sila klik dan berikan ikan saya makan...kesian dia lapar =p
16 Ogos 2011
APA PUN TAK BOLEY....
Tajuk kita pada pagi ini ialah 'apa pun tak boley..' anda paham dengan ungkapan itu? 'apa pun tak boley'.. hakhakahk.. sebenarnya aku tak ada mood nak menggarang ayat a.k.a karangan yang panjang lebor hari ini.. sebab.. MOOD TIDAK BAIK..! dahlah..malas aku nak citer pasal ni semua.. 'apa pun tak boley..' tahu tak maksud 'apa pun tak boley..'? mehh sini kak kiah nak terangkan..
ko buat la pape pun.. tetap tak boley..lebih kurang maksudnya begitulah.. ko baik ke..ko kurang baik ke.. ko rajin ke.. ko kurang rajin ke.. 'apa pun tak boley..' ada paham ka..?
aku rasa kurang selesa sikit dengan kerja aku sekarang.. dengan tempat yang tak kondunsif.. dengan itu..dengan ini..ermm.. 'apa pun tak boley...'
sudah..! tak mau citer pasal kerja.. time kerja memikior kan pasal kerja.. time balik umah pun pikir pasal kerja lagi.. bila masa otak aku nak rehat..?? ker..kerja..
ala.. tapi kalau tak kerja, macam mana nak dapat duit.. bonus nak ajer.. kerja lebih cikit.. 'apa pun tak boley..' itulah sikap kiter kan...??
topik lain****
rasanya sudah lama tidak update blog..(asek ayat ni jek yang keluar)
maklumlah sedikit busy sejak-sejak raya nak dekat ni.. i buat bisnes tempahan manik... buat brooch juntai bagai lagi.. ermmm.. busy.. hujung minggu pula buat kueh raya..
macam bisness woman lak.. ala-ala 'supermak' jugak la aku ni.. hakhakahakak..
rasanya makin lama, cerita blog aku ni kurang enak.. mungkin tak ada cerita baru yang aku nak kongsikan..tp bila ada cerita baru nak dikongsikan, asyik lupa memanjang je nak update.. bila nk update, cerita pun dah basi...
ermm..'apa pun tak boley..'
09 Ogos 2011
rasa macam lama bebonor tak mengupdate
wahh..bermak-mak bagai lak.. saje jek...
rasanya banyak bebonor nak citer kat korang.. pasal chienta la..pasal duit la.. pasal projek baru la.. pasal manik-manik la.. pasal makan la..pasal netbook baru i la.. pasal i jatuh denpan rumah la.. pasal bilik air i lampu terbakar la.. bape punya pasal la ni.. tu la.. i nak bagitahu u allz tak percaya.. so klau i nak cerita semua pasal-pasal ni, sampai esok pagi tak abes i menaip satu page ni...
bukan ape.. kak kiah sebok menjahit.. di ikuti dengan kerja opis yang melambak bagai.. pastu bertambah-tambah pulak dengan bergosip.. kan..nama jek dok kat SPI.. tapi semua bergosip tak ingat akhirat.. (insap..)
rasanya cukuplah mukadimah untuk hari ini.. tak larat bedah nak taip lagi..esok sambung lg dengan topik baru...
p/s:- kejap mak, kejap kak kiah, kejap bedah.. aishhh..layankan aje ler ye..
17 Jun 2011
demam CRUMBLE bermula... auuwwww..!!
alhamdulillah..akhirnya aku ikut kata hati dan bukan pada hati.. hehehe.. dan aku telah pun ambil keputusan untuk ke kelas crumble yang di anjurkan oleh cikgu fea yang cumil =p heheheh...
pada mulanya memang la berat nak keluarkan duit untuk yuran sehari..sebab fikiran di kepala ni asek memikirkan 'enjoy' jek.. mana tak duit habes..!!
hahahhaha..
owhhh..!! demam CRUMBLE sudah bermula...
so apakah simptom-simptomnya..??
- tangan start gatal-gatal nak pegang jarum.
