sila klik dan berikan ikan saya makan...kesian dia lapar =p

SUKA BLOG INI?

Who's Read..?

online counter

nuffnang

19 Januari 2015

TIPS CARA JIMAT DUIT DAN DIBELENGGU HUTANG

Assalammualaikum wbt

harini rerasa macam nak tulis sumthing la.. yelah kita ni dizaman moden.. bila dah moden, gaya kehidupan pun akan berubah.. dan secara tidak langsung tanpa disedari diri ni dikelilingi hutang..

aku rasa ni cara aku bagaimana nak jimat dan menggelakkan diri dari berhutang!




  • berbelanja mengikut kemampuan
ok ni rasanya, kunci utama la kalau kita nak elak dari berhutang.. rasanya kalau kita bergaji RM2,000.00, jadi berbelanja la ikut gaji kita.. jangan la kita gatal birah nak belanje macam orang bergaji RM5,000.00.. 

  • buat list sebelum berbelanja
ni memang aku praktik kan dari dulu.. lantak pi la apa orang nak kata..aku kemut ke.. kedekut ke.. suka hati aku la.. janji aku tak berhutang dengan ko! haha.. sebagai contoh.. bila sehari dua (tapi aku kadang2 seminggu) gaji nak keluar, kita dah boleh buat list.. apa yang patut didahulukan.. dan apa yang patut diketepikan dulu..

contoh aku rasa penting first macam duit sewa rumah. aku rasa benda tu mesti didahulukan dalam apa cara pun.. sebab aku rasa rumah adalah tempat kita berteduh.. so dulukan yg itu..

kedua; bil api dan air @ bil pelbagai.. if korang ada astrok ke.. handphone ke.. duit kete ke.. kalau korang duduk laki bini aku nescaya sangat bil api pun dalam range RM30 lebih jek.. bil air pulak tak sampai RM10.. hihi.. macam aku ler...

ketiga : tunaikan tanggungjawab anda sebagai anak.. ok aku rasa walaupun gaji kita ngam2, tapi kalau kita bagi mak bapak kita walau tak bayak pun, aku rasa itulah pembuka rezeki kita.. memang la orang tua kita tak pernah mintak duit gaji kita.. tapi aku rasa sebagai anak, itu tanggungjawab.. sebab aku rasa masa korang kecik pun bukan orang lain yg peghabis duit orang tua kita melainkan kita.. hehe.. tapi bagi aku, kalau betul2 tak ada duit pun bagi la rm30-rm50 ke..tak kesah walaupun sikit.. janji bagi.. insyaAllah rezeki kita tidak sempit..!

keempat : lebihan duit gaji tu aku rasa boleh la kita menyimpan, contoh simpan kat ASB ke.. tabung haji ke.. atau lain2.. aku rasa tak perlulah habiskan duit gaji kita walaupun esok akan gaji.. tak semestinya gaji bulan ni untuk bulan ni.. kalau kita menyimpan sikit, nanti bulan depan boleh la top-up kalau nak service kete ke..and so on..

  • Elakkan diri dari berhutang
aku rasa benda ni general sangat.. aku rasa semua berhutang.. ye.. aku pun berhutang dengan tokey kete PRODUA.. hehe.. bayar tiap2 bulan.. ok aku rasa dan rasa kalau macam tu dan sewaktu dengannya kita tak boleh nak elak.. melainkan ko memang kaya raya.. beli kete pun cash!! haha.. itu satu bonus utk ko..

maksud aku elakkan diri dari berhutang dengan manusia.. ye aku faham.. langit tak selalunya cerah.. hari tak selalunya hujan.. gitu la gamaknya.. contoh, lagi seminggu nak gaji, duit kita dah kering...?? so kita boleh amek selai paper..tulis apa yang ko dah memboros..!! sampaikan nak berhutang dengan orang lain.. kalau kita berhutang, dan bulan depan gaji, dah nak kene bayar hutang orang.. so gaji kita tu tinggal berapa?? dan hutang lagi.. aku rasa citer ni tak akan habis.. 

so aku rasa perkataan yang elok.. elakkan diri dari berhutang.. kalau duit dah betul2 kering aku rasa caranya adalah berjimat.. janganlah duit tinggal RM50 tapi gaji lagi 2 minggu.. time ni la baru nak jimat..! ni salah yang amat! kita perlu berjimat dari first day lagi masa kita dapat gaji!! remember.!!

