sila klik dan berikan ikan saya makan...kesian dia lapar =p

SUKA BLOG INI?

Who's Read..?

online counter

nuffnang

06 Mac 2011

NO MONEY, NO TALK LAH..!!


lagi terang nak bersuluh lagi, dah siang nak berlampu bagai lagi..! hahahah.. macam tu lah awak..!!

hidup tak ado pendirian.. ya hado..!!

apa nilai persahabatan bagi anda..? adakah nilai persahabatan anda bernilai RM5.00? RM10.00 atau RM1.00?

jawapannya ada pada anda sendiri..

tetiba nak tulis pasal this entry sebab baru lepas melihat rancangan 'macam-macam Aznil' di astro.. this topic kali ini mereka membincangkan tentang nilai sesebuah persahabatan, hutang dan kasih sayang mana yang lebih berharga..?

  • situasi pertama...
sahabat..?? time kita senang tiba-tiba jek muncul ye..? muka kita baru lepas keluar kat paper sebab menang cabutan bertuah bla..bla.bla.. tetiba jek ramai pula yang menhantar SMS tak juga ramai yang menelefon mengucapkan tahniah bagai..

lepas tu muncul lah sorang dua yang mengadu soal kewangan bagai, nak pinjam duit, ada juga yang tanpa segan silu suruh kita belanja.. tak tahu malu..!

bila kita tak nak belanja, cakap kedekut lah.. kemut lah.. itu lah.. nak bolot sorang lah..lupa kawan lah.. aishhh..pelbagai kata-kata dilemparkan.. ishh..! tak kuasa mak..!

hello.. yang menang aku.. bukan kau..! dulu time aku susah, ada ke korang pandang aku..? hehehe.. ni adalah salah satu steatment yang akan dikeluarkan jika tahap kesabaran tidak dapat dikawal dan terkawal lagi..

  • situasi kedua...
ok, sedang lepak-lepak bersama-sama kawan di kedai minum 'angah D&C' sambil mengorder chiken chop RM5.00 dan air sirap berharga RM1.20.. yang sorang sahabat mengorder sama macam saya order.. kita keluar berdua jek.. saja menghilang bosan..

steatmen mula-mula nak kuar saya bagi tahu, makan sendiri-sendiri bayar.. no sponser-sponser.. bila tiba dikaunter, juruwang mengtotalkan jumlah yang kami melantak tadi.. " Dik, semuanya RM12.40.." so maknanya sorang RM6.20

masing-masing berpandangan, tanda siapa yang akan bayar.. hello, kan dah cakap bayar sendiri-sendiri.. tiba-tiba kawan aku cakap..

"zila, kau bayar dulu pakai duit kau, aku ada RM50.00 la..tak ada pecah.. nanti aku bayar ESOK"..

sedikit rasa menyirap.. alasan kalau tak nak bayar yang paling femes ialah "duit RM50.00 tak ada pecah"

so, ESOKnya bila berselisih, tak kan kita nak mintak " oit, semalam kau hutang aku RM6.20..bila nak bayar.."

tergamak ke anda nak minta kat kawan RM6.20 tu..? sepatutnya dia paham-paham lah dah makan duit orang..bayar lah..!

bila kawan tu tak bayar, mulalah kita bercerita kat orang yang dia tak bayar hutang kita.. lepas tu mulalah timbul cerita-cerita yang kurang enak..

adakah nilai persahabatan kita berharga RM6.20..??

kepada sang sahabat, janganlah jadikah alasan RM50.00 tu sampai tak nak bayar.. kenapa? sayang sangat ke nak pecah duit RM50.00 tu? sendiri pikirlah wahai sahabat..!

kalau anda sayang akan persahabatan anda, lekas-lekas lah bayar hutang.. walaupun berharga sepuluh sen..

dulu saya ada seorang sahabat, minta keluar outing sama-sama, teringin nak makan steamboat katanya, tapi dengan syarat saya yang belanja..hahahahanjing betul lah.. janganlah buat orang macam tu..kelak kepercayaan itu akan hilang hanyut bersama niat jahat awak tu walaupun hanya gurauan, sebab kita tak tahu niat orang hendak bergurau atau sebaliknya..seeloknya sebelum menyusun kata-kata, fikirkanlah ayat itu sesuai atau tidak..

so kita ambil pendekatan yang simple je hari ini..

NO MONEY NO TALK..!!

05 Mac 2011

[INFO] KURANG TIDUR, MATI AWAL. ADA BRAN?


LONDON: Penyelidik berkata, seseorang yang tidur kurang enam jam setiap malam 12 peratus lebih berpotensi besar mati lebih awal.Bagaimanapun, dalam kajian sama, mereka juga menemui kaitan tempoh tidur lebih sembilan jam sehari dengan kadar kematian awal.

