sila klik dan berikan ikan saya makan...kesian dia lapar =p

SUKA BLOG INI?

Who's Read..?

online counter

nuffnang

27 Februari 2011

tak tahu lah nak tulis pasai apa kali ini..





ermm..? any gud idea..? i have no idea.. gggrrrr..!!

ffuuuhhhh..!
**wink.. ~ idea datang kembali..(sambil mentol tetibe muncul di atas kepala..)

ok..!

topic kita kali ini membicarakan tentang 'kanta lekap' atau lebih sinonim dengan pangilan contact lens..

ok..apa pendapat anda mengenai lens..? bagi saya, ini adalah satu transformasi yang bagus kepada mereka yang memakai cermin mata.. secara tak langsung menambahkan keyakinan kepada sang pemakai..

cuba bayangkan, kalau ada orang power cermin mata sampai 700++ mesti tebal cermin mata beliau kan..? memang sekarang pelbagai jenama cermin yang kita boleh dapati, dimana untuk menipiskan cermin mata tersebut..

walaupun pelbagai teknologi dicipta dengan rawatan leser untuk memulihkan 'rabun', namun kita harus memikirkan kepada mereka yang tidak berkesempatan membuat perubatan leser tersebut.. mungkin kos kewangan menjadi punca.. entahlah..saya pun tak berapa pasti..

tadi saya sentuh pasal 'menambahkan keyakinan'.. ok tahukah anda, atau adakah anda tahu, seseorang yang mengenakan cermin mata, akan agak kurang berkeyakinan berhadapan dengan orang ramai..?

mungkin fakta saya betul.. dan mungkin anda fikir fakta saya juga salah.. ok..saya nak tanya..: adakah anda salah seorang yang mengunakan cermin mata..?

tak..?

oh..maknanya anda tak merasai perasaan orang 'rabun'..
pernahkah anda memakai cermin mata..?

sebab tu, kanta lekap dicipta bagi mereka untuk mengubah cara penampilan..

takan lah, pergi audition 'Mentor', baju meletop..kasut tinggi tak hingat.. rambut curl bagai.. tapi pakai cermin mata.. tebal pulak cerminya.. macam tak kena kan..?

jadi, apa salahnya mengunakan contact lens... tapi bagi mereka yang tak biasa atau takut, baik tak payah guna..

hehehehhe.. jangan mara ye.. ni pendapat saya semata-mata..

for me..

saya suka pakai cermin mata..tapi lagi suka pakai lens..


saya telah mengunakan lens hampir 4 tahun... ada buruk dan ada baiknya mengunakan ia.. ia bergantung kepada kita bagaimana menjaga..

berbagai-bagai brand saya guna.. ada yang sesuai, dan ada yang kurang sesuai.. kenalah pandai memilih.. mata tu aset tau..!

oleh kerana mata saya agak 'besar' saya perlu mencari diameter or curve yang besar.. saya pernah pakai brand freshlook, nampaknya kurang sesuai untuk saya.. mugkin sesuai untuk orang mata kecil je kot..

so sekarang saya mengunakan brand dari 'korea'... walaupun pelbagai tanggapan negatif tentang brand tersebut, saya tetap pakai..

dulu memanglah takut juga, tapi lama-kelamaan, sudah menjadi serasi bagi saya =)

tempoh pemakaian adalah setahun.. tetapi disarankan mengunakan 5-6 bulan sahaja.. tetapi saya hanya menggunakan hanya 2 bulan untuk menjaga kebersihan..

yelah kita manalah nampak backteria kan..tak kan setiap kali nak pakai nak tengok kat teleskop bagai lak kan..?

pemilihan solution juga penting untuk memelihara kelembapan lens.. macam saya, saya menggunakan jenama neosoft.. ok je bagi saya.. tapi kalau kewangan dah kukuh, agaknya nak tukar brand lain lah.. jenama complete tu..orang kata bagus.. emmm..