  • home made
ni namanya penjimatan berganda.. contohnya memasak.. aku pun kekadang @ selalu memang malas nak masak.. aku bagi contoh.. kita menapau kat kedai 2 bungkus mee goreng untuk makan malam.. harga sebungkus mee goreng dalam lingkungan RM5.00.. jadi kalau 2 bungkus jadinya RM10.00. kalau berhari2..?? dah berapa??. 

ok! buang sifat malas.. orang yang berduit selalunya tak malas!! ko bawak duit RM10 tu ko kehulur kehilir lah di pasar.. beli la ayam sekoq.. katakan ayam sekoq RM13.00.. kalau macam aku duduk berdua ayam sekoq boleh tahan seminggu.. tapi takkan la hari2 nak makan ayam? ayam pun lari.. beli la ikan sekilo.. udang sekilo..  aku rasa habislah RM50.00.. tapi cuba korang masak hari2 dengan lauk dari paso yang korang beli tu.. berapa lama tahan?? aku rasa sebulan tahan kot.. dah jimat gila..

  • home work
ni jangan salah anggap.. ni bukan kerja sekolah anak korang yer.. ok macam ni.. sebelum korang tidoq, masa guling2 kat katil tu cuba ambil 5 minit.. fikirkan sejenak.. apa kelebihan pada diri kita.. Tuhan tidak kejam,. Dia memberikan kelebihan/kemahiran kepada semua umatnya.. cuma kita kadang2 mungkin malas, angkuh, tak nak menggunakannya.. ada orang kata tangan dia keras.. tak ada seni nak melukis, menjahit, memasak.. tapi bab bercakap nombor satu.. aku rasa tu adalah kelebihan.. boleh lah menggunakan bercakap2 dalam majlis tertentu.. ko iklan kan la kat mudah ka.. kat surat kabo ke.. nak tak nak aje.. yang penting jangan malu!!

katakan pendapatan sampingan tu sebulan RM200.00 atau lebih.. aku rasa tu dah kira baik.. duit tu boleh la menyimpan atau bershopping ikut kemampuan yang kita impikan tapi tidak dapat..

  • bersyukur dan berdoa
aku rasa, kalau duit korang menimpun, tapi tak mampu nak bersyukur, aku rasa satu hari rezeki kita pun makin sempit.. jadi bersyukurlah walau dalam dompet kita ada RM10.. dan bayangkan orang lain, ntah2 dalam dompet tinggal 50sen jek.. pokok pangkalnya bersyukurlah dan jangan riak..

  • lihat hasilnya.....
lastly.. aku nak korang bagitahu apa hasilnya setelah ko buat kesemua cara di atas..  dan lupa nak pesan.. rajin2lah kita bersedekah.. belum ada lagi miskin kerana bersedekah... itulah pembuka seluas-luas rezeki ....selamat mencuba..


17 Januari 2015

my baby..

Assalammualaikum w.b.t

yang dihormati, bapak-bapak.. ibuk..ibuk.. anak-anak.. hahaha

entah apelah yang aku mengarut ni.. hihi.. lama betul tak update.. sampai lost story nk ceritakan kat korang semua..

aku percaya setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga PASTI mahukan cahaya mata.. cuma rezekinya lambat atau cepat jek itu semua rahsia Allah..

rezeki setiap orang adalah rahsia Allah.. tapi percayalah.. tuhan itu maha mendengar.. dia mendengar doa-doa hambanya yang meminta.. kita hanya mampu merancang.. segalanya2 dituntukan olehNYa..

