

sabar ajer lah...(kitee bako aje..!!)

ok..memang betul kata orang atasan tu.. kita memang tak layak nok oi.. so jangan lah berangan nak berjalan seiring dengan orang atasan.. kita tak layak..kena sedar asal usul kita nok oiii.. (oittt...asal tetibe bertukar jadi nyah ni..?? hahahha)

ingatlah..si pembawa cerita dan penyampai cerita..jika anda telah membaca entry ini jangan terus melenting.. aku merayu ambil lah masa seminit sahaja dan fikirkan semula apa yang aku katakan..

memang kenyataan kata-kata aku ni tak hebat berbanding dengan orang berkelulusan tinggi.. yelah kita ni sekolah setakat SPM ajer..(ayat zombie kampung pisang..)

tapi perasaan terhina, marah, dan dendam tetap ada walaupun kite ni ada SPM ajer... hehehe

kepada sang 'percaya' terima kasih kerana anda telah berjaya mempercayai cerita yang tak betul.. dan aku sedikit pun tak nak betulkan keadaan walaupun aku salah atau pun tidak salah..

manusia ada akal fikiran..gunakanlah sebaik mungkin kerana akal itu hanya pinjaman.. bila tarikh expired, akal kita dah tak boleh nak guna lagi..

adoooiii.makin melalut pulak aku bercerita.. ok lah spongebob dah start.. nak nengok dulu...! byeee..~~

yang terasa mungkin anda~
yang tidak terasa mungkin anda adalah kawan saya~

22 April 2011

kau, aku dan beliau....

kalau ditanya siapakah orang yang paling bahagia..jawapanya adalah "aku".. hahahha kelakar kan ayat ni..?? mungkin sang pembuat cerita akan ketawa puas2 melihat aku "jatuh".. dan mungkin orang yang yang menyampaikan akan menangis melihat aku senyum kegirangan...

kalau betul kau terasa apa yang aku tulis, itu bermaksud kau lah orang yang aku tuju.. TETAPI kalau kau sedikit pun kau tak terasa apa yang aku katakan..mungkin kau bukan orangnya..

tak sangka ada status fesbuk aku tulis beberapa hari yang lepas menjadi isu.. isu..? hohoho..takutnya...

mungkin sesetengah orang terasa dan merasakan ia ditujukan khas untuk dia...

bukan..kenapa perlu terasa jika kau bukan orangnya...? jawapannya ada pada diri kau...

sorylah.. selagi aku tak mention nama korang, janganlah buat tuduhan melulu... dan selagi aku tak mentionkan nama kau, ini bermakna kau bukan orangnya yang aku katakan selama ini..

kenapa cepat sangat 'melenting'....?

kenapa tak bawa berbincang..?? ohhh..berbincang dengan aku mungkin tidak kerana aku hanya "kerani yang mendapat markah prestasi rendah"..

direct to the point...

"kau nak markah prestasi berapa untuk tahun ni..? nak kosong..?"

aku kalau nak terasa dengan kau dah lama dah..... tapi atas nasihat rakan-rakan yang lain mengatakan, mungkin itu hanya gurauan semata-mata..

so aku set my mind untuk memikirkan itu hanya gurauan...dan aku sedikit pun tak simpan dalam hati..

bila ditanya, "ada orang nak ugut markah prestasi awak ke??"

aku hanya menjawab.."taklah mungkin beliau hanya bergurau"

kenapa aku baik sangat menjawap mcm tu.. hurmmm...

bila timbul cerita hari ini, konon-kononnya aku marah/bergadoh etc dengan seseorang di dalam fesbuk...aku terus jadi keliru.. aku marahkan siapa ye..?

mungkin status aku masa tu melampau sangat tapi DEMI ALLAH SWT (kalau orang suruh aku junjung al-Quran pn aku sanggup buat) aku tak maksudkan beliau.. kenapa perlu terasa orangnya adalah kau...????

aku bekerja bukan hanya untuk beliau..banyak lagi orang memerlukan aku... mungkin "orang" lain.. dan aku bukan bercakap mengenai perihal di pejabat aku...dan aku bukan hanya buat kerja aku yang sekarang ni, ada juga kerja aku di luar bidang..dan kau tak perlu merasa semua itu...

kenapa sesuatu benda ini terlalu cepat membuat kesimpulan sendiri.. membuat huraian sendiri TANPA face to face dengan empunya diri...??

yang aku kesalkan, ada orang tuduh aku "cakap belakang dan kutuk"...??

hello.. itu aku akui memang aku pernah cakap belakang tentang kau.. ok..bukan aku sorang..kalau nak ditanya umum pada orang lain.. "pernahkah anda cakap belakang tentang kawan anda..?"

so jawapannya adalah "PERNAH..!!"

aku boleh senaraikan lah orang yang cakap belakang ni dan kutuk mengutuk perihal tentang kau.. dan yang pelik dan terlakarnya KENAPA DIRI AKU ni pulak yang kau nampak dan dipertikaikan sedangkan ada orang lagi teruk lagi mengutuk dia dari belakang..

ini lah namanya TIDAK ADIL..

ok lah, kalau aku bercakap lebih, orang akan mengata aku mereka-reka cerita.. biarlah benda ni berlalu dan menjadi soalan tuan punya diri..

aku tak pandai sangat nak berperibahasa bagai.."gajah didepan mata tak nampak, semut yang kat seberang laut boleh nampak.."