setakat ni, hampir 20 pasang contact lens saya simpan untuk buat collection suka-suka..

antara kaler yang saya pernah pakai ialah, brown, hazel, gray, blue gray, terqoise, green, black, violet...


kaler biru je belum pernah pakai.. tak beranilah pakai kaler menyerlah gituew.. dulu masa belajar bolehlah pakai kaler ikut suka.. sekarang dah kerja, perlulah sesuaikan ikut keadaan..

mentanance saya untuk 2/3 bulan kalau pakai lens ialah:
  • lens - RM35
  • Solution - RM13
so..total ialah rm48.. untuk 2/3 bulan...

kalau mentanance saya kalau memakai cermin mata ialah :
  • sekali buat je rm400..
tapi cermin mata tak tahulah tahan sampai bila.. kalau cuai kita, sehari dah boleh patah.. melayanglah rm400 tu.. huh..

=)

16 Februari 2011

dapat jugak makan ketam besar punya...!

ok..untuk makluman semua gambar ketam masak bercili tidak dapat saya letakkan di sini kerana masa tu tahap kebulur sampai lupa nak snap picture..

teruk kan..???

lantak ar..!!

akceli kami makan untuk tengah hari.. not bad rostoran tersebut.. pemandangan di laut.. ternampak nelayan-nelayan menjala ikan..

romantik rite..?

jeles la tuh..!

hahahhahaha....!!

kami ni suka makan.. apa yang teringin WAJIB kami makan...hehehhe.. so masa tu memang teringin nak makan ketam besar.. auuwww..sodaapppnyerr...!

so kami order ketam masak bercili, udang masak sambal dan ikan merah masak asam boi.. memang maveless masakan dorang..!!

tiptop..! mantopp..!!

air pulak durian belanda.. fresh dari buah yang dikorek.. bukan dijerukkan ok..! wahh..memang sedap lah..

sumpah tak tipu.. !

sedap siiiuuuttt...!! terasa kemasaman air durian belanda tesebut disamping buah-buahnya yang terlekat pada celah gigi..(saje nak bagi jeles kat korang..!)

not bad..! service kedai tersebut pun cepat.. so belum sempat perut aku berbunyi, makanan yang di order dah sampai..

hebat kan??

ketam dah sampai..!!

besarrrrnyaaa...! mak oii..!

cuba rasa sesudu kuahnya...

ermmm..

wahhhh.. MAVELESSS sehh...!

terasa kemanisan ketam tersebut.. terasa juga lemak ketam tu keluar dari badannya dan mencurah-curah ke dalam kuah.. memang sedap masakan tersebut..! tak cukup dengan itu, telur ketam tersebut telah pecah dan melimpah ruah ke dalam kuah ketam tersebut..

aku tak tahu macam mana nak describe-kan kesedapan ketam bercili tu.. memang sodap beb.. kalaulah aku reti masak macam tu, mesti hati mak mertua aku cair punya.. hehehehe..

ok..menu kedua pula sampai.. udang masak sambal.. perghhh.. tak kurang hebat jugak.. sedap...! sampai habis satu pinggan di kerjakan kitorang.. hahahahah..!

(tinggal ekor saje.. dasssaaat...)

ok menu kedua sampai.. ikan merah masak asam boi.. sebenarnya aku tak suka sangat masak asam boi.. kan lebih sedap kalau masak stim kan? tu lah..tekak enchek pakwe aku.. ntah hape-hape... not bad.. masih sedap di dalam tekak..!

hahahahah

tengah-tengah syok makan, kami diberi dua paket sampul putih.. sejuk aku rasakan di sampul tersebut.. aku sangkakan aiskrim.. tapi kenapa lembik semacam jek..? tak kan baik sangat kedai ni nak bagi percuma aiskrim..??

(-,-")

ohh...rupanya tisu basah..!