Macam aku ni, terus terang aku dah putus asa nak 'mencuba'.. bukan nak menolak kehadirannya.. tapi lebih kepada putus asa..!

ok! aku menghidap Tyroid.. itu hypertyroid sejak tahun 2010 lagi.. masa anak dara lagi jah.. makan ubat..on off.. sebab tak suka.. until now sebelum disahkan preggy..

masa di alam perkahwinan lagi, telinga aku ni dah di momokkan macam2 berita tidak pasti mengenai penyakit aku dengan mengandung.. aku pasrah.. tapi aku rasa tuhan itu maha adil lagi mendengar..

macam biasa aku mmg follow up appointment dengan pakar di Hospital Sultanah Aminah, JB di klinik MOPC.. kadang2 check-up sebulan sekali (kalau teruk) kadang2 3 bulan sekali jek..

dulu masa bujang tak berapa nk mengesah sangat hal beranak-ranak ni.. yela.,.kite masa tu pun kurang pendedahan.. nak tanya pun masih tak paham lagi kann..?

so bila dah kawin ni, masa aku check up dgn seorang doktor ni, aku bertayakan boleh ke orang yang sakit tyroid ni preggy??

ko tau jahhh.. dia jawap ape!

doktor kata.. " u nak preggy no problem, tp u kene faham, tyroid ni berkait rapat dengan hormon.. so klu hormon u tak stabil mcm mana u nak preggy?? selalunya bukan kita kata org tiroid x bole preggy.. tapi peluang TIPISSSS.... u faham tak?"

"ok macam ni la.. i suggest kan u untuk appointment minum iodin (sape tak tahu, sila google) .. tapi i tak boleh janji if u minum iodin tyroid u akan pulih.. some time ade jgak pesakit kita minum sekali dah baik.. dan ada yg kena minum 3-4 kali.. dan ada jugak yang bertambah teruk tiroid.. lagi pun u pun dah 4 tahun tiroid.. sepatutnya u tak pyh continue ubat lagi..."

ok.. so sad dengar..

baiklah doktor, masa tu aku malas nk fikir.. aku ikutkan aje kata doktor.. sampai opis terus aku google.. ape tu iodin.. mcm mana nak minum.. iodin ni sejenis bahan radioaktif.. katanya.. bila kita minum dia akan bakar hormon2 tiroid yang terlebih or yang terkurang tu.. lebih kurang mcm tu la ceritanya...

dan hasil google aku jugak, pesakit yg meminum iodin ni perlu berpantang.. dan berpantangnya lagi teruk dari orang beranak.. ko jah!!.. antara pantangnya adalah kene menjauhkan diri dari manusia.. hehe..walaupun suami kita.. sbb badan kita ni lps minum iodin ni masih ade sisa2 gama iodin (mcm hebat plak bunyinya) .. so budak2 kecik jgn bg dekat sbb kuatir akan membantutkan pembesaran.. sudu, pinggan pun kene asingkan. tak bole kongsi dengan orang lain.. dan kalau berak pun kene flush 2-3kali.. tapi katanya berpantang tu dalam tempoh seminggu jek.. itu belum lagi bab bilik tidur dan basuh baju.. tu semua kene buat berasingan. tak boleh bercampur dgn oarng lain..

gitu la gamaknya..!

ok.. dan seterusnya doktor tersebut pun telah mengeluarkan satu surat suruh aku reffer to iodin treatment..

ok! balik rumah pun berbicang dengan husband.. husband tak bagi.. dia suruh continue ubat seperti biasa.. lepas tu aku katakan lah, macam mana nak preggy kalu ubat tiroid tak stop..?? husband terus cakap.. kalau kita makan ubat ke tidak ke, kalau tuhan tu nak bg kite rezeki, bila-bila masa jek, tak pyh pun tunggu ubat stop..!

ok! aku pun redo~~

nak cerita jugak sejak aku kahwin, memang rutin tetiap bulan beli pregnent test.. bkn satu.. tapi kadang2 2-3 keping aku beli... piyed lewat ke.. tak lewat ke.. tetap jugak aku mengatal nak test!

sampai satu tahap aku give up.. dan bulan 7/2014 adalah bulan terakhir aku beli pregnat test..! tp aku tak test2 lagi sbb takut kecewa.. bulan 8 aku piyed macam biasa.. dan bulan 9 pun aku piyed macam biasa gak.. so pregnant test yang dah beli masa bulan 7 tu aku tak guna2 lagi.. sebab bila nk test jek, esok mesti piyed!

