sila klik dan berikan ikan saya makan...kesian dia lapar =p

SUKA BLOG INI?

Who's Read..?

online counter

nuffnang

30 Disember 2010

Ada sesiapa boleh tolong saya..??


Aku berhadapan dengan kekeliruan sekarang ni.. yelah.. yelah.. memang salah aku sebab tak tanya betul-betul kat nurse.. arghhhhh..!! dah sampai rumah baru terperasan..!

so what...?

ok.. now i have a two appoinment card.. semuanya rujuk ke MOPC.. aku tak tahu apa singkatan untuk MOPC... just aku tahu itu semua urusannya di Poliklinik HSA..


so sekarang ni.. aku memang ada appoinment dengan Doktor Chai pada 18 January 2011 ni untuk ambil sampel darah lagi..!!

ok.. aku ulangi... ambil darah lagi....!!!


dan 31 January 2011 ni appoinment jumpa doktor untuk ambil result a.k.a kena marah dengan doktor lah gamaknya..!!

sekarang kad yang aku baru dapat ni untuk appoinment keluar wad. tapi follow-up for the before appoinment jek.. ntah..!! aku pun tak paham apa yang aku tulis..!!

next appoinment untuk TCA CARDIO iaitu kena jumpa pakar jantung...!! ggggrrrr...!! TAKKKUUUUTTTT...!!


bukan apa.. selalunya doktor pakar jantung ni aku dah membayangkan seorang doktor yang agak tua..kuat marah and very serius..!!

matiiieeyyyy laaaa...!!!

so memang tak ada lah aku nak mengedik dan menyelit buat lawak...

hukhukhuk..!!

but.. ada dua tarikh..!! aku tak berapa paham, tarikh mana yang perlu aku nak ikut..??

hmmm...

first date dia tulis :: TCA CARDIO = 5/12
2nd date dia tulis :: 16 Mei 2010 jam 9 a.m

wahhhh..!!

aku tak paham apa maksud dia tulis 5/12.. sesiapa boleh jelaskan..??

macam tak berkurun pulak nak tunggu lagi 5 bulan ek...??

memang saja nak suruh aku sakit lagi..

tapi tak pe.. aku paham tugas doktor.. cehhwahhh..!!

untung juga dapat buat appoinment dengan pakar jantung.. sebab jadual mereka memang padat.. kira aku bertuah jugalah doktor sudi buat appoinment dengan aku..

boleh tak ayat macam tu... hahahhahak..!!

ok akhir kata saya, jagalah kesihatan.. janganlah buat orang yang tersayang risau dengan keadaan anda.. hihihihi =)

kepada adik depan katil aku, hope cepat sembuh..!! kesian aku tengok dia kena tebuk kat perut untuk buat HD (hemodalisis) muda lagi.. baru form 1.. kesian... =(

29 Disember 2010

nak bercerita, tapi kalau kome tak mau dengar tutup telinga ye... hihihihihi =)

Tak tahulah kenapalah kepala otak aku ni asyik memikirkan keadaan aku semasa di Hospital HSA tempoh hari.. terindah sangat ke kenangan tu sampai termimpi-mimpi..? ke itu sebagai kenangan yang paling pahit untuk penutupan tahun 2010 ni..? ntah aku tak ada jawapan untuk itu =( ke aku masih teringat doktor-doktor yang hensem di sana..? tak mungkin..! mana aku nak letak Mr. Dubuk aku...? hehehehhe

ermmm...doktor tu... dulu masa bulan Oktober aritu aku masuk Hospital juga.. doktor tu juga yang rawat aku.. first impresion aku pada doktor tu masa tu dia adalah doktor baru..! sebab masa tu dia mengambil masa 30minit untuk mengambil sampel darah aku..! bertambah pula urat aku yang susah nak cari.. aku nampak muka dia berpeluh-peluh mencari urat aku sambil diperhatikan oleh senior doktor sampaikan dia kena marah..! aku senyumkan saja.. bagi aku kalau 1000 kali ambil darah pun aku tak gentar sebab memang tak sakit..! sumpah..! tapi janganlah tiba jarum untuk masukkan air berkali-kali cucuk di tangan aku, itu sumpah aku takut..! sakit beb..!!! masa tu rambut dia pendek.. ala-ala mawi.. dan masa tu aku ingat dia bangsa India sebab u nampak look Indian Men... heheheh.. tapi aku rasa nak gelak jek tengok perubahan dia kali ni.. kali ni yang aku nampak, dia bukan doktor yang takut-takut lagi.. dia semakin lincah..hahaha.. agaknya dah puas kena marah dengan senior doktor kot... aku ingat dia dah tak ingat aku lagi.. owhh..!! tetapi dia masih ingat aku..!! auuuuwwww..!! ahhahahaha..! tapi kali ini rambut dia dah panjang sikit.. dah hensem.. hehehe... not bad..!! aku perhatikan saja dia kehulur-kehilir merawat pesakit disebelah aku yang sedang nazak.. dalam hati aku "owhhh..hebat juga kamu ye.."

tiba-tiba dia tegur aku,

"eh awak kan dulu kena tahan kat PP1"

aku hanya mengukir senyuman je =)

"aikk..kenapa masuk lagi ni..? sakit yang hari tu ke..?"

aku hanya mengangguk tanpa sebutir bicara.. =) (konon-konon tengah kaber cun lah..)

aku rasa malam tu dia on call.. sebab dia stay wad aku hampir 48 hours juga..

tengah-tengah aku syok tidur melayan mimpi indah, satu tepukan di tangan aku dilayangkan.. aduuuiiii..siapa pula yang kacau orang tidur..! tak tahu ke orang tengah sakit.. rungut hati ku =}

aku terus lihat jam di enset aku.. owhh pukul 4 pagi..? kenapa pulak kena bangun..! aku pun berpaling melihat siapa yang berani mengejutkan aku tu..

owhhhh rupanya doktor tu.. ^,^

^,^

"dik, bangun.. abang nak masukkan jarum ni.. tadi nurse kata jurum kat tangan awak dah tercabutkan..?"

dalam hati aku.. motiiippp nak berkasih sayang kat sini kenapa..??

aku pun menghulurkan kedua-dua tangan aku.. sebab aku paham setiap doktor yang nak cari urat aku pasti susah..! so aku menghulurkan kedua-keduanya tanda aku berserah..!!

berkali-kali doktor mencucuk jarum di tangan ku.. tapi HAMPAAAA...! sampai muka aku dah mengeran kesakitan akibat dicucuk bertubi-tubi..