**gajah ni bukan orang yang aku katakan selama ini...hahahaha

arini aku nak ketawa puas-puas sebab orang-orang ini berjaya menjatuhkan aku sempai aku tak boleh nak bagun semula...

dan aku bersyukur benda ni terjadi.. sekurang-kurangnya aku tahu mana permata dan mana kaca untuk dihargai dan dijaga..

ok..bagi aku satu minit untuk aku ketawa puas-puas tentang perkara ini..

wakakakkakahahakahakhakhuhuhwakakakakakahahahahahakkkk...!!!!!

p/s: rasa macam dah tak percaya "friend" aku dalam fesbuk ni.. mungkin mereka adalah salah seorang wartawan berkeliber yang pantas menyampaikan cerita dari berita..!

setakat ni jela penjelasan aku.. kalau ada sebarang pertanyaan atau tidak kepuas hatian.. sila buat appointment dulu ye.. sebab aku tak ada masa nak jumpa awak..awak..dan awak..!! (cehhh..macam dalam pilem plak..hahahah)

***menyesal aku buat baik....!!

04 April 2011

betullah orang kata........!!


betul lah orang kata......

betul...

betul orang kata kalau makin jauh, makin rindu....

kalau..

makin dekat, selalu nak bergadoh...

emmm...

sebenarnya nak bagitahu tuan empunya diri ni merindui seseorang.... dulu hari-hari jumpa.. makan pagi jumpa, makan malam jumpa... so sedikit macam ada rasa bosan...

sekarang ni.. dah tak jumpa langsung.. hanya suara mengiringi rindu... (perghh..ayat..)

pastu dalam hati ni, hari-hari teringatkan dia... dia tengah buat apa..sedang pikirkan apa.. semualah aku pikir..

rindu katakan...

sekarang ni..seminggu sekali pun susah nak jumpa.. adoiiii....

awak...saya nak bagitahu..

saya rindu kat awak lah..

angin..kirimkan salam rindu ini buat si dia..(**jiwang..)

i love u...

02 April 2011

kuman ?? alergic?? atau mengada-gada..??

hehehehe...

ketawa lagi...

hehheheheheheheh....

ingatkan dapat pindah opis baru, best.. tapi lain pulak yang jadi.. penat aku mengemas.. lain pula aku dapat hasilnya..

ermmm..

nahh..! tengok ni..!

apa yang aku dapat..!!

tension jek aku dengan menatang ni.. kenapalah dorang ni 'berminat' kat aku.. aku bukan darah manis pun.. belum nak kawin lagi.. pergi gigit Juliza tu..dia tinggal bape hari jek nak kahwin.. hahahah.. (jangan marah ye ju..)

hari Isnin mengemas dari opis lama ke opis baru.. ermm...berhabuk..!! aku tak pasti makcik cleaner tu dah bersihkan ke belum opis baru tu denga habuk-habuk konkrit..

kulit aku ni sensitippp.. kalau dah merah-merah maknanya tempat tu kotor lah..! (cehh..ngengada pulak..) hahaha..tp betul la.. aku penah try, pakai baju 2 kali tak basuh.. tak sampai seminit badan aku berbintik merah-merah dan gatal..! (nampak noh malas nak basuh..)

hahahahha....!!

very sensitiiiipppp..!

hati pun sensitip jugak...hehehe

ok..kita berbalik kepada topik perbincangan kita tadi (ada perbincangan ke..?) selalunya yang tumbuh biji-biji merah kat badan aku selalunya kecik-kecik aje..macam gegata jek.. tapi lain pulak kali ni yang aku dapat.. dia tumbuh biji beso-beso.. merah menyala pulak..

macam dicoletkan lipstik merah pulak warnanya...

mula-mula biji merah tu tumbuh dalam 5-6 biji kat tangan kanan aku.. aku ingat kena gigit nyamuk..so ingatkan esok akan hilang..

esoknya, tumbuh lagi berpuluh-puluh bijik kat seluruh badan aku..

panik...!

panik jugak...takut denggi, almaklumlah kawasan perumahan aku ni kawasan denggi..... nak kata chikenpox bukan..sebab aku dah rasa macam mana kena chikenpox..lagi sakit wooo...

so, dengan nasihat pakar en.pakwe telah menghantar aku ke klinik, doktor pun macam tak tahu benda apa ni yang gigit aku.. bila aku tanya kenapa? doktor hanya senyum jek..

doktor apakah ini..? bikin hati panas..!

dapatlah aku bekal ubat gatal, ruam dan cream.. ubat tu semua aku dah telan sebelum aku ke klinik..ubat yang sama pulak tu yang aku beli kt farmasi.. charge =RM40.00 aku gi beli kat farmasi tak sampai RM20.00

keesoknya, bijik merah tu tak reda-reda lagi..makin banyak..makin gatal aku garu..

risau aku.. aku pun beli sabun lifebouye (betul ke eja..) aku mandi sehari 4 kali pakai sabun tu masa aritu..

alhamdulillah.. bintik merah tu semakin reda...

kalau aku tau pakai sabun tu jek.. baru RM6.00..

so lepas ni..jangan suruh i angkat barang-barang berabuk.. very alergic ok..!!! (mengada-ngada****)

hahahhah..!!

LinkWithin

Eh, ada entri berkaitan rupanya..

Snag a button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...