hahaha..!

nak jadikan cerita, kwn husband suggestkan makan iberet folic sebab dia dah berjaya preggy hasil dgn doa jugak.. so aku makan la iberet folic tu start abes piyed bulan 8.. husband siap beli 2 kotak lagi.. punya la eksaited nak ade baby..!

ni la rupa iberet folic.. sila abaikan katil yang tak sempat kemas!.. hehe

so makan macam biasa la iberet folic tu.. najis jadik hitam.. dan kencing menjadi kekuningan yang amat! ahahaha

so tibalah masa piyed bulan 9 muncul... tapi piyed ni pelik jugak.. sampai 15hari piyed ni keluar tak nak stop.. dan tak ade tanda nak stop.. so cakap dengan husband.. kite risau la.. piyed ni dah lebih 15 hari orang cakap darah penyakit!

tapi husband suruh continue je iberet folic tu.. tp aku derhaka sikit.. aku stop sendiri..! dan esoknya piyed aku kering.. so bermula la episod usaha-mengusaha (jangan gelak k) heheheh..

untuk pengetahuan korang, orang yang hidap tyroid ni kekadang piyed tak regular.. adakala lewat..dan adakala tercepat..dan adakala terlampau banyak..

so pada bulan 10 tu aku mendapati aku dah piyed lewat 2 weeks.. tapi aku tak nak test.. sbb aku pasti hasilnya pasti 1 line saje!!

nak jadikan cerita, kitorang nak pergi Legoland.. so tahu la kalau aktiviti Legoland tu sangat lasak.. nanti nak main roller coster la.. nak berenang la..loncat2 la.. heheh.. tapi sebelum tu aku merayap pergi Jom Heboh dekat angsana.. pekena coconut shake dan rojak petis.. mabeles..

masa tu dah rasa kat bawah ari-ari ni macam senak jek.. aku syak aku bakal piyed untuk bulan 10.. nak tunduk pun sakit.. nak tarik napas pun sakit... berhari-hari tunggu..piyed tak datang..

hari ke esoknya..aku akhirnya menggunakan pregnant test yang terakhir aku beli.. bangun nak gi kerja pukul 6.00pagi dah bangun.. pastu kencing and then celop2.. hehehe..

masa tu aku nampak 2 line yang sangat-sangat terang.. tapi aku syak aku tak pregnant.. sbb dah lama tak buat ujian ni, sampai lupa plak 1 line ni ngandong ke tak.. 2 line ni ngandong ke tak.. so aku dah nak buang.. aku nak buang sekali dengan kotaknya.. tetibe aku ternampak cara menggunaan pregnant test tu... dan.... Alhamdulillah.. aku lihat berkali-kali pregnant test dengan kotak.. ye..! 2 line.. pregnant...!!

mengiggil tangan dan badan.. sungguh ku tak percaya caturan yang hebat Ya Allah.. aku pun panggil husband..

husband aku teros loncat dari katil.. mata yang sepet terus jadi beso.. hehe

dan dia dengan pantas ambil gambar sent kat wechat family..!!

yang ni part aku geram, sebab sebanarnya aku nak jadi orang pertama yg bagi tahu family... hehe

dan aku datang opis seperti biasa.. tapi asek ngadap enset.. masih tengok gambar pregnant test.. seolah2 tak percaya.. siap aku tanya kat kawan, ade tak pregnant test yang menipu.. hahaha

balik keje aku pergi nyinggah farmasi lagi..!! beli lagi pregnant test.. tp beli yang hok mahal ckit.. clear blue yang digital.. yang orang dok kabo, nanti keluar berapa weeks.. hehe.. esoknya aku pun memulakan sesi mengetest.. alhamdulillah.. kat screen tulis pregnant 3+.. so maknanya kandungan
aku dalam 4 minggu ke atas..


yg kaler pink tu stick pertama kali aku test.. yg clearBlue tu utk second time test.. hehe.. gedik noh..


after 1 weeks aku pun scan perut dekat klinik fatimah bbu.. alhamdulillah.. dia memang ade.. tapi masa tu nampak kantung jek.. janin pun tak nampak lagi.. dan di anggarkan berusia 5weeks 4 days.

