sila klik dan berikan ikan saya makan...kesian dia lapar =p

SUKA BLOG INI?

Who's Read..?

online counter

nuffnang

12 Februari 2011

Percutian di Melaka - CNY

(kanak-kanak riang-ria =)

rasanya agak basi jugalah cerita yang aku nak cerita kat korang ni.. agaknya kalau makanan, dah lama kena 'lempo' kat bakul sampah kot..

tapi aku tak kira jugak..!! nak cerita jugak..!! hahahahahah...

ok..jangan bosan ye..

CNY yang lepas..means minggu lepaslah.. warga office aku ada buat family day.. so untuk aku yang single-mingle yang belum berkeluarga ni, haruslah pergi jugak..yelah..kalau tak pergi rugi tau..!

(single-mingle)

nasib baik aku ditemani cik saidah yang single-mingle jugak.. hahah..so bertemanlah kita ek? hahah..yelah..lagipun dah lama tak jumpa kan sidah oiiii...!

hampir semua warga office aku mengikuti percutian yang indah ini.. mereka pun tak terlepas peluang 'menayang' isteri dan anak masing-masing...

cehhwaahhh..

abes yang aku single-mingle ni nak nayang apo..? hahahhaha...!!

aku akan pendekkan cerita yang sudah pendek ni.. kami bertolak dari office ke Bandaraya Bersejarah dengan menaiki sebuah bas.. ok lah bas tu..ada aircond jugok..

(keadaan di dlm bas yang agak tunggang-langgang)

sepanjang perjalanan di Johor Bahru jalanraya kelihatan lengang.. aku hampir 'jakun' jugak melihat tiada kenderaan yang berasak-asak seperti hari-hari biasa..

wahh...jalanraya aku yang punya.!! hahaha..

ok.. masuk je tol Skudai.. perjalanan ok lagi.. yong peng... dah tak berapa ok dah.. perjalanan kami dah start jem..!!

banyak kemalangan sana situ sini.. tapi tak teruk.. banyak yang langgar belakang.. so tak berapa serius bagi aku.. agaknyaaa laaaa...

so, destinasi pertama kami apabila sampai di Melaka ialah, mengeyangkan perut di Taman Botanical Garden.. bolehlah masakan dorang.. ermm..

(tak lupa jugak pada limau yang masam dan air manis macam madu =)

lepastu kami diterbangkan (Cehhwaahhh..) ke Zoo Melaka.. ramainya orang.. tak tipu..!

amat ramai sekali manusia..!!

ishhh..dorang ni tak reti nak cuti ke..?

(muka-muka yang agak sengal sebelum melihat haiwan)

(muka-muka yang amat ceria sekali selepas dapat tengok haiwan)

lama jugak kami menghabiskan masa di Zoo Melaka melihat haiwan ciptaan-NYA.. amat teruja sangat..

(muka yang takut akibat takut digigit kuda..hahhaha)

so yang tahu jadi lebih tahu.. dah yang tak tahu dah jadi tahu.. bagus tu..! satu pembelajaran ye anak-anak...!!

(muka yang ceria selepas dapat lihat pertunjukkan haiwan)

lepas kepenatan melayan haiwan-haiwan liar, kami di beri tempat penginapan di sesebuah Resort di Klebang yang pengurusannya agak 'ya ampuunnn..sumpah tak datang lagi..' hahahah..!


(pandangan dari resort 'tersebut')

takpe laa..layankan aje.. dah kata free kan.. balun jela.. lagi pun setakat nak tidur je di resort tersebut.. sebab kami banyak aktiviti luar..

(bilik yang bersepah kerana kami yang menyepahkan..hahaha)

malamnya kami dibawa untuk melihat anak bulan.. ok.. u allz jangan terkejut beruk ok..kita ni tengok anak bulan bukan setakat nak puasa atau raya baru nak pi tengok tau..! sebenarnya setiap bulan (kalender Islam) kena tengok anak bulan.. masa kami lihat anak bulan tersebut untuk bulan Rabiulawal..

memang cantik lah..! pemandangan yang indah di tanjung bidara... melihat matahari terbenam.. macam cerita 'Autum In My Heart' gituewww...

(gambar real tau.. sebelum matahari terbenam..jgn jeles..!)

jangan jeles ok..!

pengalaman pertama dapat tengok anak bulan secara 'real' dan mempelajari ilmu astronomi serba sedikit.. so dah tahu lah bagaimana nak tentukan arah kiblat.. dah tahu bintang yang paling terang itu rupanya planet..

wahhh..rasanya 3 jam disana tak cukup mempelajari ilmu-ilmu tersebut...

ok..balik ke resort untuk tidur.. zzZZzzzZZZZzzzzzzzzzz.......

aktiviti pagi untuk hari kedua adalah sukaneka.. wahhh.. ketawa giranglah anak-anak ye.. aku pulak kena acara 'dadidu'..

(semasa pertandingan mewarna untuk kanak-kanak)

ingatkan susah bagai acara tersebut, rupanya senang giler..! baling dadu jek.. hahaha.. baling-baling..hahah.. ok aku dapat tempat ke-2.. ok lah tu..kira hebat jugak..!

tengahari time..! lunch hour..! MAKAN..!

hidangan pun dah tersedia rapi..tak sabarnya nak makan.. perut dah lapar ni..

mak oiii..!! ni lauk semalam ke?? kenapa menunya tak ubah seperti makanan semalam..? apa punya pengurusanlah..!

kerana lapar yang teramat, aku gagahkan juga untuk makan.. heheheh..

untuk aktiviti petang pula kami akan pergi ke bandar Melaka.. ke Menara Taming Sari.. tapi sayang..aku tak dapat naik sebab ramai sangat orang berasak-asak nak naik. ishhhh...

(gambar real ni..penat mendongak ambil gambar)

kerana ramai sangat manusia di situ, kami jadi 'malas' pula nak melawat ke tempat-tempat bersejarah.. kami hanya SHOPPPPINGGGGGGG..!!

heheheheheh..

ok..dapatlah 6 paket dodol, sehelai baju, 3 keping belacan, 2 paket asam jawa... rasanya cukup kot nak buat ole-ole untuk mak ayah.. hahaha..sebenarnya tak tahu nak beli apa.. setelah penat membeli-belah, kami melepak di kedai makan.. orderlah milo ais dah roti john..

air milo yang ------> banyak susu, kurang milo..

roti john yang ------> hangus, tak ada mayonis, telur, daging, dan sayur..!!

(hangus.. sos cair..!)

apa punya kedailah..!!

ok..dah masuk malam kedua di resort tersebut.. sekarang tibalah malam kemuncak penutupan untuk family day kitorang.. malam barbieqiu..hahaha

(suasana suram malam BBQ akibat 'hangus')

ermm..!

amat mendukacitakan..!!

makanana BBQ kami yang dimasak oleh pekerja resort tersebut SEMUANYA HANGUS..! sampai hotdog pun boleh hangus..? weii..korang berangan ke hape..? dahlah muka tak ceria.. masam macam cuka..!

nasib baik muchroom sup kau sedap..! hahahah

antara menu hangus ialah :

- ikan cencaru/kembong hangus
- kambing salai hangus
- ayam panggang hangus
- hotdog hangus...


tak lupa juga sos black paper yang cair macam air sarsi..!

ok.. sekian terima kasih..!

malas aku nak cerita panjang.. sakit hati tau..!!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Eh, ada entri berkaitan rupanya..

Snag a button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...