sila klik dan berikan ikan saya makan...kesian dia lapar =p
30 November 2010
tik tok..tik tok...
26 November 2010
24 November 2010
Yakinkan aku…..
I want drive alone…! Trust me, I can do it…! Huh… kereta dah lama keluar.. dah sebulan terperap kat rumah.. tapi bawak pun setakat di Bandar kluang.. erkkk.. ape kejadahnya..? halnya..? ayah..tolonglah percaya bahawasanya anakmu ini sudah pandai berdikari di Bandar raya ni… ye aku tahu perasaan seorang ayah merisaukan anaknya drive sorang-sorang di Johor Bahru.. tapi belum cuba manalah tahu keupayaanku..? pliz let me go…
To my baby lion… dikau jagalah diri baik-baik.. jangan buat hal, rosak-rosak lak.. huh.. nanti aku akan service dikau kalau dah sampai 1000km.. tengokkkk tu…! Seribu kilomiter pon tak sampai aku bawak jalan2 kat kluang.. huhu..
Aku bukan apa.. masalah ekonomi aku sekarang tak berapa nak stabil..huhu… nak bayar rumah, bla..bla..bla..bla..bla… ni belum termasuk nak bayar baby lion aku lg.. aissshhhh… so aku ingat kalau bawak kereta, savelah sikit budjet aku ni.. walaupun aku tahu kena bayar minyak and service.. tp senang la… tak payah nak naik teksi hari2 kalau kawan aku tak ada.. seksa tau tunggu teksi…! Seminggu naik tek si RM100.00…! kannnzzz..? macam tak kaya pulak aku ek…??
Hukhukhuk….. (sad now…)
rupanya banyak betul kasut aku....!
ermmm..malam ni terasa bosan sangat.. tak ada teman nak berborak... so aku pun merajinkan diri, buat apa yang patot kat umah ni sementara penghuni yang lain tiada dirumah.. mula2 aku buka tv.. ermmm..berita pulak..boring! tibe-tibe terasa rajin pula nak mengosok baju.. boring punya pasal, semua baju aku gosok.. huh.. adelah dalam 10helai... senang..esok pagi2 gi keja teros sarung je kat badan..tak payah sibuk nak meng-ion-kan baju.. tengah2 syok mengion baju, mataku terpandang timbunan kotak kasut..ermm..niat dihati nak kemas, tapi..arggghhh.. abeskan gosok baju ni dulu..! yeahhh..! akhirnya siap gosok baju..!! aku pun ape lagi, teros ke dapur mengambil beg plastik, kot-kot manalah tahu ade kasut nak buang..sebab rasanya mata aku dah sakit sangat tengok timbunan kotak kasut yang berlungun-lunggun.. satu demi satu kotak kasut aku buka..separuh darinya adalah kepunyaanku.. ermmm.. kotak pertama aku buka, aku terpandang kasut polo ku berwarna merah... aggggghhh..rindunya kasut ni..kasut ni lah aku bawak masa belajar memandu.. kotak kedua, kasut tumit rata berwarna putih... ahhhhh..warna kegemaran ku..ianya nampak baru..macam baru pakai sekali..aku ingatkan kembali nostalgia kasut ini....ohhhh ye..kasut ni beli kat catalog.. beli saiz 5, tapi sayang, besarlah pula.. ermmm...so aku simpankan niat aku simpan kembali kasut tu didalam kotak..kot22 manalah tahu boleh buat pekasam (tipu...).. ok sambung balik...
kotak yang ketiga pula, aku jumpa kasut sendel ungu... ermm cantiknya..tapi kenapa jarang beno aku pakai..ishhh..tak nampak kot..aku pun keluarkan ia dari kotak supaya aku nampak bila nak keluar dan memakai ia...
kotak yang keempat pula, aku jumpa kasut heel kaler puteh... yeahhh.. i love high heels... adalah dalam 4inchi.. ermm..kasut tu beli masa wedding akak..kon0nnya nak nampak cun la pkai high heels... ahahahakk..
kotak kelima, ku jumpa heels lagi..kali ni tak berapa nak tinggi rasanya..adalah dalam 3inchi.. kaler kuning lagi..meriah nyahh oiii....hahaha..masih elok lagi.. seingat aku beli tahun lepas..wahhh dah setahun usia mu..namun masih elok dan sikit pun tak terkoyak..!
kotak keenam, sendel lagi ku jumpa..tapi kali ini berwarna hitam... cantik kalau buat keluar dating..hahahha.. tapi tapak dia dah tercabut.. huh..tak apa, masih boleh dibaiki kerana kualiti kasut masih dalam keadaan baik... 89%.00 hahahha...
banyak pulak nak cite...