Alhamdulillah.. dan aku pun continue semula iberet folic dan stopkan terus ubat tiroid..

nanti aku update lagi ye.. apa kaitannya preggy dengan tiroid..

aku pun masih follow up MOPC, Endocrine dan SCOG.. banyak kan??


14 September 2014

nostalgia telefon zaman dulu hingga sekarang

as salammualaikum w.b.t

tengokkkkkk.. setahun koooo tak di update blog ni.. berabok.. usang.. semua ado.. hihi.. busy lah dengan kelas beading.. alhamdulillah byk juga permintaan.. syukur atas rezeki oleh-NYA..

ok la entry kali ni nak cerita pasal nostalgia jaman-jaman telefon.. daripada jaman bapak aku ke jaman aku (jaman moden)

tercetusnya nak tulis tentang tajuk ni bila aku bukan pesbuk bebudak2 sibuk niaga pung pang pung pang telefon 'rare' katanya renew balik tepon jaman tok kadok.. bila tertengok tepon Nokia 3310.. Motorola.. aduhh.. seperti jantungku di robek.. teringat balik ada cinta di antara cerita tepon yg bakal korang dengar sebentar lagi.. hihihi

1. NOKIA 3310

aku tak berapa nak ingat jaman bila kegemilangan  teknologi moden (ermm..teknologi la sgt..tenet pun takde) ni bermula... tapi ingat-ingat lupa aku ni masa aku form 2.. mase tu cukup hebat dengan brand NOKIA 3310.. mana-mana saja letak dalam poket.. tepon tu berat.. so sampai londeh seluarnya.. hakhakhak... tp aku check kat tenet td katanya release date tahun 2000.. masa aku darjah 6.. tp mase tu sapalah yang mampu nak beli kan...

masa aku form 2, kawan aku ni masa kat sekolah agama siap tunjuk enset yang dia baru beli.. engko pengawas mmg la tak kene rampas.. cube org lain bawak sure kene rampas.. (sakit pulak ati kita..)
dia dok tayang kiri kanan enset 3310 dia.. tanyalah jugak berape beli.. dia cakap rm600.. mah aiihhh.. sama macam gaji mak aku jek... jenis kawan aku ni tak kedekut.. so orang dah booking awal2 nak main game kat tepon dia ni.. maklumlah 3310 seminggu pun tahan baterinya.. lepas org ni main.. orang tu pulak.. sampai la abes waktu sekolah pukul 6.30ptg.. punya dasyat penanggan enset 3310 ni..

nak diceritakan banyak ni nostalgia enset 3310.. siap ade yg sanggup beli buku ringtone.. pastu balik rumah taip seketul2 kod lagu.. (orang tu aku la..)

tak ketinggalan jugak bapak aku beli la juga tepon 3310 ni.. hihi.. ape lagi..godekkk lerr... dulu lampu hijau...pastu lampu biru.. yang paling letest lampu putih.. kan..kan.. sape ingat lagi..?? pastu boleh tukar wallpaper.. ade gambo smile.. gambo pokok kelapa n pantai dan macam2 lagi..

paling best Nokia 3310 dapat main game ular dan game tembak (lupa nama game) jauh juga perjalanan sampai dapat tembak raksasa beso.. hihi.. semua tu nolstalgia tu..

macam biasa bila akak aku dapat masuk Matrikulasi telepon tu telah beralih tuan.. biasanya anak dapat yg second jek... hihi.. lepas kakak aku pakai.. aku la yg pakai.. tapi masa tu orang dah tak pandang 3310 da.. sedih kannn..

aku abes pasal enset pertama..
 telefon Nokia 3310 kelabuhijau lampu biru (kepunyaan kakak aku)

telefon Nokia 3310 merah lampu putih (kepunyaan mak aku)

2. ERICSSON T10s

ni antara telefon yang aku pernah guna lah.. Sony Ericsson lipat... kaler biru.. hihi.. tepon ni nampak moden sikit dari 3310.. rasa macam orang kaya jugak pakai tepon tu.. boleh lipat lg ko.... mampooo.. hihiih

screen kecik jek.. sinonet jek.. kalau mesej tu boleh baca 3 line jek.. yang lain kene tekan next dan next.. tepon ni aku paling suka.... sebab nampak kecirian moden.. 