(sehelai tisu berharga RM0.30... memang cekik darah..!)

cittt...! buat suspen jek..!!

ahahahahha..

ok habis sepinggan ketam, udang dan ikan merah habis di makan oleh kami.. hebat bukan..? hahaha...!!

(habis suda...)

aku amat berpuas hati dengan masakan dorang.. sedap.. cukup rasa.. service pun cepat.. so kalau mahal pun tak sakit hati sebab ikan, ketam san udang di gunakan fresh..! terasa kemanisan makanan tersebut..!!

ok.. masa untuk bayar... gggrrrr...

TOTAL :RM92.80 tunai..!

hahahahahah...!!

ok lah tu.. makan untuk dua orang rm92.80.. kan??

thanks kepada si dia yang sanggup belanja aku yang suka makan ni.. hahahah..

p/s : bagus betul JB, sambutan Maulidur Rasul, semua pawagam di tutup..hehehe.. aku yang nak tengok movie pun terpaksa cancelkan rancangan.. =)

12 Februari 2011

AWAN NANO

wahhh..tetiba tangkap feeling pula apabila mendengar kesyahduan bait-bait lirik 'awan nano' nyanyian oleh Hafiz AF...

best sangat..!

kadang-kadang bila dengar lagu ni, adakah enchek pakwe sanggup jadi awan nano untuk saya..? sanggup ke awak lindungi saya dari panas dan hujan..??

khas untuk sang pakwe yang merindui diri ini ♥



lirik awan nono

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu


Percutian di Melaka - CNY

(kanak-kanak riang-ria =)

rasanya agak basi jugalah cerita yang aku nak cerita kat korang ni.. agaknya kalau makanan, dah lama kena 'lempo' kat bakul sampah kot..

tapi aku tak kira jugak..!! nak cerita jugak..!! hahahahahah...

ok..jangan bosan ye..

CNY yang lepas..means minggu lepaslah.. warga office aku ada buat family day.. so untuk aku yang single-mingle yang belum berkeluarga ni, haruslah pergi jugak..yelah..kalau tak pergi rugi tau..!

(single-mingle)

nasib baik aku ditemani cik saidah yang single-mingle jugak.. hahah..so bertemanlah kita ek? hahah..yelah..lagipun dah lama tak jumpa kan sidah oiiii...!

hampir semua warga office aku mengikuti percutian yang indah ini.. mereka pun tak terlepas peluang 'menayang' isteri dan anak masing-masing...

cehhwaahhh..

abes yang aku single-mingle ni nak nayang apo..? hahahhaha...!!

aku akan pendekkan cerita yang sudah pendek ni.. kami bertolak dari office ke Bandaraya Bersejarah dengan menaiki sebuah bas.. ok lah bas tu..ada aircond jugok..

(keadaan di dlm bas yang agak tunggang-langgang)

sepanjang perjalanan di Johor Bahru jalanraya kelihatan lengang.. aku hampir 'jakun' jugak melihat tiada kenderaan yang berasak-asak seperti hari-hari biasa..

wahh...jalanraya aku yang punya.!! hahaha..

ok.. masuk je tol Skudai.. perjalanan ok lagi.. yong peng... dah tak berapa ok dah.. perjalanan kami dah start jem..!!

banyak kemalangan sana situ sini.. tapi tak teruk.. banyak yang langgar belakang.. so tak berapa serius bagi aku.. agaknyaaa laaaa...

so, destinasi pertama kami apabila sampai di Melaka ialah, mengeyangkan perut di Taman Botanical Garden.. bolehlah masakan dorang.. ermm..

(tak lupa jugak pada limau yang masam dan air manis macam madu =)

lepastu kami diterbangkan (Cehhwaahhh..) ke Zoo Melaka.. ramainya orang.. tak tipu..!

amat ramai sekali manusia..!!

ishhh..dorang ni tak reti nak cuti ke..?

