sila klik dan berikan ikan saya makan...kesian dia lapar =p

SUKA BLOG INI?

Who's Read..?

online counter

nuffnang

04 November 2012

Indahnya Hidup jika......

Asslammualaikum wbt.

lama betul tak mengapdet belok.. busy u allz.. almaklumlah, hujung2 tahun.. banya perancangan harus dibuat sebaik mungkin. Alhamdulillah event peringkat kebangsaan dah selesai.. lepas ni boleh lah kak peah berehat dari membuat surat 10-20 surat sehari.. nak macam mana.. inilah rutin kerja seorang kerani =) tak gitu awok...


berpatah balik dari tajuk sebenarnya, "Indahnya Hidup jika.." ni nak mintak tolong sambungkan ayat senikata yang tak lengkap..

ok.. "Indahnya Hidup jika...."


  1. Dapat menjahit manik Full-Time
- best tau.. tak tahu nak describekan macam mana perasaan ni kalau bagi aku masa 7 hari 7 malam TANPA menjahit sehelai pun baju kasteme.. kiranya dalam masa 7 hari 7 malam tu aku nak tumpukan perhatian sepenuhnya tanpa berbelah-bagi dalam 3D..  design 3D ni cukuplah kita pandai dalam 1 design.. yang nak design pelik2 macam netting, peyote semua tu bergantung pada kreativiti kita dan cara kita mengaplikasikan teknik 3D yang dipelajari.. betul tak ape yg saya cakap ni cekgu...??
- sebagai contoh, teknik peyote.. kalau korang tak pernah cuba, pergi la cuba sekarang.. senang giler tau..!! ok. dengan teknik peyote tu korang macam2 boleh buat. tu semua bergantung pada kepandaian dan kelambatan seseorang dalam mengaplikasikan another design. dengan design peyote tu, korang akan tahu nak buat netting flower, bracelet and etc. nampak tak keindahan hidup jika aku dapat jahit manik full time kan..? tapi aku sayang giler dengan kerja gomen.. tup tup.. dapat bonus.. sape nak bagi kan..??

2. Dapat tidur time2 hujan

- ish.. tak tau nak cakap macam mana.. sekarang ni dekat Johor musim hujan.. celik je mata hujan.. pejam je mata hujan.. kene2 pulak time hujan ni nak kene kerja.. alahaiiii.. ghase macam nak tarik selimut balik. tapi apakah daya, tuntutan sebagai penjawat awam mengatasi segalanya =)
- time hujan, tido... lepas bagun tido pekena pulak ubi rebut cicah sambal tumis.. korang nampak tak kenikmatan kehidupan tu.. itu lah Indahnya hidup.... hehehehe

3. Dapat mengapdet belok dengan rasa semangat yang menebal

- agak panjang intro nya kan... yelah. bila nak apdet belok, masa tu la kerja sampai.. masa tu la nak menjahit.. sebagai blogger yang tak berapa nak tegar, amat menjadi kesalahan jika tak mengapdet belok dalam tempoh 48 jam.. tapi aku selalu derhaka dengan rules yang aku buat.. hehe.. 

4. Dapat duit berbilion-lion

- ni juga salah satu keindahan hidup yang tak putus-putus.. almaklumlah, 90% masalah datangnya dari kewangan.. heheh.. salah sorangnya aku la tu.. bershopping tak ingat dunia.. bila hujung bulan geget jari.. eleh..! tak payah nak cakap lebih la, korang pun sama kan..?? 
- korang pernah berfantasi tak, bagun dari tidur dah ternampak satu guni beras 50kilo berisi duit.. best woo.. time tu nak shopping tak ingat dunia pn takpe.. ishh... indahnya hidup kalau duit berkepok2..


dahlah..makin lama makin mengarut pulak entry ni.. hahah.. tapi responden menyatakan 95% kenyataan di atas adalah benar dan jitu.. hehehe

p/s : respondennya tu aku sendiri la.. hhihihihi

27 September 2012

DOA DHUHA

Asslamualaikum,

sejak beberapa minggu yang lepas halwa telinga ni acap kali mendengar radio ikim.fm ... alhamdulillah.. sejuak hati mendengar..

lagi sejuk bila terdengar dendangan do dhuha yang dilagukan.. masyallah.. indahnya.. puas mencari di internet siapa penyanyinya.. dengar suara macam kumpulan hujazz.. cari punya cari rupanya UNIC.. kumpulan nasyid yang paling diminati masa sekolah.. dorang dulu pemes dengan lagu see u di IPT.. remaja.. makam bonda.. dan banyak lagi.. siap beli keset lagi..

sesungguhnya kita manusia memang banyak dosa... tak tahu dosa kita ni seluas dunia mana.. masyallah.. Ya-Allah ampunilah dosa hambamu ini yang banyak melakukan kesilapan..



Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh


insyallah..~~

25 September 2012

Antara kena dan tak kena..

Assalammualaikum,

kali ni nak bercerita pasal match dan tak match dan kurang match.. eh korang tahu tak (tahu..tahu...) kan sebelum ni aku ada bercerita pasal yang pergi Jakel tu.. aku ada beli kain sipon dan lace..

kain tu kaler kuning air.. dan lace tu kaler puteh.. adakah korang rasa sepadan lace tu diletakkan di atas kain sipon yang berwarna kuning air tu...?? tak rasa kecacatan ke? kalau tak pakai lace tu rasa sayang sangat sebab beli dahlah mahal (bagi aku la..) pastu takan nak buang ke tepi je pastu lagi membazir beli lagi lace.. ohmaigottt.. aku bukan raya raya pun asek nak bershopping walaupun sayer kaki shopping.. hahaha

tengah buntu.. tolong bantu kawan2.. bagi la idea fresh2..

ada beader lain beri pendapat, guna je la lace tu.. nanti letakkan manik kuning banyak sikit. so tak ade la nampak kecacatannya..

=.="

sesuai ker..........????

tak rasa pelik.......????

abes nak buat macam mana.......???

takpelah kita try test error jela.. berserah dan pasrah jikalau hasilnya tak cantik.. ermmm.. tapi dalam hati aku tetap ada rasa 'kekurangan'

rasa menyesal tak suda pulak beli lace kaler putih berseri tu.. kalau lace warna cream ok lagi.. ni putihhh...?? ko jawaplah sendiri...!!


beginilah situasi aku sekarang... -,-"

aahahahahahaha...

23 September 2012

keminatan kasut GUESS yang teramat sangat pada abad ini..

Assalamualaikum..

mukadimah untuk entry kali ini ialah perbincangan kasut GUESS.. heheh.. skema giler..

ok la..sejak kebelakangan ini keminatan yang amat mendalam ingin mempunyai kasut branded.. tak dapat 3 pasang, sepasang pun jadi la ^,^"

tapi orang kata, kalau kita tak mampu, buat cara tak mampu.. aku separoh mampu.. antara rela tak rela nak menabur duit beratus2 hanya membeli kasut GUESS yang di idamkan lagi yang di dambarkan.. hahah

to me, kalau benda tu aku nak, harus dan harus dan harus juga aku akan mendapatkannya. tak kiralah dengan cara apa pun. tapi yang penting cara yang munasabah dan halal hokek.. jangan pikir aku nak mencuri pulak.. no..no.. itu bukan aku.. hehehe

satu hari di hujung2 bulan ni, aku ternampak la orang post gambar kasut GUESS kat pesbuk.. lawo.. tetibe berkenan pulak dihati sanubari ini.. kan.. hujung2 bulan.. gamaknya pahamkan jela.. duit dihujung tanduk la kiranya.. tapi dengan semangat yang kental aku 'nak' jugak kasut tu.. mula la aku open menjahit manik semula, walhal sebelum ni aku dah umumkan tempahan jahit ditutup ketat-ketat.. haha..

oleh kerana kasut GUESS punya pasal, aku rela bersusah dan payah mengorbankan masa tidurku untuk menjahit... dalam masa 2 minggu aku dah berjaya collect RM350.00 upah menjahit manik untuk 3 pasang baju.. kayo makcik..!!

lebih kurang beginilah rupanya kasut dambaan hati.. glamer kan...??

bila duit ada di tangan, tetibe terselit juga rasa kekeliruan.. antara nak beli atau tidak... aku ambil sekeping kertas putih berseri.. aku senaraikan antara pron dan cont..



lukisan yang tercantik pada abad ini...

korang nampak tak ape bezanya antara beli dan tak beli.. hahah.. kalau aku beli, duit 300+ tu keluar macam gituew jek.. dan kalau aku tak beli duit tu boleh pergi joli.. barangnya dapat banyak..

ermm.. pokoknya sama.. ke arah keboroson melanda.. hahah.. nak buat macam mana.. saya kaki shopping..!!

