sila klik dan berikan ikan saya makan...kesian dia lapar =p

SUKA BLOG INI?

Who's Read..?

online counter

nuffnang

29 Disember 2010

menghayati waktu 5 hari (24 Dec - 28 Dec 2010) Part 2




Dapatkan cerita sebelumnya di sini

ok..enchik ayah pun kolling-kolling la pakcik ambulans.. aku yang dalam bilik tengah mengeran kesakitan ni, boleh pulak pakcik ambulans ni tanya seribu soalan.. kerja apa..? teruk sangat ke sakit..? memang tak boleh bangun ke..? argggghhhh..! semua tu buat aku lagi SAKIT..! sakit hati ok..

5 minit kemudian van ambulans pun datang di persekitaran flat aku.. pakcik ambulans dan seorang lagi HA masuk ke rumah aku yang ala-ala kucing baru lepas beranak..! HA tersebut terlebih dahulu periksa tekanan darah dan periksa apa yang patut la..! hahaha.. aku segan sebenarnya sebab HA yang periksa aku tu hensem sangat..!! kalaulah aku tahu yang datang hansem macam ni, tentu aku bersolek dulu.. (gatal ko kiahh...!)

satu kain tebal berwarna putih telah dibentangkan disebelah aku, lalu pakcik ambulans tu berkata ::

"dik awak boleh bergerak tak..? takkan tak boleh kot.. sebelah je ni.."

ok..aku pun mengangkat pungung dan terus baring di atas kain putih tersebut.. tak kan aku nak cakap tak boleh..tak sampai seinchi pun nak bergerak kan..gedik la pulak kan..

oleh kerana keadaan rumah aku yang bertangga-tangga dan berliku-liku aku tidak diangkat menggunakan streacher(betul ke eja..) tapi aku diangkat dengan menggunakan kain.. sampai ditingkat bawak baru aku diletak di atas streacher.. aku dapat rasakan masa tu aku menjadi tumpuan rakyat jelata melihat keadaan aku.. ishhhhh malunya ^,^

lalu aku ditolak di dalam van.. ada juga penduduk flat menolong mengangkat aku.. almaklumlah sape larat nak angkat 60kg++ kan.. hahahha..!!

sepanjang perjalanan menuju ke Hospital Sultanah Aminah aku telah disumbatkan alat bantuan penafasan di hidung (ayat disumbatkan tu macam tak kena je...) oleh HA hensem tersebut.. terasa macam segan lak.. hehehhe.. aku pun telah di berikan rawatan kecemasan sepanjang perjalanan yang tak sampai 5 minit pun..! kagum aku dengan kepantasan pakcik ambulans!! masa dalam ambulans ayat yang aku tak boleh lupa oleh HA hensem tu :

"adik buka mata, jangan tutup.. bukak je mata..ok"

aduiiiii..lembut sungguh suara HA tu.. tapi sebenarnya aku malu nak buka mata sebab nanti bertentangan mata dengan HA hensem tersebut susah pulak.. hahakhahahah..!!

ok dah sampai ke Hospital Sultanah Aminah. troli aku ditolak dengan laju.. maklumlah kecemasan.. semuanya kena pantas.. rasa jugalah batu-batu kerikil kat jalan tu.. aku terus dihantar ke wad kecemasan di zon kritikal.. aku yang sedang menahan sakit telah ditanya begitu banyak soalan sampai aku rasa macam nak pingsan pulak..!

"dik kenapa..?"
"sakit macam mana..?"
"dah lama sakit ke..?"
"kepala ada pening-pening lagi?"

aduuuuiiiii....

di sana aku telah dicheck tekanan darah berulang kali oleh kerana bacaan BP aku yang sangat rendah dan tidak munasabah.. kali ke tiga check -- owhhh memang rendah BP awak..!

