sila klik dan berikan ikan saya makan...kesian dia lapar =p

SUKA BLOG INI?

Who's Read..?

online counter

nuffnang

14 September 2014

nostalgia telefon zaman dulu hingga sekarang

as salammualaikum w.b.t

tengokkkkkk.. setahun koooo tak di update blog ni.. berabok.. usang.. semua ado.. hihi.. busy lah dengan kelas beading.. alhamdulillah byk juga permintaan.. syukur atas rezeki oleh-NYA..

ok la entry kali ni nak cerita pasal nostalgia jaman-jaman telefon.. daripada jaman bapak aku ke jaman aku (jaman moden)

tercetusnya nak tulis tentang tajuk ni bila aku bukan pesbuk bebudak2 sibuk niaga pung pang pung pang telefon 'rare' katanya renew balik tepon jaman tok kadok.. bila tertengok tepon Nokia 3310.. Motorola.. aduhh.. seperti jantungku di robek.. teringat balik ada cinta di antara cerita tepon yg bakal korang dengar sebentar lagi.. hihihi

1. NOKIA 3310

aku tak berapa nak ingat jaman bila kegemilangan  teknologi moden (ermm..teknologi la sgt..tenet pun takde) ni bermula... tapi ingat-ingat lupa aku ni masa aku form 2.. mase tu cukup hebat dengan brand NOKIA 3310.. mana-mana saja letak dalam poket.. tepon tu berat.. so sampai londeh seluarnya.. hakhakhak... tp aku check kat tenet td katanya release date tahun 2000.. masa aku darjah 6.. tp mase tu sapalah yang mampu nak beli kan...

masa aku form 2, kawan aku ni masa kat sekolah agama siap tunjuk enset yang dia baru beli.. engko pengawas mmg la tak kene rampas.. cube org lain bawak sure kene rampas.. (sakit pulak ati kita..)
dia dok tayang kiri kanan enset 3310 dia.. tanyalah jugak berape beli.. dia cakap rm600.. mah aiihhh.. sama macam gaji mak aku jek... jenis kawan aku ni tak kedekut.. so orang dah booking awal2 nak main game kat tepon dia ni.. maklumlah 3310 seminggu pun tahan baterinya.. lepas org ni main.. orang tu pulak.. sampai la abes waktu sekolah pukul 6.30ptg.. punya dasyat penanggan enset 3310 ni..

nak diceritakan banyak ni nostalgia enset 3310.. siap ade yg sanggup beli buku ringtone.. pastu balik rumah taip seketul2 kod lagu.. (orang tu aku la..)

tak ketinggalan jugak bapak aku beli la juga tepon 3310 ni.. hihi.. ape lagi..godekkk lerr... dulu lampu hijau...pastu lampu biru.. yang paling letest lampu putih.. kan..kan.. sape ingat lagi..?? pastu boleh tukar wallpaper.. ade gambo smile.. gambo pokok kelapa n pantai dan macam2 lagi..

paling best Nokia 3310 dapat main game ular dan game tembak (lupa nama game) jauh juga perjalanan sampai dapat tembak raksasa beso.. hihi.. semua tu nolstalgia tu..

macam biasa bila akak aku dapat masuk Matrikulasi telepon tu telah beralih tuan.. biasanya anak dapat yg second jek... hihi.. lepas kakak aku pakai.. aku la yg pakai.. tapi masa tu orang dah tak pandang 3310 da.. sedih kannn..

aku abes pasal enset pertama..
 telefon Nokia 3310 kelabuhijau lampu biru (kepunyaan kakak aku)

telefon Nokia 3310 merah lampu putih (kepunyaan mak aku)

2. ERICSSON T10s

ni antara telefon yang aku pernah guna lah.. Sony Ericsson lipat... kaler biru.. hihi.. tepon ni nampak moden sikit dari 3310.. rasa macam orang kaya jugak pakai tepon tu.. boleh lipat lg ko.... mampooo.. hihiih

screen kecik jek.. sinonet jek.. kalau mesej tu boleh baca 3 line jek.. yang lain kene tekan next dan next.. tepon ni aku paling suka.... sebab nampak kecirian moden.. 

lampu tepon ni kaler hijau.. dan macam biasalah telefon ni beralih tuan selepas bapak aku beli enset baru.. baru lah dapat merasa pakai..  second.. bole la dari tak ade..

tp paling tak best, batang kat atas tu cepat patah.. aku punya dah patah sebab batangnya terjojolkan.. so line tak berapa nak kuat.. kene ikat getah.. hahaha

harga..? tak sure.. tepon free kan...
Ericsson biru...