(muka-muka yang agak sengal sebelum melihat haiwan)

(muka-muka yang amat ceria sekali selepas dapat tengok haiwan)

lama jugak kami menghabiskan masa di Zoo Melaka melihat haiwan ciptaan-NYA.. amat teruja sangat..

(muka yang takut akibat takut digigit kuda..hahhaha)

so yang tahu jadi lebih tahu.. dah yang tak tahu dah jadi tahu.. bagus tu..! satu pembelajaran ye anak-anak...!!

(muka yang ceria selepas dapat lihat pertunjukkan haiwan)

lepas kepenatan melayan haiwan-haiwan liar, kami di beri tempat penginapan di sesebuah Resort di Klebang yang pengurusannya agak 'ya ampuunnn..sumpah tak datang lagi..' hahahah..!


(pandangan dari resort 'tersebut')

takpe laa..layankan aje.. dah kata free kan.. balun jela.. lagi pun setakat nak tidur je di resort tersebut.. sebab kami banyak aktiviti luar..

(bilik yang bersepah kerana kami yang menyepahkan..hahaha)

malamnya kami dibawa untuk melihat anak bulan.. ok.. u allz jangan terkejut beruk ok..kita ni tengok anak bulan bukan setakat nak puasa atau raya baru nak pi tengok tau..! sebenarnya setiap bulan (kalender Islam) kena tengok anak bulan.. masa kami lihat anak bulan tersebut untuk bulan Rabiulawal..

memang cantik lah..! pemandangan yang indah di tanjung bidara... melihat matahari terbenam.. macam cerita 'Autum In My Heart' gituewww...

(gambar real tau.. sebelum matahari terbenam..jgn jeles..!)

jangan jeles ok..!

pengalaman pertama dapat tengok anak bulan secara 'real' dan mempelajari ilmu astronomi serba sedikit.. so dah tahu lah bagaimana nak tentukan arah kiblat.. dah tahu bintang yang paling terang itu rupanya planet..

wahhh..rasanya 3 jam disana tak cukup mempelajari ilmu-ilmu tersebut...

ok..balik ke resort untuk tidur.. zzZZzzzZZZZzzzzzzzzzz.......

aktiviti pagi untuk hari kedua adalah sukaneka.. wahhh.. ketawa giranglah anak-anak ye.. aku pulak kena acara 'dadidu'..

(semasa pertandingan mewarna untuk kanak-kanak)

ingatkan susah bagai acara tersebut, rupanya senang giler..! baling dadu jek.. hahaha.. baling-baling..hahah.. ok aku dapat tempat ke-2.. ok lah tu..kira hebat jugak..!

tengahari time..! lunch hour..! MAKAN..!

hidangan pun dah tersedia rapi..tak sabarnya nak makan.. perut dah lapar ni..

mak oiii..!! ni lauk semalam ke?? kenapa menunya tak ubah seperti makanan semalam..? apa punya pengurusanlah..!

kerana lapar yang teramat, aku gagahkan juga untuk makan.. heheheh..

untuk aktiviti petang pula kami akan pergi ke bandar Melaka.. ke Menara Taming Sari.. tapi sayang..aku tak dapat naik sebab ramai sangat orang berasak-asak nak naik. ishhhh...

(gambar real ni..penat mendongak ambil gambar)

kerana ramai sangat manusia di situ, kami jadi 'malas' pula nak melawat ke tempat-tempat bersejarah.. kami hanya SHOPPPPINGGGGGGG..!!

heheheheheh..

ok..dapatlah 6 paket dodol, sehelai baju, 3 keping belacan, 2 paket asam jawa... rasanya cukup kot nak buat ole-ole untuk mak ayah.. hahaha..sebenarnya tak tahu nak beli apa.. setelah penat membeli-belah, kami melepak di kedai makan.. orderlah milo ais dah roti john..

air milo yang ------> banyak susu, kurang milo..

roti john yang ------> hangus, tak ada mayonis, telur, daging, dan sayur..!!

