sila klik dan berikan ikan saya makan...kesian dia lapar =p

SUKA BLOG INI?

Who's Read..?

online counter

nuffnang

31 Januari 2011

Hospital and Trip To Kukup...






entry kali ini nak menceritakan dua kesah yang amat sadis..! hahahaha... ada yang bad story.. ada juga yang melucukan dan ada juga kesah penuh kehampaan.. hahaha..

jom baca kisah pertama..

di Hospital ::

semalam 31/01 aku ada appointmen dengan doktor.. hari Isnin pulak.. dahlah hari tersebut aku ada meeting.. so berkejaranlah aku dah macam cerita Hindustan..hahhaha

nasib baik aku dihantar oleh my beloved mak n ayah aku =) so save bajet tak payah naik teksi lagi.. aku bertolak awal dari Kluang kerana memikirkan keadaan sekarang yang hujan tidak henti-henti.. takut pula jem di JB.. tahu-tahu jela JB ni dah macam KL dah..

owh...tempat persingahan pertama aku di BBU, yelah senang..letak barang segala kat rumah dulu... aku sempat mengambil sebiji kuih baulu untuk alas perut..

ok..perjalanan diteruskan ke Hospital Sultanah Aminah.. aku sempat lagi mengeluarkan 2 biji gulu-gula sementara perjalanan diteruskan..owhh..dah sampai rupanya.. sekejapnya.. mana warga abang motor Singapore dan pakcik-pakcik van semasa di jalan raya tadi.. aku tak nampak kelibat mereka pun??

owhhh.. lupa.. arini kan cuti sekolah.. dan mungkin warga Singapore dah start cuti kot.. tu pasal jalan legang.. =)

bagus..!

macam biasa aku lebih suka menguruskan diri sendiri berbanding ditemani oleh kedua ibu bapa aku.. yelah.. Mak, yah dah besar.. nanti kawan-kawan yah ejek yah anak manja... (cehh..macam budak tadika pulak..) hahahaha...

so, ambil nombor..tunggu sehingga nombor di panggil.. nasib baik hari ini tak ramai orang sakit. so prosesnya pun amat cepat sekali..

bangga aku jadi rakyat Malaysia.. hahaha

upppsss.. 0115 nombor aku dah dipanggil.. macam biasa aku serahkan segala kepada 'kak kaunter'..

"ok cik, pergi ke D6 untuk timbang dulu ye..lepastu baru jumpa doktor di D7"

"ok" jawapan ringkas ku =)

tanpa berlengah lagi, aku pergi ke D6 seperti yang dikatakan oleh 'kak kaunter' tersebut..

seorang doktor India menegur aku... :

"ok..ambil timbang ya..?"

"65 kilo...!"

"ok, duduk sini, saya nak check tekanan darah dan gula..."

"yelah doktor.." aku dah start boring..

"tekanan darah awak 130/80.. ok kita check gula pula.. pagi tadi ada makan pape tak? malam tadi last makan pukul berapa..?"

"saya tak makan pape pun pagi ni..last makan pukul 7 malam tadi.."

kenapa aku tipu ye..? kan aku dah ngupp seketul baulu dan 2 biji gula-gula.. ishh..tak beri efek kot kalau aku tak cakap..

"11...!! awak makan apa malam tadi ye..? awak tahu tak 11 ni dah tinggi..?"

adoiii..kena marah..

"malam tadi ada kerja kawin kat rumah jiran, saya melantaklah nasi minyak dan 2 kotak air teh dan soya =)"

"lain kali jaga makan ok, ok sekarang ni pergi ke bilik D8 untuk buat ujian dinesis(betul ke aku eja)"

yelah..leceh betul.. berapa doktor aku kena jumpa hari ni..

aku pun mengetuk pintu ala-ala sopan gituew.. owhh..doktor perempuan..

"doktor, doktor kat D6 suruh datang sini..dia kata suruh buat ujian dinesis.."

doktor tersebut menyemak rekod perubatan aku..lama jugak dia membelek...

"macam ni lah, saya tak boleh nak cakap awak ni ada kencing manis..lagi pun rekod sebelum ni pun tak ada mengatakan awak kencing manis.. pagi tadi awak ada makan tak.."

"sebenarnya, pagi tadi saya dah makan 2 biji gula-gula dan sebijik baulu..malam tadi pula saya minum 2 kotak air soya dan teh.."

"owhh..lain kali kalau nak check jangan makan ye..puasa.. saya tak boleh nak buat ujian minum air gula kat awak sebab tak valid.. so saya akan tulis dalam laporan ni awak tak ada kencing manis ok.. tapi lepasni pasti kan awak makan 3 kali sehari..jangan skip makan.. makan kena jaga.. kalau boleh makan oat.. air manis ambil seminggu sekali je.. ini untuk langkah berjaga-jaga je.."

"ohh..ok doktor..terima kasih.."

aku pun keluar dengan perasaan hampa + gembira..?? gilerrrr aperrr..??

ok..sekarang time untuk jumpa doktor yang ketiga pula..nasib baik aku kenal doktor tersebut.. so tak adalah gabra semacam..!!

hahahaha...!!

aku pun berlalu masuk ke bilik D7.. dan terus di sapa oleh doktor tersebut..