"ok kita bawak adik ni ke icu" kata salah seorang doctor yang berada disitu..

tetiba aku di ICU aku melihat ramai orang yang nazak, sakit teruk erkk.. tetiba rasa macam lagi cuak bertambah dengan penghawa dingin yang amat sejuk..!

disitu aku aku telah dicucuk pelbagai jenis jarum.. hanya tuhan saja yang tahu kesakitannya.. maklumlah urat aku ni susah nak nampak.. so kalau 5 kali cucuk belum dapat urat, tu dah perkara biasa bagi aku..!

oleh kerana badan aku lemah dan tak terdaya, aku telah dimasukkan air Sodium Natrium (kalau x silap..) aku melihat ramai sekali doctor di depan mata aku.. ye..! aku tak tipu.. RAMAI..!! ramai doktor LELAKI..! aku sempat kira lagi.. 10 orang doktor lelaki, seorang doktor perempuan dan 2 orang jururawat..!!

auuuwwww...!! malunyaaa..! mana nak sorok muka ni..! OMG..!!

denyutan nadi aku berdenyut terlalu laju sampai 200++ aku dengarkan je sekumpulan doktor berbincang.. ntah hape mereka bincang.. yang penting aku tak nak tengok muka dorang..! malu sangat..!! aku telah dipakaikan bantuan penafasan..kali ini lagi besar.. aku tak tahu apa namanya..

tibe-tibe salah seorang doktor lelaki berbisik ditelinga aku:

"dik istigfar banyak-banyak ye.. bawak banyak mengucap.."

aku jadi bengong kejap..

datang pula seorang jurawat mengatakan yang sama kepada aku:

"aziela istigfar ye.. mengucap jek.."

dalam hati aku, aku ni dah nak mati ke..? owhhh.. aku taknak matieeeyy!!

segala perhiasan aku dicabut, cincin, rantai, dan gelang tangan.. sertaaa... BAJUUUU aku...!!

^,^

salah seorang doktor berkata pada aku..

"dik saya nak masukkan ubat, nanti awak akan tidur dan tak rasa papelah apa yang kita nak buat, saya juga akan panggil mak awaklah sebagai saksi.. tapi ubat ni kita bagi sikit jek.. sebab kita nak buat shock sikit.. sebab awak punya deyutan jantung terlalu kuat.. kalau kita tak buat, akan bertambah melarat lah..."

aku yang time tu ala-ala tengah sengal pun mengiakan je.. terlintas juga fikiran aku, owhhh yang dekat dalam filem yang selalu aku tengok tu ke..tu ke shock..? ermmm..apa-apa aje lah..!!

aku rasa doktor perasan time tu kaler mata aku cantik sangat..! so cepat-cepat dia cakap:

"dik, bukak dulu ye contact lens awak tu..nanti kalau awak dah pingsan susah pulak"

owhhh..tidakkk..! abeslah lens aku.. jawapnya ke tong sampah lah..!! sampai hati u doktor..!!

sedia atau tidak, satu suntukan dilepaskan juga.. segalanya bermula.. aku mulanya bertahan juga, tak nak terlelap, nak tahu juga doktor buat apa.. tapi apakah daya penangan ubat tidur terlalu kuat.. tak sampai 10 saat aku dihanyut oleh mimpi.. LENAA...!!

aku tak sedar berapa jam aku tidur.. aku tersedar apabila salah seorang jurawat memanggil nama aku berulangkali.. aku dengar.. tapi apakah daya.. aku tak berdaya membuka mata.. sebab aku tengah sedap dibuai mimpi lagi.. hahahahah..!

aku telah dihantar ke blok C tingkat 3 untuk ditahan wad.. aku di tempatkan betul-betul disebelah kaunter.. OMG..! selepas 10minit aku kuatkan juga untuk menyedarkan diri.. YES..! aku berjaya.. aku terus buka alat penafasan.. rimas aku dengan alat tu.. tangan aku cepat-cepat mengapai henset di poket.. owhhh..banyaknya mesej dan miskol..! aku pun terus jek berfesbuk.. uawaaa..kelasss..sedar je terus ingat fesbuk ek..??

ok.. begitulah ceritanya.. ada cerita lagi tapi malas nak menaip.. tunggu je la..

jadikanlah ini sebagai pengajaran dan pembelajaran yang sakit tidak menenal usia dan siapa..
yang penting kalau dah tahu sakit cepat-cepatlah makan ubat, jangan melengah-lenggahkan makan ubat dan makan ikutlah masa yang betul jangan sampai terkena gastrik..!

ok itu je pesanan aku.. bak kate orang "anda buat, anda dapat"

SEKIAN TERIMA KASIH..!!
=)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Eh, ada entri berkaitan rupanya..

Snag a button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...