sila klik dan berikan ikan saya makan...kesian dia lapar =p

SUKA BLOG INI?

Who's Read..?

online counter

nuffnang

29 Disember 2010

nak bercerita, tapi kalau kome tak mau dengar tutup telinga ye... hihihihihi =)

Tak tahulah kenapalah kepala otak aku ni asyik memikirkan keadaan aku semasa di Hospital HSA tempoh hari.. terindah sangat ke kenangan tu sampai termimpi-mimpi..? ke itu sebagai kenangan yang paling pahit untuk penutupan tahun 2010 ni..? ntah aku tak ada jawapan untuk itu =( ke aku masih teringat doktor-doktor yang hensem di sana..? tak mungkin..! mana aku nak letak Mr. Dubuk aku...? hehehehhe

ermmm...doktor tu... dulu masa bulan Oktober aritu aku masuk Hospital juga.. doktor tu juga yang rawat aku.. first impresion aku pada doktor tu masa tu dia adalah doktor baru..! sebab masa tu dia mengambil masa 30minit untuk mengambil sampel darah aku..! bertambah pula urat aku yang susah nak cari.. aku nampak muka dia berpeluh-peluh mencari urat aku sambil diperhatikan oleh senior doktor sampaikan dia kena marah..! aku senyumkan saja.. bagi aku kalau 1000 kali ambil darah pun aku tak gentar sebab memang tak sakit..! sumpah..! tapi janganlah tiba jarum untuk masukkan air berkali-kali cucuk di tangan aku, itu sumpah aku takut..! sakit beb..!!! masa tu rambut dia pendek.. ala-ala mawi.. dan masa tu aku ingat dia bangsa India sebab u nampak look Indian Men... heheheh.. tapi aku rasa nak gelak jek tengok perubahan dia kali ni.. kali ni yang aku nampak, dia bukan doktor yang takut-takut lagi.. dia semakin lincah..hahaha.. agaknya dah puas kena marah dengan senior doktor kot... aku ingat dia dah tak ingat aku lagi.. owhh..!! tetapi dia masih ingat aku..!! auuuuwwww..!! ahhahahaha..! tapi kali ini rambut dia dah panjang sikit.. dah hensem.. hehehe... not bad..!! aku perhatikan saja dia kehulur-kehilir merawat pesakit disebelah aku yang sedang nazak.. dalam hati aku "owhhh..hebat juga kamu ye.."

tiba-tiba dia tegur aku,

"eh awak kan dulu kena tahan kat PP1"

aku hanya mengukir senyuman je =)

"aikk..kenapa masuk lagi ni..? sakit yang hari tu ke..?"

aku hanya mengangguk tanpa sebutir bicara.. =) (konon-konon tengah kaber cun lah..)

aku rasa malam tu dia on call.. sebab dia stay wad aku hampir 48 hours juga..

tengah-tengah aku syok tidur melayan mimpi indah, satu tepukan di tangan aku dilayangkan.. aduuuiiii..siapa pula yang kacau orang tidur..! tak tahu ke orang tengah sakit.. rungut hati ku =}

aku terus lihat jam di enset aku.. owhh pukul 4 pagi..? kenapa pulak kena bangun..! aku pun berpaling melihat siapa yang berani mengejutkan aku tu..

owhhhh rupanya doktor tu.. ^,^

^,^

"dik, bangun.. abang nak masukkan jarum ni.. tadi nurse kata jurum kat tangan awak dah tercabutkan..?"

dalam hati aku.. motiiippp nak berkasih sayang kat sini kenapa..??

aku pun menghulurkan kedua-dua tangan aku.. sebab aku paham setiap doktor yang nak cari urat aku pasti susah..! so aku menghulurkan kedua-keduanya tanda aku berserah..!!

berkali-kali doktor mencucuk jarum di tangan ku.. tapi HAMPAAAA...! sampai muka aku dah mengeran kesakitan akibat dicucuk bertubi-tubi..

"doktor, sakit lah.." aku dah start merungut kegedikan..!

"memanglah..abes urat awak tak jumpa-jumpa.. pening saya nak cari.. hehehe"

ehh...ketawa pulak doktor ni..!!

aku pun telah mengesyorkan doktor mencucuk jarum di bahagian atas tapak tangan..

"doktor, cucuk kat sinilah.. sebab haritu kan cucuk kat sini.. manalah tahu jumpa.. maklumlah pagi-pagi macam ni urat saya memang malu-malu nak kuar.. tengah sedap tidurkan.."

aku pula dah jadi macam doktor.. kelas ko kiaaahh....!!

"jarum yang tertanggal hari tu kaler ape ye.." doktor tu bertanya..

"kaler hijau.." aku menjawap lemah..

"betul ke hijau..?" berkali-kali doktor menyoal aku..!

"ye lah..!"

aku dah start rimas pelbagai soalan ditanya..!

aku lihatkan saja, begitu banyak jarum dibuang setelah berkali-kali jarum yang mahu dicucuk di tangan ku gagal..!! hanya tuhan je tahu sakit di cucuk jarum besar gabak tu..! hate damn so much....!!!!!!!!!!!