"ok azila..so macam mana rasa..? ada rasa sakit lagi.. leher ada bengkak tak..? aritu ada ambil ujian darah kan?"

"ok je doktor, dah tak rasa sakit lagi, leher tak ada bengkak.. minggu lepas ada ambil darah..kata hari ni result.."

doktor tersebut pun mengeluarkan satu fail..mencari-cari kertas yang ada nama aku..

"ok..darah awak to back normal.. good condition.. hormon awak pun dah stabil.. gula pun rendah.. bagus..! tapi kolestrol awak ada naik dengan mendadak lah.. tapi so far ok.. lepasni tolonglah jangan skip makan ubat.. takut efek lagi kat jantung awak... so 12hb Mei jangan lupa appointment dengan doktor jantung ok.. lepasni appointmen awak dengan saya dari 6 minggu dari sekarang ok.."
wahh..senyum sampai ke telinga aku bila doktor katakan begitu.. insyallah lepas ni aku tak skip makan ubat.. =)

wahh..aku tengok kertas appointmen, wah..

"PLEASE DO ECG FOR THIS PATIENT..."

wahhh..kena buat ECG.. tak suka..! tak suka..!!

dan..

TAK SUKA........!!

****** tamat sudah cerita di hospital**********


cerita kedua ialah cerita trip to Kukup =)

malam tadi adalah perjalanan yang tak dirancang nak ke sana.. mulanya kami hanya mahu makan di perling, JB je untuk menikmati meehun sup.. tapi ntah ape la pulak tetibe dia tukar fikiran..

katanya nak makan kat kukup..katanya kat sana udang besar..ketam besar..semua makanan laut ada..murah lak tu.. ishhh..kenapa tak bagitahu nak makan kat sana..bolehlah aku pakai bergaya sikit.. ni macam nak ke pasar jek stail aku..

ahahahahaha....!!

ok..kami pun terus menuju ke destinasi... macam lagu ct pulokkkk.. (*,-) perjalanan pergi kami mengambil masa 1 jam 1/2.. fuhhhh.. lama jugak..

rasanya macam malang jugak lah nasib kami ni.. menapak jauh-jauh tapi akhirnya kedai TUTUP..!! tak macam sakit hati pulak ye..??

sabar..sabar..

kami pergi ke kedai sebelahnya..nampak kedainya macam besar juga.. takpe lah pergi jela..kot-kot manalah tahu ada ketam dan udang juga..

"kak, kat sini ada ketam tak? udang?"

"tak adalah kak.. ketam habis...udang pun habis.."

"abestu makanan laut apa yang ada?"

"sorylah kak..semua habis.."

perghhh..! tak macam menyirap pulak kan?? takpe kasi tenang dulu..

"habes apa yang ada..?" aku tanya dengan nada controlnya...

"ada goreng-goreng jek.. tapi nasi habis.. yang ada mee-mee je lah.."

perghhh..kalau semua habis baik ko tak payah bukak kedai..! bagi tutup jek terus kedai ko tu..!!

"takpelah..bagi saya mee bandung satu dengan tomyam campur satu..letak daging dengan ayam ye..."

"ok kak.."

dalam hati aku HAMPA betul..!! dahla datang jauh-jauh tapi makan mee bandung..! perghh.. baik aku masak sendiri kat rumah letak segala khazanah laut..! lagi puas hati..! takpe kita lihat hasil masakan akak tu tadi..gempak ke tidak..!

"kak..minta maaf banyak-banyak, daging habis la..........."

ko rasa macam nak bagi akak ni makan kasut saiz ape ye..??

"abistu apa yang ada? ayam je la..? takpe la letak ayam je la"

sengal punya kedai..! datang jauh-jauh nk makan macam makan kat kedai kaki lima jek ek??

lama juga kitorang tunggu.. 15 minit.. hati dah panas..bertambah pulak dengan kepanasan air ni..ok.. akhirnya sampai juga makanan yang kitorang order..

perghhh..rasa macam tak boleh blah.. geram pulak aku... aku makan sesudu dua jek... lepastu aku blah dari kedai tu dek kerana geram menimbul..!

takpe lain kali tak akan ku jejak lagi ke gerai ini.. huh..sakit hati.. bukan apa.. kalau kau dah tahu stock makanan mentah kau dah habis, tutup jela kedai tu awal.. kenapa nak kejar untung sangat? sedangkan bahan-bahan kau tak ada kat gerai kau.. kau bagi orang makan 'alar kadar' jek.. berdosa tahu tak..!!

orang datang ke kedai kau nak makan..berilah la layanan elok.. persekitaran tu biarlah bersih..kan tempat pelancongan... isshhh.. tak pahamlah aku.. tapi aku memang SERIKKKKKK dah nak makan kat sana..!!

mood : tension/ marah/ hampa/ sedih.... =(


Tiada ulasan:

LinkWithin

Eh, ada entri berkaitan rupanya..

Snag a button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...