last in the story, aku tak beli pun.. duit tu pergi beli kain sipon dan lace kat Jakel tempoh ari tu.. kan... tak ada motip tetibe beralih arah hobi ini.. nak buat macam mana, saya kan suka shopping..!!

hahahaha

20 September 2012

[STRESS] minggu stress bermula

Assalamualaikum,

kali ni taknak beri ucapan alu-aluan.. malas.. heheh.. boleh gitu..? nak straight the point jek.. tak nak mukadimah bagai =)

tak tahu la kenapa dengan aku dengan minggu ni.. banyak yang menganggu.. stress juga -,-" hati banyak sakit.. badan sakit-sakit.. kepala banyak pikir.. inilah simptom stress.. ye.. memang teramat stress =( kesian kat kite..

nak cerita semalam punya cerita.. ingatkan nak tulis semalam, tapi rasa macam tak sesuai sebab hati tengah panas bak mentari.. hihihi.. kalau menulis time sakit hati, adanya karang entry ni tunggang terbalik dengan caciaan dan kehinaan.. hahaha

ok la.. sambung cerita..

semalam aku ade appoinment doktor.. pergi awal tau..! 6.30 pagi dah keluar dari rumah.. pukul 6.50 pagi dah sampai hospital.. berator panjang walaupun kaunter belum buka.. dapat nombor "8".. kira tak berapa nak corot la.. ok la.. orang kata top 10.. hehehe

nak jadikan cerita.. hari semalam banyak stress.. stress dengan doktor.. sebelum ni ada jumpe doktor berkenaan dengan penyakit aku tu.. bagus doktor tu.. penerangan pun bagus.. tapi semalam jumpe doktor lain, dia beri penerangan lain pulak.. ape ni?? mana nak ikut..?? dah la kene membebel dengan doktor.. tak cukup dengan tu asek kene warning "jangan lupa makan ubat!".. sekarang ni konpius samada aku nak ikut nasihat doktor yg pertama atau doktor yang semalam baru jumpa.. 80% kenyataan tidak sama..  mungkin pensyarah dorang lain2.. mungkin buku dorang study tu juga lain.. abes ape jadi pada pesakit..? mati kene tipu...??? stressss....

gua rileks jek kalau setakat 3 tabung.. dalam hati kecut..!

abes check-up pukul 8.40 pagi.. dah siap amek ubat bagai kat farmasi.. dalam perjalanan ke kereta, aku tengok ramai betul raksasa parking dan block kereta sesuka hati dorang..! berharap kereta aku tak di block..!

omaigotttttt... kereta aku kene block.. gila2x.. rasa macam nak maki hamun jek.. naik geram..! pergi buat annaouce 2 kali.. tapi tak ade pulak raksasa nak mengaku empunya kereta.. adanya karang aku buat macam iklan kat tb.. panggil truck ngangkut..

Gambar keteta yang suka-suki block kete orang lain.. i hate u...!!

10 minit, 30 minit, 45 minit, 1 jam... 1 jam 30 minit aku tunggu..! mak aihhh tak alih lagi kereta kau tu...?  betul2 menyusahkan orang.. dahlah  panas,. mandi peluh aritu.. pagi tu jugak dah lah aku kene attend meeting penting.. sekarang dah jam 10.00 pagi.. dah lambat 1 jam untuk attend meeting..? ohh.. stressnya..

enset ni jangan cakap la, berapa banyak kol dan mesej masuk dari bos.. yang bos ni pun tak reti bahasa aku dah royak awal2.. "kereta saya kene block, saya akan sampai pejabat bila kereta tak di block lagi.." gila skema ayat aku kan..??

kol lagi.. mesej lagi... omaigott.. tak paham2 lagi dia ni.. malas nak angkat dah.. lepastu terima lagi satu mesej:

kringgg...kringgg...!! (konon2 ringtone mesej begini..) hahahak..!

