sila klik dan berikan ikan saya makan...kesian dia lapar =p

SUKA BLOG INI?

Who's Read..?

online counter

nuffnang

Memaparkan catatan dengan label jahitan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jahitan. Papar semua catatan

17 Jun 2011

demam CRUMBLE bermula... auuwwww..!!


alhamdulillah..akhirnya aku ikut kata hati dan bukan pada hati.. hehehe.. dan aku telah pun ambil keputusan untuk ke kelas crumble yang di anjurkan oleh cikgu fea yang cumil =p heheheh...

pada mulanya memang la berat nak keluarkan duit untuk yuran sehari..sebab fikiran di kepala ni asek memikirkan 'enjoy' jek.. mana tak duit habes..!!

hahahhaha..

owhhh..!! demam CRUMBLE sudah bermula...

so apakah simptom-simptomnya..??
  1. tangan start gatal-gatal nak pegang jarum.
  2. duit kat bank dah mula paras-paras idung (akibat mata rambang tengok crystal kak fea)
  3. bertambah power rabun.. hahaha
  4. gegelung hitam dibawah mata (akibat kurang tido sbb menjahit)
  5. semua benang mak, dirembat.. hahaha.. tak boleh blah..!
  6. habis semua baju lama atau baru dijahit crumble.. (ni kes dah parah ni..)
  7. sebelu tidur, selalunya pesakit akan melihat manik-manik dan crystal yang baru dibeli.. hahahha..

rasanya tu je kot simptomnya.. ke ada korang nak tambah perisa lagi..??

-------> saya rasa amat beruntung dapat belajar crumbles ni...

bolehlah raya tahun ni aku berbling bling bagaii......!!

17 Mac 2011

crumble atau shoping.......????


alhamdulillah.. tanpa di duga pagi tadi sampai surat pos laju.. terkial-kial aku berfikir akan isi surat tersebut..

bila bukak surat tersebut, terlihat lah satu kertas berwarna krim.. dan mata aku terus terbeliak.... hahahahah.. tak nak guna terbeliak la.. nak guna 'seakan-akan ayu' boleh cam gituew..??

laaa..aku ingat nilainya RM500.00.. rupanya separuh dari itu.. tak apalah, nasib baik orang nak pulangkan balik duit kita.. kalau tak melopong jela aku tunggu bagai menunggu buah durian jatuh ke riba.. eh-eh silap.. bulan jatuh ke riba.. cehhwaahhh..!!

arini line internet kat opis super...superrr.. laju..!! kagum sebentar aku setelah beberapa kebelakangan ini line internet agak hampehhhh la juga..

so, abes satu fesbuk aku telek betul2.. semua nak beli.. padahal duit yang aku dapat pun bukan beriban-riban pun.. kekwat betul..!

tak apa.. next month dapat lagi cek.. harap-harap bagi up lagi itu jumlah wangnya.. hahahah..**perasan..

tetiba terpandang fesbuk fea.. sebelum ni memang aku ada riki-riki juga fesbuk beliau.. kagum melihat hasil kerja tangan beliau.. cunnnn beb..!

kebetulan kak fea baru publish the next bengkel.. kali ni kak fea buat di Bandar Baru Uda, JB pada 24 April ni..

hati ni rasa melonjak-lonjak nak pergi.. tapi hari Ahad.. tu lah problem aku.. fobia betul dengan hari minggu.. sebab apa? cuba teka..? sebab hari minggu la aku boleh balik kampung..hahahah

bahan mengajar dan makan akan diberi semasa menjalankan bengkel tersebut.. itulah seperti yang diperkatakan.. yuran pulak RM220.00.. tak mahal..dan tak murah.. ala-ala sedang elok lah..

aku pernah jugak riki kat tempat lain, yuran dorang ada yang sampai 3 rat jugak la.. pergghhh..bisa kaya kalau begitu doonnnggg...!

tapi dengan kak fea RM220.00 jek.. sedang elok.. lepas tu aku lihat cek yang aku terima pagi tadi.. emm.. kalau aku guna cek ni, balancenya hanya tinggal RM30.00 if kalau aku masuk bengkel tersebut..

tapiiiii....

kalau aku tak masuk bengkel kak fea kali ni, pasti aku menyesal.. sebab ape, bukan senang nak cari orang yang mahir mengajar crumble ni.. kebetulan dia buat kat Uda pulak tu..dekat sangat dengan rumah aku.. bak kata orang, sedang elok laaahhh...

aku tengok albun gambar kak fea cantik-cantik belaka.. rambang betul mata ni.. aisshhh..

tapi kan, kalau aku masuk bengkel tersebut, aku tak bolehlah nak shoping sakan.. niat di hati ni nak beli macam-macam dengan duit tu (macamlah beriban..).. nak beli kasut, nak beli baju, nak beli sabun, nak beli make-up.. aissshhh.. tu lah orang pompuan.. susah betul kalau ada 7 nafsu ni.. macam-macam dia nak..hehehe

ok sekarang kita buat kesimpulan di sini....

