sila klik dan berikan ikan saya makan...kesian dia lapar =p

SUKA BLOG INI?

Who's Read..?

online counter

nuffnang

21 Disember 2010

Koir..!! Koir..!! Koir..! (semangat**)

ok direct to the point tak payahlah kau nak bermadah atau bermukadimah ye cik Ziela.. Isnin lalu (20 Dec 2010) nama aku telah tercalon untuk Koir peringkat opis ke opis la kiranya.. huh.. surat sampai hari Isnin..dan hari Isnin tengahhari jugaklah aku tahu nama aku ada dalam senarai kumpulan menyumbangkan suara untuk satu Anugerah Inovasi yang akan diadakan pada 24 Dec 2010 bertempat di SM Teknik Johor Bahru... kannzzz kelas cik kiah ooiii... aku teliti betul-betul dan hampir bulat jadinya mata aku..

wahhh..latihan setiap petang dari jam 2:00 p.m hingga 5:00 p.m.. ohhh kelasss betullll...!

ok..! dah pukul 2:00 p.m punyalah berkobar-kobar nak pergi berlatih.. alah macam lagu vience dengan Yassin tuuuu..! BERKOBAR-KOBARRRR..!!

so..!

aku dengan tiada segannya terus jek melangkah ke tempat latihan.. hurmmm.. mana pulak puak-puak aku ni.. sorang pun talak nampak..! erk..! ke aku yang salah tengok tarikh???

aku pun dengan pantasnya menuju ke opis untuk meng-sure-kan betul-betul tarikh tersebut..! SAHHH..!! memang hari ini lah...!!!

ermmm..aku pun pergi jek tempat latihan tadi.. argghhh..!! lantaklah! dorang ada atau tidak... yang peting aku sharp on time ok..! hahahah!

ohhh..dah ada orang rupanya..aku jek yang sengal tak nengok betoooolllll-betul..!!

ok..! sesi latihan dimulakan dengan woming-up...!

haaaaaaAAAAAAAaaaaaahhhhhhhhhhhhhh....!!
(lebih kurang cam gitu la bunyinya..)

kami telah diberi satu kertas bertulis lirik lagu yang bertajuk
"MALAYSIA INOVASI MERAIKAN KREATIVITI"

wahhh.. macam tak pernah dengar je lagu ni..?takpe yang peting dengar dulu.. guru muzik kami iaitu En. Amin telah memainkan lagu tersebut..



wahhh sedap jugak lagunya.. boleh layan..! tapi macam tak banyak pulak lirik nak kena hafal..! wahhh! ada masa seminggu jek.. dah macam akademik pantasia pulokkk yeee...tapi yang penting kali ini tiada penyingkiran..hahahah!

ok ni nak cerita hari kedua pula (21 Dec 2010)

ok.. latihan dijalankan seperti biasa... tapi kali ini lebih kepada teknik penafasan dan cara pembawakkan setiap note lagu..

banyak betul yang ditekankan oleh En. Amin.. antara masalah kami semasa menyanyi (walau baru 2 hari) ::

-----> lupa lirik..! (kalau dalam AF memang ko dah Failed cik kiaahhh oiii)
-----> bila menyanyi, mulut tidak buka dengan luas ( cover lah tu...)
-----> nafas yang tidak cukup... (semputtt agaknya kitorang ni)
-----> pekataan yang dinyanyikan tidak dihabiskan seperti "tingkatkan kemahiran" sebutan "an" tidak disempurnakan penyebutanya.
-----> melodi yang mudah lupa..! ini memang tak boleh tolng.. go back and practice..!

ok.. time untuk menguji suara semua peserta koir...! wahhh takotttt.!! mesti aku terkucir sebutan.. melodi ntah hapeee..!!

ok..!


dah tiba time aku.. kena rangkap ini "Malaysia Kreatif, berminda positif"
ok gugup punya pasal aku pun nyanyi macam ni "malaysia ketipppp, bermindaa positf (dengan melodi tunggang langgang) ok.. takpe sedap.! ahahahah..!




erkkk..! MALU...! tak apa.. anggaplah itu satu pembelajaran dan pengajaran..!
(dapatkan lirik MALAYSIA INOVATIF MERAIKAN KREATIVITI disini..)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Eh, ada entri berkaitan rupanya..

Snag a button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...