- duit kat bank dah mula paras-paras idung (akibat mata rambang tengok crystal kak fea)
- bertambah power rabun.. hahaha
- gegelung hitam dibawah mata (akibat kurang tido sbb menjahit)
- semua benang mak, dirembat.. hahaha.. tak boleh blah..!
- habis semua baju lama atau baru dijahit crumble.. (ni kes dah parah ni..)
- sebelu tidur, selalunya pesakit akan melihat manik-manik dan crystal yang baru dibeli.. hahahha..
rasanya tu je kot simptomnya.. ke ada korang nak tambah perisa lagi..??
-------> saya rasa amat beruntung dapat belajar crumbles ni...
bolehlah raya tahun ni aku berbling bling bagaii......!!
16 Mei 2011
karipap 'senget'
"saya suka karipap.. tapi saya tak suka kulitnya.. saya lebih sukakan intinya..hehehe.. lagi-lagi keledek.. memang mantop..."
tengok orang lain dok buat karipap frozen macam best ek.. teman pun idak lepaskan peluang lah menunjukkan skill yang hado...
banyak jugak resepi-resepi yang teman copy and paste.. cari yang paling mudah dan senang.. akhirnya jumpa resepi yang menyenangkan.. tepung, mentega, minyak dan air.. senang kan.. bahan pun dah ada...
apa lagi...dah boleh panaskan enjin dah ni..mueheheheh
oleh kerana ketamakan menguasai diri, inti karipap penuh satu taperware teman buat.. yela manalah tahu kot-kot ada lebih, boleh lah teman makan sesuap dua..hehehe
ok, time menguli-guli doh karipap...
rasanya dah cukup lembut dan anjal doh teman ni..rasanya tak perlu tambah air lagi... tengok rupa macam dah jadi...
very excited nak claim karipap ni..heheh..
masa zaman kecik-kecik teringat pulak main tanah liat buat karipap.. mase tu macam-macam bentuk karipap teman buat..hehehe.. senang betul... tak hairan lah jual karipap pun boleh kaya kan....?
ok tiba lah diri teman practice untuk karipap yang sebenar-benarnya.. kali ini tiada lagi istilah tanah liat.. make be real...ok?
penguli tak ada, so pakai gelas jek..huhuhu.. biasalah orang bujang, banyak pekakas tak ada..
guli-guli sampai separuh nipis... teman masukan sesudu inti karipap... ok time meng'claim' (excited)..
ehh...awat susah bebenor nak claim ni.. bukan mase buat pakai tanah liat senang je ke..?? hodoh giler karipap teman setelah di claim.. ermm.. kalau mak mertua nampak, confirm lari.. hahahah
setelah dengan penuh kehampaan claim karipap tak jadi-jadi, akhirnya teman guna garfu sajo.. ya hado...
memang buruk benar lah karipap aku..
tapi ok lah..dapat lah jugak dalam 60 bijik karipap..cukup lah sebulan kalau sehari goreng 2 bijik.. kan..??
oleh kerana kepenatan menguli dan claim karipap, akhirnya teman kepenatan yang amat.. sampai nak goreng karipap pun dah malas... sampai tak ada mood tengok rupa karipap yang teman buat tu..
tapi no bad jugak lah bila teman goreng pagi tadi.. rupa memang lah amat hodoh.. tapi rasanya boleh tahan.. kulit karipap pun rangup giler... uawaaa..
lepasni kena practice banyak-banyak cara claim karipap =)
23 April 2011
tenangkah aku dengan cerita yang tak betul...?
ok..sebelum aku menulis entry ini, aku telah memakan 3 bar coklat 'cadbury' untuk mengelakkan hati aku ni 'panas' berterusan..
orang kata, kalau kita makan coklat, marah kita akan reda... yeke..? saje lah tu nak bagi aku gemok lagi...
terima kasih sang pakwe kerana membeli coklat cadbury sekotak untuk saya... heheheh.. (walaupun tak suka coklat..)
ok..bukan nak citer pasal coklat arini.. tak ada kena mengena pun..hahahah
selain dari memakan coklat, aku juga telah ketawa selama 5 minit sepuas-puasnya.. dan menangis selama 30 minit..hehehe
ini untuk buat aku rasa tenang apabila menulis entry ini.. hahaha
aku rasa tak perlu aku ceritakan balik apa yang berlaku pada hari keramat Jumaat, 22 April 2011.. sungguh sadis...!
perasaan marah ini muncul apabila:
- di kata kan buat, tetapi sebenarnya perkara itu kita tidak lakukan..