lampu tepon ni kaler hijau.. dan macam biasalah telefon ni beralih tuan selepas bapak aku beli enset baru.. baru lah dapat merasa pakai..  second.. bole la dari tak ade..

tp paling tak best, batang kat atas tu cepat patah.. aku punya dah patah sebab batangnya terjojolkan.. so line tak berapa nak kuat.. kene ikat getah.. hahaha

harga..? tak sure.. tepon free kan...
Ericsson biru...



3. ALCATEL 735i

tepon ni kepunyaan bapak aku.. tak silap aku tahun 2004 aku dapat rasa pakai.. tepon ni dah menuju ke arah kemodenan yang pesat jugak.. hehe

kalau tepon sebelum2 ini nada dering poliponik (eh betul ke) kali ni tepon Alcatel nada mp3.. maju selangkah.. hihi.. masa ni lah kita dengar radio tanpa gangguan dan tekan record.. lepastu save.. so bila orang call, sedap la sikit nada tu.. itu tandanya pakai enset mahal..! ahahah.. awal2 lagi niat dah tak betul..

dan lagi satu tersangat la moden adalah di sebabkan ade kamera..!! jaman dulu jakun.. sana sini snap gambo..

nak cari gambar kat internet alcatel warna merah tapi tak jumpe plak.. dan macam biasa.. tepon ni di secondhand kan dan diturunkan kpd aku...

siap ade selfie mirror lagi.. mampoooo ke nak berselfie??


4. MOTOROLA C450

enset seterusnya adalah bukan kepunyaan bapak aku.. ini adalah kepunyaan kakak aku.. enset motorola ni kecik molek jek.. ngam2 kat tapak tangan.. aku rasa tapak tangan aku lagi besar.. hihi

 enset ni dah di arus kemodenan jugak,.. dah wujud capaian internet..dan screen berwarna.. tapi nada poliponik lagi.. enset ni lama jugak la aku guna.. masa tu popular laman sosial mblog.. lebih kurang macam freindster.. macam biasa topup rm5 lepastu serving internet.. wahhh... syokk..!!

enset ni aku guna sampai jaman aku belajar masa tahun 2006...

enset motorola c450 yang comel lote..

5. MOTOROLA L6

seperti remaja yang lain yang sedang meningkat dewasa, keinginan membuak2 nak beli tepon baru.. tup tup masa tu duit PTPTN baru je dapat.. ape lagiiii.. rembat sebijik la... tapi semua tu dengan keizinan bapak aku..

masa tu tahun 2006 kot rasanya.. beli enset ni dengan harga rm600.00 .warna hitam. masa jaman tu mmg menjadi kegilaan gadis-gadis untuk memilik enset yang selim lagi canggih... Motorola L6..

design yang cantik dan slim dan ringan... nada dering pun dah canggih.. boleh dengar suara orang... paling suka enset motorola ni sebab setiap application kita boleh kunci dengan security kod.. so takde lah sebarangan orang boleh menceroboh di ruangan mesej dan gambar (terutamanya..) dan macam biasa enset ni tahan 2-3 tahun jek.. lebih kurang macam enset sebelum2 ni yang aku pakai... mmg begitu agaknya expired hidup enset2..

now aku masih lagi menyimpan enset ni.. sbb enset ni sama dengan pakwe aku (laki aku sekarang).. mampoo ko.. kenangan mengusik jiwa namanya tuuuu...

lebih kurang mcm ni la keadaan enset aku sekarang ni.. keypad tercabut2..