"doktor, sakit lah.." aku dah start merungut kegedikan..!

"memanglah..abes urat awak tak jumpa-jumpa.. pening saya nak cari.. hehehe"

ehh...ketawa pulak doktor ni..!!

aku pun telah mengesyorkan doktor mencucuk jarum di bahagian atas tapak tangan..

"doktor, cucuk kat sinilah.. sebab haritu kan cucuk kat sini.. manalah tahu jumpa.. maklumlah pagi-pagi macam ni urat saya memang malu-malu nak kuar.. tengah sedap tidurkan.."

aku pula dah jadi macam doktor.. kelas ko kiaaahh....!!

"jarum yang tertanggal hari tu kaler ape ye.." doktor tu bertanya..

"kaler hijau.." aku menjawap lemah..

"betul ke hijau..?" berkali-kali doktor menyoal aku..!

"ye lah..!"

aku dah start rimas pelbagai soalan ditanya..!

aku lihatkan saja, begitu banyak jarum dibuang setelah berkali-kali jarum yang mahu dicucuk di tangan ku gagal..!! hanya tuhan je tahu sakit di cucuk jarum besar gabak tu..! hate damn so much....!!!!!!!!!!!

"ok, kita cuba kaler biru pula ye.."

wahhh..dia ingat tangan aku ni testimoni nak cucuk-cucuk ni..?

"doktor ape beza jarum kaler hijau, biru dan pink..?"

"bezanya, yang hijau jarumnya besar, pink paling kecil..." doktor berkata sambil mentry mencucuk-cucuk jarum ke tangan ku..

"ooo.. kalau macam tu saya nak pink boleh tak..? sebab yang hijau saya dah rasa.. pink tak rasa lagi.." boleh pulak aku lawak bodoh pagi-pagi buta kan..!

doktor tersebut hanya mengangguk saja.. =)

"aduiiii..kenapalah susah sangat nak cari urat awak ni.. saya dah give-up dah..! astagfirullah...kenapa susah sangat.."

aku dengar je doktor tersebut mengeluh.. ehhh..aku dengar dia istigfar.. Islam ke India ni..? cepat-cepat aku tengok name tag yang di gantung dilehernya.. "MOHD .........." lorrrrr... melayu rupanya.. matieyy-matieyy aku ingat doktor ni India..!! ^,^

"ok, lah kita cucuk jarum kat kaki jela.. jap saya tengok kaki awak, senang nampak urat tak..?"

hati aku berdebar-debar.. ishh.. tak kan sampai nak cucuk kat kaki kot..? abes masukkan ubat segala kat kaki lah..? tak sanggup aku..! lagi sakit kot..! nak pergi mandi macam mana..? nak buang air besar kecil macam mana..? minta-mintalah tak jadi..! tapi dia dah ikat kaki aku..!

"owhhh..kat kaki pun susah juga nak nampak urat awak ni.. ermm.. saya ada satu pilihan jek, iaitu cucuk jarum ni kat pengelangan siku awak.."

"mana-manalah doktor janji selamat..!" ayat aku memang tak boleh blah..!

"haaaahhh.. yahooooo.. boleh pun.. alhamdulillah..!! hahahaha.. yes-yes berjaya juga masukan jarum kat tangan awak ni, tapi nanti tangan jangan awak lipat ye.. nanti jarum tu terkeluar atau patah pula..tapi gerak sikit-sikit bolehlah..."

doktor ni kenapa bersorak macam dapat duit berjuta-juta je..? setakat masukkan jarum tu pun nak gembira habis..!!

doktor tersebut terus mengapai satu pincagari yang amat besar bagi aku..! aku ngeriiiii..! tapi tak ada jarumlah.. just nak masukkan ubat dalam jarum yang baru dia cucuk sebentar tadi..

muka aku berkerut semasa dia memasukkan ubat tersebut.. sebab sebelum ni nurse yang masukkan ubat ni ke dalam jarum tersebut memang sakit sangat.. sampai demam-demam aku jadinya.. tapi sebaliknya apabila doktor sendiri yang buat.. ermm..tak sakit pun.. siap boleh tanya aku lagi "kenapa..?sakit ke...?" hahahah

"taklah..! ingatkan sakit... haritu sakit sangat masukkan ubat.."

doktor trsebut hanya mengukir senyuman yang ikhlas.. erkkk..?

"awak duduk mana ek..? selalu sangat kena tahan wad ni..?"

"BBU..." aku jawap dengan kaber-nyerrrrr...

"owhhh..."

"ok lah.. pergilah tidur dulu ye..." cehhh..ayat macam nak mendodoikan babby jek..

"awak, pinjam surat khabar ni eh.. boleh tak..?"

citttt.. awak saya pula doktor ni...

"ok, doktor.. tapi tu news semalam punya tau..!"

doktor tersebut mengangguk tanda paham =)

tamat sudah perbualan aku dengan doktor tersebut.. ok bolehlah aku tidur lena tanpa gangguan. aku melihat kedua-dua tangan ku.. aku mengira bekas cucukkan yang tak jadi dibuat oleh doktor tersebut..!!

13 cucukan..!!

GILA KENTANG .....!!

