sila klik dan berikan ikan saya makan...kesian dia lapar =p

SUKA BLOG INI?

Who's Read..?

online counter

nuffnang

04 Disember 2010

kek coklat moist turun temurun.. pasti tidak akan mengecewakan..!

post berapa bulan yang lalu, tidak silap aku ada share gambar kek coklat yang aku buat sendiri.. so ni nak share semula kat korang semua.. dulu first time buat memang gabra habes..takut kek bentan la.. tak jadilah.. so setakat ni, alhamdulillah.. encik pakwe pun nampak suka sangat makan kek ni.. masuk ni dah 6 biji kek beliau tempah..

dulu masa buat kek ni, memang tiru sebiji-sebiji bahan-bahannya.. so bila dah setahun buat kek coklat moist ni, aku pun dah pandai mengubah resepinya supaya lagi sedap dan tak muak walaupun makan banyak kali...dan yang lagi penting lagi menjimatkan... hihihihihi =D

so kita mulakan sekarang ye..? sila ambil pen dan kertas ye cik kiah..hihihi..

bahan-bahannya:

  • bahan A
2 biji telur
1 cawan gula perang
1/2 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
1 sudu teh esen vanilla

  • bahan B
1/2 cawan koko hitam (kalau tak jumpa koko hitam, koko biasa pun boleh.. )
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh bikarbonat
1 sudu teh baking powder
**bahan-bahan ini mestilah diayak, utk hasil yang lebih gebu..)
1 1/2 cawan susu cair (susu sejat)
1/2 cawan air masak yang dicampur 1 sudu teh nescafe
  • Bahan C (moist..)
1/2 cawan koko biasa (bukan koko hitam, kalau nak letak koko hitam pun boleh juga)
susu pekat (ikut citarasa masing-masing nak manis atau pahit)
2 s/b minyak masak
1/2 cawan air masak

ok... cara-caranya pula:

  1. pukul telur dan esen vanilla sehingga kembang.
  2. masukkan gula perang dan gula halus.
  3. masukkan minyak masak.
  4. pukul sehingga adunan sebati.
  5. masukkan sikit demi sedikit bahan-bahan yang di ayak berselang seli dengan susu cair dab air bercampur nescafe.
  6. pukul sehingga adunan sebati.
  7. grisskan permukaan loyang yang hendak dibakar atau diganti dengan kertas minyak. tuang adunan jangan sampai penuh sebab, adunan akan naik.
  8. bakar di dalam oven pada suhu 170 darjah celcius selama 1 jam 15 minit
  9. nak tahu dalamnya masak atau tak, ambil sebatang lidi, dan cucukkan ditengah-tengah kek. jika melekat ia masih perlu dibakar lagi.
  10. apabila kek sudah masak, sejukkan dan sementara itu, buat sos moist. panaskan kuali, masukkan minyak dan koko.kacau hingga sebati dan masukkan air dan kacau hingga rata dan tidak berketul, jika berketul masukkan air lagi.. dan masukkan susu pekat.
  11. hiaskan kek tersebut dengan moist yang telah masak tadi.. dan taburkan badam kasar untuk hiasan...


**cuba buat..pasti menjadi...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Eh, ada entri berkaitan rupanya..

Snag a button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...