3. ALCATEL 735i

tepon ni kepunyaan bapak aku.. tak silap aku tahun 2004 aku dapat rasa pakai.. tepon ni dah menuju ke arah kemodenan yang pesat jugak.. hehe

kalau tepon sebelum2 ini nada dering poliponik (eh betul ke) kali ni tepon Alcatel nada mp3.. maju selangkah.. hihi.. masa ni lah kita dengar radio tanpa gangguan dan tekan record.. lepastu save.. so bila orang call, sedap la sikit nada tu.. itu tandanya pakai enset mahal..! ahahah.. awal2 lagi niat dah tak betul..

dan lagi satu tersangat la moden adalah di sebabkan ade kamera..!! jaman dulu jakun.. sana sini snap gambo..

nak cari gambar kat internet alcatel warna merah tapi tak jumpe plak.. dan macam biasa.. tepon ni di secondhand kan dan diturunkan kpd aku...

siap ade selfie mirror lagi.. mampoooo ke nak berselfie??


4. MOTOROLA C450

enset seterusnya adalah bukan kepunyaan bapak aku.. ini adalah kepunyaan kakak aku.. enset motorola ni kecik molek jek.. ngam2 kat tapak tangan.. aku rasa tapak tangan aku lagi besar.. hihi

 enset ni dah di arus kemodenan jugak,.. dah wujud capaian internet..dan screen berwarna.. tapi nada poliponik lagi.. enset ni lama jugak la aku guna.. masa tu popular laman sosial mblog.. lebih kurang macam freindster.. macam biasa topup rm5 lepastu serving internet.. wahhh... syokk..!!

enset ni aku guna sampai jaman aku belajar masa tahun 2006...

enset motorola c450 yang comel lote..

5. MOTOROLA L6

seperti remaja yang lain yang sedang meningkat dewasa, keinginan membuak2 nak beli tepon baru.. tup tup masa tu duit PTPTN baru je dapat.. ape lagiiii.. rembat sebijik la... tapi semua tu dengan keizinan bapak aku..

masa tu tahun 2006 kot rasanya.. beli enset ni dengan harga rm600.00 .warna hitam. masa jaman tu mmg menjadi kegilaan gadis-gadis untuk memilik enset yang selim lagi canggih... Motorola L6..

design yang cantik dan slim dan ringan... nada dering pun dah canggih.. boleh dengar suara orang... paling suka enset motorola ni sebab setiap application kita boleh kunci dengan security kod.. so takde lah sebarangan orang boleh menceroboh di ruangan mesej dan gambar (terutamanya..) dan macam biasa enset ni tahan 2-3 tahun jek.. lebih kurang macam enset sebelum2 ni yang aku pakai... mmg begitu agaknya expired hidup enset2..

now aku masih lagi menyimpan enset ni.. sbb enset ni sama dengan pakwe aku (laki aku sekarang).. mampoo ko.. kenangan mengusik jiwa namanya tuuuu...

lebih kurang mcm ni la keadaan enset aku sekarang ni.. keypad tercabut2..

6. SONY ERICSSON W910i (WALKMAN)

bila aku dah dapat gaji yang pertama kerja gomen, apa lagi.. beli enset sony ni.. pertama kali beli 'aset' guna duit sendiri.. masa tu tengah zaman kegemilangan enset walkman ni.. masa tu beli dengan harga rm600 kalau tak silap.. warna putih..

enset ni best.. selain menampakkan rupa paras yang agak moden.. enset ni dah kira canggih la bagi aku... boleh 3G.. gambar pun terang wlaupun kamera 2mp jek.. dan paling best speaker dia mmg terbaik.. kalau dengar lagu, jiran sebelah pun boleh dengar..

nak dikatakan cangih, enset ni kalau kita goncang ke atas automatik akan dengar lagu dalam file.. dan kalau kita goncang ke kiri atau ke kanan akan tukar lagu lain.... best..best..

tapi macam biasa la.. enset ni pun tahan 2 tahun jek.. ermmm.. tangan panas kot aku ni.. tapi enset ni rosak sebab screen masuk air.. disebabkan gaduh dengan pakwe (laki aku sekarang) nagis2.. dan air mata masuk dalam screen tu.. akibatnya paparan tak keluar.. tukar screen baru rm100 warranty sebulan jek.. bila benda ori kita tukar benda tak ori, tahu2 jela jadi ape kan.. memang tak bertahan la kan.. tahap beberapa bulan jek... lepastu kelam jek screen...kadang2 ok jugak..kadang2 K.O..

sampai sekarang enset ni masih ada.. aritu cuba try charge.. alhamdulillah.. masih bernyawa lagi... 