- apabila tiada sedikit ruang menjelaskan perkara sebenar..
- apabila di tuduh 'bertubi-tubi'... (macam latihan tubi kat sekolah tu...)
hanya DIRI sendiri sahaja yang mampu menepis segala hasutan-hasutan itu.. tepuk dada tanyalah iman.. janganlah tepuk dada, tanya selera.. lain pulak jadinya..
bila tepuk dada, tanyalah selera.. macam ini lah jadinya.. benda salah di katakan betul.. benda betul dikatakan salah..
aku kesal sangat-sangat, bila benda ni jadi kat aku.. aku rasa mereka ketawa terbahak-lahak melihat aku jatuh hari ini..
rasa macam kena APRIL FOOL pun ada gak... ;P
kesal dengan orang pembawa cerita dan penyampai cerita.. mereka-mereka ini lah penyampai CERITA yang pantas dari BERITA..
nak salah kan mereka pun tak boleh..mungkin minat mendalam mereka membawa cerita orang dan melaga-lagakan orang..
aku ni simple je orangnya... nak kenal ke??:
- kalau orang cuit aku sekali, aku akan cuit mereka berkali-kali.
- pendendam
- kalau anda bergurau dengan saya..awas..!! mungkin gurauan itu yang akan saya ambil serius.. so bergurau ada batasnya..
- kalau cakap dengan aku, sekali je lah.. tak perlu cakap 3-4 kali.. sebab orang yang cakap 4-5 kali ini lah aku tak akan buat benda yang dia suruh.. muktamad..!
orang kalau nak jatuhkan kita memang sekelip mata ajer.. bila di tuduh aku ni cakap belakang.. ye..! SUMPAH dan DEMI ALLAH aku ada cakap belakang.. hahahah.. (pengakuan ikhlas beb..!)
tapi pelik... kenapa aku pulak yang dia NAMPAK... dan orang lain yang mengutuk/cakap belakang lagi hebat dari aku ni, sedikit pun dia tak nampak..
alah..lumrah alam..orang bawah memang selalu...........
tu lah.. dulu mak aku suruh belajar tinggi-tinggi, masuk universiti ko tak nak ziela oiii... kalau tak, dah lama kau berjawatan tinggi dan tidak dijatuhkan sampai macam ni...!! hahahah...
ada sorang kawan aku ni, dia bagitahu dulu dia amat rapat dengan seseorang ni(agak berjawatan tinggi la jugak..).. tup..tup sekarang ni orang yang berjawatan tinggi ni dah tak pandang dia, dengan hanya satu hasutan...
"kita ni pegawai..ape kelas keluar makan dengan orang bawahan ajer.."
sabar ajer lah...(kitee bako aje..!!)
ok..memang betul kata orang atasan tu.. kita memang tak layak nok oi.. so jangan lah berangan nak berjalan seiring dengan orang atasan.. kita tak layak..kena sedar asal usul kita nok oiii.. (oittt...asal tetibe bertukar jadi nyah ni..?? hahahha)
ingatlah..si pembawa cerita dan penyampai cerita..jika anda telah membaca entry ini jangan terus melenting.. aku merayu ambil lah masa seminit sahaja dan fikirkan semula apa yang aku katakan..
memang kenyataan kata-kata aku ni tak hebat berbanding dengan orang berkelulusan tinggi.. yelah kita ni sekolah setakat SPM ajer..(ayat zombie kampung pisang..)
tapi perasaan terhina, marah, dan dendam tetap ada walaupun kite ni ada SPM ajer... hehehe
kepada sang 'percaya' terima kasih kerana anda telah berjaya mempercayai cerita yang tak betul.. dan aku sedikit pun tak nak betulkan keadaan walaupun aku salah atau pun tidak salah..