(dapat lihat tak, jarum tu dicucuk betul-betul diatas garisan pengelangan siku saya.. so kalau nak lipat memang sakit.. pastu cuba perhatikan disebelahnya ada lebam yang amat besar berwarna unggu..? tapi bukan doktor tu yang buat, doktor lain yang buat =)


confirm esok lebam-lebam tangan aku ni.. =(

hari ini saya nak cakap "saya suka layout blog saya yang baru ni.."




tak ada apa nak cakap.. cuma nak cakap i love so much this template..!

RED kalerrrr tuuu..!!

Mabelesss la..!! hakhakahak.. kepada pakcik-pakcik ustaz sila ambaikan pic perempuan seksi.. hanya gambar semata-mata =)


credit : Fairy Red Blogger Layout

menghayati waktu 5 hari (24 Dec - 28 Dec 2010) Part 2




Dapatkan cerita sebelumnya di sini

ok..enchik ayah pun kolling-kolling la pakcik ambulans.. aku yang dalam bilik tengah mengeran kesakitan ni, boleh pulak pakcik ambulans ni tanya seribu soalan.. kerja apa..? teruk sangat ke sakit..? memang tak boleh bangun ke..? argggghhhh..! semua tu buat aku lagi SAKIT..! sakit hati ok..

5 minit kemudian van ambulans pun datang di persekitaran flat aku.. pakcik ambulans dan seorang lagi HA masuk ke rumah aku yang ala-ala kucing baru lepas beranak..! HA tersebut terlebih dahulu periksa tekanan darah dan periksa apa yang patut la..! hahaha.. aku segan sebenarnya sebab HA yang periksa aku tu hensem sangat..!! kalaulah aku tahu yang datang hansem macam ni, tentu aku bersolek dulu.. (gatal ko kiahh...!)

satu kain tebal berwarna putih telah dibentangkan disebelah aku, lalu pakcik ambulans tu berkata ::

"dik awak boleh bergerak tak..? takkan tak boleh kot.. sebelah je ni.."

ok..aku pun mengangkat pungung dan terus baring di atas kain putih tersebut.. tak kan aku nak cakap tak boleh..tak sampai seinchi pun nak bergerak kan..gedik la pulak kan..

oleh kerana keadaan rumah aku yang bertangga-tangga dan berliku-liku aku tidak diangkat menggunakan streacher(betul ke eja..) tapi aku diangkat dengan menggunakan kain.. sampai ditingkat bawak baru aku diletak di atas streacher.. aku dapat rasakan masa tu aku menjadi tumpuan rakyat jelata melihat keadaan aku.. ishhhhh malunya ^,^

lalu aku ditolak di dalam van.. ada juga penduduk flat menolong mengangkat aku.. almaklumlah sape larat nak angkat 60kg++ kan.. hahahha..!!

sepanjang perjalanan menuju ke Hospital Sultanah Aminah aku telah disumbatkan alat bantuan penafasan di hidung (ayat disumbatkan tu macam tak kena je...) oleh HA hensem tersebut.. terasa macam segan lak.. hehehhe.. aku pun telah di berikan rawatan kecemasan sepanjang perjalanan yang tak sampai 5 minit pun..! kagum aku dengan kepantasan pakcik ambulans!! masa dalam ambulans ayat yang aku tak boleh lupa oleh HA hensem tu :

"adik buka mata, jangan tutup.. bukak je mata..ok"

aduiiiii..lembut sungguh suara HA tu.. tapi sebenarnya aku malu nak buka mata sebab nanti bertentangan mata dengan HA hensem tersebut susah pulak.. hahakhahahah..!!

ok dah sampai ke Hospital Sultanah Aminah. troli aku ditolak dengan laju.. maklumlah kecemasan.. semuanya kena pantas.. rasa jugalah batu-batu kerikil kat jalan tu.. aku terus dihantar ke wad kecemasan di zon kritikal.. aku yang sedang menahan sakit telah ditanya begitu banyak soalan sampai aku rasa macam nak pingsan pulak..!

"dik kenapa..?"
"sakit macam mana..?"
"dah lama sakit ke..?"
"kepala ada pening-pening lagi?"

aduuuuiiiii....

di sana aku telah dicheck tekanan darah berulang kali oleh kerana bacaan BP aku yang sangat rendah dan tidak munasabah.. kali ke tiga check -- owhhh memang rendah BP awak..!

"ok kita bawak adik ni ke icu" kata salah seorang doctor yang berada disitu..

tetiba aku di ICU aku melihat ramai orang yang nazak, sakit teruk erkk.. tetiba rasa macam lagi cuak bertambah dengan penghawa dingin yang amat sejuk..!

disitu aku aku telah dicucuk pelbagai jenis jarum.. hanya tuhan saja yang tahu kesakitannya.. maklumlah urat aku ni susah nak nampak.. so kalau 5 kali cucuk belum dapat urat, tu dah perkara biasa bagi aku..!

oleh kerana badan aku lemah dan tak terdaya, aku telah dimasukkan air Sodium Natrium (kalau x silap..) aku melihat ramai sekali doctor di depan mata aku.. ye..! aku tak tipu.. RAMAI..!! ramai doktor LELAKI..! aku sempat kira lagi.. 10 orang doktor lelaki, seorang doktor perempuan dan 2 orang jururawat..!!

auuuwwww...!! malunyaaa..! mana nak sorok muka ni..! OMG..!!

denyutan nadi aku berdenyut terlalu laju sampai 200++ aku dengarkan je sekumpulan doktor berbincang.. ntah hape mereka bincang.. yang penting aku tak nak tengok muka dorang..! malu sangat..!! aku telah dipakaikan bantuan penafasan..kali ini lagi besar.. aku tak tahu apa namanya..

tibe-tibe salah seorang doktor lelaki berbisik ditelinga aku:

"dik istigfar banyak-banyak ye.. bawak banyak mengucap.."

aku jadi bengong kejap..

datang pula seorang jurawat mengatakan yang sama kepada aku:

"aziela istigfar ye.. mengucap jek.."

dalam hati aku, aku ni dah nak mati ke..? owhhh.. aku taknak matieeeyy!!

segala perhiasan aku dicabut, cincin, rantai, dan gelang tangan.. sertaaa... BAJUUUU aku...!!

