sila klik dan berikan ikan saya makan...kesian dia lapar =p

SUKA BLOG INI?

Who's Read..?

online counter

nuffnang

Memaparkan catatan dengan label resepi masakan saya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi masakan saya. Papar semua catatan

10 Januari 2011

resepi apam mekar tak setaman



(agak mekarlah juga, tapi tak bape nak setaman la..)


i like masak-masak... sluuuuuurrrppppp

jangan tekejut pulak tengok tajuk resepi aku cam tu.. yelah.. nak buat macam mana.. buat punyalah bersungguh-sungguh.. punyalah berpeluh-peluh buat.. punyalah bersemangat..

tapi...

tak berapa nak mekar setaman..!

frust..!!

apa-apa pun gebu beb.. sekali nnguuppp jek dalam mulut.. dan yang penting tak berapa manis.. macam manis-manis buah gitu...

ok..let's see my resepi.. :

2 biji telur
1 sk esen vanilla
200 gm gula pasir
250 ml susu segar
2 sk ovalatte
300 gm tepung gandum
papper cup secukupnya
pewarna secukupnya

cara buatnya:

  1. pukul telur dan gula pasir sehingga kembang setaman..
  2. masukkan ovallete dan esen vanilla.. pukul lagi sampai bertanduk..
  3. masukkan tepung gandum berselang-seli dengan susu..
  4. pastu bagikan beberapa bahagian di dalam bekas yang lain (bergantung pd anda nak bape kaler nak letak) - sy letak 2 kaler je.. hijau, pink dan kaler asal adunan..
  5. selepas di kalerkan adunanya, masukkan dalam piping plastik..
  6. kukus selama 10-15 minit bergantung pada saiz paper cup anda..
huaaa.... senangnya...!!

jangan lupa panaskan pengukus dulu ye cik kiahh oiiii..

so...apa lagi.. paip kan lah korang punya adunan dalam paper cup tu.. ikut korang lah nak berselang seli dengan kaler apa.. hahahah...

ok..kak limah nak bagi tips sikit..(tetibe jadi kak limah pe hal..)
  • kalau apam nak jadi cantik dan mekar setaman, balutkan tuala di tudung periuk pengukus, supaya air tidak jatuh terkena apam..
  • semasa pukul telur dengan gula, pastikan sampai bertanduk.. means gula tu larut lah..
  • ayak tepung untuk hasil yang lebih gebu..
  • jangan guna telur atau susu segar yang baru keluar dari peti ais.. senang cerita jangan bagi sejuk.. mestilah pada suhu bilik.
  • tanamkan kesabaran supaya tidak membuka tudung periuk pengukus berkali-kali. ini kerana jika anda buat sebegini, apam anda akan bentan.. ahahhahah
tapi walaupun tak mekar setaman, apam aku gebu dan lembut sangat.. dan yang aku suka HABISSS...!! dimakan oleh manusia di dalam rumah ini.. hahah.. enchik ayah siap bagi kredit lagi..!!

(ni saje letak filling coklat.. bagi terliur sikit sapa yang nengok =p)

yes..! yes..!

kira berjayalah juga walaupun terselit kegagalan akibat tak mekar setaman.. hukhukhuk

09 Januari 2011

semangat baru.. minta-mintalah menjadi =)


lihat cerita dan foto sebelum ini...

ok... terasa hari ni timbul mood rajin sesangat..!!

walaupun...

masih dalam mood sedih akibat kematian si gemok.. well.. hidup masih perlu diteruskan...

ok hari ni nak buat apam la.. nama apam ni apam mekar... dulu pernah buat sekali.. tak berapa nak mekar.. pastu keras pulak... akhirnya bagi makan kat cik bakul sampah.. hukhukhuk.. sedih..!!

akceli.. selepas dari pengajaran dan pembelajaran, aku kuatkan semangat untuk buat sekali lagi.. tak apalah kalau kali ni tak nak mekar.. kita dah cuba yg terbaik kan...??

kali ni, aku nak lebihkan overllet.. biar dia kembang setaman... pastu nak lebihkan sikit susu segar supaya tak keras macam hari tu aku buat.. pastu aku nak tambah kesabaran sikit supaya tidak membuka tudung periuk pengukus..

ni lah masalah aku bila buat kek/apam/pau sifat tak sabar ni sentiasa menghantui aku.. baru 10 minit letak, aku dah tak sabar-sabar nak bukak tengok kembang setaman atau tak... kalau kembang setaman tak apa.. terus angkat and boleh terus makan..

tapi..

kalau belum kembang setaman means belum masak lagi, kan air kukus dah meleleh terkena makanan yang dikukus tu.. dah bentan jadinya.. tapi kali ni.. HARUS..

HARUS.. HARUS

SABAR sikit jek... hehehhe

dulu masa first time buat, aku letak filling bluebery.. perggghhh..!! memang terbaik dari ladang la...! tapi bila dah letak filling kita kena kukus lama sikit.. yelah sebab dah ada filling akan memberatkan apam tu nak mekar setaman.. itu pendapat aku.. tak tahu pula pendapat tukang masak macam mana kan...?

hahahaha..

ziela...!!

cayok...!! cayokk..!

petang ni nak buat...!!

gggrrrrr....!! tak sabarnya..

kita lihat hasilnya..!!