(hangus.. sos cair..!)

apa punya kedailah..!!

ok..dah masuk malam kedua di resort tersebut.. sekarang tibalah malam kemuncak penutupan untuk family day kitorang.. malam barbieqiu..hahaha

(suasana suram malam BBQ akibat 'hangus')

ermm..!

amat mendukacitakan..!!

makanana BBQ kami yang dimasak oleh pekerja resort tersebut SEMUANYA HANGUS..! sampai hotdog pun boleh hangus..? weii..korang berangan ke hape..? dahlah muka tak ceria.. masam macam cuka..!

nasib baik muchroom sup kau sedap..! hahahah

antara menu hangus ialah :

- ikan cencaru/kembong hangus
- kambing salai hangus
- ayam panggang hangus
- hotdog hangus...


tak lupa juga sos black paper yang cair macam air sarsi..!

ok.. sekian terima kasih..!

malas aku nak cerita panjang.. sakit hati tau..!!

31 Januari 2011

Hospital and Trip To Kukup...






entry kali ini nak menceritakan dua kesah yang amat sadis..! hahahaha... ada yang bad story.. ada juga yang melucukan dan ada juga kesah penuh kehampaan.. hahaha..

jom baca kisah pertama..

di Hospital ::

semalam 31/01 aku ada appointmen dengan doktor.. hari Isnin pulak.. dahlah hari tersebut aku ada meeting.. so berkejaranlah aku dah macam cerita Hindustan..hahhaha

nasib baik aku dihantar oleh my beloved mak n ayah aku =) so save bajet tak payah naik teksi lagi.. aku bertolak awal dari Kluang kerana memikirkan keadaan sekarang yang hujan tidak henti-henti.. takut pula jem di JB.. tahu-tahu jela JB ni dah macam KL dah..

owh...tempat persingahan pertama aku di BBU, yelah senang..letak barang segala kat rumah dulu... aku sempat mengambil sebiji kuih baulu untuk alas perut..

ok..perjalanan diteruskan ke Hospital Sultanah Aminah.. aku sempat lagi mengeluarkan 2 biji gulu-gula sementara perjalanan diteruskan..owhh..dah sampai rupanya.. sekejapnya.. mana warga abang motor Singapore dan pakcik-pakcik van semasa di jalan raya tadi.. aku tak nampak kelibat mereka pun??

owhhh.. lupa.. arini kan cuti sekolah.. dan mungkin warga Singapore dah start cuti kot.. tu pasal jalan legang.. =)

bagus..!

macam biasa aku lebih suka menguruskan diri sendiri berbanding ditemani oleh kedua ibu bapa aku.. yelah.. Mak, yah dah besar.. nanti kawan-kawan yah ejek yah anak manja... (cehh..macam budak tadika pulak..) hahahaha...

so, ambil nombor..tunggu sehingga nombor di panggil.. nasib baik hari ini tak ramai orang sakit. so prosesnya pun amat cepat sekali..

bangga aku jadi rakyat Malaysia.. hahaha

upppsss.. 0115 nombor aku dah dipanggil.. macam biasa aku serahkan segala kepada 'kak kaunter'..

"ok cik, pergi ke D6 untuk timbang dulu ye..lepastu baru jumpa doktor di D7"

"ok" jawapan ringkas ku =)

tanpa berlengah lagi, aku pergi ke D6 seperti yang dikatakan oleh 'kak kaunter' tersebut..

seorang doktor India menegur aku... :

"ok..ambil timbang ya..?"

"65 kilo...!"

"ok, duduk sini, saya nak check tekanan darah dan gula..."

"yelah doktor.." aku dah start boring..

"tekanan darah awak 130/80.. ok kita check gula pula.. pagi tadi ada makan pape tak? malam tadi last makan pukul berapa..?"