^,^

salah seorang doktor berkata pada aku..

"dik saya nak masukkan ubat, nanti awak akan tidur dan tak rasa papelah apa yang kita nak buat, saya juga akan panggil mak awaklah sebagai saksi.. tapi ubat ni kita bagi sikit jek.. sebab kita nak buat shock sikit.. sebab awak punya deyutan jantung terlalu kuat.. kalau kita tak buat, akan bertambah melarat lah..."

aku yang time tu ala-ala tengah sengal pun mengiakan je.. terlintas juga fikiran aku, owhhh yang dekat dalam filem yang selalu aku tengok tu ke..tu ke shock..? ermmm..apa-apa aje lah..!!

aku rasa doktor perasan time tu kaler mata aku cantik sangat..! so cepat-cepat dia cakap:

"dik, bukak dulu ye contact lens awak tu..nanti kalau awak dah pingsan susah pulak"

owhhh..tidakkk..! abeslah lens aku.. jawapnya ke tong sampah lah..!! sampai hati u doktor..!!

sedia atau tidak, satu suntukan dilepaskan juga.. segalanya bermula.. aku mulanya bertahan juga, tak nak terlelap, nak tahu juga doktor buat apa.. tapi apakah daya penangan ubat tidur terlalu kuat.. tak sampai 10 saat aku dihanyut oleh mimpi.. LENAA...!!

aku tak sedar berapa jam aku tidur.. aku tersedar apabila salah seorang jurawat memanggil nama aku berulangkali.. aku dengar.. tapi apakah daya.. aku tak berdaya membuka mata.. sebab aku tengah sedap dibuai mimpi lagi.. hahahahah..!

aku telah dihantar ke blok C tingkat 3 untuk ditahan wad.. aku di tempatkan betul-betul disebelah kaunter.. OMG..! selepas 10minit aku kuatkan juga untuk menyedarkan diri.. YES..! aku berjaya.. aku terus buka alat penafasan.. rimas aku dengan alat tu.. tangan aku cepat-cepat mengapai henset di poket.. owhhh..banyaknya mesej dan miskol..! aku pun terus jek berfesbuk.. uawaaa..kelasss..sedar je terus ingat fesbuk ek..??

ok.. begitulah ceritanya.. ada cerita lagi tapi malas nak menaip.. tunggu je la..

jadikanlah ini sebagai pengajaran dan pembelajaran yang sakit tidak menenal usia dan siapa..
yang penting kalau dah tahu sakit cepat-cepatlah makan ubat, jangan melengah-lenggahkan makan ubat dan makan ikutlah masa yang betul jangan sampai terkena gastrik..!

ok itu je pesanan aku.. bak kate orang "anda buat, anda dapat"

SEKIAN TERIMA KASIH..!!
=)

menghayati waktu 5 hari (24 Dec - 28 Dec 2010)

sebelum ni aku ada tulis entry pasal aku masuk koir kan..? (klik sini)

Part 1

24 Dec 2010

7.45 a.m - aku berkobar-kobar nak menyanyi ni.. hihihi.. sampai awal beb!
8.00 a.m - breakfirst bersama kawan-kawan di SM Teknik, JB.. hahaha.. tapi tak lalu makan sebab teruja nak nyanyi katakannn....
8.30 a.m - bersediap sedia nak nyanyi lagu Bangsa Johor dan Selangkah dihadapan
9.00 a.m - selesai buat persembahan untuk pembukaan.. mantoppp beb bak kata cikgu Amin..=)
10.00 a.m - berpoya-poya sambil menunggu giliran nak menyanyi lagu Malaysia Inovatif.. bla..bla..bla..
10.30 a.m - selesai sudah persembahan akhir.. hati aku lega..!

ok.. nak jadikan cerita lepas nyanyi tu, aku rasa macam tak sedap badan jek.. oleh kerana malas nak balik ke opis, aku pun mengajak kawan aku cik Wan Mazurah balik ke rumah aku lepak-lepak jap.. ingatkan nak masuk opis pukul 3 petang.. hehehe... amboiii melampaunya curi tulang yeee..!!

sampai ke rumah je aku terus gapai cepat-cepat beg segala khazanah ubat aku.. manalah tahu rasa tak sesap badan ni boleh ilang lepas makan ubat kan..maklumlah semua yang aku makan ubat mengantuk.. aku makan ubat Carbimazole 6 biji, Propranolol HCI 1 biji, sebiji ubat selsema, dan dua sudu ubat batuk perisa Blackcurrent.. waahhh kelasss ko kiah..!

aku rasa effect semua ubat yang aku makan tu bertindak cepat.. 3o minit aku dah rasa mamai..! kepala pulak semakin pening..! tapi aku diamkan aje.. tak sampai hati nak kejutkan Cik Wan Mazurah tidur...

lepas 30 minit aku dapat rasakan penglihatan aku dah kabur.. aku nampak hitam je.. ishhh kenapa pulak ni.. dada aku dah start sakit.. sesak nafas.. time tu aku nafas ikut mulut dah hidung.. ikutkan memang tak larat nak bangun, tapi aku gagahkan juga pergi ke toilet. niat dihati nak basuh muka. kot-kot manalah tahu boleh segar semula.. tapi hampehh.. perjalanan aku dari ruang tamu ke toilet sungguh memeritkan.. aku terhuyung-hayang akibat pening kepala... aku mengambil masa lama juga di dalam toilet (bukan sebab buat nasi lemak ye adik-adik..) tapi sebab aku cari time untuk gagahkan diri keluar dari bilik air... tapi tak berdaya..! aku muntah-muntah..! kepala aku dah tak boleh angkat ke atas..! penglihatan aku kabur...! aku kuatkan jugak..! aku berjalan perlahan-lahan menuju ke bilik tidurku dan terus mengunci..!

aku rasa, macam tak dapat kawal kesakitan aku.. aku nak jerit panggil cik Wan Maizurah tapi tak terdaya.. time tu aku rasa macam tak bernyawa.. jantung aku berdegup laju.! nafas aku tercungap-cungap..! kepala aku pusing.. dan permandangan hitam saja yang aku nampak.. aku gagahkan jugak membuka mata dan mencapai enset dan terus mendail cik Wan Mazura

"wan, datang bilik aku kejap"

"ko dah kenapa ziela?"