manusia ada akal fikiran..gunakanlah sebaik mungkin kerana akal itu hanya pinjaman.. bila tarikh expired, akal kita dah tak boleh nak guna lagi..
adoooiii.makin melalut pulak aku bercerita.. ok lah spongebob dah start.. nak nengok dulu...! byeee..~~
yang terasa mungkin anda~
yang tidak terasa mungkin anda adalah kawan saya~
22 April 2011
kau, aku dan beliau....
kalau ditanya siapakah orang yang paling bahagia..jawapanya adalah "aku".. hahahha kelakar kan ayat ni..?? mungkin sang pembuat cerita akan ketawa puas2 melihat aku "jatuh".. dan mungkin orang yang yang menyampaikan akan menangis melihat aku senyum kegirangan...
kalau betul kau terasa apa yang aku tulis, itu bermaksud kau lah orang yang aku tuju.. TETAPI kalau kau sedikit pun kau tak terasa apa yang aku katakan..mungkin kau bukan orangnya..
tak sangka ada status fesbuk aku tulis beberapa hari yang lepas menjadi isu.. isu..? hohoho..takutnya...
mungkin sesetengah orang terasa dan merasakan ia ditujukan khas untuk dia...
bukan..kenapa perlu terasa jika kau bukan orangnya...? jawapannya ada pada diri kau...
sorylah.. selagi aku tak mention nama korang, janganlah buat tuduhan melulu... dan selagi aku tak mentionkan nama kau, ini bermakna kau bukan orangnya yang aku katakan selama ini..
kenapa cepat sangat 'melenting'....?
kenapa tak bawa berbincang..?? ohhh..berbincang dengan aku mungkin tidak kerana aku hanya "kerani yang mendapat markah prestasi rendah"..
direct to the point...
"kau nak markah prestasi berapa untuk tahun ni..? nak kosong..?"
aku kalau nak terasa dengan kau dah lama dah..... tapi atas nasihat rakan-rakan yang lain mengatakan, mungkin itu hanya gurauan semata-mata..
so aku set my mind untuk memikirkan itu hanya gurauan...dan aku sedikit pun tak simpan dalam hati..
bila ditanya, "ada orang nak ugut markah prestasi awak ke??"
aku hanya menjawab.."taklah mungkin beliau hanya bergurau"
kenapa aku baik sangat menjawap mcm tu.. hurmmm...
bila timbul cerita hari ini, konon-kononnya aku marah/bergadoh etc dengan seseorang di dalam fesbuk...aku terus jadi keliru.. aku marahkan siapa ye..?
mungkin status aku masa tu melampau sangat tapi DEMI ALLAH SWT (kalau orang suruh aku junjung al-Quran pn aku sanggup buat) aku tak maksudkan beliau.. kenapa perlu terasa orangnya adalah kau...????
aku bekerja bukan hanya untuk beliau..banyak lagi orang memerlukan aku... mungkin "orang" lain.. dan aku bukan bercakap mengenai perihal di pejabat aku...dan aku bukan hanya buat kerja aku yang sekarang ni, ada juga kerja aku di luar bidang..dan kau tak perlu merasa semua itu...
kenapa sesuatu benda ini terlalu cepat membuat kesimpulan sendiri.. membuat huraian sendiri TANPA face to face dengan empunya diri...??
yang aku kesalkan, ada orang tuduh aku "cakap belakang dan kutuk"...??
hello.. itu aku akui memang aku pernah cakap belakang tentang kau.. ok..bukan aku sorang..kalau nak ditanya umum pada orang lain.. "pernahkah anda cakap belakang tentang kawan anda..?"
so jawapannya adalah "PERNAH..!!"
aku boleh senaraikan lah orang yang cakap belakang ni dan kutuk mengutuk perihal tentang kau.. dan yang pelik dan terlakarnya KENAPA DIRI AKU ni pulak yang kau nampak dan dipertikaikan sedangkan ada orang lagi teruk lagi mengutuk dia dari belakang..
ini lah namanya TIDAK ADIL..
ok lah, kalau aku bercakap lebih, orang akan mengata aku mereka-reka cerita.. biarlah benda ni berlalu dan menjadi soalan tuan punya diri..
aku tak pandai sangat nak berperibahasa bagai.."gajah didepan mata tak nampak, semut yang kat seberang laut boleh nampak.."