"saya tak makan pape pun pagi ni..last makan pukul 7 malam tadi.."

kenapa aku tipu ye..? kan aku dah ngupp seketul baulu dan 2 biji gula-gula.. ishh..tak beri efek kot kalau aku tak cakap..

"11...!! awak makan apa malam tadi ye..? awak tahu tak 11 ni dah tinggi..?"

adoiii..kena marah..

"malam tadi ada kerja kawin kat rumah jiran, saya melantaklah nasi minyak dan 2 kotak air teh dan soya =)"

"lain kali jaga makan ok, ok sekarang ni pergi ke bilik D8 untuk buat ujian dinesis(betul ke aku eja)"

yelah..leceh betul.. berapa doktor aku kena jumpa hari ni..

aku pun mengetuk pintu ala-ala sopan gituew.. owhh..doktor perempuan..

"doktor, doktor kat D6 suruh datang sini..dia kata suruh buat ujian dinesis.."

doktor tersebut menyemak rekod perubatan aku..lama jugak dia membelek...

"macam ni lah, saya tak boleh nak cakap awak ni ada kencing manis..lagi pun rekod sebelum ni pun tak ada mengatakan awak kencing manis.. pagi tadi awak ada makan tak.."

"sebenarnya, pagi tadi saya dah makan 2 biji gula-gula dan sebijik baulu..malam tadi pula saya minum 2 kotak air soya dan teh.."

"owhh..lain kali kalau nak check jangan makan ye..puasa.. saya tak boleh nak buat ujian minum air gula kat awak sebab tak valid.. so saya akan tulis dalam laporan ni awak tak ada kencing manis ok.. tapi lepasni pasti kan awak makan 3 kali sehari..jangan skip makan.. makan kena jaga.. kalau boleh makan oat.. air manis ambil seminggu sekali je.. ini untuk langkah berjaga-jaga je.."

"ohh..ok doktor..terima kasih.."

aku pun keluar dengan perasaan hampa + gembira..?? gilerrrr aperrr..??

ok..sekarang time untuk jumpa doktor yang ketiga pula..nasib baik aku kenal doktor tersebut.. so tak adalah gabra semacam..!!

hahahaha...!!

aku pun berlalu masuk ke bilik D7.. dan terus di sapa oleh doktor tersebut..

"ok azila..so macam mana rasa..? ada rasa sakit lagi.. leher ada bengkak tak..? aritu ada ambil ujian darah kan?"

"ok je doktor, dah tak rasa sakit lagi, leher tak ada bengkak.. minggu lepas ada ambil darah..kata hari ni result.."

doktor tersebut pun mengeluarkan satu fail..mencari-cari kertas yang ada nama aku..

"ok..darah awak to back normal.. good condition.. hormon awak pun dah stabil.. gula pun rendah.. bagus..! tapi kolestrol awak ada naik dengan mendadak lah.. tapi so far ok.. lepasni tolonglah jangan skip makan ubat.. takut efek lagi kat jantung awak... so 12hb Mei jangan lupa appointment dengan doktor jantung ok.. lepasni appointmen awak dengan saya dari 6 minggu dari sekarang ok.."
wahh..senyum sampai ke telinga aku bila doktor katakan begitu.. insyallah lepas ni aku tak skip makan ubat.. =)

wahh..aku tengok kertas appointmen, wah..

"PLEASE DO ECG FOR THIS PATIENT..."

wahhh..kena buat ECG.. tak suka..! tak suka..!!

dan..

TAK SUKA........!!