Ketua penyelidik di Universiti Warwick, Francesco Cappuccio, berkata seseorang yang tidur sedikit akan mengalami diabetes, kegemukan, tekanan melampau dan kadar kolesterol berlebihan.

“Kami berpendapat kekurangan tidur dan penyakit mempunyai kaitan kerana mekanisme hormon dan metabolisme,” katanya dalam laporan disiarkan jurnal Sleep.

Kajian dilakukan di Naples, Itali, membabitkan penyelidikan selama berdekad-dekad di seluruh dunia membabitkan 1.3 juta orang.

Kata Cappuccio, pihaknya yakin tempoh tidur seseorang membabitkan isu kesihatan awam dan perlu dianggap sebagai risiko oleh doktor.

Khasiat Buah Pisang

Perhatian:

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda .

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh .

Stress:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah .
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!


PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering.
Menakjubkan!

dah tak ado koje namanya ni...hahaahha








hakhakhak...tak ado koje aku ni dok upload gambaq sendiri.. hahahaha... thanks you for visitor.. come again dear..!

27 Februari 2011

tak tahu lah nak tulis pasai apa kali ini..





ermm..? any gud idea..? i have no idea.. gggrrrr..!!

ffuuuhhhh..!
**wink.. ~ idea datang kembali..(sambil mentol tetibe muncul di atas kepala..)

ok..!

topic kita kali ini membicarakan tentang 'kanta lekap' atau lebih sinonim dengan pangilan contact lens..

ok..apa pendapat anda mengenai lens..? bagi saya, ini adalah satu transformasi yang bagus kepada mereka yang memakai cermin mata.. secara tak langsung menambahkan keyakinan kepada sang pemakai..

cuba bayangkan, kalau ada orang power cermin mata sampai 700++ mesti tebal cermin mata beliau kan..? memang sekarang pelbagai jenama cermin yang kita boleh dapati, dimana untuk menipiskan cermin mata tersebut..

walaupun pelbagai teknologi dicipta dengan rawatan leser untuk memulihkan 'rabun', namun kita harus memikirkan kepada mereka yang tidak berkesempatan membuat perubatan leser tersebut.. mungkin kos kewangan menjadi punca.. entahlah..saya pun tak berapa pasti..

tadi saya sentuh pasal 'menambahkan keyakinan'.. ok tahukah anda, atau adakah anda tahu, seseorang yang mengenakan cermin mata, akan agak kurang berkeyakinan berhadapan dengan orang ramai..?

mungkin fakta saya betul.. dan mungkin anda fikir fakta saya juga salah.. ok..saya nak tanya..: adakah anda salah seorang yang mengunakan cermin mata..?

tak..?

oh..maknanya anda tak merasai perasaan orang 'rabun'..
pernahkah anda memakai cermin mata..?

sebab tu, kanta lekap dicipta bagi mereka untuk mengubah cara penampilan..

takan lah, pergi audition 'Mentor', baju meletop..kasut tinggi tak hingat.. rambut curl bagai.. tapi pakai cermin mata.. tebal pulak cerminya.. macam tak kena kan..?

jadi, apa salahnya mengunakan contact lens... tapi bagi mereka yang tak biasa atau takut, baik tak payah guna..

hehehehhe.. jangan mara ye.. ni pendapat saya semata-mata..

for me..

saya suka pakai cermin mata..tapi lagi suka pakai lens..


saya telah mengunakan lens hampir 4 tahun... ada buruk dan ada baiknya mengunakan ia.. ia bergantung kepada kita bagaimana menjaga..

berbagai-bagai brand saya guna.. ada yang sesuai, dan ada yang kurang sesuai.. kenalah pandai memilih.. mata tu aset tau..!

oleh kerana mata saya agak 'besar' saya perlu mencari diameter or curve yang besar.. saya pernah pakai brand freshlook, nampaknya kurang sesuai untuk saya.. mugkin sesuai untuk orang mata kecil je kot..

so sekarang saya mengunakan brand dari 'korea'... walaupun pelbagai tanggapan negatif tentang brand tersebut, saya tetap pakai..

dulu memanglah takut juga, tapi lama-kelamaan, sudah menjadi serasi bagi saya =)

tempoh pemakaian adalah setahun.. tetapi disarankan mengunakan 5-6 bulan sahaja.. tetapi saya hanya menggunakan hanya 2 bulan untuk menjaga kebersihan..

yelah kita manalah nampak backteria kan..tak kan setiap kali nak pakai nak tengok kat teleskop bagai lak kan..?

pemilihan solution juga penting untuk memelihara kelembapan lens.. macam saya, saya menggunakan jenama neosoft.. ok je bagi saya.. tapi kalau kewangan dah kukuh, agaknya nak tukar brand lain lah.. jenama complete tu..orang kata bagus.. emmm..

setakat ni, hampir 20 pasang contact lens saya simpan untuk buat collection suka-suka..