kalau aku masuk bengkel crumble kak fea::
  • baki cek aku tinggal RM30.00 jek.. (tapi tak termasuk yg dalam bank lagi tau..!..)
  • tak dapat aku nak enjoy sakan beli itu ini..
  • tak dapat nak belanja pakwe..auuwww..auww...hehehehe..
  • dapat ilmu berguna untuk sepanjang hayat.. (ni lagi penting..)
tapi..

kalau aku tak masuk bengkel crumble kak fea::
  • aku tebus cek aku...dan....
  • aku belanja sakan.. beli kasut 2 pasang RM100.00 beli baju 2 pasang RM150.00 (duit abes ke situ jek..)
  • mungkin aku dapat menyimpan duit aku tu untuk masa hadapan..
  • aku akan terlepas peluang yang berharga sangat, dan tak mungkin peluang tu akan datang lagi..
  • mungkin lepasni aku menjahit tak ada step..
  • dan mungkin aku akan berfikir, duit adalah segalanya..??

hurmmm..

terkasima sebentar bersama kitkat' =)

ok.. kalau aku tak masuk bengkel tersebut, mesti aku akan membelanjakan cek tersebut ke arah keborosan.. beli itu ini...akhirnya barang tersebut rosak dan tak boleh digunakan..

kalau aku masuk, memanglah air liur aku meleleh sebab tak dapat beli barang yang aku suka.. tapi aku percaya, rezeki tak ke mana selagi kita berusaha.. dan mungkin aku patut berbangga kerana aku membelanjakan cek tersebut untuk mendapatkan ilmu.. ilmu kalau 10 tahun digunakan pun tak akan habes.. tetapi kalau barang kita guna 10 tahun tak mungkin elok sedia kala seperti kali pertama kita membeli..

so.. keputusan ada di tangan anda ya wahai puteri payung Cik Nur Azila =)

kepada sesiapa yang belum add kak fea, jangan lepaskan peluang ini untuk belajar ilmu jahitan manik ye...

p/s: saya masih menunggu cek lagi untuk bulan depan.. alhamdulillah..
crumble tu adalah sejenis design jahitan manik.. jangan ingat benda lain plak..

04 Disember 2010

hobi baru :: lembaran baru

ni lah penyakit aku bila cuti, tak ada kerja nak buat. tapi kalau pegi kerja, asek tension jek.. so dah bagi cuti pon asek cakap boring jek dari tadi..! huh.. sedang-sedang leka aku melayari internet, bonda ku pun bermukadimah::

"net, jahitkan manik baju mak boleh tak, mak nak pakai 14hb ni..." huhuhu..bicara mak ku, belum sempat untuk aku menjawab boleh atau tidak..!

"ok" balasku dengan hampeh..

sebenarnya memang aku like 36x lah menjahit manik.. TAPI kena ikut mood lah.. adoiiii.. gimana mau kaya kalau menjahit kena ikut mood.......??? ($,$'')

lalu aku bangkit dari kemalasan dan mecari idea2 baru, corak2 baru di rangkaian internet dan sejurus itu, aku mencetak dengan menggunakan ink enchek ayah tanpa rasa bersalah..heheheh

huh..! banyak jugak aku print ni... mampos aku kalo enchek ayah tahu ink dah abes.. huhhuh.. aku pun terus mencapai sekeping fail yang telah ku beli semalam dan aku masukkan semua kertas yang telah aku print sebentar tadi..
(tadaaa..siap ada kertas tempahan lagi..hahah)

(antara corak yang aku telah print)


hahah...! siap satu fail untuk rujukkan corak untuk customer akan datang.. price pun dah letak sekali.. lepasni tak adalah harga kesian lagi ye...huhuhu lepas ni kena straight dalam perniagaan baru. tak boleh kira lebih kurang. bukan apa, bukan tamak haloba dan demand, tapi cuba kome pikir, harga manik dan labuci dapat ke seringgit dua..? upah penat lelah menjahit?? cuba anda fikirkan.. adakah anda telah menjayakan..?? hahahah.. so aku rasa memang berpatutan sangat2 lah dengan harga yang aku letak..hihihi.. sebab aku rasa jahitan aku pun bukanlah kemas sangat kalau nak bandingkan dengan orang yang profesional..

so aku nak tunjukkan separuh dari alatan menjahit manik aku.. belum banyak lagi.. sebab mengambil tempahan secara kecil-kecilan sahaja.. =)



antara koleksi-koleksi jahitan manik aku...




~~~sekian

LinkWithin

Eh, ada entri berkaitan rupanya..

Snag a button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...