**gajah ni bukan orang yang aku katakan selama ini...hahahaha
arini aku nak ketawa puas-puas sebab orang-orang ini berjaya menjatuhkan aku sempai aku tak boleh nak bagun semula...
dan aku bersyukur benda ni terjadi.. sekurang-kurangnya aku tahu mana permata dan mana kaca untuk dihargai dan dijaga..
ok..bagi aku satu minit untuk aku ketawa puas-puas tentang perkara ini..
wakakakkakahahakahakhakhuhuhwakakakakakahahahahahakkkk...!!!!!
p/s: rasa macam dah tak percaya "friend" aku dalam fesbuk ni.. mungkin mereka adalah salah seorang wartawan berkeliber yang pantas menyampaikan cerita dari berita..!
setakat ni jela penjelasan aku.. kalau ada sebarang pertanyaan atau tidak kepuas hatian.. sila buat appointment dulu ye.. sebab aku tak ada masa nak jumpa awak..awak..dan awak..!! (cehhh..macam dalam pilem plak..hahahah)
***menyesal aku buat baik....!!
04 April 2011
betullah orang kata........!!
betul lah orang kata......
02 April 2011
kuman ?? alergic?? atau mengada-gada..??
ketawa lagi...
hehheheheheheheh....
ingatkan dapat pindah opis baru, best.. tapi lain pulak yang jadi.. penat aku mengemas.. lain pula aku dapat hasilnya..
ermmm..
nahh..! tengok ni..!
apa yang aku dapat..!!
tension jek aku dengan menatang ni.. kenapalah dorang ni 'berminat' kat aku.. aku bukan darah manis pun.. belum nak kawin lagi.. pergi gigit Juliza tu..dia tinggal bape hari jek nak kahwin.. hahahah.. (jangan marah ye ju..)
hari Isnin mengemas dari opis lama ke opis baru.. ermm...berhabuk..!! aku tak pasti makcik cleaner tu dah bersihkan ke belum opis baru tu denga habuk-habuk konkrit..
kulit aku ni sensitippp.. kalau dah merah-merah maknanya tempat tu kotor lah..! (cehh..ngengada pulak..) hahaha..tp betul la.. aku penah try, pakai baju 2 kali tak basuh.. tak sampai seminit badan aku berbintik merah-merah dan gatal..! (nampak noh malas nak basuh..)
hahahahha....!!
very sensitiiiipppp..!
hati pun sensitip jugak...hehehe
ok..kita berbalik kepada topik perbincangan kita tadi (ada perbincangan ke..?) selalunya yang tumbuh biji-biji merah kat badan aku selalunya kecik-kecik aje..macam gegata jek.. tapi lain pulak kali ni yang aku dapat.. dia tumbuh biji beso-beso.. merah menyala pulak..
macam dicoletkan lipstik merah pulak warnanya...
mula-mula biji merah tu tumbuh dalam 5-6 biji kat tangan kanan aku.. aku ingat kena gigit nyamuk..so ingatkan esok akan hilang..
esoknya, tumbuh lagi berpuluh-puluh bijik kat seluruh badan aku..
panik...!
panik jugak...takut denggi, almaklumlah kawasan perumahan aku ni kawasan denggi..... nak kata chikenpox bukan..sebab aku dah rasa macam mana kena chikenpox..lagi sakit wooo...
so, dengan nasihat pakar en.pakwe telah menghantar aku ke klinik, doktor pun macam tak tahu benda apa ni yang gigit aku.. bila aku tanya kenapa? doktor hanya senyum jek..
doktor apakah ini..? bikin hati panas..!