(*,*'')
kotak ketujuh, aku jumpa kasut wages kaler hitam.. brand sentini jek.. but still gud condition.. buttttt.. why i not used this shoes...??(learn to english) masih baik lagi kasut tu...ishhh...tu lah dulu..tamak haloba beli kasut..sampai tak terpakai... isk..isk..isk..
kotak kelapan, kasut ni aku tak tahu nak panggil ape ...alah..kasut yang budak-budak suka pakai tu..kasut leper..dia ade lubang sikit kat depan, nampak ibu jari... hihihi.. gamaknya macam tulah.. huh.. kaler BIRU..! what?? bodohnya beli kasot kaler biru.. ko ingat ko artis, nak pakai sedondon..? gilerr... kenapa aku beli ye..? ntah, aku pun tak pasti..
kotak kesembilan kasut yang mcm kotak kelapan juga.. but kaler cream... yeahhhh.. cantik and cute sangat.. tapi kenapa aku jarang pakai dan sering melupakannya..? ohhh..aku pun mengetest... jalan 2-3 tapak.. ooohhh..patotlah aku tak pakai, bila berjalan, kasutnya asek terbuka-bukak jek..ermmm..melecehkan betul.. tapi sayang nak bagi orang..(punyalah kedekut..)
kotak kesepuluh..ahahaha..akhirnya...kotak terakhir..! kasut wages pokodot..hahah..kaler hitam sial..! LAWA giler.... tapi kenapa dan why aku tak pakai.. ermm.. cuba ingatkan kembali..tapi macam tak kuasa nak ingat balik..hahahha...
ermmmm..so mulai hari ini, wahai kasut-kasut ku.. walau dikau buruk atau lama, aku takkan sekali-kali melupakan mu..kerana mu lah aku mengenal dunia.. kerana mu lah aku berani menjalani kehidupan disini.. kerana mu lah aku mampu berjalan..!! ahahaha.. gerek tak ayat aku..?
so start bulan ni, dah tak boleh nak jadik orang kaya tiap2 bulan beli 2 pasang kasut.. so kena habeskan 10 kasut tadi.. dan start harini, bertukar2 kasutlah aku pergi tempat kerja..hahahha...wahhh.. kalah cik kiah..
p/s: tips menjaga kasut.. klik sini www.youtube.com/watch?v=x_BeY98EMA8
23 November 2010
kum kum
wahhh "cinta kirana" dah start.....!! ewahhh.. enchek ayah bersorak gembira (tipu..) ahahaha... time nengok sinetron indon...ggggrrrr... dah macam punggung wayang lak.. tibe-tibe time iklan cerita hantu lak.. tajuknya : "kum kum" .... ishhh.. ape tuh?
wahhh treller dia mengancam abes..macam seram jek..huh..harus nengok kat astro ria ari khamis(tembak aje..) ahahhaah
21 November 2010
preloved items.... urgent to sale...
hello...
i ade nak jual barang yang i baru pkai baru 3 kali.. iaitu Set Diva Sauna.. masa beli RM480 but not include herba for sauna (1pcs=RM10) now.. i nak jual semula my fully set diva sauna dengan harga yang sangat berpatutann dan murah sangat RM390.. harga boleh nego..
include item with diva sauna
- kerusi
- pengurut kaki
- port (periuk)
- paip penyambung
- 7pcs herba
- beg sauna
- sauna
jom lah beli..boleh tengok2 dulu pun tak apa..saya duduk di kluang.. penghantaran di kluang free of charge ok.. but tempat lain kene charge postage laa.. tapi boleh runding ok..tengok keadaan dan masa.. lupa nak bagi tahu.. i punya sauna tu siap ada kotak dan beg lagi.. so senang je nak simpan selepas digunakan..
kebaikan bersauna :
Mempunyai set sauna sendiri di rumah memang memberi banyak kemudahan dan manfaat kepada kita. Dengan adanya set sauna sendiri anda boleh melakukan sauna pada bila-bila masa dengan privasi. Mengapa kita perlu bersauna?
