sila klik dan berikan ikan saya makan...kesian dia lapar =p

SUKA BLOG INI?

Who's Read..?

online counter

nuffnang

17 Mac 2011

saya suka bila Stephen Rahman Hughes cakap melayu... tersentuh di hati..


malam tadi dapat juga aku tengok citer "Hikayat Merong Mahawangsa".. hahaha.. tu lah dorang cakap best sangat citer tu.. aku pun tak ketinggalan juga nak tengok..

bagus filem ni..pandai penulis skrip menyelit unsur cinta, negara, agama dan politik.. betapa hebatnya tanah melayu pada suatu ketika dulu..

mungkin kita tidak pernah merasai nenek moyang kita mengadaikan nyawa demi menyelamatkan tanah air dari ancaman luar..

filem ni juga menggunakan Bahasa Inggeris 70% dan selebihnya adalah Bahasa Melayu.. ada juga bahasa China dan Rom...

Stephen cakap Merong Mahasuasa adalah abang beliau.. dan dia adalah Merong Mahawangsa.. part ni paling kelakar...!!

bessstttt....!!

aku suka part bila Putera Rom datang untuk dikahwinkan dengan Puteri China.. yang inang, boleh buat lawak bodoh pulak..hahahah.. pecah punggung satu panggung... hahaha

part bila Stephen cakap melayu pun kelakar kalau tak silap aku dia cakap "dahlah tua bodoh, mulut bau busuk" wakakakakka..

pantun ibu Merong pun best.. tak ingat pulak rangkap pantun tersebut.. banyak bahasa klasik.. tapi jangan risau, bahasa yang mereka gunakan boleh kita faham...

kebijaksanaan raja Merong memang tak dapat disangkalkan dengan menggunakan cermin Puteri... buat pantulan cahaya gitu..

yang paling kelakar bila tengah part klimaks, masa tu tengah berlawan habis.. ada askar terbunuh..tapi ada yang pejam mata, lepastu bukak mata.. pastu tutup balik.. adoiii... buat spoil la awak abang askar...!

inang pun kelakar bila dia buat-buat kena panah..hahahha.. tapi pengakhiran ceritanya tak nyatakan pun inang tersebut terselamat atau tidak..

pertanyaan aku untuk filem ini : mana datangnya Raja Iskandar tu..? anak sapa..? ada sesiapa boleh jelaskan..? emm..tak kan lah anak merong dengan embok..? dorang kan.... tetttt... dah lah..

hahahah...

macam tergantung pulak cerita tu...

sedih bila laksamana China terbunuh.. sedihh....

dan yang paling sedih bila Raja Merong mati.. hukhukhuk.. so sad..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Eh, ada entri berkaitan rupanya..

Snag a button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...