dapatlah aku bekal ubat gatal, ruam dan cream.. ubat tu semua aku dah telan sebelum aku ke klinik..ubat yang sama pulak tu yang aku beli kt farmasi.. charge =RM40.00 aku gi beli kat farmasi tak sampai RM20.00
keesoknya, bijik merah tu tak reda-reda lagi..makin banyak..makin gatal aku garu..
risau aku.. aku pun beli sabun lifebouye (betul ke eja..) aku mandi sehari 4 kali pakai sabun tu masa aritu..
alhamdulillah.. bintik merah tu semakin reda...
kalau aku tau pakai sabun tu jek.. baru RM6.00..
so lepas ni..jangan suruh i angkat barang-barang berabuk.. very alergic ok..!!! (mengada-ngada****)
hahahhah..!!
29 Mac 2011
Jom cuci mata.... PERFUME.. best wokkk..!!
terdapat dalam kuantiti 25ml dan 30ml
semua perisa perfume ada di dalam botol 30ml dan 25ml.. grab now..!!
25ML= RM35.00
SEMUA JENAMA ANTARABANGSA...
TUNGGU APA LAGI....??
- DUNHILL - DESIRE BLUE
- MONTBLANC - STARWALKER
- SEAN JOHN - I'M KING
- LACOSTE - COOL PLAY
- D & G LIGHT BLUE
- KENNETH COLE - BLACK
- BURBERRY - THE BEST MAN
- CK - CK FREE
- RALPH LAUREN - POLO BLACK
- DUNHILL - FRESH
- DAVIDOFF - FREEZE ME
- HUGO BOSS - SILVER BLUE
- FERAGAMO - SECANTO DREAMS
- CLANDESTIAN - ANGEL HEART
- MOCHINO - I LUV LUV
- NINA RICI - LOVE BY NINA
- YSL - BABY DOLL
- D & G - NO.1
- MOSCHINO - FUNNY
- BRITNEY SPEARS - FANTASY
- DKNY - FRESH BLOOSSOME
- CHANEL - BLEU DE BLUE
- ESCADA - ROCHING RIO
- BURBERRY - BRIT SHEER
- GUCCI - RUSH
- LANCOME - MIRACLE
- BRITNEY SPEARS - CIRCUS FANTASY
- JLO - LIVE LUXE
- ESCADA - MOON SPAKLE
- ESCADA - INTO THE BLUE
- DAVIDOFF - COOL WATER
- ESCADA - MARINE GROVE
- CD - ESCALE A PONICHERY
- S.FERAGAMO - INCANTO CHARMS
- ANNA SUI - DOLLY GIRL
- TOMMY HILFIGGER - DREAMING
- GUESS - PINK
- CHANEL - CHANCE
- RALPH LAUREN - RALPH
- GUCCI - FLORAL
- ELIZABETH ARDEN - GREEN TEA
- BURBERRY - CLASSIC
- LANCOME - TRESOR IN LOVE
- ESCADA - OCEAN LOUNGE
- CD - J'DORE
- HANNA MONTANA - MERRY BERY
NI ADALAH SEBAHAGIAN JENAMA SAHAJA.. ADA LAGI.. CAKAP JE NAK JENAMA APA.. INSYALLAH ADA...
JANGAN LUPA BELI..!
CALL ATAU MESEJ ::
ZIELA :: 017- 273 7750
19 Mac 2011
KISAH RM10.00 DAN TAYAR BOCOR
ok nak cerita ni...
cer cite cer cite.... heheheh
ok..sebenarnya bukan itu yang saya nak ceritakan..
ok..lepas habis sepinggan nasi dan kacang pool, aku bergerak ke kedai sebelahnya, kedai manik... hehehe.. i like.. 30 minit masa aku habis di situ aje.. =)
orang dah minat manik nak macam mana kannn..macam cerita mia oooh mia pulok.. heheh
(^^)
ok..selesai membeli sebungkus dua manik, kami bergerak mahu balik dan menuju ke kereta...belum sempat bontot kami mencecah di seat kereta, satu suara merayu-rayu meminta bantuan..
