sila klik dan berikan ikan saya makan...kesian dia lapar =p

SUKA BLOG INI?

Who's Read..?

online counter

nuffnang

23 April 2011

tenangkah aku dengan cerita yang tak betul...?

Hari ini Sabtu, 23 April 2011... perasaan ni terasa sama macam hari Jumaat (semalam..).. perasaan marah, dendam sedikit tidak berkurang malah makin menebal..

ok..sebelum aku menulis entry ini, aku telah memakan 3 bar coklat 'cadbury' untuk mengelakkan hati aku ni 'panas' berterusan..

orang kata, kalau kita makan coklat, marah kita akan reda... yeke..? saje lah tu nak bagi aku gemok lagi...

terima kasih sang pakwe kerana membeli coklat cadbury sekotak untuk saya... heheheh.. (walaupun tak suka coklat..)

ok..bukan nak citer pasal coklat arini.. tak ada kena mengena pun..hahahah

selain dari memakan coklat, aku juga telah ketawa selama 5 minit sepuas-puasnya.. dan menangis selama 30 minit..hehehe

ini untuk buat aku rasa tenang apabila menulis entry ini.. hahaha

aku rasa tak perlu aku ceritakan balik apa yang berlaku pada hari keramat Jumaat, 22 April 2011.. sungguh sadis...!

perasaan marah ini muncul apabila:
  • di kata kan buat, tetapi sebenarnya perkara itu kita tidak lakukan..
  • apabila tiada sedikit ruang menjelaskan perkara sebenar..
  • apabila di tuduh 'bertubi-tubi'... (macam latihan tubi kat sekolah tu...)
bila 3 perkara ni berlaku kat aku, mestilah aku marah.. ditambah-tambah pulak hasutan iblis di telinga kiri.. memang tidak dinafikan iblis ni memang selalu mengganggu umat adam/hawa.. itu memang tidak dinafikan.. walaupun awak tu alim macam mana pun, belajar di Mesir jauh mana pun, hasutan iblis itu pasti ada..!!

hanya DIRI sendiri sahaja yang mampu menepis segala hasutan-hasutan itu.. tepuk dada tanyalah iman.. janganlah tepuk dada, tanya selera.. lain pulak jadinya..

bila tepuk dada, tanyalah selera.. macam ini lah jadinya.. benda salah di katakan betul.. benda betul dikatakan salah..

aku kesal sangat-sangat, bila benda ni jadi kat aku.. aku rasa mereka ketawa terbahak-lahak melihat aku jatuh hari ini..

rasa macam kena APRIL FOOL pun ada gak... ;P

kesal dengan orang pembawa cerita dan penyampai cerita.. mereka-mereka ini lah penyampai CERITA yang pantas dari BERITA..

nak salah kan mereka pun tak boleh..mungkin minat mendalam mereka membawa cerita orang dan melaga-lagakan orang..

aku ni simple je orangnya... nak kenal ke??:
  1. kalau orang cuit aku sekali, aku akan cuit mereka berkali-kali.
  2. pendendam
  3. kalau anda bergurau dengan saya..awas..!! mungkin gurauan itu yang akan saya ambil serius.. so bergurau ada batasnya..
  4. kalau cakap dengan aku, sekali je lah.. tak perlu cakap 3-4 kali.. sebab orang yang cakap 4-5 kali ini lah aku tak akan buat benda yang dia suruh.. muktamad..!
ermmm..simple right..??

orang kalau nak jatuhkan kita memang sekelip mata ajer.. bila di tuduh aku ni cakap belakang.. ye..! SUMPAH dan DEMI ALLAH aku ada cakap belakang.. hahahah.. (pengakuan ikhlas beb..!)

tapi pelik... kenapa aku pulak yang dia NAMPAK... dan orang lain yang mengutuk/cakap belakang lagi hebat dari aku ni, sedikit pun dia tak nampak..

alah..lumrah alam..orang bawah memang selalu...........

tu lah.. dulu mak aku suruh belajar tinggi-tinggi, masuk universiti ko tak nak ziela oiii... kalau tak, dah lama kau berjawatan tinggi dan tidak dijatuhkan sampai macam ni...!! hahahah...

ada sorang kawan aku ni, dia bagitahu dulu dia amat rapat dengan seseorang ni(agak berjawatan tinggi la jugak..).. tup..tup sekarang ni orang yang berjawatan tinggi ni dah tak pandang dia, dengan hanya satu hasutan...

"kita ni pegawai..ape kelas keluar makan dengan orang bawahan ajer.."

sabar ajer lah...(kitee bako aje..!!)

ok..memang betul kata orang atasan tu.. kita memang tak layak nok oi.. so jangan lah berangan nak berjalan seiring dengan orang atasan.. kita tak layak..kena sedar asal usul kita nok oiii.. (oittt...asal tetibe bertukar jadi nyah ni..?? hahahha)

ingatlah..si pembawa cerita dan penyampai cerita..jika anda telah membaca entry ini jangan terus melenting.. aku merayu ambil lah masa seminit sahaja dan fikirkan semula apa yang aku katakan..

memang kenyataan kata-kata aku ni tak hebat berbanding dengan orang berkelulusan tinggi.. yelah kita ni sekolah setakat SPM ajer..(ayat zombie kampung pisang..)

tapi perasaan terhina, marah, dan dendam tetap ada walaupun kite ni ada SPM ajer... hehehe

kepada sang 'percaya' terima kasih kerana anda telah berjaya mempercayai cerita yang tak betul.. dan aku sedikit pun tak nak betulkan keadaan walaupun aku salah atau pun tidak salah..

manusia ada akal fikiran..gunakanlah sebaik mungkin kerana akal itu hanya pinjaman.. bila tarikh expired, akal kita dah tak boleh nak guna lagi..

adoooiii.makin melalut pulak aku bercerita.. ok lah spongebob dah start.. nak nengok dulu...! byeee..~~

yang terasa mungkin anda~
yang tidak terasa mungkin anda adalah kawan saya~

Tiada ulasan:

LinkWithin

Eh, ada entri berkaitan rupanya..

Snag a button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...