7. SAMSUNG GALAXY MINI

enset ni aku beli masa bulan puasa.. masa tu dapat duit dari upah menjahit manik... alhamdulillah..masa bulan puasa tu ramai yang tempah manik dengan aku.. nak dikira2 dapatlah pendapatan sampingan masa tu rm1000.00.. terus aku amek rm500.00 beli enset ni...warna putih

dan macam biasa..enset ni pun tahan 2 tahun jek.. enset ni ok la..tapi bateri cepat abes.. dan button nak tekan tu ade rosak sikit.. terus tukar baru...


8. SAMSUNG NOTE 2

Aku rasa benda ni paling mahal yang pernah aku beli dalam hidup aku.. keputusan nak beli enset ni pun aku pikir berbulan2.. yelah duit tu memang lah boleh dicari.. tapi nak berbelanjakan duit tu semata2 nak beli enset ni..buat aku pikir byk kali..

akhirnya aku beli jugak enset ni pakai duit kwsp aku... masa tu harganya rm2000.warna putih. menggigil jugak nak bagi cina tu duit.. tapi pejam mata la.. kita nak pakai benda bagus kan..kenapa bayarannya tak nak bagus jugak...??

alhamdulillah.. dah setahun aku pakai enset... jangan lah kau rosak di tahun kedua yer.. sebab nak ikutkan sejarah pemilikan enset2 yang aku pakai cube bertahan 2 tahun jek,, kalau rosak tak ke nangis aku.. kang nanti sibuk pulak nak pikir beli enset lain.. tapi kalau nak beli, rasanya nak beli tab.. nak cube rasa pakai tab.. huhu

31 Disember 2013

Belajar menjahit manik dari asas hingga pandai di Johor Bahru secara perseorangan atau beramai

Assalammualaikum wbt.

berita baik kepada warga Johor mahupun di Singapura.. Saya Nur Hazielah Beads akan mengadakan pembukaan kelas belajar teori dan teknik2 menjahit manik dari asas hingga pandai secara personal ataupun kumpulan bertempat di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.. Peluang ini terbuka kepada mereka yang berminat terhadap seni jahitan manik. Jangan risau kepada mereka yang tiada asas dalam menjahit manik, kerana saya akan mengajar anda dari teknik ke teknik. kepada warga Johor dan Singapura jom belajar manik dengan saya dengan harga yuran yang berpatutan. Kelas akan dibuka bermula bulan Februari 2014. sebarang pertanyaan boleh hubungi saya  Azila : 017-2737750.


Kelas Asas Manik
Yuran : RM70.00 SEORANG
Masa : 3-4 jam (bergantung kepada tahap peserta)
 Hari :  Jumaat atau Sabtu

-di ajar sehingga pandai.. dan Bonus 1 design
-makan disediakan
-peralatan menjahit dan manik disediakan. (dapat bawa pulang dengan manik lebihan dari sesi pembelajaran)




Kelas Manik pertengahan.

- Jentayu
-shiming floral
-roses
-bola2 chinta
-bunga reflesia
-teknik menjahit lace

Yuran : RM130.00 SEORANG
Masa : 4-5 jam (bergantung kepada tahap peserta)
Hari : Jumaat atau sabtu

-di ajar sehingga pandai.. dan Bonus 1 design
-makan disediakan
-peralatan menjahit dan manik disediakan. (dapat bawa pulang dengan manik lebihan dari sesi pembelajaran)




Kelas Manik Expert

-Pelbagai jenis Crumble
-Lace crumble
-rainbow crumble
-buble crumble
-teknik renjisan
-crumble roses (S)
-dan banyak lagi jenis2 crumble..

Yuran : RM170.00 SEORANG
Masa : 6-7 jam (bergantung kepada tahap peserta)
Hari : Jumaat atau sabtu

-di ajar sehingga pandai.. dan Bonus 1 design
-makan disediakan
-peralatan menjahit dan manik disediakan. (dapat bawa pulang dengan manik lebihan dari sesi pembelajaran)




** maksimum kelas beramai-ramai 3 orang peserta sahaja untuk satu sesi.

** jika anda membawa rakan seramai 3 orang peserta, anda berpeluang mendapat discount RM30.00

***alamat akan dimaklumkan kemudian selepas deposit diterima (deposit hendaklah dibayar separuh dari harga yuran).

***pemakluman kehadiran mestilah dilakukan seminggu awal.


berminat SMS KE  017-2737750

30 Oktober 2013

Puan Azila..!