04 Disember 2010

kek coklat moist turun temurun.. pasti tidak akan mengecewakan..!

post berapa bulan yang lalu, tidak silap aku ada share gambar kek coklat yang aku buat sendiri.. so ni nak share semula kat korang semua.. dulu first time buat memang gabra habes..takut kek bentan la.. tak jadilah.. so setakat ni, alhamdulillah.. encik pakwe pun nampak suka sangat makan kek ni.. masuk ni dah 6 biji kek beliau tempah..

dulu masa buat kek ni, memang tiru sebiji-sebiji bahan-bahannya.. so bila dah setahun buat kek coklat moist ni, aku pun dah pandai mengubah resepinya supaya lagi sedap dan tak muak walaupun makan banyak kali...dan yang lagi penting lagi menjimatkan... hihihihihi =D

so kita mulakan sekarang ye..? sila ambil pen dan kertas ye cik kiah..hihihi..

bahan-bahannya:

  • bahan A
2 biji telur
1 cawan gula perang
1/2 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
1 sudu teh esen vanilla

  • bahan B
1/2 cawan koko hitam (kalau tak jumpa koko hitam, koko biasa pun boleh.. )
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh bikarbonat
1 sudu teh baking powder
**bahan-bahan ini mestilah diayak, utk hasil yang lebih gebu..)
1 1/2 cawan susu cair (susu sejat)
1/2 cawan air masak yang dicampur 1 sudu teh nescafe
  • Bahan C (moist..)
1/2 cawan koko biasa (bukan koko hitam, kalau nak letak koko hitam pun boleh juga)
susu pekat (ikut citarasa masing-masing nak manis atau pahit)
2 s/b minyak masak
1/2 cawan air masak

ok... cara-caranya pula:

  1. pukul telur dan esen vanilla sehingga kembang.
  2. masukkan gula perang dan gula halus.
  3. masukkan minyak masak.
  4. pukul sehingga adunan sebati.
  5. masukkan sikit demi sedikit bahan-bahan yang di ayak berselang seli dengan susu cair dab air bercampur nescafe.
  6. pukul sehingga adunan sebati.
  7. grisskan permukaan loyang yang hendak dibakar atau diganti dengan kertas minyak. tuang adunan jangan sampai penuh sebab, adunan akan naik.
  8. bakar di dalam oven pada suhu 170 darjah celcius selama 1 jam 15 minit
  9. nak tahu dalamnya masak atau tak, ambil sebatang lidi, dan cucukkan ditengah-tengah kek. jika melekat ia masih perlu dibakar lagi.
  10. apabila kek sudah masak, sejukkan dan sementara itu, buat sos moist. panaskan kuali, masukkan minyak dan koko.kacau hingga sebati dan masukkan air dan kacau hingga rata dan tidak berketul, jika berketul masukkan air lagi.. dan masukkan susu pekat.
  11. hiaskan kek tersebut dengan moist yang telah masak tadi.. dan taburkan badam kasar untuk hiasan...


**cuba buat..pasti menjadi...

puding roti bersama sos kastard.... sedappp sangat..!


bila mood tengah rajin, macam-macam benda nak buat, tak ketinggalan juga dlm masakkan. memang kesukaan ku mencuba dan mentry... hihihi... so hari ni mari reramai belajar buat puding roti...

bahan-bahan:
  • Bahan A
10 keping roti
500 ml susu segar

  • Bahan B
2 biji telur
1 s/b essen vanilla
2 s/b gula aising
1 s/b tepung jagung
2 s/b mentega/butter (dicairkan)
secubit garam

*optional (nak letak boleh, x nak pun tak apa)
** serbuk kayu manis (tadi lupa beli, so aku pun parutlah kayu manis tu..tapi lagi sedap parut, sbb memang betul piaw..)
**buah pala dihiris-hiris.
  • Bahan C
1/2 tin susu cair
1 1/2 s/b tepung kastard
1 1/2 s/b gula pasir (depends pada mereka yang tidak gemar manis)

how to make it:

  1. bahan A direndam selama 30minit
  2. campurkan semua bahan B di mangkuk yang lain. pukul hingga rata.
  3. campurkan bahan B yang telah dipukul kedalam bahan A .
  4. lepastu, parutkan serbuk kayu manis di atas permukaan puding roti tersebut. terpulang pada kita nak parut banyak atau sikit.. dan dihias dengan buah pala (sy tak berapa gemar buah pala, so letak sikit je dan lebihkan serbuk kayu manis)
  5. bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 45 minit.
  6. lepas masak. sejukkan dan letak dalam peti sejuk spy senang potong.
  7. sementara itu, kita buat sosnya.. campurkan semuanya bahan C , masak di atas dapur.
  8. cara hidangan, curahkan sos kastard tersebut di atas puding roti yang sejuk..
(puding yang telah dimasak)
(puding roti yang telah di simbah dengan sos kastard...nampak tak cebisan serbuk kayu manis tu..? hahahah.. sedap.. jemput makan..)

**selamat mencuba.. =)

10 Julai 2010

apam mekar..tapi tak bape nak mekar...


ahahahha..ape lah silapnya.. tak mekar2.. mekar ckit jek,,, emmm..tengok jela....

cheese cake...nyumy...



tadaaaa..... akhirnya jadi kenyataan jugak aku nak wat cheese kek ... siap letak filling blueberry lagi.....sedapnya...
jeles tak korang???????????? hahahhahaha.....

LinkWithin

Eh, ada entri berkaitan rupanya..

Snag a button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...