"ko datang jelaaa..."

beberapa kali pintu bilik aku diketuk, owhh aku lupa yang aku dah kunci pintu ^,^ ... hehehe.. sengal aku..!

aku pun menjerit sekuat hati "kunci ada kat bilik sebelah terggantung.."

"eh, ziela tak boleh bukak la..!"

ehhh..sudahhh..! adooiii.. aku mengambil masa beberapa minit untuk sampai di hadapan pintu dan aku terus rebah ke tilam empuk ku.. hehehehe.. wan yang ala-ala panik pun tekejut beruk tengok keadaan aku yang berpeluh macam baru balik dari merentas desa dan muka pucat lesi tu.. hehehehe.. tapi nasib baik ada wan, dia picit-picitkan kepala aku.. dapat jugak ilangkan pening kepala yang amat..!

dalam masa yang sama aku call mak aku dan bagtahu keadaan aku yang macam dah nak matieeyy.. huhuhu

tak sampai 15minit puan mak, enchik ayah dan adik aku sampai ke rumah.. niat dihati enchik ayah macam nak angkat aku masuk dalam kereta, tapi bila pikir-pikir balik aku ni duduk rumah flat dan berat 60kg+++ ni enchik ayah terus buat keputusan drastik..! TELEPHONE AMBULANS..!!!! nenoooo..nennnooo...!!

ok..nak pergi makan jap la.. sat lagi sambung citer part 2 pula ye hakak-hakak...

22 Disember 2010

Suara aku makin sedap atau makin serak..?

tu lah menyanyi tak ikut teknik, kan suara dah macam hapeee... kannnzz... ok buat pengetahuan korang semua suara aku tak ada.. batok, sakit tekak, kahak, semua ada.. takpe.. oleh kerana aku ni komitmen dengan arahan yang di arahkan, aku akan berlatih jua walaupun sedang demam-demam ni.. yang penting ikhlas beb..! korang ada..? hari ini ada dua sesi latihan.. pagi dan petang(raptai) ... perghhhh makin pecah ar suara aku ni.. takpe.. UJIAN...!

lupa pula.. aku dah janji nak bagi lirik MALAYSIA INOVATIF MERAIKAN KREATIVITI kan..?

ok kita start di sini.. kepada yang penah dengar muzik ni mesti kata 'best'!

MALAYSIA INOVATIF
PENERAJU INOVASI
MALAYSIA INOVATIF
PEMACU EKONOMI

MALAYSIA INOVATIF
TINGKATKAN KEMAHIRAN
MALAYSIA INOVATIF
MENCIPTAKAN KEKAYAAN

c/o:
RAIKANLAH KREATIVITI
BUDAYAKANLAH INOVASI
TINGGI BUDI KAYA PEKERTI
HARUM NAMA IBU PERTIWI

MALAYSIA INOVATIF
PENERAJU INOVASI
MALAYSIA INOVATIF
PEMACU EKONOMI

MALAYSIA INOVATIF
NEGARA PROGRESIF
MALAYSIA KREATIF
BERMINDA POSITIF

RAIKANLAH KREATIVITI
BUDAYAKANLAH INOVASI
TINGKATKANLAH KUALITI
HARUM NAMA IBU PERTIWI

MALAYISA INOVATIF
PENERAJU INOVASI
MALAYSIA INOVATIF
MERAIKAN.....KREATIVITI......

21 Disember 2010

Koir..!! Koir..!! Koir..! (semangat**)

ok direct to the point tak payahlah kau nak bermadah atau bermukadimah ye cik Ziela.. Isnin lalu (20 Dec 2010) nama aku telah tercalon untuk Koir peringkat opis ke opis la kiranya.. huh.. surat sampai hari Isnin..dan hari Isnin tengahhari jugaklah aku tahu nama aku ada dalam senarai kumpulan menyumbangkan suara untuk satu Anugerah Inovasi yang akan diadakan pada 24 Dec 2010 bertempat di SM Teknik Johor Bahru... kannzzz kelas cik kiah ooiii... aku teliti betul-betul dan hampir bulat jadinya mata aku..

wahhh..latihan setiap petang dari jam 2:00 p.m hingga 5:00 p.m.. ohhh kelasss betullll...!

ok..! dah pukul 2:00 p.m punyalah berkobar-kobar nak pergi berlatih.. alah macam lagu vience dengan Yassin tuuuu..! BERKOBAR-KOBARRRR..!!

so..!

aku dengan tiada segannya terus jek melangkah ke tempat latihan.. hurmmm.. mana pulak puak-puak aku ni.. sorang pun talak nampak..! erk..! ke aku yang salah tengok tarikh???

aku pun dengan pantasnya menuju ke opis untuk meng-sure-kan betul-betul tarikh tersebut..! SAHHH..!! memang hari ini lah...!!!

ermmm..aku pun pergi jek tempat latihan tadi.. argghhh..!! lantaklah! dorang ada atau tidak... yang peting aku sharp on time ok..! hahahah!

ohhh..dah ada orang rupanya..aku jek yang sengal tak nengok betoooolllll-betul..!!

ok..! sesi latihan dimulakan dengan woming-up...!

haaaaaaAAAAAAAaaaaaahhhhhhhhhhhhhh....!!
(lebih kurang cam gitu la bunyinya..)

