sila klik dan berikan ikan saya makan...kesian dia lapar =p

SUKA BLOG INI?

Who's Read..?

online counter

nuffnang

13 Mac 2011

[mood: tak ada kerja] IKLAN PERFUME TERHANGAT..!!

kami ni memang suka bergambar..pantang nampak ada masa terluang.. bergambar dengar camera laptop pun jadilah.. hehehe. jom layan pic 'iklan sebentar bersama perfume...'

[mungkin satu hari nanti akan jadi cover iklan] hahahha...

[harum semerbak]

[menghayati haruman sebenar]

[nak try ke..?]

[aksi terlarang.. dont try at home]

11 Mac 2011

saya bencilah kawan macam awak..!

mungkin entry ni berkait rapat dengan "no money no talk lah"... emmm... saya menyampahlah kat awak wahai kawan..!

time saya susah, nak minta pinjam duit RM20-30, cakap memanjang jek tiada.. tapi awak tak ingat ke bila awak susah? saya ada juga hulurkan RM20-50 juga tau..

saya bukan nak mengungkit.. tapi saya sakit hati bila kenangkan kembali perangai awak tu..! tak patut awak buat saya macam ni..!!

dan saya tak pernah mengharap kembali apa yang awak pinjam dari saya, kamu pulangkan kembali..

cuba ingatkan kembali, barang apa yang awak dah pinjam dari saya dan sampai sekarang awak belum pulang-pulangkan kepada saya..?

patut ke saya ingatkan awak berulang-kali supaya pulangkan barang yang awak pinjam tu..? tegar ke saya sebagai sahabat bagai nak melukut di tepi gantang meminta-minta barang sendiri dari sahabat sendiri..?

awak...! kalau awak dah terbaca entry saya kali ini, lekas-lekaslah pulangkan barang tu kepada saya...

prinsip saya senang je :: kalau saya dah minta awak pulangkan barang/hutang saya 3 kali, lepas tu saya tak akan minta lagi..so, awak tolong lah paham..!

saya bukan nak malukan awak, dengan menulis entry ni.. saya tak mention pun nama awak dah kira baik tau..! saya pun tak nak malukan sahabat sendiri..

so tolonglah paham saya..!

berapa banyak barang/hutang saya awak ambil dan tak pulang-pulangkan..? tak kan saya nak minta macam sang pengemis..?

ishh.. awak janganlah berperangai macam tu..kelak awak akan kehilangan kawan dengan berperangai begitu..

bukan saya tak tahu, kawan lain pun dah sibuk mengatakan hal yang sama tentang perangai awak.. dah lah..

=)

p/s: bulan 3 ni, dah masuk setahun awak tak pulangkan barang/hutang saya tu...!

06 Mac 2011

NO MONEY, NO TALK LAH..!!


lagi terang nak bersuluh lagi, dah siang nak berlampu bagai lagi..! hahahah.. macam tu lah awak..!!

hidup tak ado pendirian.. ya hado..!!

apa nilai persahabatan bagi anda..? adakah nilai persahabatan anda bernilai RM5.00? RM10.00 atau RM1.00?

jawapannya ada pada anda sendiri..

tetiba nak tulis pasal this entry sebab baru lepas melihat rancangan 'macam-macam Aznil' di astro.. this topic kali ini mereka membincangkan tentang nilai sesebuah persahabatan, hutang dan kasih sayang mana yang lebih berharga..?

  • situasi pertama...
sahabat..?? time kita senang tiba-tiba jek muncul ye..? muka kita baru lepas keluar kat paper sebab menang cabutan bertuah bla..bla.bla.. tetiba jek ramai pula yang menhantar SMS tak juga ramai yang menelefon mengucapkan tahniah bagai..

lepas tu muncul lah sorang dua yang mengadu soal kewangan bagai, nak pinjam duit, ada juga yang tanpa segan silu suruh kita belanja.. tak tahu malu..!

bila kita tak nak belanja, cakap kedekut lah.. kemut lah.. itu lah.. nak bolot sorang lah..lupa kawan lah.. aishhh..pelbagai kata-kata dilemparkan.. ishh..! tak kuasa mak..!

hello.. yang menang aku.. bukan kau..! dulu time aku susah, ada ke korang pandang aku..? hehehe.. ni adalah salah satu steatment yang akan dikeluarkan jika tahap kesabaran tidak dapat dikawal dan terkawal lagi..