****** tamat sudah cerita di hospital**********


cerita kedua ialah cerita trip to Kukup =)

malam tadi adalah perjalanan yang tak dirancang nak ke sana.. mulanya kami hanya mahu makan di perling, JB je untuk menikmati meehun sup.. tapi ntah ape la pulak tetibe dia tukar fikiran..

katanya nak makan kat kukup..katanya kat sana udang besar..ketam besar..semua makanan laut ada..murah lak tu.. ishhh..kenapa tak bagitahu nak makan kat sana..bolehlah aku pakai bergaya sikit.. ni macam nak ke pasar jek stail aku..

ahahahahaha....!!

ok..kami pun terus menuju ke destinasi... macam lagu ct pulokkkk.. (*,-) perjalanan pergi kami mengambil masa 1 jam 1/2.. fuhhhh.. lama jugak..

rasanya macam malang jugak lah nasib kami ni.. menapak jauh-jauh tapi akhirnya kedai TUTUP..!! tak macam sakit hati pulak ye..??

sabar..sabar..

kami pergi ke kedai sebelahnya..nampak kedainya macam besar juga.. takpe lah pergi jela..kot-kot manalah tahu ada ketam dan udang juga..

"kak, kat sini ada ketam tak? udang?"

"tak adalah kak.. ketam habis...udang pun habis.."

"abestu makanan laut apa yang ada?"

"sorylah kak..semua habis.."

perghhh..! tak macam menyirap pulak kan?? takpe kasi tenang dulu..

"habes apa yang ada..?" aku tanya dengan nada controlnya...

"ada goreng-goreng jek.. tapi nasi habis.. yang ada mee-mee je lah.."

perghhh..kalau semua habis baik ko tak payah bukak kedai..! bagi tutup jek terus kedai ko tu..!!

"takpelah..bagi saya mee bandung satu dengan tomyam campur satu..letak daging dengan ayam ye..."

"ok kak.."

dalam hati aku HAMPA betul..!! dahla datang jauh-jauh tapi makan mee bandung..! perghh.. baik aku masak sendiri kat rumah letak segala khazanah laut..! lagi puas hati..! takpe kita lihat hasil masakan akak tu tadi..gempak ke tidak..!

"kak..minta maaf banyak-banyak, daging habis la..........."

ko rasa macam nak bagi akak ni makan kasut saiz ape ye..??

"abistu apa yang ada? ayam je la..? takpe la letak ayam je la"

sengal punya kedai..! datang jauh-jauh nk makan macam makan kat kedai kaki lima jek ek??

lama juga kitorang tunggu.. 15 minit.. hati dah panas..bertambah pulak dengan kepanasan air ni..ok.. akhirnya sampai juga makanan yang kitorang order..

perghhh..rasa macam tak boleh blah.. geram pulak aku... aku makan sesudu dua jek... lepastu aku blah dari kedai tu dek kerana geram menimbul..!

takpe lain kali tak akan ku jejak lagi ke gerai ini.. huh..sakit hati.. bukan apa.. kalau kau dah tahu stock makanan mentah kau dah habis, tutup jela kedai tu awal.. kenapa nak kejar untung sangat? sedangkan bahan-bahan kau tak ada kat gerai kau.. kau bagi orang makan 'alar kadar' jek.. berdosa tahu tak..!!

orang datang ke kedai kau nak makan..berilah la layanan elok.. persekitaran tu biarlah bersih..kan tempat pelancongan... isshhh.. tak pahamlah aku.. tapi aku memang SERIKKKKKK dah nak makan kat sana..!!

mood : tension/ marah/ hampa/ sedih.... =(


29 Januari 2011

scrambled eggs OR crumble beads...?

ok.. yang ini Scrumbled Eggs

(wahhh..sedapnyer.. kecur air liuq melihatnya..sesiapa yang rajin mai lah hantar sepiring dua kat saya..heheh)

ok... ini pulak Crumble Beads...