kami telah diberi satu kertas bertulis lirik lagu yang bertajuk
"MALAYSIA INOVASI MERAIKAN KREATIVITI"

wahhh.. macam tak pernah dengar je lagu ni..?takpe yang peting dengar dulu.. guru muzik kami iaitu En. Amin telah memainkan lagu tersebut..



wahhh sedap jugak lagunya.. boleh layan..! tapi macam tak banyak pulak lirik nak kena hafal..! wahhh! ada masa seminggu jek.. dah macam akademik pantasia pulokkk yeee...tapi yang penting kali ini tiada penyingkiran..hahahah!

ok ni nak cerita hari kedua pula (21 Dec 2010)

ok.. latihan dijalankan seperti biasa... tapi kali ini lebih kepada teknik penafasan dan cara pembawakkan setiap note lagu..

banyak betul yang ditekankan oleh En. Amin.. antara masalah kami semasa menyanyi (walau baru 2 hari) ::

-----> lupa lirik..! (kalau dalam AF memang ko dah Failed cik kiaahhh oiii)
-----> bila menyanyi, mulut tidak buka dengan luas ( cover lah tu...)
-----> nafas yang tidak cukup... (semputtt agaknya kitorang ni)
-----> pekataan yang dinyanyikan tidak dihabiskan seperti "tingkatkan kemahiran" sebutan "an" tidak disempurnakan penyebutanya.
-----> melodi yang mudah lupa..! ini memang tak boleh tolng.. go back and practice..!

ok.. time untuk menguji suara semua peserta koir...! wahhh takotttt.!! mesti aku terkucir sebutan.. melodi ntah hapeee..!!

ok..!


dah tiba time aku.. kena rangkap ini "Malaysia Kreatif, berminda positif"
ok gugup punya pasal aku pun nyanyi macam ni "malaysia ketipppp, bermindaa positf (dengan melodi tunggang langgang) ok.. takpe sedap.! ahahahah..!




erkkk..! MALU...! tak apa.. anggaplah itu satu pembelajaran dan pengajaran..!
(dapatkan lirik MALAYSIA INOVATIF MERAIKAN KREATIVITI disini..)

19 Disember 2010

Dapat Camera Free...! Yeahh..!!


hahahha.. walaupun camera ni pink kaler gituew tapi kalau dah diberi 'free' aku memang menadah tangan seribu kali lah..! hahaha.. thanks ayah.. walaupun camera 'bekas' ayah.. hahah.. tapi tak apa..asalkan "FREE" itu yang penting.. hahaha.. subsidi lah orang kata..
tapi camera ni bila kita snap picture macam tak bape nak lawa lah..! Nak kata pixcel dia kecik, tak pulak.. pixcel aku 12MP.. beso jugak tuh.. tapi kenapa bila snap picture gambar kita macam nampak jelas dan terang sangat.. senang kata kalau ada seketul jerawat pun boleh nampak lah..!! adoiii.. cam mana ni nak tutup cela ni..?? HAHAHAHAKK..!! lepas tu aku memang suka snap picture ala2 kabur-kebur sikit kat tepi dia.. aku tak tahu ape nama teknik tu.. tapi agak-agak kalau tanya anna dia tahu kot... ke ayat aku yang tak betul nak suruh orang paham..?? hahahah.. ape-apa pun thanks ayah sebab bagi camera free...!



p/s: background kat belakang tu disegajakan bersepah-sepah gituew...

18 Disember 2010

akhirrrrnyaaa...

yes..!
yes..!

akhirnya berakhir jugak aku letak Nuffnang ni.. punyalah jenuh nak buat.. hehehhe...
**wink**wink**

16 Disember 2010

happy birthday to me.. happy birthday to me....!

.
.
HAPPY BIRTHDAY TO ME..HAPPY BIRTHDAY TO ME..HAPPY BIRTHDAY TO ME..

14 December 1988

HAPPY BIRTHDAY TO ME..
.
.

hahahha..! taNPa segan dan silunya aku mengwishkan sendiri untuk birthday aku yang ke-22tahun.. thanks kepada kawan-kawan yang tak henti2 menggucapkan "HAPPY BIRTHDAY TO ME.." .. sayang kamu..!

dan tak lupa juga kepada 'dia' kerana meraikan ia bersama2.. terasa seperti di syurga u allz.. hahaha..

terima kasih untuk untuk sejambak bunga segar bersama2 2 kuntum ros merah dan 2 kuntum ros pink dan kek season yang sedaaapppp...!

uawaaa... tapi memang tak tipu..! terasa teramat bahagia sangat menyambut hari lahir yang ke-22 ni...

ohhh..broadband kenapa sejak akhir-akhir ni ko buat perangai...??

ni nak kena panggil broadband ke atau 'berokben'...?? hahahha.. adoiii.. aku tak tahu lah kat JB ni line mana pulak yang kena hempap pokok.. dari minggu lepas line asyik 'sangkak' jek.. adoiiii.. so mmg tak mengupdate lah blog aku.. tunggu weekends jek sebab dapat pkai wireless free... hahahaha... uawaaaa... bulan ni dah start bayar RM50 untuk broadband.. sebelum ni hanya bayar RM17... adoiiii.. bertambah kesengketanlah aku.. bulan ni juga dah start bayar kereta.. lepastu housemate pula nak pindah..so duit sewa pun bertambah... ermmm.. ada cadangan tak untuk tambah pendapatan selain ELM, buat duit dengan internet etc...??

patut ke buat part-time..? seven eleven....??
owwwhhhh.. TIDAAAKKKKK...!!

p/s: kalau kerja guard ok tak..?? hahahhahak..!