"ok, kita cuba kaler biru pula ye.."

wahhh..dia ingat tangan aku ni testimoni nak cucuk-cucuk ni..?

"doktor ape beza jarum kaler hijau, biru dan pink..?"

"bezanya, yang hijau jarumnya besar, pink paling kecil..." doktor berkata sambil mentry mencucuk-cucuk jarum ke tangan ku..

"ooo.. kalau macam tu saya nak pink boleh tak..? sebab yang hijau saya dah rasa.. pink tak rasa lagi.." boleh pulak aku lawak bodoh pagi-pagi buta kan..!

doktor tersebut hanya mengangguk saja.. =)

"aduiiii..kenapalah susah sangat nak cari urat awak ni.. saya dah give-up dah..! astagfirullah...kenapa susah sangat.."

aku dengar je doktor tersebut mengeluh.. ehhh..aku dengar dia istigfar.. Islam ke India ni..? cepat-cepat aku tengok name tag yang di gantung dilehernya.. "MOHD .........." lorrrrr... melayu rupanya.. matieyy-matieyy aku ingat doktor ni India..!! ^,^

"ok, lah kita cucuk jarum kat kaki jela.. jap saya tengok kaki awak, senang nampak urat tak..?"

hati aku berdebar-debar.. ishh.. tak kan sampai nak cucuk kat kaki kot..? abes masukkan ubat segala kat kaki lah..? tak sanggup aku..! lagi sakit kot..! nak pergi mandi macam mana..? nak buang air besar kecil macam mana..? minta-mintalah tak jadi..! tapi dia dah ikat kaki aku..!

"owhhh..kat kaki pun susah juga nak nampak urat awak ni.. ermm.. saya ada satu pilihan jek, iaitu cucuk jarum ni kat pengelangan siku awak.."

"mana-manalah doktor janji selamat..!" ayat aku memang tak boleh blah..!

"haaaahhh.. yahooooo.. boleh pun.. alhamdulillah..!! hahahaha.. yes-yes berjaya juga masukan jarum kat tangan awak ni, tapi nanti tangan jangan awak lipat ye.. nanti jarum tu terkeluar atau patah pula..tapi gerak sikit-sikit bolehlah..."

doktor ni kenapa bersorak macam dapat duit berjuta-juta je..? setakat masukkan jarum tu pun nak gembira habis..!!

doktor tersebut terus mengapai satu pincagari yang amat besar bagi aku..! aku ngeriiiii..! tapi tak ada jarumlah.. just nak masukkan ubat dalam jarum yang baru dia cucuk sebentar tadi..

muka aku berkerut semasa dia memasukkan ubat tersebut.. sebab sebelum ni nurse yang masukkan ubat ni ke dalam jarum tersebut memang sakit sangat.. sampai demam-demam aku jadinya.. tapi sebaliknya apabila doktor sendiri yang buat.. ermm..tak sakit pun.. siap boleh tanya aku lagi "kenapa..?sakit ke...?" hahahah

"taklah..! ingatkan sakit... haritu sakit sangat masukkan ubat.."

doktor trsebut hanya mengukir senyuman yang ikhlas.. erkkk..?

"awak duduk mana ek..? selalu sangat kena tahan wad ni..?"

"BBU..." aku jawap dengan kaber-nyerrrrr...

"owhhh..."

"ok lah.. pergilah tidur dulu ye..." cehhh..ayat macam nak mendodoikan babby jek..

"awak, pinjam surat khabar ni eh.. boleh tak..?"

citttt.. awak saya pula doktor ni...

"ok, doktor.. tapi tu news semalam punya tau..!"

doktor tersebut mengangguk tanda paham =)

tamat sudah perbualan aku dengan doktor tersebut.. ok bolehlah aku tidur lena tanpa gangguan. aku melihat kedua-dua tangan ku.. aku mengira bekas cucukkan yang tak jadi dibuat oleh doktor tersebut..!!

13 cucukan..!!

GILA KENTANG .....!!

(dapat lihat tak, jarum tu dicucuk betul-betul diatas garisan pengelangan siku saya.. so kalau nak lipat memang sakit.. pastu cuba perhatikan disebelahnya ada lebam yang amat besar berwarna unggu..? tapi bukan doktor tu yang buat, doktor lain yang buat =)


confirm esok lebam-lebam tangan aku ni.. =(

4 ulasan:

Faz.M berkata...

juz courious courious wanna know..ko sakit ape sbnrnye zila???look like serious la...tkot aku..pe2 pon jge kesihatan ko k...

Unknown berkata...

ko memang gedik ...ko memang gedik...ahahahhaha......apa pun happy new year......hahhhaah...

Nur Hazielah berkata...

ayin - hehehehe.. sakit belum dikenal pasti lagi.. banyak sangat suspek.. tu yg susah.. thanks.. =)

Nur Hazielah berkata...

kak ju- kannnz.. ko jangan tak tahu aku dapat doktor hensem..!! hahahaha

LinkWithin

Eh, ada entri berkaitan rupanya..

Snag a button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...