"naik teksi, nanti duit tambang boleh claim dekat saya. moga Allah permudahkan urusan.."

oh.. ok.. naik teksi.. selamat dengan jayanya sampai di opis.. tapi sadis sebab teksi tu panas.. bahang.. pakcik teksi kedekot nak bukak aircond.. dahtu aircond mengala dia sorang jek !@#$%^&

dah ler masuk opis lewat.. so semua jadi kelam dan kabut.. tangan dah jadi macam sotong.. kaki dah jadi macam lipas..  cer bayangkan..~~

masuk meeting pukul 11.00 pagi.. abes meeting pukul 12.45 tgh hari.. so inputnya hanya dapat 30% jek... bak kata pepatah masuk telinga kiri, keluarlah kau jua di telinga kanan..!

kehkehkeh... (ketawa paling manisss pada abad ini..)

lepas balik keje, pergi menyinggah JAKEL.. oh ini adalah perkara yang tidak disukai.. tapi keterpaksaan jua.. pergi juga mengadap pekerja yang hampir separoh menyombong...

pergi ke second floor.. biasa la tempat kain yang mahal.. aku tunjuk eksen konon2 banyak duit la.. padahal nak beli kan sipon jek.. takpe.. kalau pergi ke tingkat dua haruslah berlagak  macam orang kaya, barulah anda dilayan seperti pemaisuri.. hokek..!!

nasib tak baik hari tu dapat la pelayan perempuan yang belagak lagi sombong..!! minta kurang tak bagi.. bila tanya kat budak lelaki boleh jek.. eleh itu kes nak percent tinggi la tu..

"saya nak paling lace paling murah.. ada tak jual...?" dalam hati macam kecut jugak, baknya budak pompuan tu tunjuk kain lace yang beratus2 tu, mampoooo..?

"ni yang paling murah, RM80.00"

"kurang lagi tak boleh ke dik..." ~~ diwajah penuh dengan meminta simpati

"dop leh kak, kita bagi harga muroh doh.. kalu tok harga RM160.00 ni.. ni paling muroh kita wi.."

ooomaigottt.. ore kelate rupanya.. !@#$%

"saya nak beli 1/2 meter je.."

"kok amek la 1 meter, kalu 1/2 meter dop cukup nok wak tampal kat baju.."

eh..eh ko ni.. itu suka hati aku la.. aku yang memikirkannya nanti..

"ok, 1 meter..!!...""

terpaksa mengalah dalam teralah.. motippp..??

bila sampai rumah yang hanya menggunakan lampu kalimantan yg murah, aku macth kan dengan lace dan sipon yang dibeli..

omaigottt.. tak sepadan.. tak kene.. perghhh.. macam mana ni..? hodoh pun ada jugak.. aku pun publish di facebook minta pandangan beader2 yang lain.. sorang kata kene tambah manik kuning banyak sikit. yelah nak beli yang lain buang duit dan masa.. lagi pun lace tu rm80.. mahal tu.. boleh beli kasut apeeee... hahaha

takpelah..berserah dan pasrah je ape yang akan terjadi.. must be go on and on... on the floor.. hahaha..

insyallah, kot2 kalau cantik lace tu dimandikan dengan manik, aku share la dengan korang.. kalau tak, korang paham2 jela..

ok la sampai disini.. entry ni aku draf selama 3 hari.. mak oiii.. lamanya menyimpan.. maklumlah kerja banyak tertunggak tonggeng.. hehehe...

selamat membaca =)

13 September 2012

tolong bagi cik Ziela mood menulis belok..!!

Assalamualaikum,

sekarang ni banyak betul kerja.. kadang2 memang tak sempat nak jengah belok ni.. tian belok kita.. agaknya dah hampir berkulat kot ^,^
.
.
.
.
.
bukan ape, kadang2 memang kekurangan idea dan masa.. mood pulak tak mahu muncul2.. nyampah tau..!! kadang2 memang tak dapat dielakkan..

- bila ada mood nak menulis TAPI idea tak ada..??

idea ni kadang2 tak boleh nak perah kuat2 sangat.. bahaya..! karang terkeluar yg lain pulak kan...

- bila ada idea TAPI mood nak menulis tak ade...??

ni situasi yang paling kerap dan kerap dan kerap berlaku.. biasalah kita orang pompuan.. mood tu kene ada tempatnya.. heheh tahu2 je la.. <3

- bila mood ada, idea ada, TAPI masa tak ada..??

biasalah, saya ni kerja makan gaji.. kerja gomen ajer.. so semuanya "SAYA YANG MENURUT PERINTAH"

- bila semuanya 'tak ada'

ni tak boleh nak bantu.. kasi penyepak jek..!!

hahahah..

memang malas kan sayer...???

tapi tengah rajin mencarik duit.. boleh gituew...?? jom carik duit..


eh! tetibe ek..



LinkWithin

Eh, ada entri berkaitan rupanya..

Snag a button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...