antara kaler yang saya pernah pakai ialah, brown, hazel, gray, blue gray, terqoise, green, black, violet...


kaler biru je belum pernah pakai.. tak beranilah pakai kaler menyerlah gituew.. dulu masa belajar bolehlah pakai kaler ikut suka.. sekarang dah kerja, perlulah sesuaikan ikut keadaan..

mentanance saya untuk 2/3 bulan kalau pakai lens ialah:
  • lens - RM35
  • Solution - RM13
so..total ialah rm48.. untuk 2/3 bulan...

kalau mentanance saya kalau memakai cermin mata ialah :
  • sekali buat je rm400..
tapi cermin mata tak tahulah tahan sampai bila.. kalau cuai kita, sehari dah boleh patah.. melayanglah rm400 tu.. huh..

=)

16 Februari 2011

dapat jugak makan ketam besar punya...!

ok..untuk makluman semua gambar ketam masak bercili tidak dapat saya letakkan di sini kerana masa tu tahap kebulur sampai lupa nak snap picture..

teruk kan..???

lantak ar..!!

akceli kami makan untuk tengah hari.. not bad rostoran tersebut.. pemandangan di laut.. ternampak nelayan-nelayan menjala ikan..

romantik rite..?

jeles la tuh..!

hahahhahaha....!!

kami ni suka makan.. apa yang teringin WAJIB kami makan...hehehhe.. so masa tu memang teringin nak makan ketam besar.. auuwww..sodaapppnyerr...!

so kami order ketam masak bercili, udang masak sambal dan ikan merah masak asam boi.. memang maveless masakan dorang..!!

tiptop..! mantopp..!!

air pulak durian belanda.. fresh dari buah yang dikorek.. bukan dijerukkan ok..! wahh..memang sedap lah..

sumpah tak tipu.. !

sedap siiiuuuttt...!! terasa kemasaman air durian belanda tesebut disamping buah-buahnya yang terlekat pada celah gigi..(saje nak bagi jeles kat korang..!)

not bad..! service kedai tersebut pun cepat.. so belum sempat perut aku berbunyi, makanan yang di order dah sampai..

hebat kan??

ketam dah sampai..!!

besarrrrnyaaa...! mak oii..!

cuba rasa sesudu kuahnya...

ermmm..

wahhhh.. MAVELESSS sehh...!

terasa kemanisan ketam tersebut.. terasa juga lemak ketam tu keluar dari badannya dan mencurah-curah ke dalam kuah.. memang sedap masakan tersebut..! tak cukup dengan itu, telur ketam tersebut telah pecah dan melimpah ruah ke dalam kuah ketam tersebut..

aku tak tahu macam mana nak describe-kan kesedapan ketam bercili tu.. memang sodap beb.. kalaulah aku reti masak macam tu, mesti hati mak mertua aku cair punya.. hehehehe..

ok..menu kedua pula sampai.. udang masak sambal.. perghhh.. tak kurang hebat jugak.. sedap...! sampai habis satu pinggan di kerjakan kitorang.. hahahahah..!

(tinggal ekor saje.. dasssaaat...)

ok menu kedua sampai.. ikan merah masak asam boi.. sebenarnya aku tak suka sangat masak asam boi.. kan lebih sedap kalau masak stim kan? tu lah..tekak enchek pakwe aku.. ntah hape-hape... not bad.. masih sedap di dalam tekak..!

hahahahah

tengah-tengah syok makan, kami diberi dua paket sampul putih.. sejuk aku rasakan di sampul tersebut.. aku sangkakan aiskrim.. tapi kenapa lembik semacam jek..? tak kan baik sangat kedai ni nak bagi percuma aiskrim..??

(-,-")

ohh...rupanya tisu basah..!

(sehelai tisu berharga RM0.30... memang cekik darah..!)

cittt...! buat suspen jek..!!

ahahahahha..

ok habis sepinggan ketam, udang dan ikan merah habis di makan oleh kami.. hebat bukan..? hahaha...!!

(habis suda...)

aku amat berpuas hati dengan masakan dorang.. sedap.. cukup rasa.. service pun cepat.. so kalau mahal pun tak sakit hati sebab ikan, ketam san udang di gunakan fresh..! terasa kemanisan makanan tersebut..!!

ok.. masa untuk bayar... gggrrrr...

TOTAL :RM92.80 tunai..!

hahahahahah...!!

ok lah tu.. makan untuk dua orang rm92.80.. kan??

thanks kepada si dia yang sanggup belanja aku yang suka makan ni.. hahahah..

p/s : bagus betul JB, sambutan Maulidur Rasul, semua pawagam di tutup..hehehe.. aku yang nak tengok movie pun terpaksa cancelkan rancangan.. =)

LinkWithin

Eh, ada entri berkaitan rupanya..

Snag a button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...