sila klik dan berikan ikan saya makan...kesian dia lapar =p

SUKA BLOG INI?

Who's Read..?

online counter

nuffnang

19 Januari 2015

TIPS CARA JIMAT DUIT DAN DIBELENGGU HUTANG

Assalammualaikum wbt

harini rerasa macam nak tulis sumthing la.. yelah kita ni dizaman moden.. bila dah moden, gaya kehidupan pun akan berubah.. dan secara tidak langsung tanpa disedari diri ni dikelilingi hutang..

aku rasa ni cara aku bagaimana nak jimat dan menggelakkan diri dari berhutang!




  • berbelanja mengikut kemampuan
ok ni rasanya, kunci utama la kalau kita nak elak dari berhutang.. rasanya kalau kita bergaji RM2,000.00, jadi berbelanja la ikut gaji kita.. jangan la kita gatal birah nak belanje macam orang bergaji RM5,000.00.. 

  • buat list sebelum berbelanja
ni memang aku praktik kan dari dulu.. lantak pi la apa orang nak kata..aku kemut ke.. kedekut ke.. suka hati aku la.. janji aku tak berhutang dengan ko! haha.. sebagai contoh.. bila sehari dua (tapi aku kadang2 seminggu) gaji nak keluar, kita dah boleh buat list.. apa yang patut didahulukan.. dan apa yang patut diketepikan dulu..

contoh aku rasa penting first macam duit sewa rumah. aku rasa benda tu mesti didahulukan dalam apa cara pun.. sebab aku rasa rumah adalah tempat kita berteduh.. so dulukan yg itu..

kedua; bil api dan air @ bil pelbagai.. if korang ada astrok ke.. handphone ke.. duit kete ke.. kalau korang duduk laki bini aku nescaya sangat bil api pun dalam range RM30 lebih jek.. bil air pulak tak sampai RM10.. hihi.. macam aku ler...

ketiga : tunaikan tanggungjawab anda sebagai anak.. ok aku rasa walaupun gaji kita ngam2, tapi kalau kita bagi mak bapak kita walau tak bayak pun, aku rasa itulah pembuka rezeki kita.. memang la orang tua kita tak pernah mintak duit gaji kita.. tapi aku rasa sebagai anak, itu tanggungjawab.. sebab aku rasa masa korang kecik pun bukan orang lain yg peghabis duit orang tua kita melainkan kita.. hehe.. tapi bagi aku, kalau betul2 tak ada duit pun bagi la rm30-rm50 ke..tak kesah walaupun sikit.. janji bagi.. insyaAllah rezeki kita tidak sempit..!

keempat : lebihan duit gaji tu aku rasa boleh la kita menyimpan, contoh simpan kat ASB ke.. tabung haji ke.. atau lain2.. aku rasa tak perlulah habiskan duit gaji kita walaupun esok akan gaji.. tak semestinya gaji bulan ni untuk bulan ni.. kalau kita menyimpan sikit, nanti bulan depan boleh la top-up kalau nak service kete ke..and so on..

  • Elakkan diri dari berhutang
aku rasa benda ni general sangat.. aku rasa semua berhutang.. ye.. aku pun berhutang dengan tokey kete PRODUA.. hehe.. bayar tiap2 bulan.. ok aku rasa dan rasa kalau macam tu dan sewaktu dengannya kita tak boleh nak elak.. melainkan ko memang kaya raya.. beli kete pun cash!! haha.. itu satu bonus utk ko..

maksud aku elakkan diri dari berhutang dengan manusia.. ye aku faham.. langit tak selalunya cerah.. hari tak selalunya hujan.. gitu la gamaknya.. contoh, lagi seminggu nak gaji, duit kita dah kering...?? so kita boleh amek selai paper..tulis apa yang ko dah memboros..!! sampaikan nak berhutang dengan orang lain.. kalau kita berhutang, dan bulan depan gaji, dah nak kene bayar hutang orang.. so gaji kita tu tinggal berapa?? dan hutang lagi.. aku rasa citer ni tak akan habis.. 

so aku rasa perkataan yang elok.. elakkan diri dari berhutang.. kalau duit dah betul2 kering aku rasa caranya adalah berjimat.. janganlah duit tinggal RM50 tapi gaji lagi 2 minggu.. time ni la baru nak jimat..! ni salah yang amat! kita perlu berjimat dari first day lagi masa kita dapat gaji!! remember.!!

  • home made
ni namanya penjimatan berganda.. contohnya memasak.. aku pun kekadang @ selalu memang malas nak masak.. aku bagi contoh.. kita menapau kat kedai 2 bungkus mee goreng untuk makan malam.. harga sebungkus mee goreng dalam lingkungan RM5.00.. jadi kalau 2 bungkus jadinya RM10.00. kalau berhari2..?? dah berapa??. 

ok! buang sifat malas.. orang yang berduit selalunya tak malas!! ko bawak duit RM10 tu ko kehulur kehilir lah di pasar.. beli la ayam sekoq.. katakan ayam sekoq RM13.00.. kalau macam aku duduk berdua ayam sekoq boleh tahan seminggu.. tapi takkan la hari2 nak makan ayam? ayam pun lari.. beli la ikan sekilo.. udang sekilo..  aku rasa habislah RM50.00.. tapi cuba korang masak hari2 dengan lauk dari paso yang korang beli tu.. berapa lama tahan?? aku rasa sebulan tahan kot.. dah jimat gila..

  • home work
ni jangan salah anggap.. ni bukan kerja sekolah anak korang yer.. ok macam ni.. sebelum korang tidoq, masa guling2 kat katil tu cuba ambil 5 minit.. fikirkan sejenak.. apa kelebihan pada diri kita.. Tuhan tidak kejam,. Dia memberikan kelebihan/kemahiran kepada semua umatnya.. cuma kita kadang2 mungkin malas, angkuh, tak nak menggunakannya.. ada orang kata tangan dia keras.. tak ada seni nak melukis, menjahit, memasak.. tapi bab bercakap nombor satu.. aku rasa tu adalah kelebihan.. boleh lah menggunakan bercakap2 dalam majlis tertentu.. ko iklan kan la kat mudah ka.. kat surat kabo ke.. nak tak nak aje.. yang penting jangan malu!!

katakan pendapatan sampingan tu sebulan RM200.00 atau lebih.. aku rasa tu dah kira baik.. duit tu boleh la menyimpan atau bershopping ikut kemampuan yang kita impikan tapi tidak dapat..

  • bersyukur dan berdoa
aku rasa, kalau duit korang menimpun, tapi tak mampu nak bersyukur, aku rasa satu hari rezeki kita pun makin sempit.. jadi bersyukurlah walau dalam dompet kita ada RM10.. dan bayangkan orang lain, ntah2 dalam dompet tinggal 50sen jek.. pokok pangkalnya bersyukurlah dan jangan riak..

  • lihat hasilnya.....
lastly.. aku nak korang bagitahu apa hasilnya setelah ko buat kesemua cara di atas..  dan lupa nak pesan.. rajin2lah kita bersedekah.. belum ada lagi miskin kerana bersedekah... itulah pembuka seluas-luas rezeki ....selamat mencuba..


Tiada ulasan:

LinkWithin

Eh, ada entri berkaitan rupanya..

Snag a button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...