  • situasi kedua...
ok, sedang lepak-lepak bersama-sama kawan di kedai minum 'angah D&C' sambil mengorder chiken chop RM5.00 dan air sirap berharga RM1.20.. yang sorang sahabat mengorder sama macam saya order.. kita keluar berdua jek.. saja menghilang bosan..

steatmen mula-mula nak kuar saya bagi tahu, makan sendiri-sendiri bayar.. no sponser-sponser.. bila tiba dikaunter, juruwang mengtotalkan jumlah yang kami melantak tadi.. " Dik, semuanya RM12.40.." so maknanya sorang RM6.20

masing-masing berpandangan, tanda siapa yang akan bayar.. hello, kan dah cakap bayar sendiri-sendiri.. tiba-tiba kawan aku cakap..

"zila, kau bayar dulu pakai duit kau, aku ada RM50.00 la..tak ada pecah.. nanti aku bayar ESOK"..

sedikit rasa menyirap.. alasan kalau tak nak bayar yang paling femes ialah "duit RM50.00 tak ada pecah"

so, ESOKnya bila berselisih, tak kan kita nak mintak " oit, semalam kau hutang aku RM6.20..bila nak bayar.."

tergamak ke anda nak minta kat kawan RM6.20 tu..? sepatutnya dia paham-paham lah dah makan duit orang..bayar lah..!

bila kawan tu tak bayar, mulalah kita bercerita kat orang yang dia tak bayar hutang kita.. lepas tu mulalah timbul cerita-cerita yang kurang enak..

adakah nilai persahabatan kita berharga RM6.20..??

kepada sang sahabat, janganlah jadikah alasan RM50.00 tu sampai tak nak bayar.. kenapa? sayang sangat ke nak pecah duit RM50.00 tu? sendiri pikirlah wahai sahabat..!

kalau anda sayang akan persahabatan anda, lekas-lekas lah bayar hutang.. walaupun berharga sepuluh sen..

dulu saya ada seorang sahabat, minta keluar outing sama-sama, teringin nak makan steamboat katanya, tapi dengan syarat saya yang belanja..hahahahanjing betul lah.. janganlah buat orang macam tu..kelak kepercayaan itu akan hilang hanyut bersama niat jahat awak tu walaupun hanya gurauan, sebab kita tak tahu niat orang hendak bergurau atau sebaliknya..seeloknya sebelum menyusun kata-kata, fikirkanlah ayat itu sesuai atau tidak..

so kita ambil pendekatan yang simple je hari ini..

NO MONEY NO TALK..!!

05 Mac 2011

[INFO] KURANG TIDUR, MATI AWAL. ADA BRAN?


LONDON: Penyelidik berkata, seseorang yang tidur kurang enam jam setiap malam 12 peratus lebih berpotensi besar mati lebih awal.Bagaimanapun, dalam kajian sama, mereka juga menemui kaitan tempoh tidur lebih sembilan jam sehari dengan kadar kematian awal.

Ketua penyelidik di Universiti Warwick, Francesco Cappuccio, berkata seseorang yang tidur sedikit akan mengalami diabetes, kegemukan, tekanan melampau dan kadar kolesterol berlebihan.

“Kami berpendapat kekurangan tidur dan penyakit mempunyai kaitan kerana mekanisme hormon dan metabolisme,” katanya dalam laporan disiarkan jurnal Sleep.

Kajian dilakukan di Naples, Itali, membabitkan penyelidikan selama berdekad-dekad di seluruh dunia membabitkan 1.3 juta orang.

Kata Cappuccio, pihaknya yakin tempoh tidur seseorang membabitkan isu kesihatan awam dan perlu dianggap sebagai risiko oleh doktor.

Khasiat Buah Pisang

Perhatian:

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda .

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh .

Stress:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah .
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!


PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering.
Menakjubkan!

dah tak ado koje namanya ni...hahaahha








hakhakhak...tak ado koje aku ni dok upload gambaq sendiri.. hahahaha... thanks you for visitor.. come again dear..!

LinkWithin

Eh, ada entri berkaitan rupanya..

Snag a button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...