(design sendiri..manik sendiri..buat sendiri..baju sendiri..semua sendiri...huhuhu)

ok... sebenarnya tak ada beza pape pun antara dua benda ni.. nama je maybe seakan-akan.. dulu aku sendiri terfikir kenapa corak manik di atas dipanggil crumble..? bila dah buat sendiri, tengok dan berfikir... ohh...mungkin coraknya yang agak berserabut sikit sebab tu dipanggil crumble..

tetiba perut ni teringin nak makan scrambled eggs..wahh..sedapnya dengan limpahan susu segar dan sayur.. emmm..sedap.. ok.. siap satu scrambled eggs.. kalau orang melayu kata telur hancur.. hehehe.. kalau orang putih kata 'srambled eggs' sebab bezanya hanya campur susu segar..

kalau kita orang melayu kacik-kacik kan bawang lepastu pukul sampai kembang..pastu goreng hancurkan.. makan dengan roti pun dah boleh layan.. hahahha

tapi sekarang semenjak-menjak iklan Sheila Rusli yang kat TV tu, selera orang ramai pun dah bertukar..termasuk aku =)

hehehe.. letak telur 2 biji, letak bawang, letak mayonis 2 sudu.. pukul sampai tangan naik kebas..hahahha..!

pastu GORENNNNGGGG...!!

wahhh..! memang kembang gebu setamanlah senang citer.. kenapa ye gebu semacam..maybe moyonis kot.. hahahah..

aku tengok telur goreng sheila rusli cantik semacam jek... bulat dia pun cantik jek.. tebal pulak tu.. agaknya entah berapa biji telur dia letak.. hahahah

tapikan.. kalau pakai mayonis ni telur kita memang cantik..tak pecah..nak palingkan pun mudah..taklah terkoyak rabak bila nak hidangkan kat mak mertua.. heheheh

apa lah aku ni cerita pasal telur pulak...!!!

^,^

sebenarnya nak cerita manik yang kat atas yang aku buat tu..heheh.. malu nak cerita sebab tu melencong sampai resepi telur..

*,*"

sebenarnya tak terlintas pun nak buat corak crumble beads ni.. tapi sejak akhir ni corak crumble lah yang menjadi tumpuan di kedai-kedai jahit.. aku pun tak ketinggalan nak buat benda ni.. ok first time tau..!!

aku servey-servey juga kat internet, kot-kot ada tutorial FREE crumble beads design.. tapi tak jumpa lak.. yelah.. benda free jek aku nak.. hahahaha..

takpe..takpe.. kak kiah belajar sendiri..!!

hahahah..kat internet pun tak ada tunjuk cara menjahit.. yang ada hanya design jek..

hampa (-,-")

arghhh..takpe kita mulakan version cik ziela pulak ye..

step 1: [step suka suki susun manik]

(susunkan segala manik berbentuk pearl, dari saiz kecil hingga sederhana besar..boleh juga campurkan diomand berbentuk daun kalau nak tambah cantik..macam saya buat tu..susun tu tengok lah kesesuaian dulu..jgn sedap main letak je ye..)

Step 2 :

(teruskan jelah jahitan korang.. buatlah tindih-tindih biar nampak pearl tu timbul.. macam dalam gambar ni..)

(tengok tu..sekejap jek dah jadi banyak..)

(posing dulu..)

(kilauan pearl... tidak boleh disangkal lagi..)

(pearl yang saya guna ni adalah dari Apple Beads..kilauannya yang berkilauan..)

hahahah..sebenarnya gambar yang aku tunjuk tu hanya sebelah tangan jek.. sebelah lagi belum siap sebab manik habis..!!

hahahah..

kalau mak aku kata, kalau buat kerja separuh jalan itu namanya 'tak senonoh' heheheh.. so apakah daya... isnin baru boleh dapatkan stok manik.. itupun kalau kedai masih buka.. aku lupa minggu depan kan CNY..?

ohhh..tidak...!! minta-mintalah kedai tersebut buka..! janganlah tutup..satlagi aku pakai baju bermanik sebelah tangan je la.. =(

p/s: visitor blog saya dah mencapai angka 2,990.. so siapa agaknya orang yang ke 3,000 ye..? i waiting for u dear =) thanks visit my blog..!!

LinkWithin

Eh, ada entri berkaitan rupanya..

Snag a button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...