Alhamdulillah...

pada tanggal 8 September 2013 / Ahad, aku selamat bergelar isteri yang sah kepada suami ku.. syukur.. segala penat lelah mencarik duit.. mencungkil idea untuk majlis perkhahwinan kami.. terima kasih pada kawan2 merangkap BFF yang sudi penat lelah bersama.. edy, juliza, fifi dan nizam.. thanks a lot..

naw..naw..

tunggu giliran edy... fifi.. dan nizam.. who is next..? alamak debo pulak kita wak.. cepat2 la korang kawin.. senang ati aku jugak.. hihi... mesti meletop wedding korang ek...

ok di ringkaskan cerita :

Andaman baju sanding dan mekap :
Raudhah Kasih, Taman Sri Kluang ( sebelah dengan Giant)

Mini Pelamin, Pelamin, hiasan bilik tidur dan meja makan damai :
Hairul Azuan (abang ipo...)

Kek :
Juju cup cakes

Candy Corner : aku ler..!

Catering :
Apandy Catering (Batu Pahat) tip toppp...!!

Gubahan hantaran :
Atiqah (My sista..!)

Photographer:
Kedai Kahwin Kami

alhamdulillah segalanya memenuhi bajet yang telah di susun.. bak kata orang.. lebih tiada.. kurang pun tiada.. semuanya menepati keperluan dan kehendak.. hihi

ok nak kongsi beberapa pic kawin yang tak seberapa...

ko tak tahu aku punya nak bergambo sangat di stesen ketapi kluang kemain seksanya.. dah la panas rentong masa tu.. naseb baik mekap mak andam tak cair ko..!! dengan nyamuk dengan mak jandanya banyak kan.. ko tahu la kan, seksanya bagaimana.. nak sangat berposing bagai mcm retis kan.. rasakan..!!


p/s: aku dah try berdiet .. tapi beso jugak badan ni.. aishh ape lah naseb..  takpe janji impian mak aku nak tengok aku sanding pakai baju merah tercapai...! aku suka bajunya..! macam retis ko..!!
















22 Julai 2013

persediaan nikah: contoh surat akuan bujang, kerja dan bermastautin bagi yg nak kawin

Assalamualaikum. .

Sejak2 akhir ni rajin bebenor mengapdate belok. . Nampok noh malehh  nak buat kerja kann?? Kan.. hihi

Ok la x nak citer banyak.. dibawah adalah contoh surat akuan bujang, pekerjaan dan bermastautin bagi mereka yang bekerja kerajaan..

Ok..

Selamat membuat surat..

Sempoii jek surat aku...


17 Julai 2013

BAJET KAHWIN : kira-kira bajet kahwin... final..!!

ok.. ini muktamad rasanya.. ecehh cehh.. ntah2 ade tokok tambah tak..?? hihi.. duit dah banyak pehabis dah 'demi' nak kahwin.. hahahah

baru nak kahwin.. belum lagi kehidupan selepas kahwin.. kalau selepas kahwin kemana pulak bajetnya eik....??

wallahuallam... mohon dipermudahkan segala urusanku ;)

berikutan adalah list yang aku dah bayar untuk majlis perkahwinan aku.. bayar sikit2..senang sikit.. kalau sekali harung, mau botak kepala aku...

 antara barang hantaran yg dah settle.. sila abaikan tulisan aku yg buruk -,-"

- kain baju nikah perempuan ---- settle
- pakej pelamin + baju sanding --- settle
- kad kahwin ---- settle
- doorgift --- settle
- hantaran L+P ---- settle
- baju kawin lelaki --- settle
- banner --- settle
- PA system --- settle

giler tak banyak perbelanjaan..

berikut pulak balance yang belum settle =p

- photographer --- balance lagik rm500
-  upah baju nikah perempuan --- rm150++
- kek kahwin --- rm300
- duit botton - rm80
 candy coner katanyaaa --- rm150

 tu diaaa..candy coner bajet ciput..!!

uawaaaa.... total rm1,180.00 mano eh den nok cokau duit ni... dah la nak raya.. beli kueh raya tak hengat duniawi,,,

insyallah.. simpan sana..simpan situ.. bila dikumpulkan cukup lah tu.. hihi

ok aku nak kongsikan botton badge untuk kendarat org kahwin.. memang sweet dan oshemmm... murah jer rm1.70 seketol.... minimum order 50 pcs.. hihi.. nak jugak buat sebab dia nampok sweet like me...

tolong jgn muntah..!!
sila tepuk tangan sebab korang terpilih dapat button badge... lompat tinggi2..

 aku nak design ni jugak..!!

aku jugak selalu lah berbincang nak itu ini masa kahwin dengan enchek tunang.. tapi ko tahu dia jawap apeee....