12 Disember 2010

I'LL STAND BY YOU

v

[Originally performed by The Pretenders]

Oh why you look so sad
The tears are in your eyes
Come on and come to me now
Don’t be ashamed to cry
Let me see you through
Cause I’ve seen the dark side too

When the night falls on you
You don't know what to do
Nothing you confess
Could make me love you less

I’ll stand by you
I’ll stand by you
Won’t let nobody hurt you
I’ll stand by you

So if you're mad get mad
Don’t hold it all inside
Come on and talk to me now
Hey, what you got to hide
I get angry too
Well I’m a lot like you

When you're standing at the crossroads
And don't know which path to choose
Let me come along
Cause even if you're wrong

I’ll stand by you
I’ll stand by you
Won’t let nobody hurt you
I’ll stand by you
Take me in into you darkest hour
And I’ll never desert you
I’ll stand by you

And when, when the night falls on you, baby
You feeling all alone
You won't be on your own

I’ll stand by you
I’ll stand by you
Won’t let nobody hurt you
I’ll stand by you
Take me in into you darkest hour
And I’ll never desert you
I’ll stand by you

Oh I’ll stand by you
I’ll stand by you


p/s : tetibe rasa emo bila dengar lagu ni.. anda bagaimana..???

Banyak FOLLOWER tak bermakna dah bagus... =)

dunia dah berubah.. ramai yang buat sesuatu sebab mahukan PERHATIAN.. tak ramai juga yang buat blog sebab nak banyak follower..? ape kejadahnyaa..??

aku baru lepas baca blog Budu dan Belacan tentang Banyak followers tak bermaksud blog kau tu bagus..!! Best sangat blog tu..! aku suka sangat la tajuk entry dia... memang betul kata beliau.. kalau betul lah blog kita ni untuk bacaan dan rujukkan bloger2 lain, dah tentu kita akan di respect..! tapi manalah tahu kalau setakat untuk jadi bahan bacaan..untuk cuci2 mata?? sapa yang tahu kan..??

ok..! sekarang kita tanamkan niat kita, nak berblogging bukan nak kutip banyak follower.. cukuplah blog ni sekadar untuk mengikis bakat, meluahkan bakat yang terpendam dan memberi pendapat..

p/s: credit untuk anna =)

07 Disember 2010

Cinta jangan dibeli



nak cari lirik tapi tak jumpalah... tapi best dengar lagu ni.. penuh pengajaran dan pembelajaran.. WAJIB didengar oleh kaum adam.. gud hear..!

06 Disember 2010

::Same but Different::


(Years : Februari 2008)

really rude ... This time do not know how to make-up. just use the lens.


(Years: April 2008)

this time just know use the eyeliner and lipstick


(Years : Jun 2008)

This time, i just use blusher


(Years : December 2008)

The same picture


(Years : November 2009)

This time, i use all of make-up what i learn. i use, Compact powder, Blusher, Eyebrow, Eyeliner, Mascara and lipstick. still do know use the eyeshadow..


(Years : April 2010)

hahaha.. now i can make a make-up for myself. This time i try how to use eyeshadow. and the result, its so better....


(Years : September 2010)

Back the simple make-up for more the natural face and be look young..


(Years : November 2010)

back to the simple fabulous make-up.. look so mature.. now i find the simple make-up.. gud try..

05 Disember 2010

Sixth Sense - Dari Hati




6ixth Sense - Dari Hati

Oh Tuhan
Tolonglah diriku
Aku sungguh menginginkan dia
Tuk mencintaiku
Dan mendampingiku
Di dalam hidupku ini

(*)
Oh Tuhan
Bukalah hatinya
Untuk melupakan kesalahanku
Yang telah menjadi duri
Di dalam hatinya
Dan melukai hatinya

Tolonglah
Dekat aku
Yang melukaimu
Aku ingin
Engkau tahu
Aku selalu cinta padamu

Aku telah menyesalinya
Semua

Ulang (*)

Tolonglah
Dekat aku
Yang melukaimu
Aku ingin
Engkau tahu
Aku selalu cinta

Tolonglah
Dekat aku
Yang melukaimu
Aku ingin
Engkau tahu
Aku selalu cinta padamu


**dedicate for enchek pakwe =)

04 Disember 2010

hobi baru :: lembaran baru

ni lah penyakit aku bila cuti, tak ada kerja nak buat. tapi kalau pegi kerja, asek tension jek.. so dah bagi cuti pon asek cakap boring jek dari tadi..! huh.. sedang-sedang leka aku melayari internet, bonda ku pun bermukadimah::

"net, jahitkan manik baju mak boleh tak, mak nak pakai 14hb ni..." huhuhu..bicara mak ku, belum sempat untuk aku menjawab boleh atau tidak..!

"ok" balasku dengan hampeh..

sebenarnya memang aku like 36x lah menjahit manik.. TAPI kena ikut mood lah.. adoiiii.. gimana mau kaya kalau menjahit kena ikut mood.......??? ($,$'')

lalu aku bangkit dari kemalasan dan mecari idea2 baru, corak2 baru di rangkaian internet dan sejurus itu, aku mencetak dengan menggunakan ink enchek ayah tanpa rasa bersalah..heheheh

huh..! banyak jugak aku print ni... mampos aku kalo enchek ayah tahu ink dah abes.. huhhuh.. aku pun terus mencapai sekeping fail yang telah ku beli semalam dan aku masukkan semua kertas yang telah aku print sebentar tadi..
(tadaaa..siap ada kertas tempahan lagi..hahah)

(antara corak yang aku telah print)


hahah...! siap satu fail untuk rujukkan corak untuk customer akan datang.. price pun dah letak sekali.. lepasni tak adalah harga kesian lagi ye...huhuhu lepas ni kena straight dalam perniagaan baru. tak boleh kira lebih kurang. bukan apa, bukan tamak haloba dan demand, tapi cuba kome pikir, harga manik dan labuci dapat ke seringgit dua..? upah penat lelah menjahit?? cuba anda fikirkan.. adakah anda telah menjayakan..?? hahahah.. so aku rasa memang berpatutan sangat2 lah dengan harga yang aku letak..hihihi.. sebab aku rasa jahitan aku pun bukanlah kemas sangat kalau nak bandingkan dengan orang yang profesional..