6. SONY ERICSSON W910i (WALKMAN)

bila aku dah dapat gaji yang pertama kerja gomen, apa lagi.. beli enset sony ni.. pertama kali beli 'aset' guna duit sendiri.. masa tu tengah zaman kegemilangan enset walkman ni.. masa tu beli dengan harga rm600 kalau tak silap.. warna putih..

enset ni best.. selain menampakkan rupa paras yang agak moden.. enset ni dah kira canggih la bagi aku... boleh 3G.. gambar pun terang wlaupun kamera 2mp jek.. dan paling best speaker dia mmg terbaik.. kalau dengar lagu, jiran sebelah pun boleh dengar..

nak dikatakan cangih, enset ni kalau kita goncang ke atas automatik akan dengar lagu dalam file.. dan kalau kita goncang ke kiri atau ke kanan akan tukar lagu lain.... best..best..

tapi macam biasa la.. enset ni pun tahan 2 tahun jek.. ermmm.. tangan panas kot aku ni.. tapi enset ni rosak sebab screen masuk air.. disebabkan gaduh dengan pakwe (laki aku sekarang) nagis2.. dan air mata masuk dalam screen tu.. akibatnya paparan tak keluar.. tukar screen baru rm100 warranty sebulan jek.. bila benda ori kita tukar benda tak ori, tahu2 jela jadi ape kan.. memang tak bertahan la kan.. tahap beberapa bulan jek... lepastu kelam jek screen...kadang2 ok jugak..kadang2 K.O..

sampai sekarang enset ni masih ada.. aritu cuba try charge.. alhamdulillah.. masih bernyawa lagi... 




7. SAMSUNG GALAXY MINI

enset ni aku beli masa bulan puasa.. masa tu dapat duit dari upah menjahit manik... alhamdulillah..masa bulan puasa tu ramai yang tempah manik dengan aku.. nak dikira2 dapatlah pendapatan sampingan masa tu rm1000.00.. terus aku amek rm500.00 beli enset ni...warna putih

dan macam biasa..enset ni pun tahan 2 tahun jek.. enset ni ok la..tapi bateri cepat abes.. dan button nak tekan tu ade rosak sikit.. terus tukar baru...


8. SAMSUNG NOTE 2

Aku rasa benda ni paling mahal yang pernah aku beli dalam hidup aku.. keputusan nak beli enset ni pun aku pikir berbulan2.. yelah duit tu memang lah boleh dicari.. tapi nak berbelanjakan duit tu semata2 nak beli enset ni..buat aku pikir byk kali..

akhirnya aku beli jugak enset ni pakai duit kwsp aku... masa tu harganya rm2000.warna putih. menggigil jugak nak bagi cina tu duit.. tapi pejam mata la.. kita nak pakai benda bagus kan..kenapa bayarannya tak nak bagus jugak...??

alhamdulillah.. dah setahun aku pakai enset... jangan lah kau rosak di tahun kedua yer.. sebab nak ikutkan sejarah pemilikan enset2 yang aku pakai cube bertahan 2 tahun jek,, kalau rosak tak ke nangis aku.. kang nanti sibuk pulak nak pikir beli enset lain.. tapi kalau nak beli, rasanya nak beli tab.. nak cube rasa pakai tab.. huhu

31 Disember 2013

Belajar menjahit manik dari asas hingga pandai di Johor Bahru secara perseorangan atau beramai

Assalammualaikum wbt.

berita baik kepada warga Johor mahupun di Singapura.. Saya Nur Hazielah Beads akan mengadakan pembukaan kelas belajar teori dan teknik2 menjahit manik dari asas hingga pandai secara personal ataupun kumpulan bertempat di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.. Peluang ini terbuka kepada mereka yang berminat terhadap seni jahitan manik. Jangan risau kepada mereka yang tiada asas dalam menjahit manik, kerana saya akan mengajar anda dari teknik ke teknik. kepada warga Johor dan Singapura jom belajar manik dengan saya dengan harga yuran yang berpatutan. Kelas akan dibuka bermula bulan Februari 2014. sebarang pertanyaan boleh hubungi saya  Azila : 017-2737750.


Kelas Asas Manik
Yuran : RM70.00 SEORANG
Masa : 3-4 jam (bergantung kepada tahap peserta)
 Hari :  Jumaat atau Sabtu

-di ajar sehingga pandai.. dan Bonus 1 design
-makan disediakan
-peralatan menjahit dan manik disediakan. (dapat bawa pulang dengan manik lebihan dari sesi pembelajaran)




Kelas Manik pertengahan.