"sayang, majlis kawin tu sehari, u dah habiskan beribu raban... yg selepas kawin tu u nak berapa raban lagik.."

ok mak sentap ok..!!

betul lah ape yg dikatakan beliau (eh beliau pulak) tapi nak buat macam mana.. memang naluri seorang bakal pengantin perempuan selalunya begitu... berangan mengalahkan bajet... berangan mengalahkan retis.. berangan mengalahkan org kayo...!!

lainlah mak jemah, dia memang dah kaya... hihihi

ok la.. aku pun memang terpikir gak kos selepas kawin macam mana.. nak sewa rumah.. nak beli barang elektrik.. nak beli sofa la.. beli meja makan la.. dan yang paling penting adalah katil.. hihi itu aset penting...

berikut merupakan perbelanjaan kami (eh kami ke) untuk bajet selepas kahwin :

sofa : rm500 (beli yang murah jerrrrrrr..asal tak patah sudah)
meja makan : rm300 (jugak yang hok murah.. kerusi ade 4.. cukuplah tu..esok dah beranak pinak beli yg kerusi 8 punya)
kabinet dapur : rm300 ( ini penting bagi aku sebab tugas seorang isteri salah satunya adalah di dapur...)
set bilik tidur : rm900 ( ini juga penting.. hihi... takyah cerita banyak korang pun tahu kan)
tilam : rm1500 (beli yang mahal sikit..boleh tahan lama.. hihi...)

total : rm3500.00 (enchek tunang sila bahagikan dua.. berat sama dijinjing.. ringan sama dipikul)

 berikut adalah perabot yang bakal nak beli... oshemmm..!!

 perancangan awal selalunya ditokok tambah..

setakat itu, ini je la.. sebab peti ais, mesin basuh memang aku dah ade.. nasib baik jugak la aku dah ade rumah sewa... so tak payah nak pening kepala nak pikir nak duduk mana lepas kawin,,, (aku kene 'halau' budak umah aku) sewa rm400 sebulan.. ok la.. rumah kecik.. so takyah nak letak perabot banyak sangat.. nanti nak lalu pun terpeleok..

aku rasa itu je kot..cukup lah.. tak mampu dah aku nak mengorek duit ASB tiap2 bulan.. masuknya tak pernah,,, asek keluarrr ajek.. sedih kalau mak aku dengar ni..

 contoh kad kawin yang dah siap... tarikh terpaksa dirahsiakan atas sebab tertentu.. feeling diva ok!

p/s: semasal 17.7.2013 dapat anak buah lagi sorang.. sweet...

comel tak anak buah ku.. Ghaisan ihsanul Hail... klu nak menyebut tu kene 3 harkat ok...


ok tammaaatttt...



16 Julai 2013

cara dapatkan full nyawa untuk candy crush saga

kredit untuk belok http://cikepal06.blogspot.com/

Harus cuba..diulangi... cuba.. makanya lepas ni Bong Moktar  boleh main candy crush tanpa minta nyawa tak...???

Hehe..gurau je...

Aku tak pasti tsunami apakah yg melanda remaja, mak org, bapak org dok main benda ni.. ade ke best nya ke??

Aku dah hampir terjebak 2 bulan main candy crush ni... asal tgh feeling kuat, masa tu nyawa habes sampai aku terpaksa menjaja kat pesbuk suruh dorang bg nyawa.. hahaha..

Gilerr tak ko rasa candy crush ni.. sampai ade yg bergado sbb org tu x tolong2 dia bg nyawa or tiket..

So dihari yg mulia lg barakah.. aku nk share mcm  mana nak dapat nyawa  yg full lg penuh.. so lepasni pastikan anda tidak kehilangan nyawa sebab dok hadap sgt main benda ni, so mati kerassss...

awassss yer adik2...!!
untuk korang yang guna version android.. pergi bahagian setting, lepastu kelik date n time...

lepas tu unclick kan automatic date time.. kalau tak paham sila rujuk gambar rajah di atas

lepas tu pergi bahagian tarikh.. perawalkan tarikh sehari.. contoh tarikh hari ini adalah 17hb.. so ditukarkan kepada 18hb.. sila buat ikut tarikh anda memasing..!!


tadaaa... megik..megikk.. nyawa dah full... hihi.. aku ade setok nyawa 34 lagi.. korang hado....?? lepasni boleh tak yah aku nak sebok2 minta kat orang mintak nyawa..hahaha... mak kaya..mak kaya...

p/s: aku baru level 135... tolong jangan gelak...!!!


LinkWithin

Eh, ada entri berkaitan rupanya..

Snag a button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...