Terdapat banyak kebaikan dari segi kesihatan apabila kita bersauna. Tahukah anda mengapa bersauna baik untuk kesihatan kita?
Semasa bersauna, kadar pernafasan dan denyut nadi akan meningkat daripada 75 denyut seminit kepada 100-150 seminit semasa lebih kurang 15-20 minit mandi wap. Apabila ini berlaku, ia akan meningkatkan kadar peredaran (bukan tekanan darah) kerana haba dari wap air akan mengembangkan saluran darah untuk menampung peningkatan pengaliran darah ke seluruh badan.
Prosess ini akan membolehkan badan mengagihkan lebih banyak zat/ nutrient terutamanya kepada bahagian kulit dan menggantikan sel-sel yang telah mati. Oleh itu, kesan yang amat ketara sekali adalah anda akan kelihatan lebih segar / muda selama beberapa jam setelah anda mandi wap.
Dengan bersauna, kesan panasnya akan melegakan otot-otot yang boleh menghilangkan sengal-sengal, bisa dan kebas-kebas tubuh badan.
Antara kebaikan sauna yang lain adalah sauna dapat membuka rongga roma, mengeluarkan segala kekotoran atau toksin dalam kulit, menjadikan kulit anda lebih sihat dan menjadikan rambut bertambah segar, lebat dan berupaya untuk menghilangkan kelemumur.
Wap juga akan masuk ke rongga pernafasan dan terus ke system perjalanan darah atau fungsi organ memberi kesan yang baik kepada badan. Dari aspek perubatan, wap yang masuk melalui rongga pernafasan ini amat baik untuk rawatan resdung (sinus), bronchitis (radang paru-paru) alahan dan asma (lelah).
Khasiat – kasiat lain adalah
1) Melancarkan perjalanan darah dan menguatkan system imunisasi badan .
2) Baik untuk bertangas selepas bersalin, mengembalikan bentuk tubuh badan dan menambah susu badan serta mencairkan lemak.
3) Menggantikan sel-sel yang telah mati dan memberi kesegaran kepada kulit.
4) Terbaik ialah menghilangkan stress dan menjadikan anda sentiasa kelihatan segar dan muda.
KEHEBATAN Mandi Wap Panas di rumah../ sauna
Adakah anda prihatin tentang berat badan dan kesihatan anda?
Sila perhatikan manfaat bersauna dan bandingkan dengan kegiatan aktiviti bersukan yang lain:
1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.
4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori
jom sama-sama kita turunkan berat badan... anda bila lagi......??
17 November 2010
16 November 2010
jangan buat terkejut-terkejut.. saya tak boleh..!!
huh..! sekarang ini aku kena control diri aku supaya jgn kalut @ panik @ bimbang @ tension @ dan sewaktu dengannya.. huh..menda tu semua tak boleh untuk aku.. tapi sekarang aku dah pandai sikit la control perasaan tu..
antara yang telah membuatkan saya kalut @ panik @ bimbang @ tension @ dan sewaktu dengannya ialah ::
- kalau pergi/balik kerja tengah tunggu teksi.. macam2 fikiran dlm benak aku ni..
- di stesen bas larkin, Johor Bahru.. bila sampai sini je, memang aku tak boleh control perasaan aku tu..
- bila mengadap bos (abe mie dll)... jantung aku dup dap..dup dap..tak tahu lah kenapa..
- bila melakukan kesalahan di tempat kerja... contohnya: aku lambat buat pesanan kerajaan (LO)
- bila aku penat sangat2, orang suruh aku buat itu ini... ini boleh menyebabkan aku tak boleh control perasaan aku tu..
15 November 2010
kini lebih matang menerima teguran..
K.A.D.A.N.G -- K.A.D.A.N.G
s.e.l.a.m.a.t m.e.n.y.a.m.b.u.t a.i.d.i.l.a.d.h.a
wahhh..
be-lang-kas buat pertama kalinyer... gggrrr
NGERI.........itulah reaksi aku first mengadap menatang tu.. mana tak nya.. aku tertanya2 gak mcm mana nak mkn belangkas ni?? sbb nampak isinya yg keras.. ohhh.. rupanya isinya berada didalam.. telur dia dan daging.. emmm... first time nengok menda ni mcm JIJIK pulak.. gggrrr..