- Jentayu
-shiming floral
-roses
-bola2 chinta
-bunga reflesia
-teknik menjahit lace

Yuran : RM130.00 SEORANG
Masa : 4-5 jam (bergantung kepada tahap peserta)
Hari : Jumaat atau sabtu

-di ajar sehingga pandai.. dan Bonus 1 design
-makan disediakan
-peralatan menjahit dan manik disediakan. (dapat bawa pulang dengan manik lebihan dari sesi pembelajaran)




Kelas Manik Expert

-Pelbagai jenis Crumble
-Lace crumble
-rainbow crumble
-buble crumble
-teknik renjisan
-crumble roses (S)
-dan banyak lagi jenis2 crumble..

Yuran : RM170.00 SEORANG
Masa : 6-7 jam (bergantung kepada tahap peserta)
Hari : Jumaat atau sabtu

-di ajar sehingga pandai.. dan Bonus 1 design
-makan disediakan
-peralatan menjahit dan manik disediakan. (dapat bawa pulang dengan manik lebihan dari sesi pembelajaran)




** maksimum kelas beramai-ramai 3 orang peserta sahaja untuk satu sesi.

** jika anda membawa rakan seramai 3 orang peserta, anda berpeluang mendapat discount RM30.00

***alamat akan dimaklumkan kemudian selepas deposit diterima (deposit hendaklah dibayar separuh dari harga yuran).

***pemakluman kehadiran mestilah dilakukan seminggu awal.


berminat SMS KE  017-2737750

30 Oktober 2013

Puan Azila..!

Alhamdulillah...

pada tanggal 8 September 2013 / Ahad, aku selamat bergelar isteri yang sah kepada suami ku.. syukur.. segala penat lelah mencarik duit.. mencungkil idea untuk majlis perkhahwinan kami.. terima kasih pada kawan2 merangkap BFF yang sudi penat lelah bersama.. edy, juliza, fifi dan nizam.. thanks a lot..

naw..naw..

tunggu giliran edy... fifi.. dan nizam.. who is next..? alamak debo pulak kita wak.. cepat2 la korang kawin.. senang ati aku jugak.. hihi... mesti meletop wedding korang ek...

ok di ringkaskan cerita :

Andaman baju sanding dan mekap :
Raudhah Kasih, Taman Sri Kluang ( sebelah dengan Giant)

Mini Pelamin, Pelamin, hiasan bilik tidur dan meja makan damai :
Hairul Azuan (abang ipo...)

Kek :
Juju cup cakes

Candy Corner : aku ler..!

Catering :
Apandy Catering (Batu Pahat) tip toppp...!!

Gubahan hantaran :
Atiqah (My sista..!)

Photographer:
Kedai Kahwin Kami

alhamdulillah segalanya memenuhi bajet yang telah di susun.. bak kata orang.. lebih tiada.. kurang pun tiada.. semuanya menepati keperluan dan kehendak.. hihi

ok nak kongsi beberapa pic kawin yang tak seberapa...

ko tak tahu aku punya nak bergambo sangat di stesen ketapi kluang kemain seksanya.. dah la panas rentong masa tu.. naseb baik mekap mak andam tak cair ko..!! dengan nyamuk dengan mak jandanya banyak kan.. ko tahu la kan, seksanya bagaimana.. nak sangat berposing bagai mcm retis kan.. rasakan..!!


p/s: aku dah try berdiet .. tapi beso jugak badan ni.. aishh ape lah naseb..  takpe janji impian mak aku nak tengok aku sanding pakai baju merah tercapai...! aku suka bajunya..! macam retis ko..!!
















22 Julai 2013

persediaan nikah: contoh surat akuan bujang, kerja dan bermastautin bagi yg nak kawin

Assalamualaikum. .

Sejak2 akhir ni rajin bebenor mengapdate belok. . Nampok noh malehh  nak buat kerja kann?? Kan.. hihi

Ok la x nak citer banyak.. dibawah adalah contoh surat akuan bujang, pekerjaan dan bermastautin bagi mereka yang bekerja kerajaan..

Ok..

Selamat membuat surat..

Sempoii jek surat aku...


LinkWithin

Eh, ada entri berkaitan rupanya..

Snag a button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...