so aku nak tunjukkan separuh dari alatan menjahit manik aku.. belum banyak lagi.. sebab mengambil tempahan secara kecil-kecilan sahaja.. =)



antara koleksi-koleksi jahitan manik aku...




~~~sekian

kek coklat moist turun temurun.. pasti tidak akan mengecewakan..!

post berapa bulan yang lalu, tidak silap aku ada share gambar kek coklat yang aku buat sendiri.. so ni nak share semula kat korang semua.. dulu first time buat memang gabra habes..takut kek bentan la.. tak jadilah.. so setakat ni, alhamdulillah.. encik pakwe pun nampak suka sangat makan kek ni.. masuk ni dah 6 biji kek beliau tempah..

dulu masa buat kek ni, memang tiru sebiji-sebiji bahan-bahannya.. so bila dah setahun buat kek coklat moist ni, aku pun dah pandai mengubah resepinya supaya lagi sedap dan tak muak walaupun makan banyak kali...dan yang lagi penting lagi menjimatkan... hihihihihi =D

so kita mulakan sekarang ye..? sila ambil pen dan kertas ye cik kiah..hihihi..

bahan-bahannya:

  • bahan A
2 biji telur
1 cawan gula perang
1/2 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
1 sudu teh esen vanilla

  • bahan B
1/2 cawan koko hitam (kalau tak jumpa koko hitam, koko biasa pun boleh.. )
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh bikarbonat
1 sudu teh baking powder
**bahan-bahan ini mestilah diayak, utk hasil yang lebih gebu..)
1 1/2 cawan susu cair (susu sejat)
1/2 cawan air masak yang dicampur 1 sudu teh nescafe
  • Bahan C (moist..)
1/2 cawan koko biasa (bukan koko hitam, kalau nak letak koko hitam pun boleh juga)
susu pekat (ikut citarasa masing-masing nak manis atau pahit)
2 s/b minyak masak
1/2 cawan air masak

ok... cara-caranya pula:

  1. pukul telur dan esen vanilla sehingga kembang.
  2. masukkan gula perang dan gula halus.
  3. masukkan minyak masak.
  4. pukul sehingga adunan sebati.
  5. masukkan sikit demi sedikit bahan-bahan yang di ayak berselang seli dengan susu cair dab air bercampur nescafe.
  6. pukul sehingga adunan sebati.
  7. grisskan permukaan loyang yang hendak dibakar atau diganti dengan kertas minyak. tuang adunan jangan sampai penuh sebab, adunan akan naik.
  8. bakar di dalam oven pada suhu 170 darjah celcius selama 1 jam 15 minit
  9. nak tahu dalamnya masak atau tak, ambil sebatang lidi, dan cucukkan ditengah-tengah kek. jika melekat ia masih perlu dibakar lagi.
  10. apabila kek sudah masak, sejukkan dan sementara itu, buat sos moist. panaskan kuali, masukkan minyak dan koko.kacau hingga sebati dan masukkan air dan kacau hingga rata dan tidak berketul, jika berketul masukkan air lagi.. dan masukkan susu pekat.
  11. hiaskan kek tersebut dengan moist yang telah masak tadi.. dan taburkan badam kasar untuk hiasan...


**cuba buat..pasti menjadi...

puding roti bersama sos kastard.... sedappp sangat..!


bila mood tengah rajin, macam-macam benda nak buat, tak ketinggalan juga dlm masakkan. memang kesukaan ku mencuba dan mentry... hihihi... so hari ni mari reramai belajar buat puding roti...

bahan-bahan:
  • Bahan A
10 keping roti
500 ml susu segar

  • Bahan B
2 biji telur
1 s/b essen vanilla
2 s/b gula aising
1 s/b tepung jagung
2 s/b mentega/butter (dicairkan)
secubit garam

*optional (nak letak boleh, x nak pun tak apa)
** serbuk kayu manis (tadi lupa beli, so aku pun parutlah kayu manis tu..tapi lagi sedap parut, sbb memang betul piaw..)
**buah pala dihiris-hiris.
  • Bahan C
1/2 tin susu cair
1 1/2 s/b tepung kastard
1 1/2 s/b gula pasir (depends pada mereka yang tidak gemar manis)

how to make it:

  1. bahan A direndam selama 30minit
  2. campurkan semua bahan B di mangkuk yang lain. pukul hingga rata.
  3. campurkan bahan B yang telah dipukul kedalam bahan A .
  4. lepastu, parutkan serbuk kayu manis di atas permukaan puding roti tersebut. terpulang pada kita nak parut banyak atau sikit.. dan dihias dengan buah pala (sy tak berapa gemar buah pala, so letak sikit je dan lebihkan serbuk kayu manis)
  5. bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 45 minit.
  6. lepas masak. sejukkan dan letak dalam peti sejuk spy senang potong.
  7. sementara itu, kita buat sosnya.. campurkan semuanya bahan C , masak di atas dapur.
  8. cara hidangan, curahkan sos kastard tersebut di atas puding roti yang sejuk..
(puding yang telah dimasak)
(puding roti yang telah di simbah dengan sos kastard...nampak tak cebisan serbuk kayu manis tu..? hahahah.. sedap.. jemput makan..)

**selamat mencuba.. =)

Aizat – Years From Now Lyrics




Aizat – Years From Now Lyrics


What will I be years from now
What will I wear, how will I look
I think too much, I think too much


Sometimes it’s scary over thinking
What you have or haven’t done
You think too much, you think too much


Will the rain smell the same
Will our loosing treacherous game
And the star much shine
The colours seem so blurry


Will I end up all alone
Without a shoulder to cry on


What will I be years from now
I have answered them but none have answered me
And when my time has come
I hope my last seconds in this life will have you
Will have you


Will the rain smell the same
Will our loosing treacherous game
And neglect most people who

Seems so worthy..


p/s: dedicate for enchek pakwe...

LinkWithin

Eh, ada entri berkaitan rupanya..

Snag a button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...