"abang..cik adik.. tolonglah saya.. tayar motor saya bocor..saya orang susah.. duit saya tertinggal kat rumah.. telefon bimbit tak ada..saya nak minta tolong kat sedara lupa nombor dorang pulak..tolonglah bang..saya nak minta RM10.00 je..tolonglah..."
kami berpaling sesama sendiri..melihat tayar motor pakcik tersebut...
emmm..mamang pancit.. tapi kedai motor kan sebelah ni jek..kenapa pakcik ni tak nak pergi kedai motor ni je... hati kami berdetik..
oleh kerana tak sampai hati melihat pakcik tersebut merayu-rayu, kami pun bagi jelah RM10.00.. kami tidak minta dibalas semula.. dan anggaplah itu sebagai sedekah.. mungkin kali ini dia susah..esok lusa kita pulak kan..
kami pun meneruskan perjalanan setelah memberi RM10 kepada pakcik tersebut.. =)
ok..semalam teringin pulak nak makan pecal lele... huisshhh.. meleleh air liuq... malas nak pergi jauh-jauh.. kami pergi makan di BBU jek di Medan selera rahman... pecal lele dia memang sedap... ehehehehe..
ok..selepas mengenyangkan perut... perut ni tetiba sakit pulak.. rasa macam nak buang *** la..hehehe..ok..kami singgah di petronas jalan padi malinja..
ini yang diceritakan oleh sang pakwe sementara aku di toilet membuang...
cer cite cer cite.....
"yang, nak tahu tak tadi ada pakcik yang aritu kita bagi RM10 tu datang kat kereta ni..minta duit RM10 dengan bagi alasan yang sama macam aritu..ayat dia pun sama...abang memang cam dialah orangnya yang minta kita RM10 tu.."
"abestu..?"
"abestu abang tak bagi laa.. abang cakap... "pakcik, baru minggu lepas saya jumpa pakcik minta RM10 dengan alasan tayar bocor... pakcik sebenarnya kerja apa..? angkat konkrit guna motor sampai bocor ke..? pakcik jangan tipu..kalau tak ada duit pergilah cari kerja...jangan nak menipu orang dengan alasan macam ni..."
wahhh..hebat betul abang aku bermuzakarah...
"abestu pakcik tu cakap ape..?"
"dia mengomel lah tak dapt duit, cakap abang ni kedekot lah..lepas tu dia gi mintak kat kereta sebelah pulak.."
ooooo..dahlah abang..kita tak payah layan orang macam tu..kita bukan kedekot tak nak bagi..tapi cara dia tu salah..tak kan lah tayar bocor hari-hari..? macam tak logik jek..
kami meninggalkan petronas tersebut dengan mood yang kurang baik akibat eksident tersebut..
sempat aku menjeling ke arah pakcik tersebut.. dia siap buat port dekat pam tayar, duduk menagih simpati..
ooo..lepas kat depan bank RHB kau port kat situ, harini kau port kat petronas pulak ye..pandai betul taktik kau ni...
entahlah aku tak paham lah dengan pakcik tu.. ye..memang saya nampak tayar pakcik tu kempes..tp saya tahu tayar tersebut memang segaja dikempeskan.. kalau tak, kenapa pakcik mesti port dekat dengan kedai motor atau pam motor..
pastu, jangan lah menipu..cakap tayar motor bocor bagai.. saya cari rezeki juga..penat juga kerja..tapi pakcik sedap2 jek minta-minta dengan alasan macam tu..
nasihat saya kepada pakcik tersebut : pakcik kalau nak minta sedekah saya tak kesah.. tapi jangan guna tektik tayar bocor.. amat keji saya rasakan.. baik pakcik minta sedekah dari pakcik tipu orang ramai...
17 Mac 2011
Soooooooooo Swweeeeettttttttt!!
Bila aku teringat balik cerita nih..aku mesti tergelak sorang-sorang…
Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya…mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.
Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…
Eiiiii…geramnya aku!!!
Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..
”Lah..awat tak tanya…”
Eiii..geramnya aku!!!
Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..
Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..
“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”
Eiiii..geramnya aku!!!!
Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..
Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..
Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…
Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..
“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”
Eiii…geramnya aku!!!
Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,
“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…
Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kot…
Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight....kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!
Eiii…geramnya aku!!!
Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..
Suratnya berbunyi begini:
Kehadapan isteriku (cewahhh..),
Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihi
Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam 'anak patung'..comel sangat…
Ishkk..awak ni..tak berasan ker??
Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…
Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…
Ishkk..awak ni..tak berasan ker??
Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??
Ishkk..awak ni..tak berasan ker??
Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…
“Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “
Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)
Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…
P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu “bungkusan” nih…hihi
Love,
Suamimu
saya suka bila Stephen Rahman Hughes cakap melayu... tersentuh di hati..
malam tadi dapat juga aku tengok citer "Hikayat Merong Mahawangsa".. hahaha.. tu lah dorang cakap best sangat citer tu.. aku pun tak ketinggalan juga nak tengok..
crumble atau shoping.......????
alhamdulillah.. tanpa di duga pagi tadi sampai surat pos laju.. terkial-kial aku berfikir akan isi surat tersebut..
- baki cek aku tinggal RM30.00 jek.. (tapi tak termasuk yg dalam bank lagi tau..!..)
- tak dapat aku nak enjoy sakan beli itu ini..
- tak dapat nak belanja pakwe..auuwww..auww...hehehehe..
- dapat ilmu berguna untuk sepanjang hayat.. (ni lagi penting..)
- aku tebus cek aku...dan....
- aku belanja sakan.. beli kasut 2 pasang RM100.00 beli baju 2 pasang RM150.00 (duit abes ke situ jek..)
- mungkin aku dapat menyimpan duit aku tu untuk masa hadapan..
- aku akan terlepas peluang yang berharga sangat, dan tak mungkin peluang tu akan datang lagi..
- mungkin lepasni aku menjahit tak ada step..
- dan mungkin aku akan berfikir, duit adalah segalanya..??
13 Mac 2011
KALAU PEREMPUAN TAK TAHU MEMASAK...SALAH KE?TAPI MACAM MANA KALAU LELAKI TAK BOLEH JADI IMAM???
Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!
[mood: tak ada kerja] IKLAN PERFUME TERHANGAT..!!
11 Mac 2011
saya bencilah kawan macam awak..!
time saya susah, nak minta pinjam duit RM20-30, cakap memanjang jek tiada.. tapi awak tak ingat ke bila awak susah? saya ada juga hulurkan RM20-50 juga tau..
saya bukan nak mengungkit.. tapi saya sakit hati bila kenangkan kembali perangai awak tu..! tak patut awak buat saya macam ni..!!
dan saya tak pernah mengharap kembali apa yang awak pinjam dari saya, kamu pulangkan kembali..
cuba ingatkan kembali, barang apa yang awak dah pinjam dari saya dan sampai sekarang awak belum pulang-pulangkan kepada saya..?
patut ke saya ingatkan awak berulang-kali supaya pulangkan barang yang awak pinjam tu..? tegar ke saya sebagai sahabat bagai nak melukut di tepi gantang meminta-minta barang sendiri dari sahabat sendiri..?
awak...! kalau awak dah terbaca entry saya kali ini, lekas-lekaslah pulangkan barang tu kepada saya...
prinsip saya senang je :: kalau saya dah minta awak pulangkan barang/hutang saya 3 kali, lepas tu saya tak akan minta lagi..so, awak tolong lah paham..!
saya bukan nak malukan awak, dengan menulis entry ni.. saya tak mention pun nama awak dah kira baik tau..! saya pun tak nak malukan sahabat sendiri..
so tolonglah paham saya..!
berapa banyak barang/hutang saya awak ambil dan tak pulang-pulangkan..? tak kan saya nak minta macam sang pengemis..?
ishh.. awak janganlah berperangai macam tu..kelak awak akan kehilangan kawan dengan berperangai begitu..
bukan saya tak tahu, kawan lain pun dah sibuk mengatakan hal yang sama tentang perangai awak.. dah lah..
=)
p/s: bulan 3 ni, dah masuk setahun awak tak pulangkan barang/hutang saya tu...!